Friday, May 27, 2011

Cantiknya Wanita Itu...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Di hari Jumaat yang rehatnya panjang ini… menemani rakan sekerja ke kompleks membeli-belah… ramainya umat manusia di sini….. masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri…. Malas nak membelek barang-barang takut tergoda jadi saya mengambil peluang bersantai-santai menikmati pemandangan kesibukan di pasaraya tersebut…..

Memerhati orang lalu-lalang merupakan satu aktiviti yang telah lama saya tinggalkan…. Kata orang melepak tu membuang masa…jadi saya cuba tinggalkan dan isikan dengan sesuatu yang lebih bermanfaat…. Ntah kenapa hari ini terjebak kembali…..

Dalam memerhati orang lalu-lalang tu… pandangan saya melekap pada seorang wanita cantik…. MasyaAllah… cantiknya dia…. Mukanya cantik, orangnya putih berhidung mancung, mekapnya cantik, pakaiannya mahal agaknya, melekap di badannya yang berpotongan menarik…. Kalau saya yang juga seorang wanita suka memandangnya, apatah lagi kalau lelaki yang memandangnya,,,, pemandangan indah gitu…hehehe

Saya terus memerhatikan dia.... Dia memperbetulkan duduknya, kemudian mengeluarkan bekas bedak… ditekapkan di mukanya sambil membelek mukanya di cermin…. Setelah berpuas hati dia menyimpan kembali bekas bedak nya itu….. Untungnya jadi orang cantik tak perlu bersusah payah…. Ramai aja yang lalu akan menoleh memandangnya… yang tak berapa cantik ni kat sebelah takde orang pandang pun….kecik hati….hehehe

Dalam kecik-kecik hati tu teringat pula satu artikel yang pernah dibaca tak lama dulu….. Rasanya macam pernah print dan masukkan dalam buku nota ceramah…. Sampai je di pejabat saya terus mencari artikel tersebut..... setelah digodek-godek maka terjumpa lah akhirnya….. Maka saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan supaya kita semua kelihatan cantik luar dan dalam…. Dan yang paling penting…cantik di dunia dan akhirat…..

Setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendek kata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluarga dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tutur katanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bila wanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat? Adoiiiii terpanah kan dengan ayat tersebut.... hehehe

Kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

Apapun...saya berterima kasih pada wanita cantik yang saya lihat tadi....kerana dia telah mengingatkan saya untuk berkongsi artikel ini dengan kawan-kawan.... Jom kita cantikkan AKHLAK supaya kita kelihatan cantik di dunia dan akhirat....

Thursday, May 26, 2011

Kisah Jilbab....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Beberapa tahun yang lalu, saya ada menerima satu emel dari seorang sahabat... kisah  menutup aurat.... dan semalam ketika berblogwalking saya terjumpa artikel yang sama di blog nisanegerisembilan.blogspot.com...

Semoga kita mendapat manfaat membaca artikel ini..... Selamat membaca....

Ada seorang wanita yang terkenal taat beribadah. Ia sentiasa melaksanakan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya. Ia tak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum dan menjawab, “Insyaallah. Yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakannya maupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam…
Ia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. Rumputnya sangat hijau, pelbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan dapat merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya. Ia tidak sendiri. Ada beberapa wanita disitu yang juga menikmati keindahan taman. Ia pun menghampiri salah seorang wanita. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.


“Assalamualaikum, saudariku..”
“Wa alaikumsalam.. Selamat datang, saudariku.”
“Terima kasih. Apakah ini syurga?”
Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga.” “Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini.”
Wanita itu tersenyum lagi. “Amalan apa yang dapat membuatmu kemari, saudariku?”
“Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah.”
“Alhamdulillah..”
Tiba-tiba jauh di hujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan ia melihat beberapa wanita yang berada di taman mulai memasukinya satu persatu.
“Ayuh, kita ikuti mereka.” kata wanita itu sambil setengah berlari.
“Apa di balik pintu itu?” katanya sambil mengikuti wanita itu.
“Tentu saja syurga, saudariku” larinya semakin cepat.
“Tunggu…tunggu aku..” ia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Ia tetap tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari. Ia lalu berteriak, ” Amalan apa yang telah kau lakukan hingga kau begitu ringan?”
“Sama denganmu, saudariku.” jawab wanita itu sambil tersenyum.
Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu, “Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?”
Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata, “Apakah kau tak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?”
Ia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.
“Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke surgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?”

