Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Pantun Gelas, Sudu dan Garfu....

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Sempena menghadiri  Kursus komunikasi berkesan.... Salah satu latihannya ialah mereka cipta sesuatu yang kreatif berdasarkan 3 bahan yang diberikan.... Dan bahan yang diberikan kepada saya ialah Gelas, Sudu dan Garfu.....

Maka terciptalah pantun ini....

Teh tarik gelas besar
minum di tepi kedai mamak
apalah ada bergaji besar
kalau orangnya hanya pandai berlagak
 
Umpama sudu dengan garfu
ambil segelas air madu
saling bekerja bantu membantu
kualiti kerja lagi bermutu
 
Gelas dibeli dari Itali
sudu dan garfu pula dari Parsi
kualiti tertanam dalam diri
Lonjakkan lagi nama organisasi
 
Cuci gelas tunggang langgang
sudu dan garfu lintang pukang
prestasi organisasi jadi cemerlang
kerana kepuasan pelanggan jadi keutamaan
 
Andai sudu bawa diri
mana kan garfu mencari ganti
kerja selesa seikhlas hati
kualiti peribadi sentiasa dihayati
 
Sudu dan garfu memang bersahabat
gelas pula kawan rapat
pastikan kualiti kerja sentiasa meningkat
moga hidup mendapat berkat...
 
Ciptarasa: Nor Faradilla Rashid
Majlis Peperiksaan Malaysia

Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih Cikgu...


السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam... 


Sempena Hari Guru ini... saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada guru saya terutama sekali buat ayahanda saya Rashid bin Maideen..... dan kepada semua guru & pensyarah yang pernah mendidik saya.... 

1. Tadika Kemas Kg Syed Sheh, Kilang Lama (1982)

2. Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Kulim (1983 -1988)

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar, Kulim (1989 - 1993)

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (1994 -1995)

5. Fakulti Sains Kesetiausahaan Eksekutif, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (1996 - 1999)

Tidak lupa juga kepada semua guru di seluruh dunia.... 

TERIMA KASIH CIKGU....



Thursday, April 5, 2012

Al Fatihah buat Mantan Ketua Eksekutif MPM



السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali....

Al-Fatihah buat Tuan Haji Omar bin Abu Bakar, Mantan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia... yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 April 2012 kira-kira jam 5:30 petang..... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.....

Jasa dan bakti beliau sentiasa dalam ingatan....

Tinggal Kenangan...

Yang tak sempat dipersembahkan..... diilhamkan khas untuk Majlis Persaraan yang dijadualkan pertengahan April 2012....


Semoga rohmu tenang mengadap Yang Esa.....amin

Wednesday, December 28, 2011

Majlis Persaraan Pengerusi MPM... Y Bhg Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Seminggu yang lalu (19 Disember 2011), Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengadakan satu Majlis "Budimu dijunjung, Baktimu disanjung" buat mantan Pengerusi MPM yang dikasihi.... Majlisnya simple lagi sederhana... sedih dan sayu jer rasanya.... berpisah setelah 6 tahun bekerjasama... tapi alhamdulillah Tan Sri pandai bergurau, kalau tidak mau banjir MPM rasanya...

Antara yang dipersembahkan pada majlis tersebut ialah puisi berlagu hasil nukilan Encik Mohd Eddey bin Ahmad Esa... yang disampaikan oleh Kumpulan Ungu Violet yang dianggotai oleh Puan Noran Najmi, Encik Saiful Nizam (Nyanyian puisi), Puan Hariani, Cik Nor Faradilla (Deklamasi sajak), dan Encik Fairuz (gitaris).... Jom kita layan kesyahduan puisi ini....


MENGENANGMU...

