Tuesday, November 23, 2010

Your protection without Bodyguard

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..


Surah Faatiha protects one from the anger of Allah

Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgment

Suratul Waaqi’ah protects one from poverty and starvation

Surah Mulk protects one from the punishment of the grave

Surah Kauthar protects one from the enmity of the enemy

Surah Kaafiroon protects one from kufr at the time of death

Surah Ikhlaas protects one from hypocrisy

Surah Falaq protects one from calamities

Surah Naas protects one from evil thoughts

Should someone become aware of the above and read any of the Surahs, you will also receive the Sawaab for passing on the knowledge, insyaallah.

Dosa Sebelah Biji Mata Lebih Berat Dari Amal Ibadah 500 Tahun

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Sebenarnya kisah ini telah diperdengarkan kepada saya beberapa bulan yang lalu dalam ceramah agama a.k.a Bicara Wahyu yang secara tidak sengaja saya menghadirkan diri...

Asalnya, nak jumpa kawan sewaktu belajar di tempat berkenaan.... Dan dah menjadi kebiasaan saya akan ke tempat yang dijanjikan awal dari waktu yang dijanjikan.... Jadi, jalan2 tu tengok ada susunan kerusi di depan pentas2... penat jalan2 singgah lah duduk... kebetulan, dapat mesej daripada kawan tersebut tidak dapat datang kerana ada beberapa urusan yang perlu dibereskan....

Baru je saya nak bangun untuk beredar.... Tiba-tiba ramai orang menuju ke arah saya....ehhhh apsal lak ni.....?? Rupanya majlis baru nak dilangsungkan.....Jadinya, saya pun terus la duduk situ dan mendengar ceramah tersebut.... Bagus jugak kan.... Itulah yang ditakdirkan oleh Allah kepada saya pada hari tersebut.....

Dan hari ini terbaca lagi kisah ini di blog Stanza Dari Hati.... Kena kongsi ni... Jadi kisah ini ingin saya kongsikan bersama rakan2.... Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya....

Dizaman dahulu kala, ada seorang lelaki alim, warak dan kerjanya hanya beribadah kepada Allah siang, malam pagi dan petang. Hari-hari dia berpuasa dan hari-hari bertahajjud kpd Allah. kerana kealimannya, maka dia mendapat "QARAMAH" dan kelebihan..sehingga di sebelah tempatnya tinggal ada sebatang anak sungai yg mengalir..supaya dia tidak perlu bersusah payah mencari air untuk berbuka puasa. Dan disebelah rumahnya juga ada sebatang pokok yang mengeluarkan banyak buah-buahan sehingga dia tidak perlu bersusah payah untuk membeli makanan untuk berbuka puasa. Begitulah kasih sayang Allah kpd hamba yang dekat denganNya.

Diceritakan..hamba Allah ini beribadat selama 500 tahun lamanya(org2 zaman dahulu memang panjang2 usia mereka). Tetapi, kata Nabi Muhammad SAW, ummatku hanya kabanyakan berusia sehingga puluhan tahun sahaja.....

Si hamba Allah yg alim ni berdoa kepada Allah supaya ketika mati dalam keadaan bersujud..Dan dibangkitkn di Padang Masyar juga dlm keadaan bersujud. Dan..Alllah memakbulkan doa hamba alim ni dengan mati ketika bersujud dn dibangkitkn di padang masyar dalam keadaan bersujud.

Ketika dipanggil untuk menimbang amal kebaikan, Allah berfirman.."Wahai Malaikat, masukkanlah hamba ini ke dalam syurga dengan rahmat dari Ku.."

Namun....si hamba Allah ini membantah!!

"Ya Allah, aku tidak mahu masuk ke syurga dengan rahmat-Mu..Aku ingin masuk ke syurga dengan amal-amal ibadahku selama 500 tahun kpdMu tanpa henti2.."

Lalu Allah memperkenankan permintaan hamba alim ini. Maka ditimbanglah segala amal kebaikan si alim ini yg beramal selama 500 tahun lamanya. maka...penimbang itu dengan banyaknya lebih turun kepada kebaikan....ibadatnya memang banyak dan berat!

Kemudian..tiba untuk menimbang amal kejahatannya....

Allah berfirman kpd malaikat.."Jangan ditimbang semua..Ambillah sebelah biji matanya sahaja...."

Dan..malaikat pun meletakkan sebelah biji mata si alim tadi di atas neraca keadilan...dan dengan serta merta penimbang itu berubah....berat dosa sebelah biji mata itu ternyata jauh lebih berat...mengalahkan pahala dan amalan hamba Allah selama 500 tahun itu!!!

