Thursday, April 28, 2011

Saya Kembali....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua.... Alhamdulillah saya dah selamat kembali dari berkursus... agak kelam kabut cam nak berperang je lagak sebelum pergi hingga lah dah kembali ni.... mungkin disebabkan melakukan sesuatu diluar rutin harian agaknya..... Alhamdulillah semuanya dah pun selesai.... dah boleh kembali bertenang.... 
Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan segala urusanku.....
Terima kasih kepada ketua jabatan saya yang telah meluluskan permohonan kursus saya ni.... dapat la saya menambah sedikit ilmu pengetahuan saya.... Saya ingin berkongsi ilmu yang saya pelajari tapi ruang masa pada hari ni tidak memungkinkannya.... InsyaAllah, saya akan berkongsi kemudian....

Terima kasih atas doa para sahabat.... jumpa lagi nanti....

Monday, April 25, 2011

Doakan Saya....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni saya akan ke Pulau Mutiara.... berkursus selama 2 hari.... bermula esok..... 
InsyaAllah akan kembali berbloging pada Khamis nanti....

Doakan yang terbaik untuk saya ye..... selamat dalam perjalanan dan memperoleh ilmu sebaik mungkin.....
Semoga kita dapat berkongsi ilmu terbaik yang diperoleh nanti.....InsyaAllah....
Terima kasih wahai sahabat atas doa kalian....

Friday, April 22, 2011

Kenali Diri, Kendali Hati....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Sepanjang kita hidup dan bernafas di atas bumi Allah ini, adakah kita mengenali siapa diri kita?  Rasanya semua tahu dan kenal diri sendiri…kita tahu nama kita… kita kenal muka kita… dan segala benda yang kita miliki yang mencerminkan diri kita….. tapi adakah apa yang kita tahu itu menandakan kita tahu dan kenal akan diri kita….

Apa yang saya maksudkan ialah…. Benarkah kita mengenali diri kita…?? Bukan sekadar mengenali nama yang diberikan kepada kita…. Juga bukan paras rupa ini milik kita….. bukan juga kenali diri daripada barang2 kepunyaan kita….. tapi mengenali diri yang saya maksudkan adalah mengetahui tujuan kita diciptakan dibumi Allah ini…. Tanggungjawab kita di muka bumi Allah yang indah ini….. Sebagai apa…?? Adakah sekadar perhiasan di dunia ini atau bagaimana…??

Di bawah ini ada jawapan yang baik untuk soalan tersebut… ditambah dengan rangkuman jawapan oleh para ustaz dan ustazah daripada majlis ilmu yang dihadiri dan ditonton di televisyen…..

Kenapa bertanyakan soalan tersebut ….?? Bukan disebabkan bekerja di Bahagian Peperiksaan jadi suka la menyoal orang….. Bukan itu sebabnya….. Tapi disebabkan ayat ini “jalan untuk mengenal Allah ialah melaluimengenal diri”.. Siapa yang mengenal dirinya akan mengenal TuhanNya. Hanya dengan kita kenal siapa diri kita yang sebenarnya…maka kembalilah kita pada Allah, Tuhan yang menciptakan kita….

Bak kata pepatah Tak kenal maka tak cinta. Ramai diantara kita yang mengaku mengenali diri nya…. Tapi masih lagi bongkak, berlagak, ego, takbur dan berbagai2 sikap negatif yang dimiliki olehnya. Kata ustazah, sekiranya kita benar-benar mengenali diri, tentu kita akan merendah diri, berbuat baik, bersopan santun dan memiliki segala sifat positif dalam diri….. Kerana apa yang ada pada kita hari ini bukan milik kita… tapi hanya lah sebagai pinjaman semata-mata…. 

Tuan empunya segalanya ini adalah ALLAH….. Ramai orang mengaku mengenal Allah, tapi mereka tidak cinta kepada Allah. Buktinya, mereka banyak melanggar perintah dan larangan Allah. Sebabnya, ternyata mereka tidak mengenal Allah dengan sebenarnya….

