Assalamualaikum....
Syukur Alhamdulillah setelah berjaya mengharungi seminggu berpuasa....
Hari ini saya ingin berkongsi satu email daripada seorang ustaz yang bertugas di JAIS (Ustaz Ahmad Asmadi Mohd Razali - Terima kasih ustaz).... Semoga kita semua mendapat manfaat dari email ini....InsyaAllah.
Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..
Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah “Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah” bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.
Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.
Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.
Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit terganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah “Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..
Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..
Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..
Di lorong nan indah ini,kita berkongsi sedikit ilmu dan rasa agar laluan berwarna warni ini mampu kita tempuhi dengan penuh keimanan dihati... Apa yang tertulis di blog ini adalah sedikit kisah kehidupan saya. Apa yang terkesan di hati saya dan peringatan kepada diri saya sendiri dalam usaha memperbaiki diri. Ada yang saya tulis dan ada juga yang saya ambil dan kongsi dari penulis lain. Semoga bermanfaat kepada semua...InsyaAllah
Tuesday, August 17, 2010
Saturday, August 14, 2010
Bila Digerakkan Hati Untuk Berdoa
Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah diberikan kesihatan dan kelapangan oleh Allah pada hari ini untuk berkongsi satu lagi ilmu yang diperoleh dari email seorang teman tentang DOA...
Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita hendak kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan. Jadi perlu apa lagi kita berdoa? Imam Ibn Ataillah menjawab persoalan ini dengan berkata, “…hendaknya doa permintaanmu adalah untuk menunjukkan sifat kehambaanmu dan menunaikan kewajipan terhadap kemuliaan Tuhanmu.”
Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi-Nya. Sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.
Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.” (Surah Ghafir 40: 60)
Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak berdoa, boleh dikira sombong terhadap Allah. Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu. Dia seolah-olah berasa pandai, kaya, gagah dan mulia dan tidak memerlukan Allah lagi dalam kehidupan ini. Pada hal sebagai hamba Allah dia sebenarnya sangat rapuh untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.
Selagi kita sedar kedudukan kita sebagai hamba, maka selagi itulah kita akan terus berdoa kepada-Nya. Inilah prinsip yang dipegang dan diamalkan oleh orang yang hampir dengan Allah. Para Rasul, nabi dan umumnya salafussoleh pada zaman dahulu ialah orang yang membudayakan doa dalam kehidupan harian, mingguan dan tahunan pada setiap fasa kehidupan mereka. Mereka sentiasa sedar bahawa mereka ialah hamba Allah dan sebagai hamba, mereka mesti selalu berhubung dengan-Nya. Dan doa adalah “medium” perhubungan itu.
Doa adalah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh. Bermula daripada bangun tidur, membersihkan diri, masuk tandas, keluar tandas, memakai baju, melihat cermin, makan, minum, memakai kasut, menaiki kenderaan, melihat pemandangan, bersin, menguap hinggalah tidur semula…semuanya ada doanya yang khusus. Malah, untuk melakukan hubungan suami isteri pun, mesti dimulakan dengan doa.
Itulah uniknya Islam berbanding dengan agama-agama yang lain. Ajaran Islam begitu kaya dengan doa. Bukan sahaja untuk melaksanakan perkara yang besar, tetapi untuk melaksanakan perkara yang dipandang remeh sekali pun, Islam mengajar kita untuk berdoa.
Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Bukan itu sahaja, malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan kepada-Nya. Ayat-ayat al-Quran yang berupa doa ialah bukti betapa Allah begitu menitikberatkan agar manusia berdoa kepada-Nya. Tidak syak lagi, berdoa adalah satu ciri orang yang “melalui jalan yang lurus dan diberi nikmat oleh Allah” seperti yang ditegaskan dalam surah al-Fatihah.
Para rasul dan nabi juga mendidik umatnya dengan doa. Nabi Muhammad s.a.w. khususnya, telah mengajar kita untuk berdoa pada setiap masa dan ketika. Tradisi itu diteruskan lagi oleh para sahabat, tabiin, tabi‘ al-tabiin dan generasi salafussoleh. Alhasil, khazanah doa sentiasa bertambah daripada satu zaman ke satu zaman.