Sebelah biji mata itu shaja..dosanya lebih berat dari pahala beramal ibadah selama 500 tahun..MasyaAllah....

Lalu Allah menyuruh malaikat mencampakkan hamba Allah itu ke dalam neraka. Ketika itu barulah si hamba Allah ini merayu2 dan merintih2 kpd Allah supaya memasukkan dia ke dalam SYURGA ALLAH dengan rahmatNya...

Dan..dia pun dimasukkan ke syurga dengan RAHMAT ALLAH....bukan dengan pahalanya beribadat selama 500 tahun itu.

Kiranya Hamba Allah yang sentiasa beribadah kepada Allah seluruh hidupnya masih tidak mampu mendiami Syurga Allah dengan segala amalannya.... Bayangkan lah di mana tempat kita hanya kerana dosa sebelah mata.....

Ya Allah... aku memohon padamu kebaikan dari segala pancaindera yang telah Kau kurniakan kepadaku... dan aku berlindung padaMu daripada segala keburukan pancaindera ini.... Sesungguhnya Engkaulah yang Maha berkuasa menentukan segala sesuatu.....

Monday, November 22, 2010

Bagaimana Ketawa Untuk Kurus

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Macam tak percaya je bila ada orang yang mengatakan ketawa boleh jadikan kita kurus....

Kalau makcik-makcik kat kampung tu selalu kata sebab kuat ketawa badan jadi montel.... "Patut lah badan tu montel tak turun2, mana tidaknya dah asyik gelak (ketawa) memanjang"..... Kalau ayat tu selalu la juga dengar tetambah saya pun budak montel.... Memang selalu la dikaitkan dengan ketawa atau kekerapan ketawa menyebabkan badan jadi montel.... Betul atau tidak zaman anak-anak dulu bukannya pernah nak kaji pun....main terima je lah seadanya....

Bila dah semakin dewasa takut lak nak ketawa selalu kang montel lak lagi.... dah la sedia montel...kalu ketawa lagi bertambah la lagi montelnya....huhuhu

Tapi bila hari ini terbaca satu artikel ni.... cam nak ketawa seharian je rasanya.... mak aiiiii jenuh lenguh la mulut....hehehehe

Tapi sama ada anda nak percaya atau tidak itulah kata Dr Maciej Buchowski dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat bahawa KETAWA boleh membuatkan kita kurus....

Ketawa yang berpanjangan dalam sehari mampu membakar sehingga 4.5 paun lemak dalam setahun. Paling menarik, jumlah pembakaran ini sama dengan tenaga yang digunakan untuk berjalan sejauh setengah batu. Ketawa dipercayai membakar kalori dengan cara merangsang otot dan menjadikan jantung kita bergerak lebih laju......

Para saintis mendapati senyum & ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat meransang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon lainnya.

Dalam sedar atau tidak, kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairanlah jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa "mengurut" organ dalaman abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Tapi kalau dah seharian ketawa tak kurus-kurus gak elok la berhenti sebelum hati jadi mati...

Mungkin cukup lah sekadar dengan senyuman kerana dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak memerlukan modal cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman tersebut. Kiranya senyuman yang dilemparkan itu mampu menyerikan hari insan lain tentunya hari kita juga akan turut berseri. Senyuman juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan mampu juga memulakan sebuah perkenalan dan ikatan.

SENYUM ITU KELOPAK... KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA....

Maniskanlah wajah dengan senyuman... Semoga setiap hari yang kita lalui dihias indah dengan senyuman yang ikhlas....

Saturday, November 20, 2010

Kelebihan dan Kebaikan TOMATO...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Kalau semalam dah bagi petua menggunakan TOMATO... Hari ni pun nak bagitau kelebihan dan kebaikan tomato.... Sumber diperolehi dari Majalah Anis keluaran Disember 2009 juga... Masa mula-mula baca dulu tak ambik port sangat... Bila terbaca lagi baru rasa bagus juga kalau dapat dikongsi bersama kawan....

Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah....

1. Baik Untuk Kencing Manis

Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

2. Baik Untuk Mata

Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

3. Baik Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati

Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.

6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

Tip Memilih TOTATO...

Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.

Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.

Apa lagi..... Jom Makan TOMATO....hehehe

Friday, November 19, 2010

Kulit Jelita dengan TOMATO...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Hari Jumaat yang indah ditemani hujan lebat di luar sana membuatkan diri terasa manja je nak buat keje.... Jadi dah petang-petang ni setelah segala tugasan selesai... Dapatlah membelek-belek majalah... lalu terjumpa lah petua la kot namanya ni.... Petua untuk memanjakan kulit wajah dari majalah Anis keluaran Disember 2009....