Persoalan bagaimana mengenal Allah bukan sesuatu yang asing. Bahkan mungkin ada yang mengatakan untuk apa hal yang demikian itu dipersoalkan? Bukankah kita semua telah mengetahui dan mengenal pencipta kita? Bukankah kita telah mengakui semua itu?

Kalau mengenal Allah hanya ketika mengunjungi masjid, di majlis zikir, atau di majlis ilmu atau mengenal-Nya ketika tersandung batu, ketika mendengar kematian, atau ketika mendapatkan musibah dan mendapatkan kesenangan, adakah itu sudah memadai…..

Yang dimaksud dalam persoalan tersebut ialah mengenal Allah yang akan membuahkan rasa takut kepada-Nya, tawakal, berharap, menggantungkan diri, dan ketundukan hanya kepada-Nya. Sehingga kita mampu mewujudkan segala bentuk ketaatan dan menjauhi segala apa yang dilarang oleh-Nya. Yang akan mententeramkan hati ketika orang-orang mengalami gundah-gulana dalam hidup, mendapatkan rasa aman ketika orang-orang dirundung rasa takut dan akan berani menghadapi segala macam permasalahan hidup.

Apabila telah mengenal diri sendiri dan mengenal penciptanya, kita juga dianjurkan untuk memperbaiki diri…. Memperbaiki diri bermula dari sekeping hati…. Apabila baik sekeping hati ini akan baik lah keseluruhan jiwa yang berada di bawah naungannya…..

Bercerita soal hati….teringat pula bicarawara yang ditayangkan di astro oasis lama dulu…. Rawat Hatinya (tak ingat pula sambungannya tu…panjang tajuknya…) oleh ustaz Aagim …… Ustaz Aagim ada mengatakan bahawa “yang bahaya pada hidup kita bukan lah orang lain di sekeliling kita, tetapi diri kita sendiri….”

Kita seringkali berusaha untuk mengubat sakit tak kira la apa jua jenis kesakitan dan siapa yang sakit…..Mungkin juga mengubati kerosakan rambut, baju dan pelbagai lagi kesakitan dan kesusahan diri…..

Tapi pernahkah kita terfikir untuk merawat dan mengubati hati kita ?
Mungkin kita tak pernah terfikir untuk memikirkan perkara sebegini kan….?? Boleh ke kita merawat dan mengubati hati ni….. ?? Mesti lah susah dan payahnya nak memikirkannya apatah lagi melakukannya….

Mungkin kerana hati itu tidak dirawat dan diubati sebaiknya… muncul permasalahan yang pelbagai seperti …… tidak punya sahabat yang dipercayai….isteri yang tak bahagia dengan suami dan sebaliknya…..Ada anak-anak yang tak menurut kata ibubapa…. Dan berkasar dengan ibu bapa…..Ada juga ibubapa yang tidak meredhai anak-anak…. Nauzubillah….

Hati yang berpenyakit ini juga boleh mendatangkan rasa takbur, ego, pentingkan diri sendiri, bongkak, emosional dan pelbagai lagi penyakit hati. Apabila hati ini terbiar kotor dan berpenyakit, ia juga boleh menyebabkan pemilik hati tersebut menjadi semakin tenggelam dalam kekotoran dan penyakit nya itu…. Lebih buruk lagi apabila hatinya dibiarkan mati …. Hati yang mati tidak akan dapat menentukan baik dan buruk sesuatu perkara dan hanya bertindak berlandaskan nafsu semata.

Mengikut kata Ustaz Aagim lagi…. Hati kita ini perlu dijaga, diasuh dan dirawat selalu agar tidak tersesat dan berpenyakit…. Pabila tidak terjaga itulah muncul nya hasad dengki, iri hati, perasaan menunjuk-nunjuk dan sebagainya…..

