Sunday, June 26, 2011

Jalan2 @ Muzium TUDM, Sg Besi.....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~
Assalamualaikum w.b.t.

Jalan-jalan hujung minggu bersama membawa saya ke Muzium TUDM Sg Besi.. dengar katanya akan ditutup tak lama lagi mungkin dipindahkan atau ditutup terus tu tak pasti.... sebab tak sempat nak sembang2 dan interview pegawai bertugas pun.... ketibaan saya ke sana yg melebihi waktu melawat tidak menemukan dengan petugas pun..... layan diri jer.....

So, kengkawan pun kena layan diri ler layan gambar2 ni...hehehe



Opsss tutup jam 5 rupanya.... saya sampai jam 6... belasah masuk jer..... alahaiiiii

Depan pintu masuk...

Ni ler rupa Jet Pejuang Sukhoi....

Wall paper yang cantik dan menarik... tapi sayang takde jual kat kedai.... kalu tak nak gak letak kat umah saya...



Tak terbang pun....agaknya dedua org ni berat sgt kot...hehehe


Mana kunci ni.... nak bawa balik parking depan umah...tu ler agaknya yg bermain di fikiran Hero Kecik ni...hehehe

Nampak segala enjinnya..... jgn cilok boh kat kreta plak... terbang plak kreta di jalan raya...hehehe

Alahaiiii.... slipar buruk masuk lam gambo gak....



Pilot ni sampai ke kakinyer tu nak pijak segala benda kat bawah...
sampai ke tangan nak petik segala suiz di depan dan atas.....hehehehe




Senarai nama wira yang terkorban ketika menjalankan tugas....
Kagum dengan semangat semua wira dan wirawati negara.....
Satu nama yg saya kenal: Kapten Hj NorAzlan bin Dato' Hj Termuzi (anak x-bos)


Banyak lagi gambar menarik ketika mengunjungi Muzium TUDM ni.... tak trill la tunjuk semua kan.... Sesiapa yang nak tengok semua jenis pesawat yang ada sila berkunjung ke Muzium TUDM, Sg Besi.... Ada ala2 promoter tak...hehehe

Thursday, June 23, 2011

Rokok Mengandungi Darah Babi.....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~
Assalamualaikum w.b.t.

Artikel ini saya ambil dari blog http://melurjelita.com untuk dikongsi bersama.... Terima kasih kepada Akak Melur Jelita kerana sudi berkongsi info..... 

Berikut mungkin alasan terbaik untuk berhenti merokok: puntung rokok dicelah jari anda mungkin mengandungi kesan-kesan darah babi.

 

Simon Chapman, Profesor Kesihatan Awam dari Universiti of Sydney baru-baru ini menunjukkan kepada hasil penemuan suatu kajian di Belanda yang telah mengenal-pasti 185 jenis kegunaan yang berbeza hanya dari seekor babi – termasuk penggunaan hemoglobin dalam puntung rokok.
Penelitian ini mendapati hemoglobin babi, iaitu sejenis protein darah, telah digunakan untuk menjadikan puntung rokok lebih efektif dalam menapis bahan-bahan kimia rokok sebelum masuk ke paru-paru.
Prof. Chapman menambah, walaupun syarikat-syarikat tembakau telah secara sukarela menyenarai kandungan produk mereka di laman web, masih terdapat catatan-catatan seperti “bahan-bahan yang tak dapat disenarai, yang membantu dalam keseluruhan proses … yang kuantitinya tidak signifikan dan tidak mempengaruhi fungsi keseluruhan produk tersebut”.

“Ini hanya merupakan cara lain yang seolah-olah membenarkan industri tembakau dunia untuk tidak menyatakan secara jujur kesemua bahan yang terkandung dalam produk mereka … syarikat rokok sebenarnya boleh mengatakan “itu semua adalah urusan kami” dan ia adalah suatu ‘rahsia perdagangan’ (trade secret) yang tidak mungkin akan diketahui umum.”