Mengapa begitu sekali kepentingan doa kepada manusia? Ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuk:
1. Mengekalkan Hubungan dengan Allah Setiap Masa
Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain. Tanpa Allah dalam hatinya, manusia umpama ikan yang ketiadaan air. Jiwanya akan mati. Manusia akan hilang ketenangan, kebahagiaan dan keharmonian walaupun dia memiliki segala-galanya. Tanpa hubungan dengan Allah yang berkekalan, manusia umpama layang-layang putus tali yang akan dihanyutkan oleh gelombang hidup tanpa arah tuju yang pasti.
Doa jua sebenarnya adalah zikir – yakni interaksi dan komunikasi kita kepada Ilahi dengan cara yang paling harmoni. Allah memerintahkan kita agar berdoa untuk mengingati-Nya kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Dan ketenangan itulah hakikatnya sebuah kebahagiaan. Demikian yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (Surah al-Ra‘d 13: 28)
Jelas di sini, orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stres yang melampau dan kemurungan dalam hidup. Hal ini kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah apatah lagi apabila dia memerlukan pertolongan. Terbukti hasil kajian dan pemerhatian sejak zaman berzaman, orang yang kuat beragama jarang sakit jiwa apatah lagi membunuh diri. Apa yang agama telah beri sehingga mereka berani menghadapi hidup ini? Ya, doa!
2. Keupayaan Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan Secara Berterusan
Hidup orang yang berjaya sentiasa lebih baik daripada sebelumnya. Sama ada kebaikan itu berkait dengan Allah mahupun yang berkait dengan manusia. Oleh sebab itu, manusia perlu sentiasa berubah –daripada kurang baik kepada baik. Daripada baik kepada yang lebih baik (cemerlang).
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Dia memperkenankan (doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka daripada kurnia-Nya.” (Surah al-Syura 42: 26)
Doa adalah satu kunci menggamit pertolongan Allah untuk melaksanakan perubahan diri yang dimaksudkan. Doa itu harapan. Manakala usaha adalah langkah untuk merealisasikan harapan itu. Dengan berdoa kita mengharapkan sebaik takdir. Dengan berusaha kita melaksanakan sebaik tadbir. Apabila bergabung tadbir dan takdir yang baik, insya-Allah kita akan berubah ke arah yang lebih baik.
3. Didampingi oleh Malaikat dan Menghalau Syaitan
Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita. Apabila kita makan tanpa berdoa misalnya, syaitan akan menumpang makan bersama kita. Akibatnya, makanan yang kita makan akan hilang keberkatannya. Tenaga yang diperoleh daripada makanan itu akan terarah kepada kejahatan dan menjadi sebab kita terjerumus ke neraka.
Syaitan akan menghasut dengan menimbulkan berapa keraguan, ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif dalam hati. Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang. Syaitan umpama virus pada hati manusia. Jadi, hanya dengan mengingati Allah menerusi doa kita mampu menghalau syaitan yang sentiasa ingin mendampingi kita.
Sebaliknya jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi sarana atau input yang baik-baik ke dalam hati kita. Malaikat akan dekat kepada orang yang dekat dengan Allah. Kesannya, manusia yang sentiasa didampingi malaikat akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya. Oleh sebab itu berdoalah, insya-Allah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir!
4. Membentangkan Masalah dengan Jelas dan Tuntas
Doa secara tidak langsung menyebabkan kita membentangkan masalah kita untuk diselesaikan. Apa sebenarnya masalah kita? Inilah langkah pertama untuk menyelesaikan sebarang masalah. Malangnya, ramai orang yang hanya gelisah tidak tentu arah apabila ditimpa masalah. Sedangkan mereka tidak tahu pun apa masalah mereka yang sebenar.
Doa telah menolong kita menukarkan masalah ke dalam bentuk perkataan. Begitu yang ditegaskan oleh pakar-pakar psikologi. Dengan berdoa, masalah yang asalnya kabur dan samar menjadi jelas dan terang. Doa adalah seperti menulis masalah kita di atas kertas. Bukankah dengan berdoa hakikatnya kita “berkata-kata” dengan Allah.
Jadi, semasa kita bermohon, merayu, mengadu dan meluahkan segala-galanya kepada Allah, kata-kata yang kita gunakan semasa itu seperti membentangkan masalah kita secara tidak langsung. Ini akan memberi kelegaan, malah masalah yang dinyatakan dengan terang itu sudah menjadi separuh selesai!