Bila Hati bersih barulah amalan yang dilakukan kusyuk…. Tapi jika hati penuh dengan kotoran…. Segala amalan yang dilakukan lebih bersifat menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas walau dengan sesiapa pun…..contohnya, menunaikan solat tapi dalam hati masih lagi mahu dipuji manusia… hati pemilik itu masih belum lagi bersih…. Masih belum terpelihara dengan sebaiknya….

Apabila hati sudah dibersihkan dan dirawat dengan sebaiknya…. Hati menjadi sihat… pemilik hati yang sihat ini tidak akan sekali-kali mengikut kata hati tanpa berfikir kebaikan terhadap tindakannya….. Pemilik hati yang sihat selalunya membuat tindakan yang baik bersesuaian dengan ajaran agama…. bersesuaian dengan kehendak dan perintah tuanNya…

Untuk mengekalkan kesihatan hati….kita dianjurkan untuk mendekatkan diri kepada ajaran agama… mendekatkan diri dengan Allah melalui Al-Quran dan sunnah…. Memperbanyakkan zikir, memperhebatkan ilmu agama (melalui ceramah agama, majlis-majlis ilmu dll)….dan berbuat kebaikan dan kebajikan…..

Salah satu ilmu baru yang saya peroleh ialah ketika menuntut ilmu harus senyum dan bersyukur kepada Allah…. Bersyukur kerana tak semua orang ditakdirkan Allah memiliki ilmu yang kita peroleh itu…… Tapi kenapa mesti senyum…?? Hmmmmm…..Kata seorang ustaz, ilmu takut nak dekat orang yang bermasam muka…(mungkin juga…serius dan garang je muka, ilmu takut nak dekat katanya)…hehehe…..Tapi jangan terlebih suka (ketawa) ketika menuntut ilmu…. Ilmu akan lari dan hati cepat mati….

Apabila kita dah punya ilmu… Ilmu tersebut haruslah diamalkan… Jangan diabaikan ilmu yang diperoleh agar ilmu itu menjadi teman kita…sekiranya diabaikan ia dibimbangi akan meninggalkan kita….... suatu ilmu akan menjadi lebih hebat kiranya ia menjadi amalan….. Sebagai contoh…. Apa ertinya tahu solat kalau tidak solat ? Maka sia-sia saja la ilmu yang kita ada tanpa diamalkan…. Sekiranya diamalkan dari hanya tahu solat sekadar memenuhi tanggungjawab kepada PenciptaNya mungkin mampu merubah kepada solat yang kusyuk….. Tentu lebih baik kan….

Sebanyak mana pun kita beramal…. Kita juga harus ikhlas terhadap setiap amalan kita….. Jangan kita berharap akan sesuatu kebaikan dan balasan daripada sesama makhluk… serahkan semuanya kerana Allah….. tidak perlu penilaian manusia…serahkan kepada Allah swt untuk menilai setiap amalan kita…. InsyaAllah bersih hati kita….

Semoga kita mampu mengenali diri dan mengendali hati kita menuju kebahagiaan yang Abadi….. Jom kita sama-sama KENALI DIRI, KENDALI HATI….. Semoga mendapat manfaat….

Sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan dimana-mana, saya mohon anda semua supaya dapat memperbetulkannya….  Semoga dapat berkongsi ilmu yang baik dengan anda semua….

Monday, April 18, 2011

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Berblogwalking di pagi hari menemukan saya dengan satu post yang menarik di hati saya...... blog kepunyaan hawamahabbah.blogspot.com telah berjaya menarik perhatian saya untuk terus membaca post tersebut...

Ramai di kalangan kita yang mempunyai pemikiran bahawa kita tidak layak untuk menasihati sesiapa kerana kita juga tidak sempurna.... lebih malang sekiranya di hati kita tidak ada sekelumit pun perasaan untuk menasihati rakan-rakan terdekat walaupun kita tahu mereka melakukan kesalahan.... mengapa begitu...?? Takut dimarahi rakan-rakan kerana kita pun tak sebaik mana... itu lah alasan yang selalu kedengaran.....

