Wednesday, December 29, 2010

Kembali Kepada Fitrah

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~     Assalamualaikum w.b.t..

1. Penyakit dan Ubatnya
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.”

Pernahkah kita merasakan makna– makna spiritual ini sebelumnya?

Di dalam hati ada robekan, keterasingan, kesedihan, kegelisahan, dan gejolak api… ada pelbagai penyakit yang ubatnya tiada lain hanyalah dengan “mengenal Allah”.

2. Pancaran Hati
Berikut ini beberapa nilai spiritual yang akan dijelaskan dengan mudah oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Ketahuilah, setiap kali hati kita mampu menangkap makna – makna ini dengan baik, setiap kali pula hati kita akan bersinar cerah, jiwa dan batin kita pula berseri bahagia.

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih – kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi mengadap raja – raja dan para pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul – betul mencintai Allah.”
Sungguh, inilah kata – kata yang muncul dari dalam sanubari dan keluar meluncur dengan kuat. Saya rasa kita sekarang masih baik – baik saja, sebab kita telah bersiap menerima kata – kata ini, dan persiapan anda juga merupakan persiapan yang kuat. seluruh perasaan dan kepekaan berhimpun dan bergejolak membuat hati bahagia. Seluruh gejala ini membentuk sebuah kenyataan alami yang indah, yang bernama “kecerahan hati”.

3. Perindu Syurga
Ibnul Qayyim rahimahullah juga mengenengahkan sebuah trilogi sikap dengan begitu indah. Apabila kita membaca dan menyimpannya dengan baik di dalam hati, reaksi yang muncul akan begitu cepat tidak seperti yang kita sangkakan.

Beliau mengatakan, “Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun engkau terusir. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun engkau tertolak. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang. Kemudian, tadahlah tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, ‘Tolonglah, saya adalah orang miskin. bersedekahlah untuk saya….!”
Bacalah kata – kata di atas sekali lagi, dan selamilah betul – betul maknanya. Ketahuilah, lautan ini amat dalam, dan mutiaranya terletak didasar yang paling dalam!

Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun kita terusir! Kita ingin menangis ketika solat tetapi kita tidak boleh. Kita ingin meraih kekhusyukan, tetapi kita tidak tahu bagaimana caranya. Jangan pernah berhenti dan berpatah harapan.

Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun kita tertolak! Kita pernah membuat maksiat lalu kita bertaubat dan memohon ampunan, tetapi kemudian kita kembali melakukannya. Saat begitu, jangan pernah kita berhenti untuk memohon ampun.

Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang! Ada pengajian di masjid sana, pergilah bersama para jemaah, teruslah bersama orang – orang yang rajin membaca dan merenungi Al – Quran. Apakah kita pernah merasakan manisnya nilai – nilai ini sebelumnya? Sungguh, kata – kata ini di dalam hati berubah menjadi nyawa, sehingga hati pun menjadi hidup.

Demi Allah, katakan dengan jujur, bilakah kali terakhir kita merasa khusyu’ mengadap Allah? Bilakah terakhir kali kita bersujud memohon kepada Allah agar kemanisan rasa khusyu’ ini tidak pernah akan berakhir?

Siapkan diri kita untuk meraih nilai – nilai ini.Tempatkan dan hormatilah kekhusyu’kan sebagaimana semestinya. Sebab hal seperti ini tidaklah mustahil bagi seorang “perindu syurga”.

(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)
Semoga mendapat manfaat.

Tuesday, December 28, 2010

Tidur & Mimpi....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah segala puji selayaknya hanya untuk Allah yang telah menjadikan malam dengan dua keistimewaan, iaitu tidur dan mimpi. Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga serta para sahabat.

Apa itu tidur? 
Tidur ialah cara merehatkan badan dan mencari ketenangan fikiran. Sebahagian kita hanya tidur dan rehat secara fizikal tetapi hakikatnya mindanya tidak rehat walaupun ketika dia tidur.

Apa itu mimpi?
Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.

Apakah jenis mimpi?
Mimpi mempunyai 3 jenis:
1. Gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada perkara lain sama ada yang akan datang ataupun yang sudah berlalu.
2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur.
3. Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau menyedihkannya.

Apa dalilnya?
Nabi SAW bersabda: “Mimpi tiga jenis:
1) Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah.
2) Mimpi menyedihkan daripada syaitan.
3) Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepada dirinya.”
(Riwayat Syaikhani)

Apakah beza mimpi yang benar dan mimpi biasa?
Mimpi yang benar berasal dari Allah manakala mimpi biasa terutamanya mimpi buruk datang dari syaitan.

Bilakah waktu yang paling benar mimpinya?
- Malam: Pada waktu sahur. Ini kerana waktu tersebut rahmat dan keampunan dari Allah dan diamnya syaitan.
- Siang: Pada waktu ‘qailulah’ (waktu yang disunatkan tidur sebelum tergelincir matahari; bermakna masuknya waktu solat Zuhur).

Apakah dia mimpi buruk a.k.a nightmare?
Semuanya adalah angkara gangguan syaitan.
Nabi SAW bersabda bahawa: Mimpi ada tiga jenis: “Antaranya permainan syaitan untuk menyebabkan anak Adam menjadi sedih.”

Siapakah yang mimpinya paling benar?
1. Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka.
2. Orang soleh: Selalunya benar.
3. Selain mereka: Kadang-kadang benar dan kadang-kadang sebaliknya.
_ Mimpi mu’min lebih benar dari kafir.
_ Mimpi alim lebih benar dari si jahil.
_ Mimpi orang tua lebih benar dari orang muda.
Setiap manusia mimpi mereka bergantung kepada jiwa agama mereka. Akhlak mereka. Keadaan dan sifat mereka!!!

 Tindakan Setelah Mimpi
Berbagai cara dan sikap manusia dalam menghadapi mimpi, setelah mereka bermimpi.Oleh itu Islam telah memberi kita tunjuk ajar dan panduan tentang sikap yang perlu kita lakukan setelah kita bermimpi.
Di dalam sebuah hadith yang bermaksud :

" Tidak tetap kegembiraan kecuali mimpi tentang perkara yang baik di mana yang bermimpi adalah seorang lelaki yang baik.Kerana mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah untuk hambaNya yang baik, sedangkan mimpi buruk daripada syaitan, maka tidak akan membahayakan.Oleh itu jika mimpi buruk janganlah diceritakan kepada orang lain sedangkan mimpi yang baik ( dari Allah ) adalah tidak mengapa dicerita kepada orang lain."