Kedatanganmu 
adalah minda
yang meneroka
bersama cahaya
ke lembah
tiba-tiba menyinar

Kedatanganmu 
adalah doa
yang bertiup 
bersama angin
ke lurah
tiba-tiba kencang

Kedatanganmu
adalah iltizam
yang mengalir 
bersama air
ke sungai
tiba-tiba deras

Keberangkatanmu
adalah gerimis
yang membasah
bersama keringat
ke bumi
tiba-tiba kering

Keberangkatanmu 
adalah kaki 
yang melangkah
bersama jejak 
ke denai
tiba-tiba longlai

Keberangkatanmu 
adalah tangan
yang menghulur
bersama restu
ke dada
tiba-tiba terkulai

Tiada kesempatan
minta ditunggu
sekadar memohon 
sekelumit waktu

Dengan segugus 
kunci di tangan
terbuka seribu
liang kemaafan
tertutup seribu
rongga kekhilafan
bersama doa kami titipkan

Friday, July 22, 2011

Gubahan... Hadiah Persaraan Timbalan Ketua Eksekutif MPM.....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Setelah beberapa minggu sibuk menguruskan macam2 hal.... Akhirnya selesai juga segalanya.... 

Tekun tak...?? Bukan senang nak buat sampin dijadikan tengkolok.... jenuhhhhh
Jeng.. jeng... jeng.... dah jadiiii... legaaaaaaa
Ada ka depa ni soh minah yg keras tangan ni wat kraftangan.... adoiiiiii

dah siap hias.... golap ler pulak tak cukup pencahayaan akibat nak jimat letrik...hehehe
satu lagi hadiah... Al-Quran Digital...
Ada banyak lagi hadiah yang telah diberikan sebagai tanda ingatan & kenangan, tanda kasih sayang selama bekerjasama selama ini..... Lain2 gambo tak sempat nak upload ke dalam PC lagi..... terima je lah seadanya...hehehehe

Next.... apa lagi yek.... ooooo janji nak masukkan video clip hari tu kan.... ni ler video nyer.... versi blog.... versi MPM telah dipendekkan lagi supaya dapat mempercepatkan acara2 lain.... selamat menonton....



Seloka Sempena Persaraan Timbalan Ketua Eksekutif MPM....


Awal Bismillah pembuka kata
Assalamualaikum pemula bicara
Hari ini kita berseloka
Meraikan tuan TKE1 kita

Ahmad Tajudin empunya diri
Lemah lembut berbudi tinggi
Rajin bekerja, jarang bercuti
Tentu beliau berdedikasi tinggi

Berlari-lari pergi  ke mesyuarat
Masa digunakan penuh hemat
Menjalankan tugas penuh semangat
Tuan memang kami hormat

Melihat orangnya memang tak sangka
Dah pencen rupanya dia
Masih segak lagi bergaya
Perkhidmatannya cekap lagi saksama

Sukar mendengar beliau bersuara
Kecuali jika ada urusan kerja
Gayanya relaks lagi selamba
Kerja dijalankan pastikan sempurna

Menggantikan KE ke sana sini
Jalankan tugas seikhlas hati
Kredibiliti tinggi terpatri dihati
Membantu MPM ke puncak tertinggi

Tuan TKE1 yang budiman
Kelihatannya tuan sentiasa tenang
Jasa baktimu kami kenang
Menjadi ingatan sepanjang zaman

Goresan ini terpaksa di henti
Banyak berkisah makin sedih hati
Melihat tuan meninggalkan kami
Pedih terasa di lubuk hati

Walau pun kita terpisah kini
Jangan dilupakan kami di sini
Pergimu tuan hilanglah seri
Tak dapat diganti dihati kami

Sekian dulu seloka kami
Salah dan silap mohon dimaafi
Kepada tuan yang kami hormati
Semoga hidupmu Allah berkati.

Wednesday, June 15, 2011

Debaran kian kencang... Awak Suka Saya Tak...?

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.
Setiap pagi saya kenyang bersarapan pagi dengan Novelog Awak Suka Saya Tak..? di Blog Melur Jelita kepunyaan kak Laili yang tak jemu-jemu melayan karenah saya.... Tetiap pagi pasti ternanti2 episod terkini ASST ni.... tak sarapan pun boleh kenyang tau kalu episod novelog tu diletak gambar hero korea tu... adoyaiiii parah betoi budak Farah ni tau..... tak boleh bersarapan selagi tak dapat membaca Novelog ASST ni..... Hebat kan penangan ASST....