Alasan yang “serba merangkumi” ini menurut Prof Chapman telah berjaya menyembunyikan dari pandangan umum beberapa lagi jenis bahan kimia dan bahan-bahan lain yang telah digunakan dalam pembuatan produk tembakau, yang sebelum ini tidak diketahui.
Di Greece, sekurang-kurangnya satu jenama rokok telah dikenal-pasti menggunakan hemoglobin darah babi dalam proses pembuatannya. Status jenama rokok lain yang terjual di seluruh dunia juga tidak dapat diketahui. Atau lebih tepat, tidak mungkin akan dapat diketahui.
“Jika anda seorang perokok, dan jika anda seorang beragama Islam ataupun Yahudi, anda tentunya ingin tahu, namun jawapannya tidak mungkin akan diketahui umum,” kata Prof Chapman.

Hakikatnya, walaupun tanpa kesan darah babi dalam puntung rokok, merokok itu boleh dikategorikan sebagai “membinasakan diri”.
Allah berfirman, “Belanjakanlah ke jalan Allah dan jangan lemparkan diri kamu ke lembah kehancuran dengan tangan kamu sendiri. Jadilah mereka yang berbuat kebaikan; Allah amat mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan” .. (al-Baqarah: 195).
Segalanya amat jelas, merokok bukan sahaja merosakkan tubuh dan jasad kita, ia juga mampu merosakkan roh dan iman seseorang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.

http://halalmedia.my/rokok-mungkin-mengandungi-darah-babi?lang=my

Komen dari Kak Melur:
Katalah rokok mengandungi apa saja, perokok tetap merokok, menyusahkan orang sekeliling, menyesakkan dada dan mencemarkan udara. Sedangkan rokok itu sendiri sudah difatwakan haram, kerana ia merosak dan memudaratkan.
Photo: Special Thanks to Shane Smith @ google

 Komen Saya: 
Perokok tegar hanya mampu menerima maklumat yang disampaikan tetapi tidak mampu mengawal diri dari menjauhi rokok kerana ketagihan dan kedegilan diri sendiri. Mungkin begitulah cara mereka menunjukkan ego dan sifat bangga diri.

Thursday, June 16, 2011

Adoyaiiiii..... Bikin penin saya punya kepala saja,....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Pepagi lagi dah dapat email...  Daripada seorang pegawai... ingatkan mesti ler email penting ni..... terus la buka dan baca.... Tengah baca pun dah peninnnnn... Lepas baca lagi ler penin.... Apa ke tujuan menghantar email tersebut..... LAGI PENINNNN MIKIRKANNYA.... adoiiiiiiiiiiiii

Senang2 takyah ler pikirkannyer....hehehe 

Meh tengok dan baca... penin tak.... GERAMMMMM takkkk...??

 assalamualaikum ~_~

1- erm,nk cakap sikit dekat kamu.. baca NO 5

2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8

3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9

4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15

5- cmna ek na cakap.. NO 17 jek..

6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16

7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2

8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?

9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18

10- Blom lg la..baca NO 19 ye..

11- da pnt ke? Baca jap NO 13

12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)

13- tggal sikit ja lg bce NO 20

14- argh,pnt nih..bce NO 1

15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6

16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12

17- ades, nk ckp nih..baca NO 7

18- kite ta tahu klu kamu paham..tlg baca NO 10

19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty kamu akan tahu..

20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja..


Tak tau ler sebenarnye nak cakap ke idak.....
Jangan marah kat saya kalu penin... bukan saya yg buat onar ni...
saya pun terkena jugakkkkk..... hahahhaha

Wednesday, June 15, 2011

Debaran kian kencang... Awak Suka Saya Tak...?

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.
Setiap pagi saya kenyang bersarapan pagi dengan Novelog Awak Suka Saya Tak..? di Blog Melur Jelita kepunyaan kak Laili yang tak jemu-jemu melayan karenah saya.... Tetiap pagi pasti ternanti2 episod terkini ASST ni.... tak sarapan pun boleh kenyang tau kalu episod novelog tu diletak gambar hero korea tu... adoyaiiii parah betoi budak Farah ni tau..... tak boleh bersarapan selagi tak dapat membaca Novelog ASST ni..... Hebat kan penangan ASST....

Rugi tau sesapa yang tak mengikuti kisah ASST ni.... best sangat... kisah suka duka, tawa dan airmata la gitu... Jom layan ringkasan kisah ASST yang menjadi "Intan Payung" dan pengarang jantung saya ni....
 
