Tuesday, August 2, 2016

Kenangan

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana ruang dan peluang bernafas di bumi yang indah ini... 

Kembali ke negeri Terengganu Darul Iman membawa kenangan lalu dan membina kenangan baru... Moga Allah berkati setiap langkah perjalananku... In shaa Allah... 

Day 1:

Subang Airport

Lama tak ke sini... Kembali menjejak kenangan, menyaksikan beberapa penerbangan tiba dan berlepas... Indahnya...

Penerbangan dijadualkan pada jam 9:30 pagi dan ketibaan di Terengganu dijangkakan pada jam 10:30 pagi... Namun penerbangan terlewat 10 minit, jadi ketibaan jugak lewat 10 minit... Alhamdulillah tiba dengan selamat...

Lama tak merenung burung besi...
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu terus menyewa kereta untuk ronda sakan di Kuala Terengganu ni....

Banyak syarikat menawarkan pelbagai kenderaan dengan harga yang berbeza.... jadi semua itu terpulang kepada kita untuk memilih syarikat mana dan kenderaan apa.... Saya telah memilih kenderaan Perodua Axia... kecil dan comel, masih baru dan ciri-ciri keselamatan yang baik... sesuai lah dengan saya dan rakan yang hanya berdua sahaja untuk menikmati keindahan Terengganu kali ini....

Taman Tamadun Islam

Sementara menunggu waktu  untuk check in hotel, tempat pertama yang dilawati setibanya di Terengganu ialah Taman Tamadun Islam ini kerana Taman ini tutup setiap hari Selasa... Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi menjejakkan kaki ke sini... 
Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam

Selamat Datang

Masjid Kristal

cantik dan tenang

Gerbang Taman Monumen

Masjid Xian Xian, China

Masjid Kazan, Rusia





Turki

Masjid Nabawi, Madinah

Al-Haram, Mekah

Masjid Aqsa



Kubu Aleppo, Syria







Turki

Taj Mahal, India



Masjid Negara, Malaysia... cuaca semakin panasssss

Passport masuk Taman Tamadun Islam... di dalamnya tercatat semua maklumat masjid2 yang dipamerkan...

Pantai Teluk Ketapang

Selepas check in hotel dan makan-makan, tiba waktu santai petang... Menikmati keindahan pantai di waktu petang yang nyaman dan menenangkan... Alhamdulillah...
Santai petang...



Berpindah pantai untuk mengejar dan menjejak terbenamnya mentari... Merehatkan minda di hadapan Dapo Pata sambil menanti terbenamnya mentari... 







Pantai Batu Buruk... 

Menikmati makan malam di hotel penginapan yang sememangnya hanya beberapa langkah dari sini... Dan makan malam lagi kali ntah keberapa.... Hahaha di tepi Pantai Batu Buruk.... Dan menikmati keindahan malam di tepi pantai bersama angin malam yang sepoi- sspoi bahasa... Amat menenangkan.. Alhamdulillah...







Day 2:

Jalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu sungguh menenangkan... Tidak lah sesak seperti Bandaraya Kuala Lumpur... 

mengalas perut sambil isi minyak kereta & menunaikan hajat...

alamakkkk... lembu kat belakang tu dah nak masuk laut... aiyakkkkk

Tumpang bentar ye pokcik....

bersepah itu seni... kalu sampan ini disusun sederet ilang seninya... wahhh hebat pokcik ni..

takleh mandi kat sini.... horses tu dah melepaskan hajat kat dalam air tu... erkkk

Churros with Chocolate... yummy

Dapo Pata... tenang di malam hari





Day 3

Selepas subuh dengan gagah dan gigihnya terus berjalan kaki dari hotel penginapan ke tepi pantai... dekat je hotel ngan pantai ni...hehehe

Menikmati terbit matahari pagi di tepi Pantai Batu Buruk.... suasana yang tenang, damai, indah... tak terluah dengan perkataan... Rasa macam nak sambung cuti dan terus berada di sini untuk beberapa hari lagi... hmmmm








Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu



Deretan Jalur Gemilang bagai menggamit untuk bergambar bersama..



Selamat Tinggal KT

MashaAllah... indahnya ciptaanMu ya Rabb

Kembali bersinar di celahan awan...



Langit Cinta...



Touch down

Till we meet again...

Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidupku...melimpahkan kasih saying yang berpanjangan... Moga sentiasa dilindungiNya... Aamiin