Mungkin di satu sudut ada benarnya begitu...mahukah rakan-rakan kita menuruti nasihat dari seseorang yang dianggap lebih teruk dan buruk perangainya daripada dirinya.... pasti ianya sesuatu yang sukar. Namun sekiranya nasihat yang diberikan itu mampu membawa kebaikan kepada diri kita, apa salahnya kita memberikan ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri dengan nasihat dari seorang rakan yang sememangnya seorang pendosa tadi..... Mungkin dia adalah seorang makhluk yang diutuskan Allah untuk menyedarkan kita akan dosa yang kita lakukan.... 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi...jom kita baca bersama artikel ni.... Semoga kita bersama mendapat manfaat daripadanya.....insyaAllah....

Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair:

إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب
فمن يعظ العاصين بعد محمد

“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammadsallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan. Terima kasih kepada empunya blog kerana sudi berkongsi ilmu yang berguna ini bersama.... semoga Allah memberkati kehidupan anda.....

Thursday, April 14, 2011

Kembali ke zaman kanak-kanak....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Semalam sambil lalu sebelah padang terdengar seorang jurulatih @ cikgu sukan ler kot sedang menerangkan kepada sekumpulan pelajar dihadapannya tentang jenis pergerakan untuk kesihatan.... Saya pun memendekkan langkah dan berjalan perlahan sedikit untuk mendengar lebih lanjut....

Menarik juga mendengar ilmu pengetahuan tentang sukan ni.... tak semestinya kita bersukan dengan serius.... senaman kecil-kecilan juga mampu membakar kalori katanya...... wahhhh best kan.....

bestnya dapat naik jongkang jongket....
Antara yang sempat saya dengar jurulatih tersebut berkata.... Jangan malu atau ragu-ragu untuk mengulangi permainan semasa kita kecil (zaman kanak-kanak) seperti bermain buaian, jongkang-jongket atau sekadar berkejar-kejar dengan kawan mampu membakar kalori cukup banyak...... kalu dah dapat membakar kalori tentu ianya baik untuk kesihatan badan dan jantung kita......
2 beradik ni ngalahkan budak2 je...
Balik kang nak cari playground lah.... lama benar rasanya tak bersenam..... jom ler kita sesama menjaga kesihatan badan dan jantung kita....

Wednesday, April 13, 2011

KITAR SEMULA BRA LAMA @ BARU

Hobi berblogwalking telah membawa saya ke satu blog kepunyaan cthoney.blogspot.com yang banyak info... Thanks CT Honey atas info yang telah anda sumbangkan..... dapat gak org lain tahu pasal info ni..... Terima kasih sesangatnya.....

Salah satu daripadanya, berkenaan dengan kempen kitar semula telah diadakan pada bulan April ini. Ingatkan selama ini kertas, plastik dan kaca je yang boleh di kitar semula.... rupa-rupanya banyak lagi benda di dunia  ni yang boleh kita kitar semula untuk kepentingan mereka yang memerlukan. Kempen kitar semula tersebut diberi nama "Green Bosom - Bra Recycling Buddies Program"  

Mulanya agak malu untuk letakkan entri ni.... Kot2 ada jejaka2 idaman Malaya yang terbaca....adehhhhh maluuuuu..... Tapi sekiranya tak dimaklumkan tak tau pulak kan.... Mana la tau kot2 ada di kalangan wanita di luar sana ingin ikut serta program ni....

Jika anda mempunyai Bra yang tidak mahu digunakan lagi, atau pun tersalah membeli saiz sehinggakan boleh disimpan menjadi koleksi, bolehlah menyahut kempen ini. Daripada disimpan didalam laci boleh juga diberikan kepada wanita yang memerlukan untuk tujuan kebaikan.