Tubuh wanita itu telah melewati pintu, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata, “Sungguh sangat disayangkan amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Maka kau tak akan pernah mendapatkan syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Ia terpegun..lalu terbangun..beristighfar lalu mengambil air wudhu. Ia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali perkataannya dulu..berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya.
Renung-renungkan kisah ini...semoga dapat memberi pengajaran yang baik untuk kita semua....

Wednesday, May 25, 2011

Facebook Haram...??

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Terkejut tak baca tajuk tu.... ?? Dalam hati tertanya-tanya lagi...apsal la pulak nihhhhh.... Bila dibaca betul-betul... rupa-rupanya kenyataan tu bukan lah ditujukan untuk rakyat Malaysia..... 

Itu lah kesan tajuk sesuatu artikel dalam akhbar memainkan peranan agar lebih ramai orang membaca artikel yang disediakan..... ala-ala trick la gitu.... Jom kita baca keseluruhan kenyataan tersebut.....

Fatwa HARAM dikeluarkan ulama Mesir ke atas penggunaan laman sosial FACEBOOK kerana kesan negarifnya kepada pasangan suami isteri...

Kajian yang diperoleh daripada Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) telah menemui bukti mengaitkan peningkatan jumlah perceraian adalah disebabkan oleh aktiviti pasangan di laman sosial Facebook, Myspace dan Twitter....

Hasil kajian tersebut menunjukkan 66% kes perceraian adalah berpunca dari Facebook, 15% dari Myspace dan 5% dari Twitter.

* Itulah yang berlaku di Mesir.... Di Malaysia juga mungkin ada berlaku perkara yang sama (kesan laman sosial) namun tidak dihebahkan mungkin.....Hebat kesan laman sosial ni rupanya..... Macam-macam hal berlaku hanya disebabkan laman sosial yang nampak remeh tapi membawa implikasi besar dalam kehidupan.....


* sumber : Utusan Malaysia, Abdul Rahman Zahari...ruangan sekilas

Monday, May 23, 2011

Wanita Cabar Larangan Memandu di Arab Saudi di Tahan...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Menyelak akhbar yang merupakan rutin harian saya di pejabat memberi banyak maklumat terkini, suka dan duka, tak kurang juga berita yang menarik dan mengemparkan.... Itulah realiti kehidupan.....

Antara yang menarik minat saya hari ini di Akhbar Utusan Malaysia, muka surat 18, ruangan Luar Negara, berita bertajuk Wanita Cabar Larangan Memandu di Arab Saudi Ditahan.... 

Berani sungguh wanita hari ini kan.... Kekadang rasa bangga dengan sifat keberanian wanita hari ini...kadang rasa takut pun ada.... berani yang mengundang ketakutan.... hehehe... Jom layan berita tersebut....

Riyard 22 Mei - Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang wanita selepas dia melancarkan kempen membantah larangan wanita memandu kenderaan di negara ini. Wanita itu, Manal al-Sherif turut menyiarkan rakaman video memaparkan dia sedang memandu di laman Facebook dan YouTube dan menggalakkan wanita lain melakukannya.
Dia bersama sekumpulan wanita memulakan kempen di Facebook dikenali sebagai "Ajar saya untuk memandu supaya saya dapat melindungi diri saya" yang mendesak pihak berkuasa membatalkan undang-undang mengharamkan wanita di negara ini memandu kenderaan.

Manal pergi menjalankan ujian memandu di Khobar dan kemudian menyiarkan rakaman pengalamannya itu. " Ini adalah kempen secara sukarela bagi membantu wanita di negara ini belajar memandu. Sekurang-kurannya kita boleh membantu ketika kecemasan. Apa akan berlaku jika pemandu kenderaan mengalami serangan jantung," katanya dalam rakaman video itu.

Menurut laman Facebook kempen itu, Manal ditahan oleh polis tetapi dibebaskan tidak lama kemudian. Syarat pembebasannya tidak diketahui. Melalui Facebook, kempen itu meminta satu demonstrasi besar-besaran diadakan pada 17 Jun ini dan lebih 12,000 orang yang melihat akaun itu menyatakan sokongan.

Arab Saudi merupakan satu-satunya negara yang mengharamkan wanita di negara tersebut dan wanita asing memandu kenderaan. Keadaan itu menyebabkan keluarga terpaksa mengupah pemandu atau saudara lelaki perlu memandu kenderaan untuk membawa anggota keluarga wanita pergi ke mana-mana destinasi termasuk ke sekolah, membeli-belah atau menemui doktor.

* Setiap yang disuruh dan dilarang pasti ada kebaikan dan keburukan tersendiri...

