Wednesday, January 18, 2012

Rahsia dan Hikmah Sujud

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Tahukah anda, dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi. Sesungguhnya tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau dek akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika solat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat merupakan waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah s.w.t.

Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.

Ulama lain mengatakan sujud boleh melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh memberikan kesan baik seperti berikut ;

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia. (burut)
  4. Mengurangkan sakit ketika senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelvis.
  9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika anda sujud dan bangun daripada sujud.
  11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  13. Mengurangkan kegemukan.
  14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  15. Organ penting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
  17. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
  18. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migran, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
  19. Menurut kajian pula, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
“Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”. (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)

Semoga bermanfaat...

Monday, January 16, 2012

Yang Haram ditinggalkan, Yang Halal diperolehi...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah. Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi. Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Dia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.

Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar. Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati. 

Otaknya berfikir; apa yang harus dilakukan? 

Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan. Dia memilih untuk mencuri.

 Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran. Jika seseorang mahu, dia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.

Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid. Dia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Dia melihat seorang wanita dari atap tersebut, dia segera menutup matanya dan menjauh.

Kemudian dia tiba ke sebuah rumah kosong, dia mencium dari dalamnya bau sebuah masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun. Dia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Dia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi) yang sedang dimasak.

Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya. Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali.

Hatinya segera berkata, “Auzu billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”

Dia menjadi sangat menyesal. Dia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula. Dia  kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun kerana sangat lapar, dia hampir tidak mengerti apa yang didengar.

Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing, tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim dengan gurunya.

Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus. 

Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua.

Dia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang jahat. Mahukah engkau menikahinya?”

Syeikh Sulaim berkata, “Ya.”

Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Mahukah engkau menerimanya sebagai suami?” 

Ia menjawab, “Ya.” 

Pakcik perempuan itu  hadir bersama dua orang saksi. Akad nikah pun dilaksanakan segera.
Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.”

 Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata dia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik. Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.

Isterinya  bertanya, “Mahukah engkau makan?”

 Dia menjawab, “Ya.”

Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Dia segera berkata, Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”

Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya.

Isterinya itu segera berkata, “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh seisinya melalui cara yang halal.”

 Tinggalkan yang Haram

Kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam ”muzakarat”nya. Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.” 

Masya-Allah, ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.

Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas. Satu biji terung haram yang anda tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini. Belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak, ”Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang, sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan.” (surah al-Sajdah: 17).

Meninggalkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai. Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram, maka engkau menjadi orang yang paling banyak ibadahnya.”

Siti Aisyah berkata, “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik daripada sedikit dosa. Maka barang siapa yang mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah dirinya daripada dosa.”

Para ulama berkata, “Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang. Namun meninggalkan maksiat, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq (jujur kepada Allah).” 

Maimun bin Mahran, seorang ulama tabiin berkata, “menyebut nama Allah dengan lisan adalah perbuatan yang sangat baik. Namun lebih baik daripada itu ialah seseorang yang mengingat Allah ketika hampir melakukan maksiat.”

Sumber: http://akuislam.com

Monday, January 9, 2012

Mulakan Harimu dengan Bacaan Yasin...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Bacalah surah Yassin, ia penuh dengan keberkatan…

Semoga kita mampu menjadikan Bacaan Yasin ini satu amalan harian yang mana ianya menjadi permulaan sesuatu hari itu dan semoga diberi keselamatan disamping memohon keberkatan dan rahmat dari  Allah S.W.T...

Hikmah Baca Yassin


RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin ,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi,


"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya:

"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


 
Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu. sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikitpun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.

Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.

Barangsiapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.

Barangsiapa membaca Surah Yasin diwaktu pagi maka ia akan berada dalam kegenbiraan hingga petang dan siapa membacanya diwaktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.

Barangsiapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.

 
Sebenarnya, saya ingin berkongsi sedikit kelebihan ayat Surah Yassin. Ini bole dapati daripada Ustazah Fatimah Az-zahra, dalam satu CDnya. Surah Yassin ini sungguh hebat. Allah turunkan buat kita amalkan. Satu ayat yang boleh dikatakan powerful,


Pesanan ustazah, amalkan bangun tengah malam, ambil air, baca ayat ini 100kali dengan al-fatihah dan ayat kursiy. InsyaAllah dimakbulkan doa. Cuba lah…

KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA AZ-ZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang
Ayat 1 - 9 - 
Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - 
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Ayat 12 - 
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - 
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - 
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - 
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - 
Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

Ayat 33 - 35 - 
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuktanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 - 
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi
sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca
dan berdoa.Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - 
Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - 
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - 
Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - 
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - 
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - 
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - 
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - 
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
*Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
*Tiupan 11 - Hancur
*Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 - 
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 - 
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - 
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - 
Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - 
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.

Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata, Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan
Dr Fatimah berikan ayat ini. Ayat 78 bermula dengan Qala.

79. Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya> pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat
Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang
bacaan tsbt sehingga 40 hari.

Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut
Baca pada air (100x)
Dan berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat ygdihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.(ulang al
fatihah 3x dan sebut hajat setiap habis alfatihah)
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
* Yasin is the jantung of Al-Quran
* Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
* Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
* Child is sick
* Feeling troubled.
* Memudahkan urusan
* Memudahkan perjalanan
* As selusoh (to ease pain when giving birth)
* Read Yasin 3x over water
* Read 3 Qul (three times each)
* Fatihah
* Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran 10x
* Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 * Wajaalna***
* Lindungi rumah dari pencuri * baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.
* Lindungi diri dari dianiaya
* Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

* Baca Ayat 9
* Fatihah
* Read 3 Qul (three times each)
* Ayat Kursi

Ayat 29* In kanat illa*
* Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36* subhanallazi
* Untuk cari jodoh
* Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
* Ya Wadud (3x)

Ayat 58 * Salamun*
* Jika sakit anggota
* Tak tenang hati
* Baca 7 x dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 * Falayahzun**
* Bila rasa sedih
* Untuk menenangkan hati
* Gosok jantung sambil baca

Ayat 78/79 (dari Yuhyil Wahiya ramin*
* Tulang patah
* Sakit sendi
* Sakit lutut

Ayat 82* Innama amruhu*
* Jika mandul
* Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method
* Sembahyang tahjud
* Sembahyang hajat
* Doa minta hajat
* Baca ayat 100 x dengan yakin
* Amalkan 41 malam

Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
* Seperti di atas
* Bila baca ayat, tiup dalam air
* Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/minum benda lain
* Doa sambil minum
* Untuk 41 pagi

Wallahualam.
yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan ..innamal
aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:

*Ilmu Pertanian
*Ilmu Falak
*Ilmu Laut
*Ilmu Kiamat
*Ilmu Ciptaan Manusia
*Ilmu Binatang
*Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak
mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12)

Sebab kenapa kita perlu baca agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok lusa kita akan menyusul jua Soalan di Padang Masyar

Seelok2nya bila dah tahu kena lakukan... 

Jadi... apa tunggu lagi... jom kita mulakan bacaan Yasin sesudah subuh setiap hari.... Semoga diberkati Allah.....

Selamat beramal....

Wednesday, January 4, 2012

New Year with New Me... hopefully.... InsyaAllah...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Azam untuk setiap tahun..... Menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari....
Semoga bahagia di dunia dan akhirat.....

Menjadi anak yang solehah...InsyaAllah
Cinta Hati Saya....  Awesomeee
Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh
Semoga saya mampu mengekalkan rekod kehadiran bersih (thumb print cun tanpa lewat)
 Menjadi lebih baik dari hari2 sebelumnya....insyaAllah

Ya Allah,perbaikilah agamaku kerana ia merupakan pangkal urusanku, perbaikilah duniaku kerana ia merupakan penghidupanku, perbaikilah akhiratku kerana ia merupakan tempat kembaliku, dan jadikanlah hidup sebagai kesempatan untuk menambah setiap kebaikanku, dan jadikanlah mati sebagai pelepas diriku dari setiap kejahatan...(Hadis Riwayat Muslim)
(Petikan: ASST, Melur Jelita)