Jom kita layan sesama.....

Mengecilkan Liang Pori

Campurkan sesudu besar jus tomato segar dengan 2-4 titik jus limau nipis. Sapukan campuran itu ke muka menggunakan bola kapas. Biarkan selama 15 minit. Bilas muka dengan air suam kuku atau sederhana sejuk. Kemudian barulah gunakan pelembap.

Mengubat Jerawat

Bagi anda yang sentiasa mengalami masalah jerawat (cam saya la kot), lenyekkan sebiji tomato segar dan sapukan ke wajah. Biarkan sejam sambil anda berehat. Bilas dengan air suam kuku. Gunakan rawatan ini setiap hari sekurang-kurangnya seminggu untuk hasil yang memuaskan.

Pupur Tomato dan Avokado

Pupur ini baik untuk anda yang berkulit kombinasi. Ia membantu mengurangkan minyak dan menyingkirkan bintik hitam di muka. Pupur ini mengandungi vitamin A, C dan E dan amat menyegarkan kulit. Lenyek atau kisar sebiji tomato kecil dengan sebiji avokado kecil. Campurkan hingga sebati. Pupurlah wajah anda dengan campuran ini. Biarkan 20 hingga 30 minit dan bilas dengan air suam kuku.

Rawatan Muka Ekspress

Sebiji tomato dibelah dua. Gosokkan di muka anda. Tumpukan pada bahagian yang paling banyak bintik hitam. Biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam kuku. Gunakan petua ini sebagai astrigen muka bahan semula jadi bagi kulit berminyak dan mengecilkan liang pori.

Astrigen Tomato

Perah sebiji tomato segar. Tapis dan ambil jusnya. Hiriskan sebatang timun. Perah sedikit jus timun daripada beberapa hirisan tersebut ke dalam jus tomato. Kacaukan dan sapukan ke muka menggunakan bola kapas. Bilas muka dengan air suam kuku. Sediakan astrigen ini segar setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimum daripada tomato.

Manjakan kulit anda dengan tomato. InsyaAllah kulit menjadi jelita secara semula jadi dan menjimatkan belanja....

Selamat mencuba...

Thursday, November 18, 2010

Perbanyakkan Zikir pada hari Arafah, Hari Korban & Hari Tasyrik

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha....Maafkan segala ketelanjuran kata & tindakan sesama ummah.... dan Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah.... Bersihkan lah hatiku, sucikan jiwaku dan Muliakan lah tingkah laku ku.....

Setelah berjaya menunaikan puasa sunat di hari Arafah.... Menyambut Aidil Adha dengan penuh keinsafan.... Alhamdulillah... Terima kasih Allah atas segala rahmah kurniaanMu...

Sesungguhnya bulan Zulhijjah ini adalah bulan yang mulia, antara bulan-bulan haram dan bulan yang disediakan bagi kita yang ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Maka rebutlah peluang ini. Jika kita kurang beribadah pada bulan Ramadhan yang lalu, jika kita terlepas berpuasa enam hari di bulan Syawal yang lalu, maka inilah kesempatan kita. Sekarang ini terbentang di hadapan kita peluang untuk menambahkan amalan kita, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Maka rebutlah peluang ini. Perbanyakkanlah berzikir dan membaca Al-Quran. Perbanyakkanlah solat sunat dan berpuasa. Perbanyakkanlah ibadah kerana Allah s.w.t menjanjikan ganjaran yang banyak bagi mereka yang beribadat pada hari-hari ini.

Allah berfirman bermaksud: "Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia jugak tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertakwa kepada allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya". (Surah Al-Baqarah, ayat 203).

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Fajr:
Ertinya: Demi sepuluh malam.

Mengikut sebahagian ulama, inilah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.

Sekiranya kita tidak mempunyai dorongan untuk berzikir dan membaca Al-Quran bersendirian, maka hendaklah kita berzikir atau membaca Al-Quran beramai-ramai. Dan sebaik-baik zikir dan ibadah adalah membaca Al-Quran. Rasulullah s.a.w bersabda:
Sebaik-baik ibadah umatku adalah membaca Al-Quran.

Akan tetapi bagi mereka yang lebih suka dan mempunyai dorongan untuk berzikir dan membaca Al-Quran seorang diri, maka itu adalah lebih baik kerana ia akan dapat menjauhkan diri dari perasaan riya’. Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Araf, ayat 205:
Maksudnya: Dan ingatlah TuhanMu dalam keadaan kamu seorang diri dengan penuh rendah hati dan perasaan takut terhadapNya, tanpa mengeraskan suara (kerana hendak menunjuk-nunjuk). (Ingatlah Allah) pada awal siang dan akhirnya. Dan janganlah kamu jadi dari orang-orang yang lalai (dari mengingati Allah).

