Thursday, May 31, 2012

Hari Tanpa Tembakau Sedunia...

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Selamat menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia.....

Hari Tanpa Tembakau Sedunia telah mula disambut sejak 1987, menonjolkanrisiko kesihatan  dan dikaitkan dengan penggunaan tembakau dan menyokong kepada dasar-dasar yang berkesan untuk mengurangkan penggunaan.

Penggunaan tembakau menjadi punca kedua kematian di seluruh dunia (selepas hipertensi) dan pada masa ini bertanggungjawab untuk membunuh satu dalam 10 orang dewasa di seluruh dunia.

Hasil kajian Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pada abad ke-21 ini satu billion penduduk akan mati akibat merokok. Bukti saintifik menunjukkan rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun dan menjadi ancaman utama kepada kesihatan perokok dan kesejahteraan masyarakat. Laporan dan hasil kajian berkenaan amat membimbangkan.


Kesan Merokok

1)  Memberi kesan kepada kesihatan diri yang boleh menyebabkan anda menghidap penyakit yang berbahaya dan berisiko tinggi.
2)  Memberi kesan kesihatan kepada masyarakat sekeliling yang tidak merokok kerana terdedah kepada asap rokok.
3)  Membazir wang dan membeban diri untuk terus membeli rokok.
4)  Membebankan diri dan keluarga kerana membiayai kos rawatan perubatan akibat penyakit berkaitan rokok.
5)  Tahap IQ anak perokok atau yang terdedah dengan asap rokok dikatakan lebih rendah berbanding yang tidak terdedah dengan asap beracun itu.


Tips Berhenti Merokok

1)  Kunyah gula-gula getah dan buah-buahan (cuba elakkan yang manis)
2)  Melakukan aktiviti sihat seperti bersenam, berjogging dan merentas hutan adalah antara cara yang boleh mengalihkan ketagihan merokok.
3)  Elakkan bergaul dengan rakan-rakan perokok
4)  Mandi sekerap mungkin / basuh tangan dengan kerap (tangan basah mengelak dari merokok)
5)  Sentiasa mendapatkan maklumat dalam akhbar atau media massa mengenai keburukan merokok dan insaf mengenainya.
6)  Ingatlah insan tersayang di sekeliling anda yang menyedut asap dari rokok  anda( boleh memudaratkan kesihatan mereka)
7)  Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok.

Bahan asas sebatang rokok adalah daun tembakau. Pada asasnya, daun tembakau adalah tergolong di dalam perkara yang diharuskan (hukum asal setiap perkara adalah harus). Walau bagaimanapun, selepas ahli-ahli perubatan membuat kajian dan penyelidikan mengenai daun tembakau yang dibakar, jelas menunjukkan bahawa ia mempunyai kesan sampingan yang akan mendatangkan mudarat kepada mereka yang terdedah dengannya.

Kesan daripada penemuan ini, maka hukumnya telah berubah menjadi haram kerana di dalam Islam setiap perkara yang mendatangkan mudarat perlu dihindari dan dihapuskan (Ad-Darar Yuzal). Di dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada menjelaskan di dalam Al-Quran mengenai larangan memudaratkan diri dalam firmannya yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”.
(Surah Al-Baqarah : 195)

Di samping itu juga, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya:
“Tidak boleh membuat mudarat dan tidak boleh memudaratkan.”
[Hadis Riwayat Ahmad, al-Daraquthni, Ibn Majah dan lain-lain)

Berasaskan kepada dua sumber hukum di atas, jelaslah kepada kita bahawa setiap perkara yang memudaratkan kepada diri atau kepada orang lain adalah diharamkan di dalam Islam.

Perokok bukan sahaja mendedahkan dirinya sahaja kepada penyakit, malah ia turut melibatkan diri individu yang lain yang berada di sekelilingnya. Atas sebab inilah yang menyebabkan rokok dihukumkan haram di dalam Islam.

Selain ia memudaratkan, membeli rokok juga merupakan satu pembaziran.  Sikap membazir amat dilarang di dalam Islam. Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu adalah bersifat kufur terhadap Tuhannya.

Sebagai ringkasnya, pengharaman rokok bukanlah disebabkan ia adalah benda yang najis. Tetapi pengharamannya adalah lebih kepada kemudaratan yang dibawa olehnya, iaitu asab yang mengandungi bahan-bahan beracun yang memberi kesan terhadap sistem pernafasan manusia. Malah, ia turut memudaratkan mereka yang berada di sekeliling perokok tersebut. mengikut kajian ahli perubatan, orang yang menghidu asab rokok akan menerima kesan yang lebih bahaya daripada diri perokok itu sendiri. Dan ini amat dilarang di dalam Islam.

Mengenai adakah rokok membatalkan solat, ia tidak membatalkan solat kerana ia tidak tergolong di dalam najis yang boleh membatalkan solat. Namun begitu, bagi perokok ia berkemungkinan menyebabkan para jema’ah terganggu kesan daripada bau rokok yang tidak menyenangkan. Ia juga termasuk perkara yang turut dilarang.

Wallahu 'Alam.

Wednesday, May 30, 2012

Azab Allah kepada Yang Meninggalkan Solat

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam... 


Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber: http://khaulah-azwar.blogspot.com/

Wednesday, May 23, 2012

Rezeki dari Allah

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam... 

Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

"...dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Rezeki yang tidak disangka-sangka: Syukur Alhamdulillah
Hadiah berkursus.... Terima kasih Ya Allah...


Hadiah kehadiran Awal Kursus: 21 & 22 hb Mei 2012



Surah Al 'Ahqaf ayat 15 yang bermaksud:


"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".


Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih Cikgu...


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam... 


Sempena Hari Guru ini... saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada guru saya terutama sekali buat ayahanda saya Rashid bin Maideen..... dan kepada semua guru & pensyarah yang pernah mendidik saya.... 

1. Tadika Kemas Kg Syed Sheh, Kilang Lama (1982)

2. Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Kulim (1983 -1988)

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar, Kulim (1989 - 1993)

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (1994 -1995)

5. Fakulti Sains Kesetiausahaan Eksekutif, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (1996 - 1999)

Tidak lupa juga kepada semua guru di seluruh dunia.... 

TERIMA KASIH CIKGU....



Monday, May 14, 2012

Lawatan Memenuhi permintaan....Layan je lahhhh


 

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam... 

Cuti hujung minggu merupakan hari yang dinanti-nanti...  tak sabar rasanya nak berehat tenang-tenang di rumah....

Tapi minggu ini ianya tidak menjadi kenyataan apabila hari Ahad (13 Mei 2012) telah dijadikan hari lawatan sambil belajar ke Istana Negara (Lama) dan Muzium Negara atas permintaan Kakak saya Rafidah dan anaknya Muhammad Syahmi Rusydi ( layan je lah kekonon sempena hari Ibu)... tak layan pun jenuhhhh... dilayan makin jenuhhhhhhh jadinya....hehehehehe

Apa pun... jom layan gambar yang di ambil di kedua-dua tempat tersebut....

Dari luar pagar Istana

Ikut sini ye...
Masuk je pintu... Terus ada Pengenalan ni....
Pokok Emas dari kerajaan Siam..

Sebahagian daripada bahan yang dipamerkan... kalau nak tengok semua yang dipamerkan... sila lah ke Istana Negara (Lama) dan saksikan sendiri pamerannya....



Keris Pendek
Muscat






Cop Mohor Besar Raja-Raja


Watikah Pertabalan 1970-1975
Watikah Pertabalan 2012
dari luar bangunan Istana Negara

Setelah selesai menjamu mata dengan koleksi-koleksi menarik di Istana Negara.... Lawatan diteruskan ke Muzium Negara pula.... jom kita tengok sebahagian gambar-gambarnya.....

Muzium Negara...

pagar Muzium Negara
Banyaknya Muzium di Malaysia ni....




Pameran Gerbang Dunia... di Muzium Negara, Kuala Lumpur...






Gerbang Keraton Jawa... Berusia 100 tahun... dihiasi potongan ayat suci Al-Quran
 
 Di akhir siri lawatan ini, kami dihidangkan dengan Nescafe dan Nesvita oleh Nestle yang juga membuat pameran sempena 100 Tahun Nestle (kembung perut jadinya... seorang 5 cup... sebab nak habiskan apa yang ada agaknya...hehehe) ....

Tak sempat nak masuk sebab dah lewat petang dan ada acara menziarah sedara yang tidak sihat pula sebagai penutup jalan-jalan hujung minggu kali ni..... adoyaiiiiii sakit kakiiiiiii.... hehehe

TEROKAI MALAYSIA YANG INDAH DAN PERMAI.....
SAYANGI MALAYSIA.... CINTAI MALAYSIA....