5. Melahirkan Rasa Berkongsi Menghadapi Sebarang Kebuntuan
Menurut pakar psikologi, tidak ramai manusia yang begitu kuat sehingga mampu menanggung masalah paling sulit dan perit secara bersendirian. Ada kalanya kita sangat memerlukan insan lain untuk berkongsi rasa dengan kita. Malah dalam keadaan itu adalah lebih baik untuk menceritakan kepada orang lain akan masalah itu.
Namun ada kalanya masalah kita terlalu personal yang kita rasa malu atau enggan untuk diceritakan kepada orang lain. Kadangkala kebimbangan kita terlalu tinggi sehingga tidak dapat berbincang pun dengan saudara-saudara atau sahabat-sahabat terapat. Pada ketika itu kepada siapa kita hendak mengadu?
Ya, sudah pasti kepada Allah. Berdoalah, Allah sentiasa sedia dan setia untuk mendengarnya. Firman Allah yang bermaksud: “Jika hamba-Ku bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruan-Ku dan beriman dengan-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk.” (Surah al-Baqarah 2: 186)
Berdoa memberikan kita rasa “tidak bersendirian” dalam menghadapi sebarang kebuntuan hidup. Malah kita akan berasa keberadaan Allah bersama kita untuk berdepan dengan apa jua masalah. Benarlah kata pujangga Profesor Dr. Hamka, “Ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka!” Maksudnya, apabila manusia tidak boleh lagi diharap mendengar pengaduan kita, Allah sentiasa dekat untuk mendengar segala rintihan dan harapan.
6. Mengaktifkan Diri untuk Berusaha
Doa adalah langkah pertama dan utama ke arah suatu tindakan. Dengan berdoa, kita sebenarnya telah mengaktifkan minda dan jiwa kita untuk bertindak. Malah dengan berdoa umpama menyalakan satu jana kuasa dalam diri yang akan menghasilkan tenaga yang sangat kuat untuk meledakkan tindakan.
Terdapat saintis menyatakan bahawa doa juga adalah sejenis tenaga. Iaitu sejenis tenaga yang boleh dihasilkan dari dalam diri seseorang hasil berhubung dengan yang Maha Kuasa. Inilah hikmah mengapa Allah menyuruh kita berdoa. Kita bukan sahaja mendapat kekuatan daripada Allah, malah akan mendapat kekuatan daripada tenaga dalam diri yang telah dikurniakan oleh Allah secara tabii.
Semasa berdoa seorang manusia akan meningkatkan keupayaan tenaga mereka yang terhad dengan menyerahkan diri kepada sumber tenaga yang tidak terhad. Interaksi dan komunikasi kepada sumber tenaga yang Maha Hebat ini akan meledakkan satu kuasa yang sangat kuat. Inilah sumber tenaga dan kuasa yang dimiliki oleh para Rasul apabila berdepan dengan kuasa-kuasa besar yang menghalang kebenaran yang hendak disampaikan kepada umat mereka.
Dengan kuasa Allah impak daripada doa-doa mereka, Namrud, Firaun, Kafir Quraisy yang punya kuasa, harta dan senjata tewas apabila berdepan dengan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Doa adalah antara faktor kejayaan itu. Hakikat inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi sabdanya yang bermaksud: “Doa itu adalah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” (Riwayat al-Hakim no. 1218)
Walaupun doa itu satu senjata, tetapi jarang sekali digunakan untuk memusnahkan musuh. Sebaliknya ketika berdepan dengan kaumnya, seseorang Rasul sentiasa mendoakan agar kaumnya mendapat hidayah dan taufik daripada Allah, bukan doa menghancurkan mereka. Di Taif umpamanya, setelah Nabi Muhammad s.a.w. diusir dan dilukai, Baginda telah berdoa untuk mendapat hasil jangka panjang (yakni taufik dan hidayah kepada zuriat penduduk Taif pada masa akan datang). Baginda menolak tawaran malaikat memberikan hasil yang “instant” iaitu dihempap gunung ke atas penduduk Taif.