Puteri Intan Zulaikha seorang gadis yang selamba, penuh kedegilan, dan ketegasan. Dia hanyalah seorang wanita biasa yang ingin hidup bahagia. Namun, laluan yang terbentang di hadapannya penuh ombak yang bergelora. Ujian dan dugaan ibarat sahabat sejati dalam hidupnya.

Muhammad Hilman Yong seorang jejaka yang penuh dengan kesabaran, kesopanan dan kasih sayang. Seorang hartawan yang terlalu merendah diri kerana keimanan kepada Allah. Kasih sayang pada keluarga yang berlainan agama tidak menjadi satu halangan dalam menjalani kehidupan sehariannya.

Perjalanan kisah cinta mereka tak sentiasa berwarna ceria. Terpisah dek kedegilan dan ego Intan yang menggunung. Perpisahan yang banyak menyedarkan Intan tentang hakikat kehidupan dan kelemahan diri.  Kembali bangun untuk memperbaiki diri.

Doa Intan dimakbulkan Allah apabila dipertemukan semula dengan Hilman setelah beberapa tahun mereka membawa haluan masing-masing. Pertemuan yang dijanjikan Allah mengikat hati 2 insan berlainan bangsa dengan satu pertalian agama. Pertemuan semula yang merupakan permulaan detik bahagia  apabila mencapai kata sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama.

Namun, ketika lakaran indah mula menyapa, ketika bahagia baru menjengukkan muka… tiba-tiba segalanya menjadi begitu merobek rasa dan menikam tangkai hatinya.

Sekali lagi Intan diuji apabila kemalangan menimpa Hilman menyebabkannya hilang ingatan dan tidak lagi mengenali Intan. Lupa akan agama yang dianutinya… Kesungguhan dan ketabahan Intan teruji lagi…..Alunan ayat suci al-Quran, zikir dan doa sentiasa menemani diri… mendoakan agar kesejahteraan dan keimanan Hilman yang dikasihi tidakkan pudar dengan ujian ini….

Mampukah Intan mengembalikan ingatan Hilman dan membawanya kembali ke jalan Islam… Mungkinkah kenangan bersama itu lenyap begitu sahaja atau kuda, piano dan projek rahsia Intan mampu mengembalikan Hilman ke lorong indah bercahaya megah.....

Apakah kesudahan cinta yang disemai kerana Allah ini… Segalanya akan terungkai dalam Awak Suka Saya Tak?....

Ni ler rupa header akak Melur Jelita yang berjaya meruntun hati pembacanyer....
Apa tunggu lagi.... jom ler ikuti ASST ni di Blog Melur Jelita..... Jom ler bersama-sama kita mengalami debaran senaman jantung yang seterusnya.....

P/s: Sesiapa  yang nak baca kisah ni, boleh klik di side bar ASST  tu.... pasti hehari tertunggu2 dan ternanti2 pas ni.....

Tuesday, June 14, 2011

Tidak dikenali di bumi namun terkenal di langit....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Blogwalking menemukan saya dengan kisah ini di sini: http://almukminun.blogspot.com.... jom kita hayati kisah ini...semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian kita.....

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, dadanya bidang, beliau berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya memanjang ke dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang ahli membaca Al Qur’an dan sering menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya sebagai selendang, tiada orang yang menghiraukan, beliau tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk syurga, dia akan dipanggil berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepadanya untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan syurga tiada yang ketinggalan kerana kesolehannya.

Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Dia tidak dikenali masyarakatnya apatah lagi dengan kemiskininan yang dimilikinya, ramai yang suka mentertawakan, mengejek-ejek, dan menuduhnya sebagai tukang mengadu domba, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya. Seorang fuqoha’ di negeri Kuffah, kerana ingin duduk dekat dengannya, telah memberikan hadiah dua helai pakaian kepada Uwais al-Qarni, pemberian hadiah tersebut disambut, namun dikembalikan olehnya seraya berkata:

“Aku khuatir, nanti ada orang yang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, pasti dari mencuri”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak punya sanak saudara kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehariannya bersama Si ibu, apabila ada kelebihan, dia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya. Kesibukannya sebagai penggembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya serta Wujud ALLAH SWT Tanpa Tempat. Islam mendidik setiap umat agar berakhlak mulia. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalam Islam sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, dia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam secara langsung. Sekembalinya beliau ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum termampu berbuat begitu.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasalam ditimpa kecederaan dan gigi baginda yang dikasihi patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuh baginda. Khabar ini akhirnya sampai kepada Uwais. Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada baginda Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam, walaupun beliau belum pernah melihatnya. ALLAHU ALLAH, lalu bagaimana pula dengan kita pada hari ini, yang masih curiga dengan keberadaan Sayyiddinna Muhammad Rasulillah. Sehingga ada yang membid’ahkan amalan Maulidur Rasul atau memusnahkan segala peninggalan sirah baginda.

Firman ALLAH Subhanahu Wa Taala;
“Dan (juga diutus untuk kaum) yang lain dari mereka, belum pernah berhubungan dengan mereka. Dan DIA(ALLAH Subhanahu Wa Taala) Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
[Al-Jumaah:3]

Hari berganti hari dan musim-musim suka dan gembira terus berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung terhadap Sayyiddina Muhammad Rasulillah membuatkan hasrat hati Uwais al-Qarni untuk bertemu baginda Shollallahu Alaihi Wassalam tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya ke dalam hati, bilakah dia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat? Tetapi, bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditingalkan sendirian, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam di Madinah. Ibu Uwais, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Si ibu amat memahami perasaan Uwais, lalu berkata:

“Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa baginda, segeralah engkau kembali pulang.”

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama beliau bermusafir menemui kekasihnya dan kekasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.

Sesudah bersalaman sambil mengucup dahi ibu yang dikasihinya, berangkatlah Uwais menuju ke Madinah dengan jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Beliau melalui perjalanan yang begitu mencabar, Uwais tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir luas yang dapat menyesatkan serta begitu panas di siang hari, dingin malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya susuk baginda Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam yang selama ini dirindukannya.

Apabila Uwais al-Qarni tiba di kota Madinah. Beliau segera menuju ke rumah Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera, Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda Shollallahu Alaihi Wassalam tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh beliau datang untuk menemui insan yang dirinduinya tetapi baginda Shollallahu Alaihi Wassalam tiada di rumah.

Didalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam daripada medan perang. Tetapi, bila pula baginda akan pulang? Sedangkan, masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar dia cepat pulang ke Yaman, “Engkau harus lekas pulang”.

Kerana ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi Muhammad Shollallah Alaihi Wassalam. Uwais akhirnya dengan berat hati memohon izin kepada Sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam dan melangkah pulang dengan perasaan haru.

Ketika pulang dari perang, Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Dia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, Sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya terpegun. Menurut Sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dan orang itu segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua serta uzur sehingga dia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah SAW bersabda:
“Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, dia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam, memandang kepada Sayyidina Ali k.w. dan Sayyidina Umar r.a. dan bersabda:
“Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Tahun terus berganti, dan tidak lama kemudian Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam wafat, hingga kekhalifahan Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah digantikan dengan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada Sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap kali ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Uwais al-Qorni dicari oleh kedua-dua sahabat rafik Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera Khalifah Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa dia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni.

Tiba di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun, Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam. Memang benar! Dia penghuni langit.
Dan ditanya Uwais oleh Sayyidina Umar r.a dan Sayyidina Ali k.w,”Siapakah nama saudara?”
“Abdullah”, jawab Uwais.

Mendengar jawaban itu, kedua sahabat Rasulullah turut tertawa dan mengatakan :
“Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?”
Uwais kemudian berkata:
“Nama saya Uwais al-Qorni”.

Dalam bualan mereka, diketahuilah bahawa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, dia baru dapat bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah:
“Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”.

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata:
“Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”.

Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu, Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera Uwais menolak dengan santun serta berkata :
“Hamba mohon supaya hari ini sahaja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam serta tidak kedengaran beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais, waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak telah memukul kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang lelaki yang mengenakan selimut berbulu di hadapan kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

“Wahai waliyullah, Tolonglah kami!”

Tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
“Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata:
“Apa yang terjadi?”

“Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini ditiup angin dan dipukul ombak dahsyat?” tanya kami.