Kempen ini mengitar semula Bra yang tidak digunakan lagi dengan membeli dan menjual semula kepada negara yang kurang maju diseluruh dunia seperti dikhemah perlarian, rumah perlindungan dan lain-lain lagi…..

Ciri-ciri Bra yang dikitar semula:
1.Bra didalam keadaan yang baik seperti kancu dan talinya berkeadaan baik.
2.Semua saiz dan corak paten diterima.
3.Semua jenis Bra sama ada yang biasa atau pun untuk kegunaan mengandung dan bersalin.
Nota: Jika Bra yang didermakan itu masih baru janganlah dibuang tagnya.
Berita baiknya selain menyokong dan menderma didalam kempen ini anda akan mendapat rebet RM10.Jika inginkan maklumat lanjut tentang rebet ini sila ke askcleo.com. Jadi kepada semua yang berminat jangan berlengah lagi...... Jom kitar semula.....

Tuesday, April 12, 2011

Jom Minum...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah minum....

Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air)

Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah)

Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, manakala sayap kanan pula penawar)

Minum duduk & baca basmallah & doa..

Minum susu 

- اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه

Minum manis 

- وسقاهم ربهم شرابا طهورا

Jangan bernafas dalam bekas minuman, & mulakan minum kita itu dengan 3 teguk dahulu... Kemudian baru habiskan.

 
Jika ingin pastikan minuman itu "bersih"(tidak ada apa-apa sihir) setelah baca basmallah & doa, sewaktu teguk pertama kita itu, kita rasa lelangit kita dengan menggunakan hujung lidah. Sekiranya "ada apa - apa" lelangit kita tidak akan berasa geli.


Bila pula waktu yang sesuai untuk minum air...??

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.
  • Minum dua (02) gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
  • Minum segelas (01) air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
  • Minum segelas (01) air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
  • Minum segelas (01) air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur
Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air. Persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? Bila anda minum air masak? adakah selepas makan? Adakah selepas tengah malam? 

Insyaallah, setakat itu perkongsian mengenai minum secara sunnah dan masa terbaik untuk minum air. Sama - sama kita mengamalkannya. Boleh ditambah sekiranya ada sebarang perkongsian lain.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua...

Monday, April 11, 2011

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Emel daripada pensyarah Office Management & Technology, Universiti  Teknologi MARA, Puncak Alam, Yang Berbahagia Prof Madya Abdul Halim Abdul Ghani ingin dikongsi bersama..... Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini.....

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
 


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
 
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
 


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
 


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
 


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.


“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”


Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
 


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
 


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”
 


10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
 


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
 


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Wednesday, April 6, 2011

Setiausaha Oh Setiausaha....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

 Hari ini, seperti dijanjikan, kita akan berkongsi ilmu tentang SETIAUSAHA..... 

SUATU ketika dulu kerjaya sebagai setiausaha antara yang 'terhangat' di pasaran kerja terutama di kalangan anak-anak gadis yang berasakan diri mereka mempunyai penampilan menarik.

Malah oleh kerana terlalu obses dengan anggapan bahawa setiausaha mesti cantik dan menawan, sesetengahnya menjadikan kerjaya tersebut sebagai batu loncatan untuk meraih gaya hidup yang lebih glamor.
Kecantikan tersebut turut dijadikan senjata untuk 'memancing' bos sehingga timbul gelaran-gelaran kurang enak seperti setiausaha sebagai 'buah hati bos', 'wanita simpanan bos', 'tukang bancuh kopi bos' dan sebagainya.

Imej wanita penggoda, 'gedik' dan persekitaran yang diselubungi skandal menjadi stigma yang terus melekat untuk sekian lama sehingga mengelirukan fungsi sebenar kerjaya tersebut. 

Bagaimanapun, semua itu tinggal 'mitos' kerana bidang kesetiausahaan kini dilihat jauh lebih profesional dan sama penting dengan kerjaya lain.