7. Menghindar daripada Penyakit Fizikal
Doa bukan sahaja mampu menyihatkan hati tetapi juga menyihatkan fizikal kita. Sains perubatan berjaya memusnahkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus yang telah membunuh berjuta-juta manusia. Tetapi sains perubatan tidak berjaya melawan kemusnahan minda dan fizikal yang bukan disebabkan oleh virus atau bakteria. Sains tidak mampu menyekat emosi kerisauan, ketakutan, kebencian, kemurungan yang semakin menular dalam kehidupan manusia masa kini dengan pantasnya.
Semua emosi yang negatif itu memberi impak langsung kepada fizikal manusia. Apa kata Wiliam James (pakar perubatan dan psikologi) tentang risau? Beliau berkata, “Tuhan boleh mengampuni segala dosa kita, tetapi sistem urat saraf kita tidak.” Penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sakit kerongkong malah lumpuh juga boleh disebabkan oleh kerisauan, ketakutan dan penyakit-penyakit hati (mazmumah) yang lain.
Tetapi dengan berdoa kita boleh mengubat hati dan fikiran daripada serangan sifat-sifat mazmumah yang juga menjadi punca kepada penyakit-penyakit fizikal. Plato pernah berkata, “Kesalahan ahli perubatan adalah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan.” Dan kesalahan ini akhirnya diakui oleh pakar perubatan moden dengan mewujudkan satu “ubat” baru yang dikenali sebagai psikosomatik (gangguan fizikal manusia yang timbul akibat masalah psikologi, seperti rasa bimbang, takut dan lain-lain) – ubat yang merawat fikiran dan tubuh badan.
Salah Faham Tentang Doa
Itulah antara sebab mengapa Allah perintahkan kita berdoa. Kebaikan dan manfaat doa bukan untuk Allah tetapi untuk manusia. Jika orang yang sabar, perkasa, mulia, berilmu seperti para rasul dan nabi itu pun sentiasa berdoa, apatah lagi kita yang lemah, jahil dan “biasa-biasa” sahaja berbanding mereka.
Dengan hujah di atas, maka ternafilah anggapan negatif sesetengah pihak tentang doa. Ada pihak yang menganggap doa itu hanya satu pemberitahuan kita kepada Allah tentang apa yang mereka inginkan. Lalu apabila tidak ada apa yang diinginkan, tidak perlulah berdoa. Anggapan ternyata salah kerana doa itu bukan permohonan tetapi juga satu kewajipan. Maka berdoa itu merupakan lambang kehambaan kita kepada yang Maha Esa. Oleh sebab itu, doa perlu dilakukan setiap masa dan ketika kerana kita ialah hamba Allah selama-lamanya.
Selain itu doa juga bukan sesuatu yang pasif. Maka apabila sudah tiada usaha yang boleh dibuat lagi, menyerah dan pasrah sajalah kepada Allah. Anggapan sesetengah orang ini ternyata salah kerana doa itu sesuatu yang pro-aktif. Malah doa itu perlu dibuat sebelum kita melakukan sesuatu kerja, semasa dan selepasnya. Doa penting pada permulaan, pertengahan dan pengakhiran sesuatu tindakan.
Islam tidak mahu umatnya berdoa setelah berasa lemah. Jangan berdoa dan berharap kepada Allah hanya setelah doktor mengakui ketidakupayaannya. Tetapi berdoalah kepada Allah sebelum kita menemui doktor untuk mengubat penyakit itu. Doa sesuatu yang bersifat proaktif, bukan jumud dan pasif. Lihatlah, dengan keberkatan doalah Nabi Musa mampu berdepan dengan Firaun dan ahli sihirnya. Dengan doa juga, Nabi Ibrahim meruntuhkan berhala-berhala sembahan Namrud. Malah Nabi Muhammad berdoa ketika memulakan hijrah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.” (Surah Ibrahim 14: 39)
Oleh yang demikian tidak mungkin orang yang benar-benar berdoa untuk mendapat hidayah, rasa berat hati untuk menghadiri majlis-majlis tazkirah dan pengajian. Tidak mungkin orang yang memohon untuk mendapat rezeki yang halal, tetapi terus bermalas-malas tanpa melakukan apa-apa pekerjaan. Jadi, jagalah integriti dalam berdoa dengan menyejajarkan antara doa dengan usaha. Misalnya, janganlah setiap hari berdoa minta kesihatan tetapi terus merokok. Jika demikian, apakah kita tidak terasa yang kita sedang “mempermainkan” doa dan kepada siapa yang kita berdoa itu?
Ingatlah bahawa perbezaan antara orang yang berdoa dengan orang yang tidak berdoa umpama orang hidup dengan orang yang mati. Dengan berdoa kita mengaktifkan tenaga dalaman kita yang mampu menghadapi apa jua masalah dan cabaran hidup. Jangan cuba hidup bersendirian kerana hidup ini perlukan teman. Dan sebaik-baik “teman” ialah “Teman daerah tinggi” (al-rafiq al-a‘la) yang disebut berulang kali oleh Rasulullah s.a.w. menjelang wafatnya.
Jadi, berdoalah… nescaya kita tidak akan bersendirian dalam menghadapi apa jua masalah dan kebuntuan. Ada “Teman daerah tinggi” yang setia dan sentiasa mendengarnya!
Renungkan ungkapan berikut: “Doa diperkenankan bukan semasa kita meminta tetapi semasa kita berusaha!”
Selamat beramal.... Semoga Allah menemukan kita semua di Firdausi.....Amin.

Thursday, August 12, 2010
How to make your children pray on their own without a reminder or a quarrel.....
Assalamualaikum....
Syukur Alhamdulillah....
Satu emel dari seorang rakan... ingin dikongsi bersama.... semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.....
Forward from one of the sisters on:
How to make your children pray on their own without quarrel or a reminder:
My Daughter was 12 years old and prayer was like heavy burden on her , So I told her to pray one day and I monitored her. She took the carpet and threw it on the ground. I asked her have you prayed - she said yes - Believe me, without feeling I slapped her face - I know I made a mistake. The situation has troubled me and I cried and I repent to God to forgive me The slap, the talk , the reminders did not benefit with my child.
One day A friend told me told me story. She went to one of her friends for a visit. Her friend was not that of a religious person, but when the Adhan prayer was called, her children rushed for prayers without reminders or quarrel. I said to her how does your children pray on themselves without quarrel or a reminder? !!!!! - She said I have nothing to tell you, but before I got married I supplicate this Dua and until today .
After she advised me the supplication Dua – I began to recite it in every Sujud in my prayers before Tasleem and anytime I could . My Sisters and Brothers since I began to recite the supplication Dua my daughter is now the first to prayer without reminders or quarrels . She got up in Fajr prayers without any alarms. And all her brothers are now eager in praying without any difficulties. Even my mother visited me once and went to sleep and I have to draw the attention to my daughter to wake us up.
I know You are now eager to know this Supplication Dua ..
The Supplication is in the Surae Ibrahim(14), ayah # 40 سُوۡرَةُ إبراهیم
And Supplication is ...
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠)
14:40] O my Lord! make me one who establishes regular Prayer, and also (raise such) among my offspring O our Lord! and accept Thou my Prayer.
Harap kawan2 dapat mengamalkannya.... dan semoga kita tidak terlalai dari menjalankan tanggungjawab kepada Allah.....
Selamat beramal...

Tuesday, August 10, 2010
Selamat Menyambut Ramadhan...
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.....
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat allah kerana masih lagi memanjangkan usia kita semua untuk bertemu ramadhan seterusnya. Semoga perjalanan ramadhan ini akan diberkati dan diredhai oleh Allah dalam usaha kita mendekatkan diri kepadanya.
Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan... Di awalnya rahmah, ditengahnya maghfirah dan dihujungnya pembebasan dari api neraka. Bulan yang penuh keberkatan ini dibukakan pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka dan ditambat segala syaitan. Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.....
Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitmen dengan segala ibadah yang termampu dilaksanakan.
Sempena RAmadhan yang penuh keberkatan ini.... kesempatan yang ada ini ingin sekali saya memohon maaf kepada mak dan ayah, kakak, abang-abang dan adik2... tidak ketinggalan anak2 buah yang tersayang, kawan2 (kawan sekolah, kawan kat UITM, kawan pejabat dan semua kawan2 yang mengenali diri ini..... Saya memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan... maafkanlah segala kekasaran bahasa, tertepuk, tertampar, tertumbuk, tercubit, tercuit, dan segala ter2 yang tak sepatutnya berlaku di dalam segala urusan kita selama ini....
Semoga RAmadhan yang penuh berkat ini akan menambah kesegaran dan kemeriahan di lorong-lorong indah yang kita lalui menuju FirdausiNya....InsyaAllah.