Rugi tau sesapa yang tak mengikuti kisah ASST ni.... best sangat... kisah suka duka, tawa dan airmata la gitu... Jom layan ringkasan kisah ASST yang menjadi "Intan Payung" dan pengarang jantung saya ni....
 
Puteri Intan Zulaikha seorang gadis yang selamba, penuh kedegilan, dan ketegasan. Dia hanyalah seorang wanita biasa yang ingin hidup bahagia. Namun, laluan yang terbentang di hadapannya penuh ombak yang bergelora. Ujian dan dugaan ibarat sahabat sejati dalam hidupnya.

Muhammad Hilman Yong seorang jejaka yang penuh dengan kesabaran, kesopanan dan kasih sayang. Seorang hartawan yang terlalu merendah diri kerana keimanan kepada Allah. Kasih sayang pada keluarga yang berlainan agama tidak menjadi satu halangan dalam menjalani kehidupan sehariannya.

Perjalanan kisah cinta mereka tak sentiasa berwarna ceria. Terpisah dek kedegilan dan ego Intan yang menggunung. Perpisahan yang banyak menyedarkan Intan tentang hakikat kehidupan dan kelemahan diri.  Kembali bangun untuk memperbaiki diri.

Doa Intan dimakbulkan Allah apabila dipertemukan semula dengan Hilman setelah beberapa tahun mereka membawa haluan masing-masing. Pertemuan yang dijanjikan Allah mengikat hati 2 insan berlainan bangsa dengan satu pertalian agama. Pertemuan semula yang merupakan permulaan detik bahagia  apabila mencapai kata sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama.

Namun, ketika lakaran indah mula menyapa, ketika bahagia baru menjengukkan muka… tiba-tiba segalanya menjadi begitu merobek rasa dan menikam tangkai hatinya.

Sekali lagi Intan diuji apabila kemalangan menimpa Hilman menyebabkannya hilang ingatan dan tidak lagi mengenali Intan. Lupa akan agama yang dianutinya… Kesungguhan dan ketabahan Intan teruji lagi…..Alunan ayat suci al-Quran, zikir dan doa sentiasa menemani diri… mendoakan agar kesejahteraan dan keimanan Hilman yang dikasihi tidakkan pudar dengan ujian ini….

Mampukah Intan mengembalikan ingatan Hilman dan membawanya kembali ke jalan Islam… Mungkinkah kenangan bersama itu lenyap begitu sahaja atau kuda, piano dan projek rahsia Intan mampu mengembalikan Hilman ke lorong indah bercahaya megah.....

Apakah kesudahan cinta yang disemai kerana Allah ini… Segalanya akan terungkai dalam Awak Suka Saya Tak?....

Ni ler rupa header akak Melur Jelita yang berjaya meruntun hati pembacanyer....
Apa tunggu lagi.... jom ler ikuti ASST ni di Blog Melur Jelita..... Jom ler bersama-sama kita mengalami debaran senaman jantung yang seterusnya.....

P/s: Sesiapa  yang nak baca kisah ni, boleh klik di side bar ASST  tu.... pasti hehari tertunggu2 dan ternanti2 pas ni.....

Monday, March 21, 2011

Mengenalimu.... Melur Jelita

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Entri ini sebenarnya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Akak Melur Jelita kerana dorongan dan sokongannya kepada saya untuk meneruskan penulisan diblog yang tak seberapa ini yang sebelumnya hanya ingin dikuburkan begitu sahaja......  

Kepada semua yang membaca...sudi-sudikan lah untuk terus mengikuti blog saya dan juga blog melurjelita.com yang amat menarik dengan pelbagai pengisian.....

MENGENALIMU…. MELUR JELITA….

Awal bismillah pembuka kata
Assalamualaikum pemula bicara
Kisah empunya blog ingin dicerita
Bukan nak mengumpat atau mengata…

Mengenalimu Puan hatiku gembira
Baru bersua dah macam keluarga
Pabila tersenyum bertambah ceria
Makin bercerita bertambah gembira....