SETIAUSAHA adalah seorang yang profesional. Sebagai seorang yang profesional, setiausaha sudah pastinya mempunyai hasrat dan keinginan untuk mempamerkan kecekapan, keyakinan, gaya yang sesuai dan sepadan dengan tugas serta tanggungjawab yang diberikan. Setiausaha yang profesional tidak mengira siapa bos mereka. Merekalah yang seharusnya menyesuaikan diri dengan bos mereka. 

Persekitaran pejabat hari ini telah berubah dengan begitu pesat sejajar dengan perubahan dalam teknologi maklumat yang kini memberi kesan mendalam terhadap kerja-kerja kesetiausahaan.
Promo Cover utk Kursus yang akan saya hadiri di Penang

Hasil tulisan Mariatul Qatiah Zakaria, mengatakan apabila berkata mengenai setiausaha, sudah pasti semua orang tahu tugasnya selain 'berdampingan' dengan ketua (bos) mereka juga mempunyai tanggungjawab besar di dalam sesebuah syarikat atau organisasi tempat mereka bekerja.

Selain menguruskan surat, menaip, menyimpan fail, membuat temu janji, rancangan dan sebagainya, mereka merupakan orang kepercayaan bos. Apa tidaknya, semua urusan syarikat yang cukup sulit serta 'RAHSIA' syarikat, mereka antara orang yang mengetahuinya.

Satu masa dahulu, kerjaya ini begitu diminati di kalangan wanita kerana ia tampak glamor dan bergaya tetapi mereka cukup profesional ketika menjalankan tugas malah melaksanakannya dengan penuh etika.Walaupun begitu, kini kerjaya sebagai seorang setiausaha sudah melalui perubahan serta memerlukan pemiliknya berkelulusan tinggi.

Menurut Perunding Imej Adamaya, Imej Consultancy, Sharifah Shawati Syed Mohd., untuk menjadi seorang setiausaha yang profesional dah cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik di samping personaliti unggul di tempat kerja. "Setiausaha yang baik adalah yang tahu peranannya dan senang untuk berurusan dengan orang ramai". "Pada masa yang sama, setiausaha juga perlu 'bercakap' bahasa yang sama dengan bos untuk memudahkan kerja". "Mereka juga harus memahami bos masing-masing agar matlamat kerja tercapai," ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah beliau, jika dahulu mungkin masyarakat beranggapan bahawa kerjaya sebagai seorang setiausaha tidak ubah seperti 'orang gaji' di m ana perlu menyiapkan minuman bos setiap pagi, membersihkan pejabat, menguruskan segala urusan pejabat seperti mesyuarat dan sebagainya tapi hari ini pandangan tersebut tidak lagi boleh diterima pakai.
Hari ini, setiausaha merupakan aset kepada bos selain orang yang 'berkuasa' dalam memastikan kelancaran sesebuah syarikat. Seorang setiausaha juga berperanan sebagai penjaga bos, pemikir, penapis, penepis, penglipur lara, pemberi serta pemulih semangat, penyimpan rahsia dan penyelamat.
Selain menjadi seorang pengingat, setiausaha juga mestilah kuat menyimpan rahsia apa lagi kalau ia rahsia pejabat dan keluarga ketua. Jelas beliau, seseorang setiausaha juga ada kalanya seperti rakan kongsi yang bijak dan mampu mengawal keadaan.

Pada masa yang sama, mereka juga perlu sentiasa proaktif, aktif serta efektif di samping dedikasi dengan kerjaya masing-masing kerana setiausaha ini juga boleh diibaratkan sebagai mata dan telingan kepada sesebuah syarikat ataupun organisasi, tempat mereke bekerja.

Katanya lagi, setiausaha yang berkuasa dan profesional mampu muncul sebagai 'hero' di pejabatnya. Dengan erti kata lain, peranan yang dimainkan oleh setiausaha bukan saja menaikkan imej ketua malah menjadikan syarikat atau organisasi yang diwakili cukup disegani. Setiausaha perlu bekerja dengan bijak dan menjaga kepentingan ketua dalam apa juga keadaan.