“Dekatkanlah diri kalian pada Allah!” katanya.

“Kami telah melakukannya.”

“Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!”

Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal kami berserta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami,
“Tidak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat.”
“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?” Tanya kami.
“Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
“Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.”

“Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.
“Ya,”jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan.
Setibanya di Madinah, kami membahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal. Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar kalau bahawa Uwais al-Qorni telah kembali ke rahmatullah.

Anehnya, pada ketika jenazah Uwais al-Qorni akan dimandikan tiba-tiba ramai orang yang berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika jenazah Uwais dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafankan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankanya. Demikian pula ketika orang hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan jenazah dibawa menuju ke tanah perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang dari menghantarkan jenazahnya, lalu aku berniat untuk kembali ke tempat kuburnya untuk memberi tanda [batu nisan] pada kuburnya, akan tetapi sudah tidak terlihat bekas kuburannya.”
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.)

Berita kematian Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak perkara-perkara yang menghairankan telah berlaku. Kehadiran ramai orang yang tidak dikenali untuk menguruskan jenazah dan pengembumiannya, sedangkan Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak dia dimandikan sehingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ pasti ada orang-orang yang telah bersdia melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling terrtanya-tanya:
“Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni? Bukankah Uwais yang kita kenali, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa harta, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta?

Tetapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah yang ramai. Apakah mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk menguruskan jenazah dan pengembumianya.”
Ketika itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapakah “Uwais al-Qorni”, ternyata dia tidak terkenal di bumi tetapi menjadi terkenal di langit.

Semoga kita mampu memiliki hati sehebat Uwais al Qorni.....

Monday, June 13, 2011

Jalan2 @ Taman Burung, Kulim....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Kesempatan diberi cuti oleh bos yang bukan ler mudah nak dapat telah saya gunakan untuk pulang ke kampung  bertemu kekasih hati (mak dan ayah ler tu...) hehehe sukanyer.... Balik kampung melawat abang yang baru je mengalami kemalangan... sian dia.... jadi sepanjang berada di kampung dengan sukarelanya saya jadi pemandu peribadi dia... sian tangan dia bersimen...


Sian jugak tengok anak2 saudara yang tak dapat pegi jalan2 sempena cuti sekolah kerana ayahnya patah tangan... so Aunty Farah pun bawa ler jenjalan sekitar Kulim je lah... dekat sikit....Ke mana Aunty Farah bawa angkatan tentera Aunty ni jalan2....?? Kitorang lepak kat Taman Burung Kulim.... cantik jugak tempatnya walaupun kecik dan comel jer.... Jom menjelajah  Taman BUrung Kulim bersama Aunty Farah... hehehe
Ingatkan free...rupanya kena bayo gak walaupun comel tempatnyer....
Dirasmikan tahun 1990....
Ni ler tempat bg makan ikan... kolam pun comel jer...


Orang patah tangan bleh rehat kat pondok ni....hehehe
Bergambar ngan org patah tangan kasi ceria sikit mukanyer...hehehe
Gaya budak yg takut ngan bunyi ayam piru....


Ayam Piru yg paling bising kat sini...

Burung apakah ini... sian dia takdak geng dok kat Taman Burung...hahahhaha

Ayam serama
Arnab pun kategori burung agaknyer...hahahaha
Ni ler burung paling cun di Taman Burung ni... setelah Merak dicuri orang.....
Sebahagian burung yg masih wujud di sini
Ni Burung meow meow namanyer...hehehe
Ada buai lagi... best berangin jer
Gaya manja
Alahai...comelnya powerpuff girl ni...hehehe
Muka hero gayat naik buai...
Kesian seisi keluarga takleh jalan2 sbb ayahnya patah tangan... Taman Burung Kulim pun jadi lahhhhh
Apsal la masing2 dok berimpit2 ni.....hahaha

Bergaya sebelum balik....
Taman Burung yang comel ni tak sampai 10 minit dah abih pusing.... yang lamanyer dok dalam tu sebab naik buai dan kasi makan ikan jer.... dari pintu masuk tu dah bleh nampak keseluruhan taman yang comel ni...... lawakkkkknya... Jadi tak perlu takut anak2 hilang dari pandangan.....hehehe