Pabila bertutur tersusun katanya
Bahasanya indah penambat cinta
Melur Jelita nama penanya
Mengenalimu umpama terjumpa permata…

Perwatakan nya baik berlemah lembut
Senang didekati tak perlu takut
Orangnya tenang takde ribut-ribut
Tentu suaminya pun senang tidak kelam kabut….

Anak-anak nya dijaga rapi
Mengajar yang baik serba serbi
Menjadi contoh yang harus diteladani
Mendidik warisan dikemudian hari….

Ramah dan mesra itulah Melur Jelita
Silap haribulan hati tergoda
Namun begitu keluarga tetap yang utama
Patut lah Mr Jelitawan tak gusar hatinya….

Corat coret di blog pelbagai ceritera
Gayanya relaks lagi selamba
Semakin hari bertambah pengunjungnya
Masakan tidak…semua entri menarik belaka….

Pelbagai kisah yang telah dicoretkan
Segala harapan juga ditampal sebagai tatapan
Memberi maklumat dan juga didikan
Moga boleh diamalkan sebagai bekalan….

Dipuji saja kata nak bodek pula
Mereka-cipta seloka… sekadar bersuka ria
Mengisi ruang bergurau senda
Moga silaturrahim terikat selamanya….

Seloka ini saya sudahi di sini
Salah dan silap mohon dimaafi
Kepada Akak Melur yang saya kasihi
Moga hidupmu sekeluarga diberkati Illahi….

Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang terindah itu..... Sayang Melur Jelita.... :)

Friday, March 11, 2011

Melur Jelita Datang...Jeng...Jeng...Jeng

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera semua...... penat berlari-lari ke sana sini minggu ni..... sibuk nak menjayakan Hari Keluarga Jabatan saya yang akan diadakan pada 19 Mac 2011...... Dah diberi tugas dan tanggungjawab kena la laksanakannya...tu la dok berkejar-kejaran tu.....


Blog akak Melur ni memang best...setiap hari mesti la menjadi sarapan pagi saya (saya tak makan blog... tapi sambil breakfast ngadap blog...hehehe).... Kalu tak melayannya macam ada yg tak kena je pada hari tersebut....  Hebatnya penangan blog Akak Melur Jelita kita ni..... Kisah campuran pasembor rojak yang ada dalam blog ni menarik betul..... Kalu tak percaya... try la layan.... kalu sok dah jadi virus penyakit berjangkit sbb tergoda dgn artikel2 akak Melur ni baru anda tauuuuu....hehehe

Sejak akak Melur Jelita letak entri "MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!" saya dah nak join....tak tersabar-sabar..... tapi tidak lagi berkesempatan berbuat demikian kerana tugas dan tanggungjawab yang banyak menanti dgn jelingan manja dan senyum mesra...... hari ni sementelah bos takde dan waktu rehat yg panjang bleh la saya join......Tima kasih le akak Melur Jelita yang duk jenguk blog sy dan pelawa join segmen dia ni...... Apa lagi... Jom la kita join...... syarat2 nya pun mudah sangat.



Syarat – syaratnya mudah saja…
1. Banner Melurjelita.com.
Letak di side bar blog anda.
3. Kalau dah buat atau nak sertai segmen ini…tinggalkan komen dan link anda di entry ini ya.
Tinggalkan di sini ya. jangan di entry lain atau di shoutbox…saya geget nanti..hehehe ( ni ler petikan ayat Akak Melur yg paling saya takut... keturunan drakula agaknya dia...hehehehe)
4. terbuka kepada semua bloggers, Jelitawans atau Mr Jelitawans
5. Wajib letak link Melurjelita.com di bloglist anda. Saya juga akan letak link blog anda di bloglist saya.
6. Tarikh tutup 15 mac 2011
Haaaaaaaaaa mudahkan...... Jom semua para jelitawan sekelian..... jgn malu2 dan segan2.....
Jom kita blasah dan redah jer....