Thursday, December 29, 2016

HELLO JAPAN: DAY 3

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah dilimpahkan rahmat Allah untuk meneruskan kehidupan seterusnya...

Perjalanan hari ketiga di Osaka diteruskan...

Perjalanan kali ini dari stesen Sakuranomiya ke Osaka dan tukar tren kat station apa ntah sebelum naik tren lain ke Inari...

Kluar je dari station tu  dah sampai ke Fushimi Inari-Taisha Shrine.... dok ingat nak kena jalan jauh lagi... rupanya keluar station je dah Nampak.... tapi kannnnn, kawasan Fushimi Inari-Taisha Shrine ni teramat lah besarnya... kalau nak mendaki hingga ke hujungnya bermakna perlukan satu hari aktiviti di sini sahaja...













 dah selesai berjalan dan bergambar kat sini.... kami cuma berada di sini sekitar 2 jam je kot sebelum kembali ke stesen tadi untuk ke erkkkk tak ingat nama stesen tapi nak p naik romantic train.... kameoka ke hapa ntah nama tempatnya...

elok sampai je kat stesen tu kannnn..... dia tulis Romantic Train is close on Wednesday... dan hari tu memang hari Rabu... alahaiiiiii patah hati ku ini... Hancur luluh bagai dirobek2.... mujur jugak encik GPs kata, takpe nanti hari last kita di Osaka kita datang lagi... which is hari Sabtu la tu.... ok boss...

Jadi, kami kembali ke stesen yang lupa nama tu balik untuk ke tempat lain....

Encik GPS dengan pantas dah gantikan aktiviti tersebut untuk berjalan2 ke Nijo Castle... cantik istana depa ni... dikelilingi air untuk elak musuh menyerang agaknya...








Ntah apa keje ntah 3 beradik tu...

Ini lah hasilnya...kekeke
Disebabkan dalam istana tu memaparkan gambar2 dan kisah2 yang perlu dibaca dan difahami jadi tidaklah pula ingat nak ambil gambar, ke memang takleh ambil gambar ke ntah ler... otak beku sebab dok jalan dalam sejuk kat luar tu tak teringat sangat apa2 pun...keh keh keh...

Dalam sejuk2 tu la jugak dok bergambar... kawasan sekitar yang bersih dan cantik memang la kalau boleh setiap sudut kawasan ini rasa nak posing sesajer...

Tapi kan... tengah2 dok posing tu ada pengumuman nak tutup la pulak... jam 5 castle ni dah nak tutup pintu... sebab musim sejuk ke memang jadual dia tutup jam 5 pun ntah ler... nak membaca pun banyak tulisan Jepun je tak pandai nak mengeja pun... dah disuruh keluar tu jadi kitorang pun keluar lah....

tak tau ke mana pun... jadi Mr. GPS ke ahli lain ntah ler cadangkan kitorang p makan kat Restoren Ayam Ya... makan ramen la ni...kitorang jalan kaki pastu p tunggu bas dedekat dengan castle tu... naik la basnya... tapi kannnnn... sampai ke depan restoren... dia tutup la pulak... akan buka balik jam 6 - 10 malam... masa tu awai plak lagi...baru jam 5:10 camtu...

Jadinya kitorang jalan kaki ke Menara Kyoto... gigih sungguh la jugak... dalam 10 minit jugak la baru sampai ke menara tu... tapi tak boleh naik pun sebab berbaris panjang... memasing lapar dan malas nak tunggu... jadi kitorang hanya bergambar dedekat situ dan jalan ler patah balik ke restoren tu...

Lepas dah kenyang makan kat situ... kitorang pun balik ler semula ke rumah untuk berehat... Rehatkan kaki untuk perjalanan seterusnya esok hari....

Kemana lagi kita nak pegi niiiiii....??? hahaha

HELLO JAPAN : DAY 2

ASSALAMUALAIKUM....

Ohaiyo (selamat pagi).... Alhamdulillah selesai hari pertama di Osaka...

Ini kisah hari  kedua pulak... Hari kedua kami di Osaka kami jalan2 ke Universal Studio Osaka....
tapi cuaca teramat sejuk rasanya... mungkin belum biasa dengan cuaca di sini atau memang lebih sejuk dari semalam sebab kat sini hujan...






tengok orang lain naik pun rasa nak putuih nyawa... alahaiiii
Hard Rock ni ngadap pintu masuk Universal Studio...


Berjalan kaki dari Universal studio ke Universal Port untuk naik Cruise ke Port of Osaka untuk ke Osaka Aquarium Kaiyukan...

dari atas cruise dah nampak Ferris Wheel...

Aquarium terbesar... terkenal sebagai The Largest Public Aquarium in the World... huihhhh patut la letih kaki jalan dalam Aquarium ni... memang besar tempatnya dan Aquariumnya besar2... dibahagikan kepada beberapa jenis lautan dan habitatnya... memang best sangat masuk sini....



Dah sampai la ni...




Ada ikan besar di pintu masuk
tunggu geng yang masuk toilet dan smoking kat sini....
sempat la panas2kan badan skit dari cuaca sejuk kat luar tu
banyak nya ikan... ini part yang kecik2 baru... jom masuk lagi...

besar nya ketam ni,,, kalu masak ni memang kenyang lah haiiii

senyum sambal pikir nak masak apa gak le ikan2 ni.. nak masuk waktu lunch dah ni...hehehe

Mr Stingray yang hensem ni lalu sambal senyum2 je... ni yang comel...
kat dalam sana ada yang lagi besar2... jom kite...

yg besar ni kalu nak masak tahan setahun kot...hehehe

alahaiii seriau ler makcik mandangnya nih....

sampai berlumut dah kawan kita ni

biar la dia lalu jejauh sana... kalu dekat sangat nampak beno besarnya dia tu menakutkan...

Mr. Santa dalam Aquarium....


jumpa geng sepet...
Wahhhhh... gigi dia menakutkannnnn
Besar2 dan berbulu lebat dia di sini... kat Malaysia kurus2 je

Besar dan menakutkan walaupun ada masa dia lalu senyum2...erk senyum ke tu?


Hujan menambah kesejukan...


jom naik Ferris Wheel plak... jalan kaki dalam 5 minit gak nak sampai belakang sana nun...
tiket Ferris Wheel
dalam gondola

nampak ni ler dari dalam Gondola

Ni ler Osaka Aquarium tadi tu...nampak gak dia dari dalam gondola ni,....

 Dari Ferris Wheel Tempozan ni... kitorang jalan kaki dalam 7 minit ke train station... Osakako station ke Tanimachiyonchome Station (chuo line) pastu tukar line (tanimachi line) kat Tanimachiyonchome station ke Miyakojima station... dan jalan kaki balik rumah dalam 7 minit berjalan kaki.... Sampai rumah dah malam la sebab kat sini jam 4:30ptg pun dah jadi malam...

 Jumpa lagi untuk Day 3 plak nanti ye...