Thursday, May 19, 2011

Allah Permudah Jalan ke Syurga bagi Pencinta Ilmu....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Menyelak akhbar di pagi hari mencari apa-apa artikel berkenaan dengan Jabatan menemukan dengan artikel hasil tulisan Zahiruddin Zabidi di ruangan Agama muka surat 26...Akhbar Berita Harian... 

Saya tidak mengubah sedikitpun artikel ini dari artikel yang asal...... Jom kita kongsi ilmu ini.... Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.... 

Islam meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam kehidupan manusia. Ini terbukti dengan penurunan wahyu pertama iaitu arahan, "Bacalah!"

Ibnu Kathir menerangkan, ayat itu adalah rahmat Allah kepada hambaNya, sekali gus menjadi nikmat pertama diberikan kepada manusia. Dalam ayat itu termuat peringatan  mengenai kejadian manusia yang berasal daripada segumpal darah.

Antara kemurahan Allah juga, menusia diajar ilmu yang tidak diketahui mereka.  Allah memuliakan hambaNya dengan ilmu yang diberikan. Ini antara sebab mengapa Nabi Adam lebih mulia daripada malaikat. Ada kala ilmu itu berada dalam fikiran, secara lisan dan juga penulisan. Memperoleh ilmu melalui akal, lisan dan tulisan adalah perkara yang harus dalam pemerolehan ilmu.

Oleh itu, Allah berfirman yang bermaksud: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia dengan kalam. Dia mengajar manusia kepada apa yang mereka tidak tahu." (Surah Al-Alaq, ayat 3-5)

Dalam Sunan A-Darimi, bab Min Rukhsatil Kitabil Ilm dinyatakan: "Ikatlah ilmu itu degnan tulisan." Kemudian disebut juga: "Sesiapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya, allah akan mewariskan apa yang mereka tidak tahu sebelumnya." 

Selain itu, banyak hadis yand direkodkan daripada Nabi Muhammad SAW mengenai kepentingan  dan keutamaan ilmu. Daripada Anas bin Malik, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib  atas tiap seorang Islam." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu, Allah akan mudah kepadanya jalan ke syurga." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketinggian dan kepentingan ilmu terbukti apabila dikatakan bahawa dengan menuntut ilmu maka jalan ke syurga akan menjadi mudah. Ini adalah janji Allah melalui nabiNYa dan kita wajar mengejar peluang itu.  Begitu juga dengan  jelas Rasulullah menerangkan penting dan besarnya sesebuah majlis ilmu dengan merujuk kepada sabda yang bermaksud,: "Sesiapa pergi ke masjid hanya bagi mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka dia akan dapat pahala ibarat orang yang buat haji secara sempurna." (Hadis Hasan, Sahih Al-Tarhib wal Targhib)

Selain daripada belajar ilmu seperti mana disarankan oleh Allah dan Rasul, orang Islam juga wajib mengajar orang lain apa bila sudah cukup syaratnya. 

Hal ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Mas'ud yang bermaksud: "Daripada Ibnu Mas'ud, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Pelajarilah ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai: pelajarilah perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah pelbagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam saru perkara difardukan, yang mereka tidak dapat seorang pun boleh menyelesaikan perkara diperselisihkan itu." (Hadis riwayat Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni).

* Marilah kita menambah ilmu yang sedia ada...... kepada yang berilmu, marilah kita berkongsi ilmu supaya ilmu itu dapat disebar luaskan....semoga ilmu itu tidak luput dan hilang begitu sahaja....

Wednesday, May 18, 2011

PUSPANITA MPM di Bagan Lalang, Sepang...

Kembali dengan gambar-gambar aktiviti PUSPANITA.... menjelajah dari bandar Baru Selayang ke Banting dan terus ke Bagan Lalang.....
Berkumpul di perkarangan bangunan MPM
Persinggahan pertama...Kedai Kerepek Kentang Pedas dan Kuih Baulu di Banting....
tukang kacau ke tukang mengacau....?? hehehe

Menggunakan tenaga manusia dan bukan nya mesin..... cara tradisional lagi ni....
Persinggahan kedua Kedai Kerepek Faz... Banting gak lagi.....siap dengan makan tengah hari disediakan....

Masing2 dah kenyang....
sedapnya makanan ala kampung yang disediakan....














Dah sampai Bagan Lalang.... horeyyyyyy

Rumah Penginapan di Persatuan Nelayan Bagan Lalang....
Tempat lepak & berkumpul....