Diriwayatkan Abu Said Khudri r.a.Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
" Apabila diantara kamu ada yang mimpi menyenangkan ( memberi khabar gembira ), maka ia bermakna dari Allah. maka bacalah hamdalah dan ceritakan ( mimpi yang baik tersebut kepada orang lain), tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan , maka ia bermakna daripada syaitan.Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari kejahatan ( mimpi dari syaitan ), dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat." (Hadis Riwayat Bukhari )

Dari penjelasan kedua-dua hadis tersebut di atas nampak jelas sekali bahawa sikap kita dalam menghadapi mimpi ada dua :

1. Sekiranya anda mimpi sesuatu yang memberitakan tentang kebaikan seperti makan, solat dan lain-lain, maka anda segera bersyukur, kerana anda telah mendapat nikmat dan anugerah dari Allah.

2. Sekiranya anda mimpi yang menakutkan atau membimbangkan, maka sikap yang perlu diambil ialah tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, sebab jika anda mimpi yang buruk kemudian diceritakan kepada orang lain maka akan dikhuatirkan ia akan menjadi kenyataan.Seterusnya anda mesti secepatnya bertaubat dan memohon kepada Allah agar mimpi yang menyedihkan dan membimbangkan tersebut tidak menjadi kenyataan.
 
Apakah adab-adab jika bermimpi mimpi yang benar?
1. Pertamanya, hendaklah mengucap “Alhamdulillah” dan memuji Allah.
2. Mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada orang yang berautoriti untuk mentafsirnya.
3. Menghebahkan kepada mereka yang menyayangi anda dan bukan yang memusuhi anda.

Apakah adab jika bermimpi buruk?
1. Anda mesti ber’istia’zah’: Mengucapkan ‘A’uzubillah…dari sebarang kejahatan mimpi itu.
2. Istia’zah dari gangguan syaitan sebanyak tiga kali.
3. Ludah ke sebelah kiri (syarat sahaja). Untuk menghalau dan menghina syaitan yang datang mengacau. Kiri,kerana ia tempat yang tidak baik dan tiga kali kerana menggambarkan kesungguhan….
4. Tukar posisi tidur. Dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Bila kita mengubah posisi bermakna kita mengubah gambaran yang terdapat di dalam mimpi. WAllahua’lam!!
5. Terus bersolat. Untuk mendekatkan diri kepada Allah.
6. Jangan menghebahkan kepada orang ramai.
7. Jangan cuba mentafsir sendiri mimpi tersebut. Rujuk kepada ahlinya.

Apakah hukum bertanya berkenaan mimpi?
Hukumnya adalah sunat. Sekiranya bertanya dapat pahala. Kalau tak tanya pun tak dapat
dosa…Jadi apa lagi…bertanyalah anda jika tidak tahu! Ini kerana mengikut perbuatan
nabi SAW!

Apakah adab seseorang yang ingin mendapat mimpi benar?
1. Jangan melambatkan tidur selepas solat Isyak.
2. Berusaha untuk tidur dalam keadaan wuduk.
3. Mula tidur di atas lambung kanan dan berbantal di sebelah kepala kanan.
4. Baca doa sebelum tidur dan berzikir sekadarnya sambil menunggu waktu tertidur.
a. Antaranya: Tadah tangan dalam keadaan duduk dan baca 3 Qul. Tiup ditangan sehingga habis nafas dan sapukan di seluruh badan. Mula dengan kepala, muka dan seluruh tubuh. Sapu tiga kali.
 
Bagaimana seseorang bermimpi jumpa nabi saw?
Sesiapa yang bermimpi berjumpa nabi Muhammad saw sebenarnya mereka memang berjumpa nabi! Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupai nabi saw. Mimpi berjumpa nabi saw dalam keadaan jelas dan sempurna sifat bermaksud anda adalah calon penghuni syurga!!!
Namun, jika gambaran nabi saw tidak jelas bermaksud anda masih banyak dosa sehingga tidak ‘dibenarkan’ melihat kecantikannya yang sejati. Ini adalah peringatan supaya anda terus bertaubat dan beramal soleh. Apapun, anda masih dikira bertuah dan calon orang yang soleh!!!

Dalil?
Hadis riwayat Bukhari: Sabda nabi saw: “Sesiapa yang melihatku dalam keadaan tidur maka sebenarnya dia memang melihatku. Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku. Mimpi benar seorang mu’min adalah satu juzu’ dari 46 juzu’ kenabian.”

Rasulullah S.A.W. mengajar kita supaya berwuduk sebelum tidur, membaringkan badan di atas lambung kanan serta membaca beberapa doa. Antara amalan yang diajarkan Rasulullah S.A.W. kepada puterinya Fatimah ra yang mengadu sangat penat dengan bebanan kerja rumah yang banyak, baginda menasihatkan puterinya supaya mengamalkan zikir Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu akbar sebanyak 33 kali.

Mimpi sebenarnya tidak akan memenatkan orang yang tidur jika cara tidurnya betul, kecuali jika dia asyik terjaga daripada tidur dengan gangguan mimpi.

Jika terjaga, segera bangun berwuduk dan tunaikan solat sunat sebelum menyambung untuk tidur semula. Jika masih gagal, elok berjumpa doktor pakar bimbang ia penyakit yang perlu diubati.

Walau apapun, pastikan tidur anda merupakan tidur yang berkualiti... tidak kira ianya datang bersama mimpi atau pun tiada mimpi.... semoga  kesegaran diperolehi keesokan hari.....

Wednesday, December 22, 2010

Wudhuk Zahir & Batin...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."


"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham  maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Jika Isam pun menangis membayangkan ibadahnya, bagaimana dengan ibadah kita...?? Adakah kita sudah berpuas hati dengan ibadah yang kita kerjakan...?? Tanyalah hati & perbaiki diri.

Semoga perkongsian ilmu ini mampu memberi manfaat kepada kita semua....

