Thursday, March 24, 2011

Khasiat Air dalam Berdiet....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Berblogwalking diwaktu rehat tengahari semalam telah menemukan saya dengan satu artikel tentang khasiat air dalam berdiet....  jom kongsi....

Air sebenarnya adalah satu elemen yang sangat penting untuk badan kita. Ramai yang tahu air ni penting, tetapi tak sedar yang sebenarnya kita kekurangan air. Orang yang tinggal di negara sejuk pun minum lebih banyak dari apa yang kita minum. Minum air secukupnya sepatutnya menjadi tabiat kita. Kita perlu air kerana;
  1. Tubuh kita terdiri daripada 70% air
  2. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan
  3. Darah kita 83% air
  4. Otot kita 77% air
  5. Tulang kita 22% air
  6. Air mengelakkan “takungan air” atau water retention
  7. Mengangkut oksigen dan zat makanan dalam badan
  8. Melembapkan kulit dan tisu badan
  9. Mengelakkan sembelit
  10. Melembapkan rawan untuk serap hentakan
  11. Membantu menguatkan otot
  12. Mengelakkan kekeringan
 Berapa banyak air yang perlu kita minum?
Kuantiti air yang kita perlu minum bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, keadaan kesihatan, makanan harian kita, tahap aktiviti fizikal, cuaca dan ubatan yang diambil. Tetapi, kita selalu disarankan untuk meminum sebanyak 2L (8 gelas air dalam sehari). Mengikut satu kajian, untuk mengira kuantiti air yang kita perlu minum, kita bahagikan berat kita dalam KG dengan 25. Hasilnya, itulah kuantiti air yang kita perlu minum dalam sehari.

Contoh: Berat kita 75kg bahagi 25 = 3. Maka, air yang perlu kita minum ialah 3 liter.

Cara minum air yang betul
Agama Islam tidak mengalakkan kita minum sambil bernafas dan kita perlu minum dengan perlahan-lahan. Dengan mengamalkan minum air dengan cukup...... Hasilnya;
  1. Apabila orang kesejukan, kita akan rasa seperti biasa sahaja
  2. Apabila orang kepanasan, kita tidak begitu panas berbanding orang lain
  3. Tidak mengalami masalah sembelit
  4. Tidak pening kepala
  5. Kulit sentiasa lembap
Untuk minum air dengan betul, kita disarankan agar;
  • Minum 2-3 teguk setiap 10-15 minit
  • Minum segelas air sebelum makan
  • Segelas air lagi selepas makan
  • Tidak minum semasa makan
Hasilnya, sangat memberangsangkan.

Minum air kosong boleh kuruskan badan
Fakta yang sangat mengejutkan. Kenapa? Air ni boleh kita katakan murahlah. Lagipun, untuk mendapatkan produk penurunan berat badan yang baik, harganya agak mengugat poket. Kalau kita tak nekad untuk berubah, mungkin kita akan membazir.
Air boleh membantu menurunkan berat badan kerana;
  • Kalori dalam air kosong, tiada lemak, tiada minyak, tiada gula. Jika air kosong menganti air manis, kita boleh kurangkan pengambilan kalori
  • Air boleh mengawal selera makan!
  • Air boleh bantu kita dari terlebih makan. Sebelum makan, kita minum air kosong segelas. Mesti kita makan kurang dari biasa.
  • Kalau kita rasa lapar belum pada masanya, cuba minum air, kebanyakkannya, rasa lapar akan hilang. Sebenarnya kita ditipu otak, kita dahaga bukannya lapar!
Pakar gizi makanan telah sepakat, bahawa air memegang peranan utama dalam sebahagian besar program pengurangan berat badan. Kerana ait sangat berperanan dalam membantu tubuh untuk menghilangkan lemak melalui faedah-faedah berikut::
  • Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar
  • Membantu tubuh dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal. Kerana hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi.
  • Mengurangkan lebihan lemak di badan
  • Mengatasi masalah penyumbatan air pada saat tubuh menahan air yang ada didalamnya agar tidak  kehabisan
  • Mengurangi tumpukan sodium di dalam tubuh
  • Membantu memelihata kesihatan otot dan kelenturannya
  • Membersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun di dalam tubuh
  • Mengatasi kesulitan membuang air besar
  Tips untuk Minum Air dengan Cukup
  • Sentiasa tanamkan dalam akal kita yang minum air ini ibarat kita mencuci filter….filter tu badan kitalah,
  • Selalu pegang botol yang berisi air berhampiran dengan kita. Tak perlu besar-besar. 500ml sudah memadai.
  • Setkan masa, contohnya, setiap sejam handphone kita bergetar menandakan masa untuk refill kita punya botol. Kalau handphone, kita cari kat “Timer”
  • Kalau ada budget, belilah filter air yang boleh pasang kat paip di dapur tu. Airnya lebih sedap dan murah kosnya berbanding beli di kedai.
Sedikit tips: Amalkan minum air suam sebelum bersarapan, elok untuk menjaga badan.....