Pembahagian Kumpulan....
Posing lagikkkkk

dah abih sukan.... posing gak lagi
Moh bersukan utk kesihatan fizikal & mental....hehehe

wachaaaaaaaa.....
prektis dulu sebelum acara bermula.....
posing lagikkkkk....

Hadiah Sukaneka, Treasure Hunt dan Pertukaran Hadiah Peserta....
sesi buka hadiah... Kumpulan 3, Tempat ke-3.... huhuhu
Bergambar dengan hadiah2....
Gambo berterabur.... mana dulu mana kemudian main blasah jer lah..... malas nak edit....hahahaha.....
Ada banyak lagi gambar2 aktiviti di Bagan Lalang.... banyak sangat nak masukkan semua pun.... cukup la kot apa yang ada ni......

chow cinchauuuuuu...

Tuesday, May 17, 2011

Indahnya Bagan Lalang....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.
Just nak share gambar2 pemandangan di Bagan Lalang pada 14 & 15 Mei 2011..... Jom layannnn.....
Matahari sudah menjengukkan diri....
Jam 6 pagi di Pantai Bagan Lalang
Inilah pemandangan yang dapat diambil sambil berjogging sesudah subuh....
sudah cerahhhh..... jam 7 pagi






petang yang membara.... panasssssss
dipanah petir agaknya......

Wednesday, May 11, 2011

Di Mana Cantiknya Wanita

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Emel dari seorang sahabat ingin dikongsi bersama.... Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini.....
 
Di Mana Cantiknya Seorang Wanita....??
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat. 


Jom sama-sama kita amalkan... InsyaAllah akan kelihatan cantik di akhirat kelak.....

Tuesday, May 10, 2011

Mainan Minda...

Melayan kebosanan di ofis (banyak keje tapi bosan gak camner tu...??) saya teringat satu emel yang boleh dijadikan permainan menarik dari seorang sahabat.... emel ni dah lama terima sebenarnya.... baru teringat nak kongsi bersama kawan2 lain di sini.....

Sesapa yang boleh membaca di bawah ni maka dia seseorang yang mempunya otak yang cerdas!! Kalau saya boleh...anda pun tentu boleh juga...jommm kita cuba mainan minda ni.... semoga hilang lah kebosanan ini.....hehehe

(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

Boleh ke kawan2 membacanyer.... Tentu boleh kan.... :)

Thursday, May 5, 2011

10 Cara Membina Motivasi Diri

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini nak kongsi sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkursus di Pulau Pinang digabungkan dengan hasil bacaan Majalah NUR (Edisi Khas Kerjaya).
Pernahkah anda rasa tiba-tiba tidak bermaya dan kurang yakin untuk ke tempat kerja? Pelbagai masalah dan tugas yang bertimbun-timbun menjadikan anda bosan untuk bergelar wanita bekerjaya lagi.  Hidup umpama tiada erti lagi...(ewahhh ewahhhhh).... Begitu lah rasanya apabila anda kehilangan motivasi diri. Apa yang harus dilakukan?

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakanlah..."engkau dijadikan Allah bukan untuk berkeluh kesah." Dan kembali lah memotivasikan diri.... Apa yang diperlukan untuk memotivasikan diri? Jom kita semak.... mungkin ia mampu membantu kita....

1.  Perbaiki Imej Anda
Ubah penampilan dan cara gaya berjalan sesuai dengan pakaian yang anda pakai. Anda pasti kelihatan berbeza dan tidak membosankan. Tetapi harus diingat jangan tiba-tiba ber"catwalk" pulak di pejabat kerana pejabat bukan lah tempat untuk memperagakan pakaian. Perkemaskan juga wajah anda dengan solekan ringan supaya tidak kelihatan pucat untuk membina keyakinan diri dan bukannya untuk berlakon opera....

2.  Lakukan Senaman Ringan
Tubuh yang lemah, lembik dan lembap boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit gerakan tubuh. Tidak perlu melakukan senaman berat atau ke gym, kerana ia akan menyebabkan tubuh anda letih. Keletihan akan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Lakukan senaman ringan yang sesuai di tempat kerja anda. Lakukan juga senaman minda dengan membaca.

