Assalamualaikum....
Alhamdulillah syukur...
Masih bernafas di bumi Allah ini... TErima kasih Allah...
Pepagi lagi tak tau kenapa agak bersemangat sikit hari ni.... Sampai je ofis dah buka komputer dan get ready semua.... seperti biasa mejaku memang sudah bersih sebelum pulang semalam. So, hari ni dimulakan dgn check email dulu...takut ada yang penting2 utk agenda hari ini... ternyata tiada...bagus boleh buat urusan lain....
Kemudian bergerak ke pantry utk masakkan air....
Tiba je kat pantry... serabutnyer lah pantry ni..... sian ko pantry kan... takpe...biarlah hari ni aku berbakti kat ko.... nak cantik kena sabo sikit....hehehe....
jadi secara automatiknya hari ni aku merupakan cleaner kat pantry ni.... segala habuk, debu dan yang sewaktu dengannya cuba dibersihkan sebaik mungkin....
Kemudiannya muncul akak cleaner... dapat ler lantai pantry ni di mop...asalnya nak mop sendiri tapi dia lak malu kot...dan terus mopkan lantai tu.... terima kasih akak bantu saya bersihkan pantry.
Bila pantry ni dah bersinar sikit baru ler rasa sedap air yg dibancuh dan diminum.... terasa kepuasan dalam setiap titisan yang diteguk... Alhamdulillah.
Kebersihan dititik beratkan dalam Islam... dan dengan kebersihan ini jugalah mampu meningkatkan kesihatan.... dan senyuman kepuasan apabila kebersihan itu menjadi satu realiti di pantry ku ini.... Bahagiaaaaaa
Semoga aku diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dalam melaksanakan segala tugasan di pejabat ini dengan seikhlas mungkin.... Aku mohon keampunan mu Ya Allah atas segala kekurangan diriku... Semoga aku beroleh sedikit ilmuMu Ya Allah dalam melengkapi kehidupanku setiap hari yang aku lalui... amin.
Di lorong nan indah ini,kita berkongsi sedikit ilmu dan rasa agar laluan berwarna warni ini mampu kita tempuhi dengan penuh keimanan dihati... Apa yang tertulis di blog ini adalah sedikit kisah kehidupan saya. Apa yang terkesan di hati saya dan peringatan kepada diri saya sendiri dalam usaha memperbaiki diri. Ada yang saya tulis dan ada juga yang saya ambil dan kongsi dari penulis lain. Semoga bermanfaat kepada semua...InsyaAllah
Wednesday, July 7, 2010
Tuesday, July 6, 2010
Warkah Buat Hawa...
WArkah ini dikirimkan oleh seorang teman kepada saya pagi tadi.... Ingin berkongsi dengan semua pembaca.... semoga kita mendapat sedikit ilmu untuk bekalan diri sendiri...
HAWA ,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...
HAWA,
Andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
HAWA,
Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu HAWA,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
HAWA,
Cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..
* Semoga kecintaan kepada Allah akan menjauhkan kita dari segala dosa-dosa dunia...amin.

Monday, July 5, 2010
Berkongsi sedikit Ilmu...
Meminjam ilmu ini untuk dikongsi bersama rakan yang lain... terima kasih untuk Kak Jamilah atas perkongsian ilmu ini...
Benar kata seseorang, perasaan perempuan merasa yang pelik-pelik. Fikiran perempuan berfikir yang macam-macam. Kalu hati tidak kuat, jiwa goyah sedikit walaupun tidak senget!!!! Salahkah jika begitu, kerana kejadian kita pun dari tulang rusuk yang bengkok. Astahfirullahal'azim.....
اللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِى بِيَدِكَ مَاضٍ فِىَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِىَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِى كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِى عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِى وَنُورَ صَدْرِى وَجَلاَءَ حُزْنِى وَذَهَابَ هَمِّى.
Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu (Adam) dan anak kepada hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil.
Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang menjadi namaMu yang dengannya Kau menamakan diriMu atau yang Kau turunkan di dalam kitabMu (al-Qur’an) atau yang Kamu ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang Kau sembunyikan menjadi ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.
(Riwayat Ahmad, dan lain-lain. Sebahagian ‘Ulamaa’ mensahihkannya manakala Ad Daaraqutniyy menyebut terdapat kecacatan pada sanadnya dalam ‘Ilal karangannya. )
Dalam hadith di atas disebut bahawa Allah akan menghilangkan kesedihan seseorang dan menggantikannya dengan kegembiraan apabila membacanya. Maka bacalah ia.
Oleh: Dr. Imran ( abulwafaa )
Sumber: http://abulwafaa.protajdid.com/