Jom Mulakan Sekarang!
Banyak dah kita baca, sekarang, bangun dan dapatkan air kosong sebanyak 500ml. Habiskan dalam masa 30 minit! Buat sekarang! Dan teruskan amalan ini semoga saya dan semua pembaca blog saya dikurniakan kesihatan. Tak berusaha maka tak berhasil…..

Tuesday, March 22, 2011

Kita Diziarah setiap 21 minit....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Ketika berblogwalking pagi ni.... terjumpa satu artikel ni.... agak menakutkan & menyeramkan pulak rasanya.... Rasanya elok juga kalau berkongsi bersama..... semoga kita sentiasa beringat-ingat akan kebesaran dan kekuasaan Allah hendaknya.....

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 = 20.571 minit

Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.

agaknye apa yang sedang kita perbuatkan semasa malaikat maut tu dtg. Adakah sedang ketawa besar, tengah ngumpat, tengah tengok wayang, tengah main game..tengah dating ngan gf/bf memasing...tgh online FB..... mcm mane la kalu kita dimati waktu tuh......nauzubillah

Sama-sama kita berdoa moga setiap kali dia zairahi kita, kita dapat mengucap kalimah syahadah jua.... Insyaallah.

Monday, March 21, 2011

Mengenalimu.... Melur Jelita

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Entri ini sebenarnya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Akak Melur Jelita kerana dorongan dan sokongannya kepada saya untuk meneruskan penulisan diblog yang tak seberapa ini yang sebelumnya hanya ingin dikuburkan begitu sahaja......  

Kepada semua yang membaca...sudi-sudikan lah untuk terus mengikuti blog saya dan juga blog melurjelita.com yang amat menarik dengan pelbagai pengisian.....

MENGENALIMU…. MELUR JELITA….

Awal bismillah pembuka kata
Assalamualaikum pemula bicara
Kisah empunya blog ingin dicerita
Bukan nak mengumpat atau mengata…

Mengenalimu Puan hatiku gembira
Baru bersua dah macam keluarga
Pabila tersenyum bertambah ceria
Makin bercerita bertambah gembira....

Pabila bertutur tersusun katanya
Bahasanya indah penambat cinta
Melur Jelita nama penanya
Mengenalimu umpama terjumpa permata…

Perwatakan nya baik berlemah lembut
Senang didekati tak perlu takut
Orangnya tenang takde ribut-ribut
Tentu suaminya pun senang tidak kelam kabut….

Anak-anak nya dijaga rapi
Mengajar yang baik serba serbi
Menjadi contoh yang harus diteladani
Mendidik warisan dikemudian hari….

Ramah dan mesra itulah Melur Jelita
Silap haribulan hati tergoda
Namun begitu keluarga tetap yang utama
Patut lah Mr Jelitawan tak gusar hatinya….

Corat coret di blog pelbagai ceritera
Gayanya relaks lagi selamba
Semakin hari bertambah pengunjungnya
Masakan tidak…semua entri menarik belaka….

Pelbagai kisah yang telah dicoretkan
Segala harapan juga ditampal sebagai tatapan
Memberi maklumat dan juga didikan
Moga boleh diamalkan sebagai bekalan….

Dipuji saja kata nak bodek pula
Mereka-cipta seloka… sekadar bersuka ria
Mengisi ruang bergurau senda
Moga silaturrahim terikat selamanya….

Seloka ini saya sudahi di sini
Salah dan silap mohon dimaafi
Kepada Akak Melur yang saya kasihi
Moga hidupmu sekeluarga diberkati Illahi….

Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang terindah itu..... Sayang Melur Jelita.... :)

Friday, March 18, 2011

Mungkinkah Dia Kay…Wanita Yang Sangat Disayangi Sudirman?

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Kisah ini saya peroleh dari satu emel yang dipanjangkan kepada saya oleh seorang rakan...... 

Saya memohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya.... saya merupakan peminat arwah Sudirman Hj Arshad, seperti biasa, bila kita minat seseorang itu maka kalau boleh, kita ingin tahu apa kegemarannya, siapa orang kesayangannya, apa citarasanya dan berbagai lagilah. Apatah lagi sekiranya orang yang kita minat itu seorang public figure seperti beliau.


Saya sendiri tidak terkecuali. 
 