3.  Senyum
Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood tidak baik, memang agak sukar hendak melakukannya, tetapi ingat, jika anda tersenyum pulangan yang diperoleh juga amat menyenangkan. Hadiahkan senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya kembali. Ibarat bait-bait lagu "Seyum" nyanyian Malique dan Najwa..... "kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali.... Kalau kita senyum, semua orang berjangkit.... Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit..."  atau lagu Senyum dulu-dulu tu.... "Senyum kepada semua... senyumanmu amatlah berharga.... senyum membahagiakan ... dengan senyuman terjalinlah ikatan".....hehehehe


 4.  Berfikiran Positif
Berfikiran posoitif akan membuatkan perkara yang sukar menjadi mudah, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan lebih luas. Fikira-fikiran positif adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif itu, selama itulah ia menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap Tuhan. Dengan berfikiran positif akan melahirkan idea-idea positif. Dari idea-idea positif ini akan melahirkan tindakan-tindakan yang positif juga. Tindakan-tindakan positif selalunya membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.

5.  Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Runsing dan marah adakalanya disebabkkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Berehatlah secukupnya dan dapatkan tidur yang berkualiti. Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapatkan kesegaran tubuh.

6.  Luahkan Pada Seseorang
Di kala anda berada dalam situasi tidak stabil, mungkin anda memerlukan seorang sahabat yang dapat memahami dan sedia menjadi sahabat biar dalam apa keadaan sekalipun. Seorang sahabat yang  sendiasa berdiri di sisi anda dengan nasihat-nasihat yang berguna. Pilihlah sahabat yang beriman, baik dan berbudi tinggi kerana ciri-ciri yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.

7.  Curahkan di Atas Kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda ke atas  sehelai kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu  pun... Kemudian buangkannya ke dalam tong sampah (jangan buang merata-rata, marah pulak orang lain yang nak kena kutip balik nanti) atau bakar dan hanyutkan ke sungai (tak menepati kempen cintai sungai kita la pulakkkkk).... ataupun anda boleh lepaskan geram anda di blog atau tempat lain yang anda fikir dapat meredakan marah anda tersebut.... tapi anda juga dinasihatkan agar menjaga perkataan agar kemarahan anda itu tidak menjadi agen pembakar kemarahan orang lain terhadap anda pula......

8.  Bersedia Untuk Berubah
Jangan teragak-agak melakukan perubahan. Jika orang lain boleh berubah mengapa tidak anda...? Apa istimewanya orang lain... Anda juga makhluk Allah SWT yang dikurniakan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu. Kuatkan hati, bulatkan tekad dan oraklah langkah tanpa alasan berkalau-kalau lagi. Lakukan perubahan dengan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya. Kejayaan selalunya berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguhan pula bermula daripada hati yang kuat dan tekad yang padu. Semuanya ini hanya akan menjadi jika benar-benar ada kesediaan untuk melakukan perubahan.

9.  Cari Kegemaran Baru
Setiap kegemaran kita ada jangka hayatnya.... mungkin suatu ketika dulu kita gemarkan sukan lasak, mungkin sekarang tidak lagi. Malahan ia berganti dengan matlamat yang lebih membina kecemerlangan diri dan keluarga. Maka apa bila kita mula berasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru yang mempu menceriakan dan memberi ketenangan dalam hidup kita.

10.  Bertegaslah
Apabila mengambil sesuatu keputusan, berpegang teguh lah kepada keputusan itu dengan meletakkan kepercayaan anda, insyaAllah anda akan berjaya.  Bertegas pada diri bukan bererti anda tidak boleh memanjakan diri sendiri, sesekali anda memang digalakkan untuk memanjakan diri dan menghargai diri sendiri. Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain?

Bertindaklah ke arah kecemerlangan diri dalam kehidupan dan kerjaya anda secepat mungkin. Semoga kita sama-sama berjaya berubah ke arah yang lebih baik di dunia dan akhirat....

Wednesday, May 4, 2011

Serat + Air = Lebih Langsing

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Nak Ajak kawan-kawan semua mencuba petua @ info diet ni.... Info diet ni saya ambil dari artikel Erny Hernani Hashim untuk majalah RAPI Bil.158.
Kombinasikan pengambilan air dan serat yang cukup di dalam diet anda agar matlaman penurunan berat dapat dicapai dengan lebih mudah. Kombo serat dan air ini mampu menjadikan proses penghadaman dan penyingkiran toksin berlebihan berlangsung dengan mudah.

Makanan tinggi serat banyak terkandung di dalam buah-buahan, sayuran, kekacang seperti badam, walnut, roti mil penuh, kacang pis dan bijirin.

Bagaimana pun, penambahan makanan tinggi serat di dalam diet perlu dimulakan secara perlahan-lahan. Ini kerana penambahan serat dalam tubuh secara tiba-tiba akan memberikan kesan seperti kembung perut. Justeru, mula menambah serat secara perlahan-lahan setiap hari sehinggalah anda mendapat manfaar darinya.