Justeru katanya, setiausaha perlu tahu untuk membina keyakinan, kredibiliti dan kemampuan diri. Bercakap mengenai penampilan, jelas Sharifah Shawati, sama ada bertudung atau tidak, setiausaha mesti berketerampilan kemas dan bergaya.  Ini kerana dia adalah penghubung syarikat dengan pihak luar selain pengantara jabatan.

Tidak salah untuk bergaya kerana penampilan yang baik serta berhemah tinggi akan mencerminkan sesuatu yang positif mengenai syarikat atau korporat yang diwakili. Bagaimanapun seorang setiausaha tidak harus "over shadow" ketua masing-masing malah aksesori yang digayakan juga tidak perlulah terlalu banyak, cukup sekadar menggayakan aksesori yang seminimum mungkin. "Jadilah setiausaha yang bijaksana, berkuasa dan bergaya, barulah anda mampu cemerlang dalam profesion ini," katanya.

Oleh yang demikian, setiausaha juga perlu mempunyai pengetahuan setanding majikan agar pandangan dan pendapat mereka boleh diterima pakai dalam usaha memajukan syarikat secara keseluruhan.

Semoga semua setiausaha mendapat manfaat dari perkongsian ilmu ini..... 

Special Thanks to: Mariatul Qatiah Zakaria & Meran Abu Bakar & Noor Fazrina Kamal (Utusan Online)

Tuesday, April 5, 2011

Secretaries Week 2011....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

April menjelma lagi.... Di bulan April ni, sepatutnya para setiausaha seperti saya ni boleh la bersuka ria menyambut Minggu Setiausaha atau nama omputihnya Secretaries' Week yang disambut sepanjang bulan April sebenarnya (patutnya panggei Secretaries' Month ler kot kan)..... tapi bagi saya yang bekerja di jabatan kerajaan kurang terasa keistimewaannya tu kerana tidak semua Bos yang memberi peluang untuk Setiausahanya berpoya-poya..... tetambah di kala ini keje menimbun-nimbun kan.... kena la fikir  kepentingan tugas dan negara lebih penting dari kepuasan dan kepentingan peribadi......

Walaupun saya tak dapat nak join.... meh kita tengok antara artis yang akan menghiburkan para Setiausaha yang berpenat lelah menguruskan orang-orang penting di Jabatan mereka ni..... Mana tau kot-kot masih lagi berkesempatan nak book seat untuk join..... atau ada orang nak sponsor saya untuk join ke kan.... hehehe prasan ler plak.....

Lambat lg ni...sempat lagi kalu nak booking...hehehe


yg ni dah tak sempat nak book...sbb hari ni yek...sorry

Yg ni plak esok.... tak tau ler ada seat lagi ke kalu nak book hari ni....huhuhu
yg ni pun sempat lagi kot nak book.... tapi dengarnya dah tak banyak seat available....
yg ni tiket mahei dah abih.... tiket murah yg mahei gak tu katanya ada la lg sikit.... cepat la book kalu nak join....


yg ni morah sikit...tapi jauh beno plak teman nak ke sanun....huh
Apapun... saya dah layan rock bersama Papa Rock pada 2nd April hari tu kat Angkasapuri.... Jadi lah tu kan.....
Ni lawatan sambil belajar Puspanita MPM ke Angkasapuri untuk program 'Apa Kata Wanita' sebenarnya...tapi bleh gak la anggap program untuk  Secretaries' Week sebab ada 4 org Setiausaha dalam gambar tu...hehehe
Kalau rajin-rajin sok, kita kongsi apa istimewanya jadi Setiausaha..... atau apa-apa saja topik berkenaan Setiausaha sempena Secretaries' Week bulan ni yek..... Semoga semua Setiausaha di seluruh dunia gembira hendaknya....