Hari Arafah adalah hari dimana para jemaah haji berkumpul di padang Arafah. Mereka berkumpul disitu mengharapkan pengampunan dan rahmat dari Allah s.w.t. Hari dimana Allah s.w.t mempersaksikan mereka dihadapan para malaikatNya dan berkata: “Sesungguhnya Aku (Allah) telah mengampunkan dosa-dosa mereka.”

Begitulah besarnya ganjaran yang menunggu mereka yang mengerjakan haji dan berkumpul di bumi Arafah dengan penuh tawadhu’. Allah s.w.t amat Pemurah. Dia melimpahkan kurniaNya yang tidak terkira kepada hamba-hambanya . Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk mengerjakan haji, maka Allah s.w.t telah menjanjikan pengampunanNya kepada kita pada hari Arafah. Tidakkah kita mahu rebut peluang ini? Tidakkah kita ingin Allah mengampuni dosa-dosa kita? Maka ambillah kesempatan pada hari Arafah ini. Bagaimana caranya? Caranya mudah. Berpuasalah pada hari Arafah. Berpuasalah pada hari tersebut dengan penuh rasa rendah diri kepada Allah s.w.t, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita. Rasulullah s.a.w ketika ditanya tentang puasa hari Arafah, beliau bersabda: Puasa tersebut menebus dosa tahun yang lepas dan tahun yang baki.

Hari yang berkaitan dengan haji sudah pun ditentukan iaitu hari wukuf di padang Arafah, Hari AidilAdha dan juga hari tasyrik dari hari ke-11 hingga 13 Zulhijjah. Selama tempoh ditentukan itu, hendaklah dipenuhi dengan menyebut nama Allah dan berzikir.

Semuanya sudah ditentukan oleh Allah, diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Hari berzikir dan menyebut nama Allah (dengan bertakbir dan bertahmid) mengikut pendapat yang rajih ialah hari Arafah, hari korban dan hari tasyrik selepasnya.

Setelah hari Arafah, kita akan didatangi pula dengan hari Aidiladha. Ia adalah hari kebesaran Islam, hari makan dan minum dan mengingati Allah. Maka umat Islam dilarang berpuasa pada hari Aidiladha dan tiga hari selepasnya, iaitu hari-hari tasyrik. Dan disunatkan bagi umat Islam untuk bertakbir, bertahmid dan bertasbih bermula dari solat Subuh hari Arafah sehingga solat Asar hari ke tiga belas Zulhijjah. Ia dilakukan selepas setiap solat samada wajib atau sunat. Dan kita dianjurkan agar memperbanyakkan ibadah pada malam Aidiladha berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:

Ertinya: “Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadah) maka hatinya tidak akan mati pada hari dimana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dan mengingati Allah).”

Firman allah yang bermaksud: "Dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya". mengingatkan kita dengan pemandangan di Padang Masyar sesuai dengan pemandangan haji. Ia merangsang perasaan takwa dalam hati mereka di hadapan pemandangan mahsyar yang ngeri itu."

Ayat ini di tutup supaya manusia beriman seterusnya melakukan amalan salih yang dihiasi sifat ketakwaan kerana yakin kepada hari pembalasan. Hal ini menunjukkan segala tindakan manusia akan dihitung di hadapan Allah.

Pada hari itu, tidak boleh memberi manfaat kepadanya oleh harta benda dan anak pinak kecuali amalan yang salih. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang beriman dengan segala rukun iman dan beramal dengan amalan yang salih.

Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan dan dorongan untuk mengandakan ibadah kita pada hari-hari mendatang ini dan menerima segala amalan kita... Amin.

Tuesday, November 16, 2010

Zakat Suatu Pelaburan, Bukannya Beban...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Assalamualaikum w.b.t..

Pada 11 November 2010,telah diadakan taklimat berkenaan zakat pendapatan melalui potongan gaji kepada semua staf di pejabat saya....Bagus juga dibuat potongan gaji... tidak perlu lagi buat lawatan ke pusat zakat setiap bulan.... Bukan apa, berhampiran pusat zakat tu ada la pulak kedai2 yang meriah....kang dah tersinggah lalu ekonomi negara pun dapat dijanakan dengan jayanya....hehehe

Bercerita tentang zakat, ada yang menganggap bahawa mengeluarkan zakat boleh mengurangkan pendapatan dan perbelanjaan mereka...kurang meriah nak shopping sebab nak kena bayar zakat.... kalau tidak dah dapat dah lagi 2 atau 3 helai baju.....amboiiiii banyak-banyak sangat baju kang roboh lak almari...hehehe

Untuk memahami bagaimana zakat sebagai pelaburan.... jom kita sama-sama baca bingkisan yang disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Pegawai Dakwah Pena Lembaga Zakat Selangor.....