Lagi Kisah: Air Mata Taubat Mampu Memadamkan Api Neraka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum...wbt
Lagi kisah tentang Air Mata Taubat yang Mampu Memadamkan Api Neraka untuk tatapan rakan sekalian....
Dalam Kitab Mukasyafatul Qulub karangan Imam Al Ghazali ada diceritakan sebuah hadis qudsi tentang kebangkitan semula setelah Israfil meniup sangkakala kedua. Tatkala Israil meniup sangkakala kedua, maka bangkitlah sekelian umat manusia dari Nabi Adam AS sehinggalah manusia yang terakhir hidup di muka bumi.

Sewaktu Rasulullah SAW bangkit, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mencari umat baginda.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW telah bertemu dengan umat baginda. Maka dipeluk dan diciumnya seluruh umatnya dengan kasih sayang kerinduan bagaikan seorang ayah yang baru bertemu dengan anaknya kerana terpisah lama.

Tetapi ada satu kelompok dari umat baginda yang terpisah dari Rasulullah SAW oleh satu benteng api.

Datang Jibrail menemui Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibrail :

Rasulullah SAW :
Mengapa aku dihalang oleh benteng api ini dari menemui umat ku ?

Jibrail :
Mereka adalah umat mu yang engkar kepada titah perintah Allah. Mereka melakukan maksiat dan kemungkaran sepanjang kehidupan mereka. Maka Allah jadikan benteng api ini sebagai pemisah antara diri mu dan mereka.

Maka Rasulullah SAW berdoa kepada Allah agar dipadamkan benteng api tersebut. Malangnya benteng api tersebut semakin marak dan berkobar2. Rasulullah SAW berdoa dengan berwasilahkan keberkatan solat agar dipadamkan benteng api, namun apinya semakin marak. Rasulullah SAW berdoa pula dengan berwasilahkan keberkatan puasa, namun usaha baginda masih gagal. Lantas Rasulullah SAW terus berdoa dengan berwasilahkan keberkatan Al Quran, Zakat, sedekah, zikir dan lain-lain amal ibadah yang dilakukan umatnya. Namun hasil usaha baginda masih gagal.
Maka datanglah Jibrail membawa segelas air, lalu berkata kepada Rasulullah SAW :

Jibrail :
Wahai Rasulullah, gunakanlah segelas air ini untuk memadamkan benteng api tersebut.

Rasulullah SAW :
Wahai Jibrail, mana mungkin segelas air mampu memadamkan benteng api yang marak dan berkobar2.

Jibrail : Gunakanlah segelas air ni wahai Rasulullah, kerana ini adalah perintah Tuhan mu yang juga Tuhan kepada sekelian alam.

Setelah mendengar kata2 Jibrail, Rasulullah SAW terus mencapai air tersebut dan menyiramkannya kepada api yang marak. Sekelip mata, benteng api tersebut terpadam. Tiada lagi rintangan yang menghalang Rasulullah SAW bertemu dengan umatnya.
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibrail : Wahai Jibrail, air apakah ini. Begitu hebat kerana ia mampu memadamkan benteng api yang marak ?

Jibrail :
Wahai Rasulullah, itulah air mata taubat umat mu. HANYA air mata taubat yang mampu memadamkan api neraka.

Semoga apa yang kita kerjakan didunia hari ini tidak menghalang kita dari bertemu Rasullullah di hari kebangkitan semula nanti..... amin.

Friday, December 17, 2010

Kamu Sembahyang Lima Waktu tetapi.......

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya. Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu , membeli rumah, kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....

kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu , menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.



Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah.Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima? Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dan semoga solat yang dikerjakan diterima olehNya….

Susu Ibu Mujarab Untuk Sakit Mata

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni baru teringat nak kongsi satu info ni.... tentang salah satu kebaikan Susu Ibu.... Susu ibu sebagai rawatan alternatif untuk sakit  mata..... menarik kan....

'Conjunctivitis' atau lebih dikenali sebagai sakit mata adalah sejenis jangkitan mata yang mudah untuk berjangkit. Mata menjadi merah, dipenuhi tahi mata, dan sukar untuk membuka mata. Ini dialami sendiri oleh saya ketika menghadiri Kursus Transformasi Bina Insan di Tekam pada 21-24 Disember 2009 yang lalu..... Betapa sukarnya untuk menjalankan aktiviti dengan mata yang sakit tu.... asyik bertahi mata... buka je rasa pedih... dah la gitu... banyak pula aktiviti yang perlu dilunaskan.... memang boleh mendapat pelepasan dari fasilitator untuk tidak menyertai kerana sakit mata.... tapi kerana banyak aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan minat saya yang sukakan aktiviti lasak ni terpaksa lah dikuatkan juga semangat untuk menyertai semua aktiviti yang dijalankan.....


Rakan-rakan kursus mencadangkan supaya menitikkan setitis susu ibu ke mata sebagai penawarnya.... mujur dikalangan peserta kursus tersebut masih ada ibu muda yang menyusu anaknya.... boleh la saya minta sedikit untuk dijadikan ubat kepada mata saya. Walaupun pada  mulanya perasaan takut dan tidak percaya akan rawatan tersebut berleluasa di hati dan fikiran.... takut langsung tak nampak (buta) nanti camne...adoyaiiiiiiiii....

Demi tidak menghampakan rakan-rakan yang memberikan petua tersebut, saya mencubanya juga.... Hasilnya amat menakjubkan.... sekali titis sahaja pada malamnya...keesokan paginya mata saya dah kembali pulih seperti sedia kala.... hebatnya.... Begitu lah keajaiban susu ibu....

Caranya... titiskan sedikit air susu ibu secara langsung ke permukaan mata. Angkat kelopak mata untuk membantu air susu ibu beredar di bawahnya. Teruskan rawatan ini lebih kurang 3 kali sehari sehingga  jangkita mata telah dibersihkan. Jika gejala ini berlarutan, mungkin anda memerlukan nasihat doktor yang lebih pakar dan mungkin sakit mata anda bukanlah sakit mata biasa....hehehe

Dari pembacaan saya di majalah dan internet ada menyatakan antibodi di dalam air susu ibu iaitu immunoglobulin, mencegah bakteria dari melekat pada permukaan mata. Ini menyebabkan pertumbuhan bakteria terhalang dan membantu untuk menamatkan jangkitan mata. 

Oleh itu, kepada rakan yang mendapat sakit mata di masa akan datang, boleh lah mencuba cara ini. Semoga mata kita sentiasa berseri dan bersinar tanpa gangguan lagi....


Ucapan terima kasih kepada Puan Rafniza yang telah memberikan sedikit susu kepada saya untuk dijadikan penawar tersebut. Dan terima kasih juga kepada semua rakan yang memberi pelbagai petua untuk memulihkan sakit mata saya. Semoga Allah memberkati kehidupanmu wahai sahabat sekalian. Amin.

Thursday, December 16, 2010

Perbaiki Diri...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

 Sekadar perkongsian...dipetik dari artikel yang dapat dari sahabat...Semoga beroleh manfaat darinya...

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata: Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :" Tanyalah apa yang engkau kehendaki 

"Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim. 
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim. 

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya. 
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya. 

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil. 
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia. 

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik. 
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia. 

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. 
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisiAllah. 

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna. 

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini. 

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat. 
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat. 

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa. 
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa. 

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya. 
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya. 
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. 
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. 

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka. 

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat. 
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya. 

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku. 
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya. 

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat. 
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat. 

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan. 

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ). 

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan. 

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang. 

Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah. 

Telah berkata Imam Mustaghfirin:" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaatselain hadis ini....Wassalam

"Kesempurnaan diri muslim" - Hadis Munthahharah. Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua, sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana kita insan yang lemah.

Wednesday, December 15, 2010

Mahabbah (Cinta) kepada Allah dan Rasul-Nya

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Al-Zujaj menyatakan bahwa cinta manusia kepada Allah dan Rasul-Nya adalah mentaati keduanya dan redha terhadap segala perintah Allah dan segala ajaran yang dibawa Rasulullah SAW.

Sahabat yang dicintai Allah,

Cinta adalah sumber tenaga dan kekuatan, sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan cinta. Cinta orang tua kepada anak atau cinta suami kepada isteri dan sebaliknya, mestilah dibuktikan dengan pengorbanan dan perjuangan, barulah cinta itu tulen. Begitu pula cinta kita kepada Allah, ia memerlukan kepada satu pengorbanan untuk memastikan ketulenan cinta tersebut.

Bila kita sanggup berjuang berhempas pulas untuk membuktikan cinta kita kepada anak dan isteri dengan memberi apa sahaja yang mereka mahu, maka tidak ada sebab mengapa kita tidak sanggup melakukan perkara yang sama untuk membuktikan cinta kita kepada Allah. Berbeza cinta kita kepada makhluk sama ada anak, isteri, suami, orang tua dan sebagainya, maka cinta kepada Allah merupakan sumber kebahagiaan yang hakiki. Janganlah kita mencintai anak, isteri, suami, harta, rumah, pangkat, kekayaan, kemegahan; pendek kata mencintai dunia melebihi cinta kita kepada Allah dan RasulNya. Cinta kepada dunia akan berakhir dengan berakhirnya kehidupan ini, tetapi cinta kepada Allah kekal hingga dibawa mati.

Firman Allah: “Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik (TQS. at-Taubah [9] : 24).

Manusia yang terlalu mencintai dunia akan menjadikan kehidupannya tertumpu kepada dunia. Banyak masa dihabiskan untuk mengejar kemegahan, kekuasaan, kemewahan, dan kerakusan mengumpul harta (wang, tanah, rumah, kereta), sehingga masa untuk mengingati Allah dan Rasul hanya tertinggal untuk waktu solat sahaja. Apabila solat juga tertinggal, maka tiada ruang untuk Allah dan Rasul di hati selain dunia. Bermakna cinta sejati bukan untuk Allah dan Rasul tetapi untuk segala apa yang dikejar di dunia yang fana ini.

Firman Allah: ”Adapun orang yang melampaui batas; dan dia lebih mengutamakan kehidupan dunia semata-mata. Maka sesungguhnya nerakalah tempat kediamannya. Dan adapun orang yang takutkan kebesaran Tuhannya dan dia menahan dirinya daripada menurut keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya” (surah al- Nazi’at:37-41)

Apabila kita mencinta Allah dan Rasul, bermakna segala bentuk kehidupan kita tercurah kepadaNya. Jiwa, raga, ibadah, ingatan, perasaan, pekerjaan dan berbuatan sentiasa untuk Allah dan Rasul. Setiap yang dilakukan didunia ini adalah semata-mata kerana Dia, bukan kerana manusia atau pun kebendaan. Sebenarnya, apabila cinta kita hanya untuk Allah dan Rasul serta ingatan kita terhadap akhirat dapat diserapkan di dalam hati, maka dunia akan bersama menyertai kita. Bermakna kita dapat kedua-duanya. Sebaliknya jika kita mencintai dunia melebihi Allah, maka kita hanya akan dapat cinta dunia sahaja, tanpa cinta Allah dan Rasul.

Cinta (mahabbah) kepada Allah dan Rasul-Nya merupakan sesuatu yang wajib ada pada seorang hamba sebagai konsekuensi keimanannya. Allah SWT –-dalam al-Qur’an surat at-Taubah ayat 24— telah mewajibkan seorang hamba untuk menempatkan kecintaanya kepada Allah dan Rasul-Nya di atas segala kecintaannya kepada yang lain. Bahkan Allah SWT memurkai siapa saja yang lebih mencintai segala sesuatu melebihi kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya. Sehingga cinta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah jenis kecintaan yang terikat dengan mafhum syar’i, karena diwajibkan oleh Allah SWT.

Sudah selayaknya manusia merenungkan betapa besar cinta Allah kepadanya. Bagaimana bisa, kita tidak mencintai Dzat yang tiada yang dapat mendatangkan kebaikan selain Dia dan tiada yang dapat melenyapkan keburukan selain Dia. Tiada Dzat yang mengabulkan do’a-do’a, yang melenyapkan semua kesulitan, yang mengampuni semua kesalahan, yang memaafkan semua kekurangan, yang menolong orang-orang meminta pertolongan, dan yang telah melimpahkan semua karunia, kecuali Dia.

Imam Ibnul Qayyim dalam bukunya, al-jawab al-kafi liman sa’ala ‘an ad-dawa’ asy-syafi menjelaskan, “Cinta itu merupakan sendi kehidupan hati dan makanan pokok jiwa. Hati tidak akan dapat merasakan kelazatan, kenikmatan, kebahagiaan, dan kehidupan tanpa cinta di dalamnya. Apabila hati telah kehilangan cinta, maka penderitaannya terasa lebih sakit daripada derita yang dialami oleh mata di kala ia kehilangan cahayanya, dan hidung di kala ia kehilangan penciumannya, serta lisan di kala kehilangan suaranya. Bahkan hati, ketika di dalamnya hampa akan cinta terhadap Sang Penciptanya, sakitnya akan lebih dahsyat dari rosaknya tubuh karena sakit jiwa. Perkara ini sulit dipercayai kebenarannya, kecuali bagi orang yang hidup hatinya.”

Seberapa sering kita mengintrospeksi diri dan bertanya pada diri kita; seberapa besar kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya?

Sudahkah kita membuktikan kecintaan itu dengan mengerjakan semua yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW yang kita cintai dan menjauhi semua yang dilarang oleh keduanya?

Perhatikanlah kembali perasaan anda dan perasaan cinta anda kepada Allah SWT dan Nabi SAW.

Ingatlah selalu sabda Rasulullah SAW:“Seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya.”

Imam Nawawi telah meriwayatkan dalam Syarah Muslim tentang arti cinta kepada Rasulullah SAW dari Abu Salamah al-Khaththaby. Dalam Syarah itu dikatakan, ”…Engkau tidak dikatakan benar-benar mencintaiku hingga dirimu binasa dalam taat kepadaku, dan engkau lebih mementingkan redhaku daripada hawa nafsumu, meski engkau binasa karenanya.”

Bagaimana mungkin seseorang bisa mengakui bahwa dirinya mencintai Allah dan Rasul-Nya, padahal dia mengerjakan hal-hal yang tidak sesuai dengan perintah, tuntunan, dan petunjuk Allah dan Rasul-Nya?

Bagaimana seseorang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya, sementara kehidupannya justru diisi dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan syari’at Allah dan Rasul-Nya?

Atau bahkan menentang dan menghujat syari’at Allah dan Rasul-Nya?

Mencintai Allah dan Rasul-Nya berarti taat kepada keduanya. Artinya, melaksanakan syari’at Allah dan Rasul-Nya dalam kehidupan kita. Maka dari itu, amal yang paling utama yang harus kita lakukan adalah mengetahui maksud Allah SWT yang terkandung dalam al-Qur’an dan maksud Rasulullah SAW dalam sunnahnya. Perbanyaklah membaca al-Qur’an, merenungi maknanya, mempelajari, menghafal, dan mengamalkannya.

Demikian pula, kita senantiasa mempelajari hadits dan sirah Rasulullah SAW, sehingga kita mengetahui betapa mulia akhlaqnya, betapa zuhudnya terhadap dunia, mengetahui bagaimana cara hidup beliau, bagaimana keperibadian beliau, mengetahui syari’at yang dibawa beliau, dan bagaimana cara dan metode da’wah beliau, sehingga kita akan mencintainya dan kemudian meneladaninya.

Tidak memahami syari’at Allah dan Rasul-Nya akan menciptakan kegelapan hati dan kemudharatan dunia-akhirat.

Sungguh, mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas kecintaan kita kepada semua makhluk adalah kunci kebahagiaan setiap insan. Karena hanya dengan itu, hati menjadi tenang dan tenteram, dan hidup selalu tersinari oleh pancaran cinta dan redha Allah dan Rasul-Nya.

Special thanks to my officer, Mr Adnan Husin for sharing this article via email with me. Semoga Allah melimpahkan keberkatan dalam kehidupan tuan. InsyaAllah.

Monday, December 13, 2010

Sebuah Cinta Abadi Yang Pernah Wujud Di Bumi...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Artikel indah ini dipetik dari blog SulamKaseh untuk tatapan semua... Semoga ia memberi kita manfaat dalam kehidupan....

Sekian ratus tahun yang lalu…
Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya… seorang istri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak biasanya sang suami pulang larut malam. Sang istri bingung…. hari sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu… namun, rasa ngantuk semakin menjadi-jadi dan Sang suami tercinta belum juga datang.

Tak berapa lama kemudian….
seorang laki-laki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana. Laki-laki ini adalah suami dari sang istri tersebut. Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa. Namun, ketika akan mengetuk pintu… terpikir olehnya Sang istri yang tengah terlelap tidur…. ah, sungguh ia tak ingin membangunkannya. Tanpa pikir panjang, ia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga menggelar sorbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya. Dengan kelembutan hati yang tak ingin membangunkan istri terkasihnya, Sang suami lebih memilih tidur di luar rumah.. di depan pintu… dengan udara malam yang dingin melilit… hanya beralaskan selembar sorban tipis. Penat dan lelah beraktifitas seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi.. karena tak ingin membangunkan istri tercinta.

Subhanallah…
Dan ternyata, di dalam rumah.. persis dibalik pintu tempat sang suami menggelar sorban dan berbaring diatasnya.. Sang istri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar sang istri di balik pintu. Tak terlintas sedikitpun dalam pikirinnya tuk berbaring di tempat tidur, sementara suaminya belum juga pulang. Namun, karena khawatir rasa kantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu Sang suami ketika pulang, ia memutuskan tuk menunggu Sang suami di depan pintu dari dalam rumahnya.

Malam itu… tanpa saling mengetahui, sepasang suami istri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana… karena kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. Sang Istri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada Sang suami dan Sang suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada Sang istri.
dan Nun jauh di langit…. ratusan ribu malaikat pun bertasbih…. menyaksikan kedua sejoli tersebut…

SUBHANALLAH WABIHAMDIH
Betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona… saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati…

Tahukah Anda… siapa mereka..?
Sang suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW dan Sang istri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq. Merekalah sepasang kekasih teladan, suami istri dambaan, dan merekalah pemimpin para manusia, laki-laki dan perempuan di dunia dan akhirat.

Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam surgaNYA kelak. dan Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah tuk bisa meneladani kedua manusia mulia tersebut. Amiin…amiin ya rabbal’alamiin….


Friday, December 10, 2010

Rahsia Khusyuk Solat...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Hari Jumaat yang indah ini... Seorang rakan mengirimkan nota untuk dikongsi bersama.... Semoga nota ini memberi manfaat untuk kita bersama...

Ramai orang Islam yang mengerjakan solat, tetapi berapa ramai yang dapat merasai khusyuk di dalam solatnya? Dan berapa ramai pula yang sedang di dalam solat, tetapi fikirannya menerawang entah ke mana. Lebih menyedihkan, rukun solat menjadi tunggang-langgang. Seperti tertinggal bacaan wajib, tidak cukup rakaat dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali telah berkata: "orangyang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar." Firman Allah SWT seperti dalam surah Al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud; "Bahawasanya, solat itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar."

TIPS AGAR SOLAT MENJADI LEBIH KHUSYUK

1. Berusaha untuk memahami setiap kalimah yang dibaca ketika solat. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyat, tasbih dalam rukuk dan sujud dan bacaan-bacaan yang lain. Apabila kita faham maknanya, sudah pasti kita takut untuk berkhayal atau beralih tumpuan selain daripada hati hanya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan tersebut.

2. Membataskan pandangan. antaranya dengan mengelakkan daripada menggunakan sejadah yang berwarna-warni atau mempunyai beraneka corak. Bilik solat juga biarlah yang tidak berwarna-warni atau mempunyai gambar serta ukiran atau yang terlalu luas. Biarlah suasana bilik yang tenang dengan warna-warna yang tenang serta tidak disertai perhiasan keterlaluan.

3. Pejamkan mata ketika solat (mengikut kesesuaian individu, kalau rasa tak sesuai tidak perlu) bagi tujuan mengelakkan gangguan solat dengan membataskan pandangan. Memejamkan mata dengan tujuan untuk menghindari sesuatu yang tidak baik itu sepatutnya dilakukan sejak sebelum mendirikan solat.

4. Membataskan pendengaran. Hindari suasana bising, seperti suasana riuh-rendah di luar (jika boleh dihindari)termasuk keriuhan anak-anak bergurau-senda atau bunyi muzik dan nyanyian dari radio atau televisyen.

5. Elakkan daripada pengaruh-pengaruh luar. Seperti sebelum mendirikan solat, pastikan semua kerja telah diselesaikan, anak-anak berada dalam keadaan selamat, pintu telah dikunci dan maskaan di dapur telah selesai.

6. Jika lapar, makanlah dahulu. Sebagaimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud; "apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat dilaungkan, mulakan dengan mengambil makanan terlebih dahulu." Ianya dinasihatkan begitu supaya tidak terbayang makanan tersebut ketika solat dan merosakkan khusyuk solat tersebut.

7. Pakai pakaian yang bersih dan kenakan sedikit wangi-wangian. Jangan dianggap remeh terhadap dua perkara ini kerana ia turut mempengaruhi kekhusyukan solat.

8. Memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan solat dengan membaca surah An-Nas sebelum mengangkat Takbiratul-Ihram.

9. Menyegerakan solat dan sentiasa menepati waktu solat agar tidak tergesa mengejar waktu. Biasanya kita akan diam ketika azan berkumandang sebagai tanda menghormati azan. Jadi sebaik selesai azan, teruslah mendirikan solat kerana ketika itu ingatan dan tumpuan kita belum dicemari dengan perkara-perkara lain. jangan sesekali solat pada penghujung waktu kerana akan hilang tumpuan dan solat hanya sekadar untuk memenuhi rukun.

10. Sentiasa tanamkan dalam ingatan, bahawa kita sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-geri, bacaan dan hati kita. Dari itu, tidaklah seharusnya kita berangan-angan dan berkhayal ketika solat, kerana Allah mengetahui kedudukan hati kita.

11. Sentiasa menanam dalam hati bahawa ketika bersolat, anda sendang menghadap Allah bukannya solat kerana orang lain. Seperti malu dengan kawan-kawan, takutkan ibu bapa dan sebagainya.

12. Menenangkan fikiran dengan membbuang jauh segala urusan dunia ketika memulai solat. solat juga merupakan satu terapi. Apabila segala urusan dan masalah dibuang jauh ketika hendak memulai solat, fikiran kita akan kosong. Tumpuan kita hanyalah kepada Allah. Waktu itulah kita merehatkan akal dan minda.

Selesai solat, minda akan menjadi segar dan kita akan menghadapi segala urusan dunia dengan mudah. Juga dengan keberkatan Allah. (Perlu diingatkan, urusan dunia tidak pernah akan selesai selagi kita bernafas. Jadi jangan sesekali urusan dunia menghilangkan tumpuan terhadap solat.)

13. Jangan sesekali lalai ketika sedang mengangkat Takbiratul Ihram, iaitu ketika menyebut kalimah Allahu Akbar yang bererti Allah Maha Besar, ketika menyebut lafaz ini janganlah hati menyimpang kepada perkara lain.

14. Berdiri solat seperti berdiri di Padang Mahsyar. Bayangkan seolah-olah ini adalah solat terakhir dan bayangkan juga dalam ingatan bahawa seolah-olah anda sedang berdiri di Padang Mahsyar. Bagaimana keadaan genting di sana yang mana merupakan penentuan abadi sama ada anda akan dihantar ke syurga atau neraka.

15. Menghadap Tuhan sebagai seorang pesalah ataupun hamba. Sebagai seorang yang bersalah atau pun hamba, pasti kita akan memberikan seluruh tumpuan, jiwa dan raga kepadaNya.

16. Ingatlah, Allah bangga dengan solat yang didirikan oleh hambaNya. Sesungguhnya para malaikat turut mendirikan solat bersama dengan solat yang didirikan oleh seseorang.

17. Solat tanpa khusyuk, dalam surah Al-Ma'un ayat ke empat dan kelima, Allah SWT telah mencadangkan bahawa neraka tersebut diperuntukkan bagi orang-orang yang mengerjakan solat, tetapi solat mereka itu dalam keadaan yang lalai dan lupa.

Tidak dinafikan, hawa nafsu memang sukar hendak dikawal. Manusia akan terus bermain tarik tali dengan hawa nafsunya. Manusia yang sememangnya mencintai dunia akan condong kepadanya, tidak boleh mengharapkan kelazatan bermunajat di dalam solat.

Untuk itu, mujahadah hendaklah dilakukan dan ini merupakan satu ubat yang pahit. Cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Berapa banyakkan air yang dimasukkan ke dalam gelas, gelas itu akan mengeluarkan dalam jumlah yang sama dengan cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu.

Semoga kita semua dapat menghampirkan diri ke arah solat yang khusyuk.

Thursday, December 9, 2010

Percaya diri atau Sombong....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Syukur Alhamdulillah diberikan Allah kesempatan menimba ilmu melalui kursus yang dihadiri.... Jadi kesempatan yang terluang ini ingin berkongsi ilmu yang diperolehi bersama rakan-rakan berkenaan Percaya Diri @ Sombong... Semoga kita mendapat sedikit manfaat daripadanya....

Dalam kehidupan seharian kita pasti bertemu orang yang sangat percayakan diri serta orang-orang yang sombong. Orang yang percaya diri biasanya mudah bergaul dengan orang ramai, sedangkan orang yang sombong biasanya malas didekati oleh sesiapa pun. Namun begitu ramai yang keliru tentang kedudukannya di mana. Sombongkah aku atau aku ini tergolong dikalangan orang yang percaya diri.....

Berikut merupakan tips untuk membezakan antara orang sombong dan percaya diri:

1. Orang sombong menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain. Sedangkan orang yang percaya diri percaya bahawa dirinya memiliki keunikan dan kelebihan sebagaimana yang dianugerahkan kepada setiap orang.

2. Orang sombong seolah-olah selalu tahu apa yang paling baik untuk orang lain. Sedangkan orang yang percaya diri selalu terbuka tentang pendapatnya terhadap orang lain.

3. Orang sombong biasanya tajam terhadap orang yang ia lihat sebagai saingan. Orang yang percaya diri sudah lahir dengan kemampuan untuk bersaing.

4. Orang sombong sukar/bahkan tidak pernah mengakui kesalahan mereka. Orang percaya diri tidak takut untuk mengaku bahawa ia melakukan kesalahan.

5. Orang sombong biasanya suka jika orang lain melakukan kesalahan sementara mereka yang percaya diri suka membantu orang menghadapi kesalahan yang mereka buat.

6. Orang Sombong biasanya sangat peduli dengan pendapat orang lain terhadap dirinya. Sedangkan orang percaya diri tidak terlalu peduli dengan pendapat orang lain terhadap dirinya, khususnya jika tidak siap dengan tentangannya. Penting untuk memastikan bahawa dirinya tidak hanya siap secara profesional untuk mengambil tentangan yang lebih besar, tetapi juga kehidupan personal juga mesti disiapkan untuk tuntutan baru tersebut.

7. Orang sombong biasanya suka membanggakan dirinya, sedangkan mereka yang percaya diri cenderung untuk diam.

CARA PERCAYA DIRI TANPA BERUBAH MENJADI SOMBONG

Memperbaiki penampilan tanpa maksud bahawa orang lain akan memuji kerana perubahan tersebut. Lakukannya kerana anda tahu bahawa anda harus mengeluarkan sisi terbaik dari diri anda.

Berusahalah untuk senyum kepada semua orang sebagaii ungkapan hati anda yang paling dalam, bukan senyum kerana orang boleh terpesona dengan senyuman anda. Senyuman tulus adalah lambang percaya diri dan label terbaik kepada orang lain bahawa anda adalah orang baik yang boleh dijadikan teman yang baik.

Luangkan sedikit waktu untuk bertanya khabar kepada teman dan orang sekitar anda. Lakukannya dengan tulus dan tunjukkan bahawa anda melihat mereka sebagai orang-orang yang anda hargai tak kira siapapun dan apa pun kedudukan mereka.

Untuk menjadikan diri sebagai orang yang percaya diri, anda perlu terus menginformasikan diri tentang apa yang terjadi di sekitar anda. Mengikuti perkembangan semasa dalam dan luar negara dan bukan sekadar gosip artis semata2. Ini membantu anda percaya diri jika terlibat dalam perbualan atau perbincangan dengan sesiapa saja.

Jangan berpuas hati berada dalam lingkungan kecil milik anda. Seboleh mungkin luaskan pergaulan. Jangan pula terlalu memilih teman, tetapi pilih lah teman dari segala kalangan. Melihat dunia dari segala perspektif boleh mambantu anda untuk menjadi percaya diri tanpa menjadi sombong kerana anda tahu di dunia ini masih punya banyak kesulitan.

RAmai orang yang tidak percaya diri kerana melihat akan kelemahan dirinya. Dan ramai pula yang menjadi sombong kerana merasakan apa yang mereka miliki lebih dari orang lain. Padahal inti kesyukuran ialah menyedari bahawa semua itu berasal dari Allah semata. Allah boleh mengambilnya bila-bila masa sahaja. Kerana itu tidak ada yang perlu disombongkan. Dengan keunikan diri anda, anda boleh menjadi diri sendiri dan berusaha memberi yang terbaik.

Oleh yang demikian, marilah kita mengubah cara pandangan kita terhadap dunia. Jika fikiran kita sudah terbentuk, ia akan tercermin dari gerak geri, kata-kata dan perlaku kita. Semoga kita mampu menghindari sifat sombong dan dapat menjadi orang yang percaya diri yang terbaik di sisi Allah. InsyaAllah...

Monday, December 6, 2010

Coklat Tidak Menggemukkan

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini dapat satu pek coklat dari kawan baik saya.... Kemudiannya bagi la kat kawan-kawan lain rasa sama... tak elok la kan kedekut..... kalau dah buat keje bleh sesamer takkan makan coklat sorang2 kan....tapi ramai yang mengelak... malu ker...?? Rupanya takut GEMUKKKKK.... taknak sudah...lagi bagus boleh saya makan banyak (cam tak ikhlas je nak bagi...hehehehe)

Memang hakikatnya ramai wanita menghindari coklat kerana menganggap coklat menyebabkan kegemukan. Lazatnya coklat memang menggoda lidah. Namun, bagi kebanyakan wanita, makanan yang sering dijadikan hadiah percintaan itu, dianggap boleh merosakkan diet, menambah lemak dan menyebabkan kegemukan.

