Sunday, February 27, 2011

Tinggal Kenangan...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

TINGGAL KENANGAN
Melorek kenangan di kepingan waktu
indahnya bunga musim yang berlalu
Gambar Hiasan
dalam senyum dan ketawa sama berlagu
mencipta satu rasa... indahnya bertemu

Mungkinkah waktu itu akan kembali
menjejak kita yang masih bermimpi
keindahan musim ceria berwarna warni
tidak kan pernah ku usir dari hati

Dalam langkah longlai menuju pergi
bersama hujan membasahi bumi
musim indah, di manakah kamu kini..?
tinggalkan aku sendirian lagi.....

keping-keping waktu ku kutip kembali
tiada teman sudi menemani
dalam sayu dan syahdu dihati
ku doakan dirimu tenang menghadap Illahi

Merenung kenangan dalam kesamaran cahaya
membakar semangat selagi masih bernyawa
doakan aku beroleh iman dan taqwa
semoga kita kan bertemu di syurga....


ABADI dalam harum nama.... sekalung doa & Al-Fatihah buat HIZAMI ABADI..... semoga tenang & bahagia bersamaNya...

Friday, February 25, 2011

Ohhh Hatiku.... Maafkanlah dia....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalan Al-Quran adalah sikap memaafkan.... namun, tidak dalam semua keadaan hati ini mampu memaafkan segala kesalahan yang dilakukan orang terhadapnya.... apatah lagi kiranya sesuatu tuduhan itu tidak benar atau sesuatu perbuatan itu  terlalu mencederakan hati dan mencalarkan perasaan..... Yang pasti perasaan marah tetap akan ada... 

Ohh Hatiku... hilangkanlah marah itu dari dirimu..... Semoga kamu lebih ceria wahai hatiku.....

Ohhhh Hati, kenapa terlalu keras kamu ini.... lembutkan lah dirimu wahai hatiku.... memaafkan dia walau tidak dipintanya begitu...... 
Kenapa perlu aku memaafkannya kerana dia tidak pun memohon maaf kepadaku...??? 

Ohh Hatiku, kamu perlu memaafkan walau apapun yang mereka lakukan terhadapku... agar dirimu tidak lagi terbeban.... Andai aku memaafkannya tentu dirimu akan tenang dan tiada dendam yang menjadi satu penyakit yang membarah dalam jiwa....

Aku mengerti perasaanmu Hati... Memberi maaf adalah sukar daripada memohon kemaafan. Apa yang pernah dibaca dalam Al-Quran, dan buku-buku ilmiah sukar untuk diamalkan. Aku tahu, membaca sahaja tidak akan menjadikan aku insan yang lebih baik jika segala ilmunya tidak dipraktikkan. Untuk mempraktikkan segala ilmu tersebut.... rasa sakit, pedih dan marah bermaharajalela.... Segala perasaan itu membuatkan imanku lemah... aku tidak mahu lemah begini wahai Hati....
Nak ker aku maafkannya...?? Atau perlu aku membalas segala kesalahannya sebelum memaafkannya..... 
Astagfirullah.... Astagfirullah..... Ohhh TIDAK.... Jangan pernah sesekali engkau memiliki perasaan sebegitu..... ia akan makin berpanjangan dan sukar dikawal di kemudian hari jika mula saling berbalas.... Maafkan lah dia wahai hatiku....

Ohhh Hatiku! Rasullullah SAW menuntut kita bermaafan:
"Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim, kerana itu, janganlah menganiaya, jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya. Taqwa tempatnya disini (sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali). Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama Muslim, setiap Muslim haram menumpahkan darah saudara sesama Muslim. Haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya" (Hadis Riwayat Muslim).

Kata seorang ustaz pula, maafkanlah dia... orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa "diikat" oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkanlah, nescaya kamu akan terlepas daripada "ikatan" orang yang tersebut. Kamu akan terbebas terus daripada mengingati kesedihan dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu. Maafkanlah dia, dan hatimu akan sihat sejahtera. 

"Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya, tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah" (Hadis Riwayat Muslim).

Aku tahu kamu hebat wahai Hatiku..... Maafkanlah dia wahai hati.... 
Agar dirimu lebih mudah memaafkannya.... satu kisah untuk kita hayati bersama.....

Satu kisah dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat dalam masjid lalu  baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk. Janggutnya masih basah dan minitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat 2 rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah pada hari ketiga. Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak 3 kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang  kamu lakukan sehingga kamu meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting,  iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.... 

Memang amat susah untuk kita berbaik dengan orang yang telah melukakan hati kita, tetapi, cukuplah jika sekiranya tiada dendam terhadapnya... dan yang paling penting tiada niat memutuskan silaturrahim dengannya. Dan adalah lebih mulia bagi kita jika kita mendoakan semoga Allah mengubah hatinya menjadi orang yang lebih sempurna peribadi & akalnya.

