Friday, January 23, 2009

Dugaan kecil ini....

Assalamualaikum.....

Pertama kali di tahun baru ni berpeluang muncul di ruangan ni.... Setiap hari terbeban dengan kerja di pejabat walaupun jawatan tak sebesar mana pastinya ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan tanpa rasa berbelah bagi demi keberkatan rezeki yang menjadi darah daging.

Hari ni agak meletihkan walaupun baru jam 11 pagi dah terasa keletihannya.... mana tak nyer 2 hari bercuti kerana demam, selsema, sakit kepala, dan segala hal lagi.... hari pertama bermula kerja semula disogokkan dengan kerja yang berlambak....sakit yg semakin pulih jadi terganggu sikit proses pemulihannya..... aduhhhhhhhhhh

Ini baru dugaan kecil jika dibandingkan mereka di palestin... kata semangat ni baru la buat aku jadi kuat semula..... kalau aku cuma demam, sakit kepala dan selsema dah lemah begini bayangkan la mereka di palestin yang hari-hari bersulam bom, ditimpa bangunan dan pelbagai seksaan yang dihadapi.... sedikit menginsafi diri. Agaknya sebab dah terbiasa dimanja lah kita jadi macam ni.... tak bole berterusan ni... rosak sebuah negara kerana anak mudanya tidak berwawasan.....Bersemangat la pulakkkk....

Hidung yang tersumbat ni sedikit mendera...lebih terdera dengan usikan teman2 kerana sengau dan denggung yang tak sepatutnya..... moga dugaan kecil yang aku hadapi ini menjernihkan segala dosa kecilku padamu Ya Allah.... Lantas aku terfikir, dugaan besar penduduk Palestin pasti ada ganjaran di akhirat kelak.

Kekadang kita lupa, kekadang kita leka... namun kejadian dan dugaan kecil untuk kita kadang kala mampu menginsafkan diri dan membuatkan kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah.