Wednesday, August 28, 2013

Acara Makan-Makan di MPM


Alhamdulillah... dikurniakan kesihatan yang baik oleh allah untuk meneruskan perjalanan hidup ini.... Minggu ini merupakan minggu makan-makan di pejabat..... Dimulakan dengan Jamuan Raya MPM pada 26 Ogos 2013, disambung dengan Jamuan Persaraan 2 orang pegawai di MPM....

Jom kita mulakan....

Jamuan Raya MPM...
26 Ogos 2013




Ini lah sup Power Bujang Lapok...ala2 sup Doraisamy gitu... memang 5 star lah....

PA bersama Timbalan Ketua Eksekutif

gerai minuman....

Mama2 berposing....

gerai lemang, ketupat, dan rendang.... satu2nya gerai yg sediakan cabutan bertuah....hihihi
 
Potong kek Raya... Red Velvet lagiiii... yummy
Dan banyak lagi gerai-gerai lain yang menyediakan pelbagai makanan lain... Ada Nasi Kerabu, Laksa Johor, Nasi Impit dan Kuah Kacang, Lontong, Mee Bandung dan pencuci mulut (kuih raya, sandwich, tepung pelita, kek, dan buah-buahan.

Semoga kemeriahan dan persaudaraan ini kekal selama-lamanya....


Jamuan Persaraan Encik Ghazali Arshad & Puan Zuraidah Mohd Sharif
27 Ogos 2013

Semalam berlangsungnya Majlis Persaraan 2 orang staf MPM.... Encik Ghazali bin Arshad, Pegawai Sistem Maklumat dan Puan Hajah Zuraidah binti Haji Mohd Sharif, Ketua Kerani di Bahagian Peperiksaan Luar.

Majlisnya sederhana sahaja.... mungkin kerana diselubungi kesedihan.... bila otai-otai dan sifu-sifu yang bersara...sedihhhhh

Majlis diserikan dengan paparan video yang diraikan.... tiada persembahan lain... semuanya sedih2 je camne nak buat persembahan... hmmmm

Yang diraikan... Encik Ghazali (berbaju putih).... berucap siap nyanyi lag...cayalahhhh

Yang diraikan... Puan Zuraidah (bertudung kuning) hampir menitiskan airmata ketika berucap tadi.... sedeyyyy

menu yang dihidangkan... ada kambing beriani lagiiii....

menikmati... menghayati....

antara hadiah yang diberikan....
Ada banyak lagi hadiah dan gambar-gambar.... tapi tak sempat nak upload lagi.... setakat ini dulu untuk hari ni.... Wassalam....

Monday, August 19, 2013

Kembalinya menghadap Pencipta...



Assalamualaikum.....

Hujan yang turun menambah kesyahduan.... Kehilangan 2 orang ahli keluarga... seorang pakcik dan seorang abang saudara di Aidilfitri menambah kesayuan.....

Kehilangan pakcik yang dipanggil Pak Long Wan Chik iaitu abang kepada ayah yang tinggal di Sungai Petani pada 6 Syawal 1434 bersamaan 13 Ogos 2013....

Dan kehilangan seorang 'abang' Che Ramlan bin Abdul Rahman di Kampung Sungai Limau, Lunas pada 9 Syawal 1434 bersamaan 16 Ogos 2013....kehilangan yang amat dirasai oleh seisi keluarga.... hilanglah seorang 'abang' yang penuh keceriaan dan lawak jenaka yang menghiburkan....

Semoga kedua-duanya dilimpahi rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.... Al-Fatihah...

Friday, August 16, 2013

Bekerja dalam mood Raya....


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....
 
Hari ni merupakan hari ke-4 saya bekerja setelah seminggu cuti raya.... keadaan pejabat masih lagii sunyi kerana masih ramai yang cuti raya... membuatkan suasana bosan mula muncul.....
 
bila dah bosan tu, apa kah yang terjadi.... jeng jeng jeng.....
 
 15 Ogos 2013...
mata mula ngantuk.... tetambah baru pekena ketupat pulut bersama rendang ayam...
 
dah ngantuk tu... mula la lentok2..... sambil sembang2 dgn puan "paparazi" yg rajin beno klik2 hp
(hp baru ke tu...tak prasan plak sbb sibuk layan ngantuk...)
takleh jadi ni.... kalu terus lentok gak kang tertido baik jgn lentok sangat....
SETERUSNYA..... 
tak lentok pun pejam jugak.....haishhhh
 
Terima kasih kepada  jurugambar profesional tanpa tauliah a.k.a."Paparazi" yang sempat mengambil setiap pergerakan aktiviti bosan tersebut dan me'whatsApp' kepada saya.... sifat penyibuk anda itu tetap saya hargai.... kekekkekeke
 
Pesanan khas "paparazi"..... Selamat Hari Raya...ko jgn la lalu kerap2 kat bilik cheq ni..... nak lolap pun tak sonang..... haishhhhhh....

and today..... 16 Ogos 2013...

ngadap PC.... pegang pen...pun lelappppp.... ampunnnnnn
Itulah keje yang paling banyak menghabiskan masa saya selama 4 hari bekerja dalam mood raya ni.... Semoga minggu-minggu hadapan saya akan jadi lebih produktif dan aktif kembali.....

Selamat Hari Raya....
Wassalam....

Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri... Maaf Zahir dan Batin

 
 
Alhamdulillah... diperkenankan Allah menjalani ibadah puasa pada tahun ini.... Moga dipertemukan lagi dengan Ramadan di tahun hadapan....
 
 
Sekitar sambutan Hari Raya 2013
 
Hari Raya Pertama.....
 
Hidangan wajib setiap kali raya.... saya suka

Pertunjukan silap mata oleh Hafiz d Wizard.... untuk seisi keluarga....

tengok magic show...sakannnnn

Meet my hero...

kami bertiga...

 bersama Bonda...

Geng Amansiara...

penghibur di kala suka & duka

kekenyangan...

sepupu sepapat...
 

Raya Kedua...

yeayyy dapat duit raya....

my new hero....
 
girls

mak chaq dgn hero kecik

Hari Raya Ketiga...


indah dan tenang...
it's me... hahahhaha

beraya atas pokok

peace yooo


Rambutan menjadi pilihan... kuih raya dah tak jalan daaa...

ziarah warga tua di Lembah Bujang....

dijamu dengan cucuq cempedak.... jamuan raya yang besttttt atas pangkin lak tu... memang 5 star
Hari-hari seterusnya....


paling lambat abih mkan... adoyaiiii

paling banyak songeh....

melayan anak-anak makan Aiskrim McD...

tepi jalan pun layannnnn
on d way balik KL....
 
kad raya utk kawan2 yg jelita....