Ampunilah aku Ya Allah....jadikanlah kelukaan dan kesedihan ini ubat yang terbaik kepadaku dan bantulah aku memaafkannya.... Semoga hatiku ini mampu memaafkan.....

Tentu dirimu ingin mendiami Syurga Allah wahai hati..... Maafkan lah dia.... Semoga kita dapat menikmati kehidupan yang tenang di dunia dan bahagia di akhirat.... InsyaAllah...

Di kesempatan yang ada di hari Jumaat yang cemerlang ini, saya ingin memohon MAAF kepada semua pembaca sekiranya ada terkasar bahasa, ayat2 yang menyinggung perasaan, gurauan yang menyakitkan hati, kesalahan & kesilapan saya yang secara sengaja atau tidak sengaja berlaku di sini atau di mana-mana pelusuk bumi Allah ini. Maafkan saya....

Tuesday, February 22, 2011

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Pada 21 Februari 2011 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM & Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET Tahun 2010 di Dewan Besar MPM yang disempurnakan oleh Y Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia.
Seramai 46,780 atau 92.49% calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan STPM tahun lepas (2010). Keputusan itu mencatatkan penurunan sebanyak 0.06% berbanding 48,481 calon atau 92.55% pada tahun sebelumnya (2009).

Hanya lapan calon berjaya mencapai keputusan gred A bagi kelima-lima mata pelajaran yang diambil berbanding 15 calon dalam tahun sebelumnya. Daripada lapan calon berkenaan hanya empat calon berjaya mencapai kecemerlangan dalam semua kertas peperiksaan yang diambil dan diumum sebagai penerima anugerah pelajar cemerlang pada majlis tersebut. Mereka ialah pasangan kembar Charlotte Teong  Chuin Yi, Aimee Teong  Chuin Ai, Chow Jun Kang dan Ling Xiao Chun.
Majlis tersebut juga turut memberi anugerah kepada calon kategori luar bandar terbaik dan calon pelajar istimewa mengikut kategori masing-masing. Calon dari SMK Kota Marudu, Sabah, Syivero Patrick diumumkan sebagai pelajar terbaik kategori luar bandar. Manakala Hazwani Ibarahim dari SMK Tun Sharifah Rodziah, Kedah (pelajar istimewa cemerlang kategori sengau).
Syivero Patrick yang bekerja sambilan sebagai tukang rumah untuk menampung perbelanjaan persekolahannya untuk membantu bapanya Patrick Jimmy & ibunya Lompah Kinson yang hanya bersawah.
Turut diberi anugerah atas kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2010 ialah penerima anugerah pelajar istimewa cemerlang kategori Spastik, Low Hong Ping; Ahmad Syakirin Johari bagi kategori Rabun; Mohd Rifaat Hussin bagi kategori Buta;  dan Chong kai Zhen bagi kategori Pekak.
Mohd Rifaat Hussin (Cemerlang Kategori Buta) bersama sijil STPM Braille
Walaupun mereka ini tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya, mereka ini mampu membuktikan bahawa kecacatan dan kekurangan diri  bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan.

Kesemua penerima Anugerah Pelajar Terbaik STPM & MUET 2010
 Kesemua penerima anugerah ini membawa pulang Slip keputusan & Sijil STPM, sebuah plak dan Cek RM1000 sebagai penghargaan atas usaha mereka.

Semoga semangat kental dan daya juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh penerima anugerah pelajar cemerlang ini mampu menjadi inspirasi kepada semua pelajar lain agar dapat menyuntik semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Sekalung tahniah buat semua penerima Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010. 

Terima kasih kepada semua wakil media yang hadir & memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. 

Gambar: Utusan Malaysia, Berita Harian, NSTP & STAR.

Thursday, February 17, 2011

Bahaya Fitnah.....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Blogwalking saya kali ini menemukan saya dengan satu artikel menarik ini.... Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua.....

Satu sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah "suka membawa mulut", mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.  Ia juga disebut menabur fitnah atau 'namimah' iaitu menceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada orang yang difitnahkan itu.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan". (surah al-Hujurat, ayat 6)

Rasulullah s.a.w. menegaskan , menyelidiki rahsia dan memfitnah orang yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan orang yang memfitnah itu. Mungkin ramai yang menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa yang merugikan. 

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah" (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). Dosa menyebarkan fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebarkan fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehingga penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti.