Tuesday, June 29, 2010
Kelebihan Bulan Rejab
Sempena Bulan REjab ni... mari kita kongsi sedikit ilmu buat tatapan semua....
Sama samalah kita berkongsi dan ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini. BULAN REJAB
Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahawa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj [Sabtu, 10 Julai 2010] akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab [14, 15, 16 Jun 2010], maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah.
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah saw lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril A.S “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”
Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Thursday, June 3, 2010
Maafkan Aku...
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Alhamdulillah.... dengan izin Allah sehari lagi bernafas di buminya....
Pagi-pagi lagi dah terbaca kekejaman Israel.... marah pun ada,benci pun ada.... kesian pada mangsa2 kekejamannya tu....darah melimpah merata2 terpampang di dada akhbar....
Menjadikan keinsafan itu hadir di hati.... Alangkah bertuah nya kita di bumi Malaysia yang aman ini.... Semoga kekal aman di sini...dan mudah-mudahan bumi palestin juga akan aman nanti....InsyaAllah.
Terbaca satu artikel tentang kuasa.... Israel jadi begitu juga mungkin kerana kekuatan kekuasaannya.... menjadikan mereka kejam dan hilang kemanusiaannya....
Ianya menyedarkan aku....
Andai aku pernah bersifat kejam/bersalah terhadap sesiapa....ku memohon keampunanmu wahai sahabat.... wahai sekalian manusia yang mengenali ku....walau tanpa punya jawatan besar dan kekuasaan yang diamanahkan kepada ku ini mungkin aku telah meninggikan suara kepada mereka2 yang memberikan aku tugasan dan juga kepada mereka yang bekerja bersamaku...
Aku mohon keampunan mu Ya Allah andainya aku telah melakukan apa jua kesalahan dan kesilapan dalam menunaikan rencana kehidupanku.... Aku mohon agar dosa2ku itu diampunkan olehmu Ya Allah....
Aku mohon padamu Ya Allah.... ampunkan lah aku, bersihkan lah jiwaku... sucikanlah hatiku dan muliakan lah tingkah laku ku.... agar dapat aku kekal menyusuri lorong2 indahmu hingga ke akhir nanti...amin.

Thursday, May 13, 2010
Terkini utk tahun ini.....
Alhamdulillah....
Setelah sekian lama tidak manaipkan apa2 di ruangan ini....
Kesibukan kerja.... tumpuan beralih arah... urusan keluarga....
antara halangan yang tidak memungkinkan ruang waktu utk ruangan ini....
Hari ni aku kembali....
mencoret sedikit kata...
buat semangat pada diri sendiri.....
Hari ini secara tiba-tiba terkenang satu kisah yang dibaca dalam emel yang dihantar oleh seorang sahabat berkait rapat dengan keikhlasan.
Kiranya bekerja di organisasi sering kedengaran penindasan berlaku kepada yg ikhlas bekerja umpamanya... tidak mendapat kenaikan pangkat dan anjakan gaji kerana ramai kaki bodek dan kaki ampu.... membuatkan orang yang ikhlas bekerja jadi hilang minat utk memberikan perkhidmatan yang terbaik.... akibat kekecewaan dan rasa tidak dihargai.
Tapi antara sedar dan tidak... Allah telah membalas keikhlasan hati kita bekerja tersebut dengan ganjaran yang lebih baik lagi dari kenaikan pangkat dan gaji tersebut. Mungkin kita diberikan hati dan kehidupan yang tenang dengan kehidupan keluarga yang aman bahagia... itu yang lebih penting....kerana satu ayat yang pernah dibaca tapi tak ingat di mana... Allah memberikan ganjaran kepada mereka yang ikhlas walaupun mereka tidak memintanya, kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya... seumpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya....
Kita harus ingat.... manusia umumnya berat sekali untuk mengucapkan terima kasih dan memohon kemaafan... dan jarang sekali bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah...
Jadi, mulai hari ni berhentilah mengharap balasan atas setiap kebaikan yg telah dilakukan... adalah lebih baik kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah dan melakukan yang terbaik utk diri kita, negara, bangsa dan agama....semoga setiap titis keringat yang dicurahkan untuk kemajuan negara, bangsa dan agama itu akan diberkati Allah....amin..

Friday, January 23, 2009
Dugaan kecil ini....
Assalamualaikum.....
Pertama kali di tahun baru ni berpeluang muncul di ruangan ni.... Setiap hari terbeban dengan kerja di pejabat walaupun jawatan tak sebesar mana pastinya ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan tanpa rasa berbelah bagi demi keberkatan rezeki yang menjadi darah daging.
Hari ni agak meletihkan walaupun baru jam 11 pagi dah terasa keletihannya.... mana tak nyer 2 hari bercuti kerana demam, selsema, sakit kepala, dan segala hal lagi.... hari pertama bermula kerja semula disogokkan dengan kerja yang berlambak....sakit yg semakin pulih jadi terganggu sikit proses pemulihannya..... aduhhhhhhhhhh
Ini baru dugaan kecil jika dibandingkan mereka di palestin... kata semangat ni baru la buat aku jadi kuat semula..... kalau aku cuma demam, sakit kepala dan selsema dah lemah begini bayangkan la mereka di palestin yang hari-hari bersulam bom, ditimpa bangunan dan pelbagai seksaan yang dihadapi.... sedikit menginsafi diri. Agaknya sebab dah terbiasa dimanja lah kita jadi macam ni.... tak bole berterusan ni... rosak sebuah negara kerana anak mudanya tidak berwawasan.....Bersemangat la pulakkkk....
Hidung yang tersumbat ni sedikit mendera...lebih terdera dengan usikan teman2 kerana sengau dan denggung yang tak sepatutnya..... moga dugaan kecil yang aku hadapi ini menjernihkan segala dosa kecilku padamu Ya Allah.... Lantas aku terfikir, dugaan besar penduduk Palestin pasti ada ganjaran di akhirat kelak.
Kekadang kita lupa, kekadang kita leka... namun kejadian dan dugaan kecil untuk kita kadang kala mampu menginsafkan diri dan membuatkan kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)