Sunday, August 8, 2010
Cuti Yang Mendamaikan
Assalamualaikum....
Syukur Alhamdulillah... Terima kasih Allah....
Bermula Khamis lalu aku bercuti... menghadiri konvokesyen adik di UM..... seronok menikmati suasana konvokesyen... mula rasa tingin nak sambung study balik.... Semoga impian ini akan terlaksana suatu hari nanti....
Cuti bersama keluarga di hari bekerja best jugak.... ada jugak la panggilan telefon urusan pejabat tapi tidak ler begitu mengganggu..... selebihnya aktiviti bersama keluarga di KL agak berlainan... meriah lagi kot kalu cuti di kampung...lagi byk aktiviti dan tempat bleh layan.... KL yang memang terkenal dengan kesesakan lalulintas dan cabaran cuaca yang menguji kesabaran.....
Apa pun cuti kali ini amat menggembirakan dan mendamaikan.... bersama mak, ayah, kakak, abang2 dan adik.... ditambah dengan kemeriahan anak2 buah semakin meriah ler rumah dan semua tempat yang kami lawati bersama.....
Semoga diberi peluang oleh Allah agar kami dapat menikmati keindahan bercuti bersama dan kebahagiaan ini terus berkekalan...InsyaAllah....
Kepada semua umat Islam, Selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa.... semoga Ramadhan kali ini dilimpahi keberkatan untuk kita semua.... InsyaAllah...

Tuesday, August 3, 2010
Sempena Seminar Hak-Hak Wanita Dalam Islam di PWTC anjuran SENADA
Assalamualaikum....
Alahamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat menghirup udara segar di bumi ini lagi....
Sempena menghadiri Seminar Hak-Hak Wanita Dalam Islam.... boleh la saya berkongsi sedikit ilmu yang diperoleh tadi.....
Sesungguh Islam menempatkan wanita pada posisi yg tinggi dan menyamai kedudukan lelaki. Namun dlm beberapa hal ada yg harus berbeza krn lelaki dan wanita hakikat adalah makhluk yg berbeza. Kesalahan dlm memahami ajaran yg benar inilah yg menjadikan Islam kerap dituding sebagai agama yg menempatkan wanita sebagai “warga kelas dua” pada anggapan musuh Islam. Benarkah?
Sudah tentu tidak.....
Perbincangan mengenai hak-hak wanita Islam dari sudut undang-undang kekeluargaan tidak pernah surut dalam mana-mana forum masyarakat sama ada formal ataupun tidak formal. Secara ringkasnya, hak-hak wanita Islam merangkumi hak-hak sebelum dan semasa perkahwinan, serta selepas perpisahan dengan pasangan sama ada bercerai hidup atau disebabkan kematian pasangan. Dan isu yang paling besar berbangkit adalah yang merujuk kepada hak-hak sebagai isteri, walaupun hak-hak tersebut turut merangkumi tanggungjawab seorang bapa kepada anak perempuannya ataupun anak lelaki kepada ibunya.
Sasaran sebenar kepada perbincangan yang menjurus kepada soal perlindungan atau pemerkasaan hak-hak wanita Islam ialah kaum lelaki sama ada bapa ataupun suami. Jika kaum Adam bersikap amanah, memahami tanggungjawabnya dan melaksanakannya dengan baik dan sempurna, maka sudah tentu tidak akan terbangkit soal "memperkasa" atau "memperjuangkan" hak-hak wanita Islam.
Apabila kaum lelaki yang ditugaskan oleh Allah SWT gagal untuk menunaikan hak-hak berkenaan, maka di sinilah ruang bagi pihak-pihak tertentu untuk mengambil tempat dan memainkan peranan agar wanita yang memerlukan pembelaan ini dibantu. Bantuan dan sokongan ini diberi supaya hak wanita yang dinafikan ini terbela; mereka dapat menjalankan kehidupan seperti biasa dan kesejahteraan negara dapat dikekalkan.