Hari ini  medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan dengan cepat tersebar  ke seluruh ceruk rantau. Cukup dengan memasukkan ke dalam internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Rasulullah S.A.W bersabda : Tahukah kamu apa itu memfitnah? Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Baginda bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka. Ditanya: “Wahai Rasulullah jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku dikatakan?” Baginda menjawab: Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat. (Riwayat Muslim)

Islam melarang keras tindakan menabur fitnah dan menyebar khabar angin, malah mereka yang berbuat demikian dijanjikan dengan balasan yang buruk.  "Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui." (An-Nur:19)

Mengapakah begitu besar ancaman fitnah ini kepada masyarakat? Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ...dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh...(al-Baqarah: 191).
Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. 

Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firmanNya: ...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?...(al-Hujurat: 12)

Islam menyuruh umatnya menutup keburukan yang dilakukan oleh saudara sesama Muslim. Bagi mereka yang menyembunyikan keburukan ini maka Allah akan sembunyikan keburukan mereka di akhirat sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. Pengajaran yang lebih penting dalam ayat ini adalah membudayakan sikap berhati-hati apabila menerima berita daripada orang yang kita ragui. Demikian juga apabila mendapat berita sama ada melalui khidmat pesanan suara (SMS), khabar angin, tuduhan melulu atau melalui internet yang boleh dipertikaikan kejujurannya.

Setiap Muslim tidak boleh menerima bulat-bulat tohmahan atau fitnah yang disampaikan kecuali setelah diperiksa kesahihannya. Sebab itu Islam sangat menentang sifat jahiliah iaitu sifat yang menggunakan persepsi semata-mata untuk menentukan kebenaran atau tidak. Sebaliknya, umat Islam perlu menggunakan keyakinan data ilmiah dalam menentukan benar atau salah sesuatu berita itu.

Angkara fitnah ini amat buruk kesannya kepada masyarakat. Apabila masyarakat terutama anak muda terbiasa hidup dalam suasana fitnah, mereka akan hilang sensitiviti. Akhirnya masyarakat jadi kucar-kacir dan menghakis idealisme perpaduan dan persaudaraan dalam Islam. Dari segi agama, mangsa yang difitnah hendaklah bersabar dan tidak melakukan fitnah balas kepada orang yang memfitnah atau kepada pihak ketiga. Tindakan yang terbaik ialah memberi penjelasan berkaitan perkara yang telah menimbulkan prasangka masyarakat terhadap dirinya. Ini adalah sifat Muslim yang ideal yang dapat menahan emosi, nafsu juga akalnya dari melakukan perkara-perkara yang melampau dan ditegah agama.

Kadang-kadang, kejadian ini adalah cubaan Allah untuk menguji keimanan seseorang. Baginda S.A.W sendiri pernah difitnah. Namun, fitnah atau tohmahan itu akan melahirkan peribadi yang lebih utuh. Barangkali juga kesulitan dan ujian Allah ini baik untuk kita sebagaimana firman Allah, ...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu  dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah: 216).

Sesungguhnya, adalah amat beruntung bagi mereka yang menjauhi fitnah.... menjauhi segala fitnah adalah pemeliharaan rabbani, lebih banyak daripada usaha manusia.... Jika sekiranya anda difitnah... bersabarlah, ambillah segala sebab untuk mengawal emosi anda... dan mohon lah bantuan dan keredhaan Allah....Hati harus tetap bergantung hanya kepada Allah..... Hanya dengan mengingati Allah hati kita akan tenang.... InsyaAllah....

Terima kasih kepada group mymasjid & portal intranet atas maklumat tentang tajuk berkenaan.... Semoga dilimpahi keberkatan Allah...amin.

Wednesday, February 16, 2011

Hari Kekasih....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Sempena Maulidur Rasul yang merupakan Hari Kelahiran Kekasih Allah... Muhammad Ya Rasulullah... 

Menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan bersempena dengan Maulidur Rasul ini juga amat menarik. Bicara Wahyu kali ini membicarakan tentang cara menunjukkan rasa kasih dan sayang kita kepada Rasullullah.... Jom kita kongsi...

Kata cinta... Mana buktinya...??? Buktikan cinta anda....
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh diamalkan untuk membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah......
1.  Sentiasa mematuhi segala suruhan dan larangan Baginda Rasulullah s.a.w
Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kami kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! (Muhammad: 33)

....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang yang melanggar perintahNya). (al-Hasyr:77)

2.  Menjadikan Baginda Rasulullah s.a.w teladan dalam kehidupan seharian
Allah berfirman: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)

3.  Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w. mengatasi kecintaan kepada makhluk lain atau kenikmatan.
Allah berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (at-Taubah: 24)

4.   Memuliakan Baginda s.a.w ketika disebut namanya dengan berselawat dan mendoakan ke atas Baginda s.a.w.

5. Mengambil berat mempelajari sunnah Baginda serta mengkaji sirah, keperibadian, tingkah laku, akhlak dan adab Baginda.
Menjadikan Rasullullah s.a.w. ikutan terbaik dalam menjalani kehidupan seharian.