Dalam sejarah manusia, Allah SWT menunjukkan manusia yang kaya tetapi bakhil pasti ditimpa bencana. Qarun misalnya , digambarkan kaya-raya yang kedekut dan takbur. Dia bukan sahaja enggan mengeluarkan sedikit sedekah daripada hartanya, malah Allah SWT mencatatkan apa yang telah Qarun ungkapkan kapada kaumnya: "Sesungguhnya aku hanya diber harta itu kerana ilmu yang ada padaku". (al-Qasas: 78)

Sayangnya, Qarun lupa bahawa harta dan kemewahan itu semuanya milik Allah SWT yang dipinjamkan kepadanya untuk dijaga sebagai amanah. Qarun menganggap memberi sedikit daripada harta adalah merugikan. Lalu Allah SWT menempelak Qarun kerana kedegilannya. Azab yang deterima di dunia lagi, Qarun dan istana yang diagungkannya telah ditelan bumi.

Zakat sebagai Penawar Kemelut Manusia

Dalam hal ini, zakat datang sebagai penawat kepada kemelut manusia yang kaya-raya agar mereka dilentur hatinya dalam mentaati perintah Allah SWT. Zakat juga adalah mekanisme penyubur jiwa yang menjinakkan hamba kepada Allah SWT. Manakala bagi yang degil seperti Qarun, Allah SWT mengizinkan pemerintah Islam untuk mengambil harda mereka sekali pun secara paksa. Allah SWT bertegas di dalam al-Quran: "Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka". (at-Taubah:103)

Menjamin Keseimbangan Masyarakat

islam amat menekankan kewajipan zakat. Ini kerana zakat adalah suatu instrumen sosial yang menjamin keseimbangan di dalam masyarakat. Kezaliman akan terbasmi dan keadilan terjamin dengan tertegaknya zakat. Zakat juga menjadi jambatan di antara kaya dan miskin, menutup pintu-pintu kejahatan dengan memberikan mereka yang miskin hak mereka. Oleh itu akan terpinggirlah rasa iri hati, dengki dan dendam kesumat di hati , diganti perasaan kasih dan sayang kepada si kaya. Manakala bagi si kaya pula, hilanglah perasaan haloba dan mementingkan diri sendiri, diganti ketundukkan hati dan keluhuran budi pekerti sesama manusia.

Justeru, daripada pandangan mata kasar yang sihat, serta analisis akal yang cerdas, kita dapat melihat betapa murninya hukum zakat ini. Ia adalah suatu pelaburan dunia yang menjamin keseimbangan manudia sejagat. Ia memberi sebuah negara berdaulat punca kewangan atau dana. demi menjana kemajuan, memenuhi keperluan dan menutupi punca kemiskinan.

Mendapat Keberkatan

Sementara itu, sudah terbukti mereka yang menitikberatkan amalan zakat pasti mendapat keberkatan yang tidak mampu diungkapkan oleh kata-kata. Keberkatan ini lah buahnya zakat, kerana ia akan menjamin kita daripada kehilangan harta, gundah-gulana hatinya, rumah tangga yang porak peranda dan sebagainya. Bukankah manusia amat mendambakan kebahagiaan di dunia ini, maka zakatlah anak kuncinya. Ia bukan sekadar memberikan kebahagiaan hakiki di dunia bajkan bakal berlarutan hingga ke akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Kekayaan tidak akan binasa, di darat mahupun di laut, kecuali apabila zakatnya tidak dikeluarkan". (Riwayat Thabari,Al-Qardhawi, hal.79).

Allah SWT juga mewajibkan zakat sebagai pelaburan akhirat. Setiap sen yang dikeluarkan sebagai zakat, pahalanya dicatatkan di sisi Allah SWT dan kelak di akhirat, bakal dibayar kembali sebagai dividen dan bonus dalam bentuk syurga. Inilah mercu kenikmatan yang diimpikan oleh setiap manusia, mati dan dihidupkan kembali untuk mendiami syurga yang penuh kenikmatan.

Zakat adalah suatu ibadah berbentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan besar di dunia mahupun di akhirat. Is juga anak kunci bagi yang mendambakan kebahagian dunia juga akhirat. JOM MENUNAIKAN ZAKAT....