Seboleh mungkin coklat cuba dihindari. Padahal menurut pakar nutrisi, coklat tidak perlu dihindari kerana tidak menyebabkan kegemukan. Pada dasarnya coklat hanya mengandung lemak yang tidak berpotensi menjadi timbunan lemak di dalam tubuh. Lemak dalam coklat yang disebut coccoa butter dicerna lebih lambat dan diserap lebih sedikit oleh tubuh. Selain tidak menyebabkan gemuk, coklat juga tidak menimbulkan masalah kolesterol dalam darah.

Coklat juga mempunyai beberapa manfaat untuk kesihatan. Di antaranya:

Memberi ketenangan, makan coklat boleh membuat tubuh serta fikiran menjadi lebih rileks dan tenang. Efek tenang ini ditimbulkan dari theobromine yang terdapat dalam coklat. Terdapat juga bahan aktif lain dalam coklat yang memberi efek mensimulasikan sel saraf, sehingga menimbulkan rasa rileks dan membuat mood atau perasaan menjadi lebih baik sehingga dapat melakukan apa saja kegiatan dengan lebih bersemangat.

Sihatkan pembuluh darah, bahan aktif lain yang juga terdapat dalam coklat adalah polyphenol. Bahan ini berkhasiat sebagai antioksidan yang mampu melindungi pembuluh darah dari efek radikal bebas yang boleh mengakibatkan terjadinya arteroskleriosis atau penyumbatan pembuluh darah.

Kebanyakan coklat yang dijual, kandungan lemaknya sudah diganti dengan lemak haiwan. Selain itu, untuk meningkatkan cita rasa, coklat-coklat itu diberi bahan tambahan, seperti susu, kekacang, gula dan sebagainya.

Bahan-bahan tambahan itulah yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kalori dalam coklat. Hal itu juga yang menyebabkan ramai yang berpendapat makan coklat boleh menggemukkan. Ada juga yang beranggapan bahawa coklat menyebabkan ketagihan sehingga mendorong seseorang untuk makan coklat lebih banyak lagi.

Namun sebesar mana pun kalori yang terdapat dalam coklat, sebenarnya tidak menyumbangkan kepada masalah kegemukan. Kegemukan itu sendiri sebenarnya wujud disebabkan gaya hidup dan pola makan sehari-hari dan bukannya kerana kesukaan terhadap coklat.

Oleh sebab coklat memang menyumbangkan sejumlah kalori bagi mereka yang gemar makan coklat dan sedang berusaha menurunkan berat badan, tidak ada salahnya juga untuk mengurangkan jumlah pengambilan coklat.

Namun, apa yang paling penting adalah mengatur pola makan yang tepat serta bersenam secara teratur agar berat badan dapat dikurangkan. Jadi kita tidak perlu lagi menghindari coklat yang selama ini menjadi kegemaran kita.

Jom makan coklat.....

Friday, December 3, 2010

Jadilah seperti lebah

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama...Semoga kita bersama mendapat manfaat dari perkongsian ini...

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya) .” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat (kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Untuk menjadikan kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera sangat memerlukann manusia-manusia seperti itu. Dalam keadaan apa sekalipun, dia akan membuat yang terbaik; apa pun peranan dan tugas yang diberikannya, dia akan menjadi manusia dan keadaan di sekelilingnya menjadi bahagia dan sejahtera.

Maka, sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadith di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah.

Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan, “Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)

Sekarang, bandingkanlah apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin, contohnya seperti ini:

1) Hinggap di tempat yang bersih dan menghirup apa hanya yang bersih sahaja.

Lebah hanya hinggap di tempat-tempat terpilih sahaja. Lebah sangat jauh berbeza dengan lalat. Lalat sangat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar.

Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman:

“Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 168)

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)

2) Mengeluarkan yang bersih

Siapa yang tidak tahu madu lebah. Semuanya tahu bahawa madu mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Lebah sangat kaya dengan kebaikan,sedangkan dari organ tubuh pada binatang lain, mereka hanya mengeluarkan sesuatu yang menjijikan.

Begitu juga seorang mukmin, kita haruslah menjadi manusia yang produktif dengan kebaikan.

“Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan (khair), supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77)

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah terwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya.

Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak menyengsarakan orang lain melainkan justru membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaat manusia.

3) Tidak pernah merosakkan

Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam apa-apa hal sekalipun: baik secara fizikal mahupun tidak.. Bahkan dia melakukan pembaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.

4) Bekerja keras

Lebah adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7)

Kerja keras dan semangat pantang berundur itu lebih-lebih lagi dituntut lagi dalam menegakkan keadilan. Karena, meskipun memang ramai manusia yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia –kecuali yang mendapat rahmat Allah– tidak suka jika dirinya rugi dalam menegakkan keadilan.

5) Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan

Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengudang teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaff: 4)

6) Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu

Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang hanya manakala apabila terasa diganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari.

Itulah beberapa karakter lebah yang patut ditiru oleh orang-orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl.

Thursday, December 2, 2010

Cantik....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Tajuk satu artikel ni sungguh menarik perhatian saya untuk membacanya.... Rasanya mana-mana wanita pun pasti akan tertarik untuk membaca artikel yang saya dah lupa mana jugak la saya jumpa ni(excited sangat sampai terlupa mana gak la ambik ni)... Tajuk artikel berkenaan ialah... CANTIK.

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia? Semua wanita nak cantik... malahan sekarang ni lelaki pun ada yang nak kelihatan cantik (sesuai ke ayat ni dgn lelaki...hehehe)

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Erra Fazira yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan yang tersendiri. Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya. Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Myanmar dan Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Orang Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat agaknya..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Di Jepun pula, kulit adalah kunci kecantikan. Kebanyakan mereka mempunyai kulit lembut & cantik tanpa bekas. Ini kerana wanita Jepun suka makanan & minuman yang mengandungi collagen kerana mereka mudah memperolehi collagen di negara mereka.

Di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana. Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar. Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu menjadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.