Terdapat banyak lagi cara kita menunjukkan kasih sayang kita kepada Baginda Rasulullah s.a.w.  Walau apa pun caranya, buatlah dengan ikhlas agar kehidupan kita sentiasa diberkati Allah.

Jangan hanya kita menunjukkan kasih sayang kepada Rasulullah hanya pada hari Maulidur Rasul... tetapi haruslah ditanam kasih dan sayang itu pada setiap hari.... semoga Rasulullah juga akan menyayangi kita .. InsyaAllah....

Wednesday, February 9, 2011

Memo From A Child To Parents...

1. Don't spoil me. I know quite well that I ought not to have all I ask for. I'm only testing you.

2. Don't be afraid to be firm with me. I prefer it, it makes me feel secure.

3. Don't let me form bad habits. I have to rely on you to detect them in the early stages.

4. Don't make me feel smaller than I am. It only makes me behave stupidly "big".

5. Don't correct me in front of people if you can help it. I'll take much more notice if you talk quietly with me in private.

6. Don't make me feel that my mistakes are sins. It upsets my sense of values.

7. Don't protect me from consequences. I need to learn the painful way sometimes.

8. Don't be too upset when I say "I hate you". Sometimes it isn't you I hate but your power to thwart me.

9. Don't take too much notice of my small ailments. Sometimes they get me the attention I need.

10. Don't nag. If you do, I shall have to protect myself by appearing deaf.

11. Don't forget that I cannot explain myself as well as I should like. That is why I am not always accurate.

12. Don't put me off when I ask questions. If you do, you will find that I stop asking and seek my information elsewhere.

13. Don't be inconsistent. That completely confuses me and makes me lose faith in you.

14. Don't tell me my fears are silly. They are terribly real and you can do much to reassure me if you try to understand.

15. Don't ever suggest that you are perfect or infallible. It gives me too great a shock when I discover that you are neither.

16. Don't ever think that it is beneath your dignity to apologize to me. An honest apology makes me feel surprisingly warm towards you.

17. Don't forget I love experimenting. I couldn't get along without it, so please put up with it.

18. Don't forget how quickly I am growing up. It must be very difficult for you to keep pace with me, but please do try.

19. Don't forget that I don't thrive without lots of love and understanding, but I don't need to tell you, do I?

20. Please keep yourself fit and healthy. I need you.

Tuesday, February 8, 2011

Doa untuk Dikasihi...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Doa ini dipetik dari blog Panglima7.... semoga kita semua disayangi dan dikasihi...... InsyaAllah...

Baca sebelum memulakan kerja dan di awal pagi /petang atau selepas solat.
 
Terima kasih Panglima7...

Wednesday, February 2, 2011

HUKUM MELAWAK - Etika melawak dan bergelak ketawa.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih atas ingatan dan peringatan dari rakan-rakan yang menghantarkan email perkongsian ilmu ini... semoga kita semua mendapat manfaat daripada ilmu yang dikongsi bersama.....

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.”
 
Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.”
 
Perempuan itu balik dan menangis.
 
Baginda saw bersabda:
أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.”(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.”
 
Baginda menjawabنَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:
ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “ Wahai orang2 yang beriman ,janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:
بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)
 
Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.”
 
Lalu Rasulullah saw bersabda: ما أحب أني حكيت أحدا

Maksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat.
 
Rasulullah saw bersabda;  لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Maksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda: لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا

Maksudnya : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.” (Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
 
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak.
 
Nabi saw bersabda: ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق

Maksudnya: “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran.
 
Firman Allah swt “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda: وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ

Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali berkata: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.”  

Tuesday, February 1, 2011

BANTU SEBARKAN KEADAAN HURU HARA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Entri ini adalah khidmat masyarakat membantu Rakyat Malaysia di Mesir yang memerlukan bantuan segera Kerajaan Malaysia. Entri adalah sumber daripada entri khas yang dibuat oleh Ariffshah, yanmieonline , Kak Jie & Melurjelita.

Petikan dari blog Kak Jie : Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir. Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar…
ni update dari adik saya..

keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas…
pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh  charge or no kredit so dah tak  boleh call..
dan  gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..
so dia orang  hidup dalam kegelapan…

then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle… makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..
Petikan dari blog Ariffshah :
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I gothome, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
Semoga Allah beri perlindungan ke atas  seluruh rakyat Malaysia di Mesir.
Jadi apa yang perlu ANDA buat?
1. Kalau ada Twitter, retweet this. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
3. Share this on Facebook.
Terkini : @Khairykj Sekiranya ada penuntut Malaysia di Mesir yang tiada kemudahan untuk keluar dari kawasan bahaya harap dapat email saya khairy@rembau.ne