Pemerkasaan hak-hak wanita Islam itu perlu bermula pada diri wanita itu sendiri. Wanita Islam seharusnya mempunyai pengetahuan dan kefahaman asas yang sempurna tentang tujuan perkahwinan dan hak serta tanggungjawab suami isteri. Melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna adalah syarat wanita berkenaan mempunyai kelayakan untuk menuntut haknya. Walau bagaimanapun sekiranya ia enggan untuk melaksanakan tanggungjawabnya maka, ia perlu bersikap adil terhadap pasangan dan dirinya sendiri. Setiap permasalahan yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan, mempunyai jalan keluar dan penyelesaian yang tertentu.
Hukum-hakam yang difahami perlu disertai dengan kefahaman bahawa hak-hak wanita Islam di Malaysia dilindungi oleh Undang-undang Keluarga Islam menurut negeri mereka bermastautin. Ini perkara asas yang perlu ada bagi setiap wanita Islam di Malaysia. Kefahaman yang ada juga perlu digabungkan dengan memiliki inisiatif untuk mencari tempat yang tepat sekiranya mereka mengalami sebarang masalah yang berkaitan dengan rumah tangga.
Usaha pemerkasaan ini memerlukan sinergi daripada pihak-pihak tertentu bagi memastikan hak-hak wanita Islam dapat dibela sementelah hak mereka dinafikan oleh pasangan ataupun pihak-pihak lain yang terlibat dalam konflik kekeluargaan. Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri dan undang-undang lain seperti Akta Keganasan Rumah tangga seharusnya mempunyai keupayaan untuk mengurus sebarang pertikaian yang dibawa ke Mahkamah Syariah. Semakan dan pembaharuan terhadap apa-apa juga undang-undang yang berkaitan perlu dilakukan dari semasa ke semasa supaya ia sentiasa bersedia untuk menangani sebarang permasalahan baharu disebabkan perubahan-perubahan yang berlaku. Peruntukan-peruntukan umum yang digunakan bagi menyelesaikan isu-isu yang sudah sering kali dibawa ke hadapan hakim seharusnya diperkemas dan dipinda supaya undang-undang bersifat lebih efektif.
Terima kasih kepada..... SENADA di atas jemputan ke seminar ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Harlina dengan perkongsian ilmu bertajuk Wanita dan Undang-undang: Apa Hak Kita.... Encik Kamal Afandi bin Hashim di atas ceramah yang menghiburkan dan penuh informasi tentang jenayah dan tindakan bijak wanita mengelak menjadi statistik baru dalam kes jenayah.... Thanks to Siti Shamsiah Binti Md Supi atas artikel yang dapat menambah ilmu pemerkasaan wanita dalam Utusan Malaysia....dan semua ahli panel yang berkongsi ilmu dalam program ini.....
Semoga semua Wanita memahami dan tahu hak-hak masing2..... dan tidak lagi menjadi mangsa keadaan kerana lorong-lorong indah ciptaan Allah ini akan sepi dan sunyi tanpa bunga-bunga yang indah lagi harum yang bernama WANITA yang perkasa.....
Semoga Allah memberkati dan melimpahkan kesejahteraan kepada semua WANITA....

Monday, August 2, 2010
Aman & Tenteram
Assalamualaikum....
Alhamdulillah syukur dengan limpah kurniaNya kehidupan dapat diteruskan....
Hari ini merupakan hari yang aman lagi tenteram di pejabat..... Ketiadaan hampir semua ketua bahagian dan Ketua Jabatan kerana bermesyuarat di Pulau Mutiara membuatkan suasana aman dan tenteram je di pejabat.... Terus terang aku lah manusia yang suka lagi gembira dengan keadaan ini.... Kerja diteruskan seperti biasa....kerja juga tidak begitu tertekan cuma kehadiran surat-surat peminat (calon yang menduduki peperiksaan) yang semakin bertambah memerlukan sedikit tumpuan.... aku cuma punya sedikit waktu terluang untuk menyambung pembacaanku disamping mencari ilmu tambahan di internet.... tapi Alhamdulillah ruang waktu itu diberikan Allah untuk ku..... terima kasih...
Dengan ketenangan yang ada.... bersama alunan zikir di komputer.... telah membawa ketenangan dan kebahagiaan di jiwa.... lalu jiwa terasa tidak lagi punya ruang-ruang kosong.... lorong-lorong indah ini telah terisi dengan bungaan indah lagi mekar berwarna warni...
Alhamdulillah.... syukur..... Semoga setiap hari punya peluang untukku menambah ilmu yang ada....insyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)