Saya rasa semua orang terutama peminat Sudirman tahu bahawa beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir dengan penceraian
Dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya 

Kisah sedih perceraian mereka ada diceritakan oleh Norkumalasari di sini..
http://miraks.multiply.com/journal/item/13/SUDIRMAN_-_ROBOHNYA_MAHLIGAI_CINTA

Di mana Kay sekarang? Itulah yang sering menjadi tanya saya dan ribuan peminat Sudirman kerana wanita itu dikatakan terus menghilang dan tidak muncul-muncul lagi selepas terjadinya peristiwa penceraian tersebut
namun kira-kira dua mingga lalu, saya terbaca satu artikel mengenai kisah seorang bekas eksekutif Petronas di dalam Sunday Times yang menulis mengenai sebuah buku masakan 
 
hati saya tiba-tiba berdegup! mungkinkah dia Kay yang dimaksudkan oleh arwah Sudirman itu???
aku tak puas hati, dari situ aku cuba menyelongkar Google dan Yahoo Search tentang wanita ini
akhirnya aku menemui sebuah blog yang berjudul www.loveingratitude.com

penulis ini rupanya menepati betul ciri-ciri yang digambarkan oleh arwah, dia sangat cantik walau kini usianya telah melewati usia 50-an, ejaan namanya sama, dan dia turut menuntut di Universiti Malaya pada waktu yang sama dengan tempoh arwah Sudirman belajar di sana 
 
Saya sangat kagum dengan kejayaan Puan Kay sekarang…nampaknya bekas suami isteri ini sangat berjaya dalam bidang mereka masing-masing......tak mengapalah, semua dah jadi sejarah, Puan Kay pun sudah mempunyai keluarga sendiri dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
 
Persoalannya, adakah Puan Kay benar-benar Kay yang Sudirman maksudkan itu?
Wallahualam…
Seperti yg diceritakan oleh Noor Kumalasari…
PERCINTAAN dan perkahwinan dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay adalah sesuatu yang indah buat Sudirman Haji Arshad. 
 
Sudirman pernah memberitahu sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Noorkumalasari bahawa Kay adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya. Mereka disatukan pada Hari Valantine - 14 Februari 1981 selepas Sudirman menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Kay yang bekerja di Petronas adalah pilihan hati Sudirman yang dikenali sejak kecil lagi.

Pastinya berita perkahwinan mereka diterima baik peminat kerana percintaan mereka bukan rahsia lagi.

 
Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya apabila mahligai cinta yang dibina dengan kasih sayang roboh bak istana pasir dilanda ombak. Perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.

Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, 2 perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.

 
Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Sahabat baik Sudirman, penyanyi Noorkumalasari dalam catatan mengenai Allahyarham yang disiarkan dalam Harian Metro pada 1992 berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.

 
Sewaktu hampir berpisah dengan Kay, Sudirman menelefon Noorkumalasari supaya dapat menjadi saksi ketika dia melafazkan cerai. Noorkumalasari bersama-sama bekas suaminya ketika itu bergegas ke rumah Sudirman di Bangsar.
 
Noorkumalasati berkata "Suasana malam itu begitu sayu menjelang perpisahan mereka. Kedua-duanya kelihatan seperti biasa. Sebaik cerai dilafazkan, mereka tiba-tiba bertangisan. Air mata tidakdapat dibendung lagi, lalu kedua-duanya berpelukan. Begitu sayumenyaksikan peristiwa itu."
 
Noorkumalasari tidak dapat menahan sebak, seterusnya turut menangis sama. Sudirman, katanya, ketika itu berada dalam keadaan tidak tentu arah. Siapa sangka percintaan yang mereka pupuk sekian lama berakhir dengan cara begitu. Namun, Noorkumalasari  memuji caranya yang begitu gentleman.
 
Noorkumalasari berkata lagi : "Sejak perpisahan itu jugalah, timbul semacam perubahan pada diri Sudir. Peminatnya mungkin tidak perasan mengenai perubahan ini. Tetapi di kalangan rakan artis, apatah lagi mereka yang rapat dengannya, perubahandiri Sudir itu jelas ketara.
 
"Percayalah kalau Noor katakan, meskipun di antara Allahyarham dan Kaytiada sebarang ikatan, namun Allahyarham masih terus menyarung cincin perkahwinan mereka. Noor sendiri kehairanan mengapa Allahyarham bersikap begitu?"
Noorkumalasari ada menasihati Allahyarham agar menerima hakikat hidup. "Payah juga hendak dilentur, tetapi lama kelamaan, jika tidak silap Noor di antara dua atau tiga tahun, barulah Allahyarham menanggalkan cincin itu daripada jarinya," cerita Noorkumalasari lagi.
Dan….inilah Kay sekarang…

Friday, March 11, 2011

Melur Jelita Datang...Jeng...Jeng...Jeng

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera semua...... penat berlari-lari ke sana sini minggu ni..... sibuk nak menjayakan Hari Keluarga Jabatan saya yang akan diadakan pada 19 Mac 2011...... Dah diberi tugas dan tanggungjawab kena la laksanakannya...tu la dok berkejar-kejaran tu.....


Blog akak Melur ni memang best...setiap hari mesti la menjadi sarapan pagi saya (saya tak makan blog... tapi sambil breakfast ngadap blog...hehehe).... Kalu tak melayannya macam ada yg tak kena je pada hari tersebut....  Hebatnya penangan blog Akak Melur Jelita kita ni..... Kisah campuran pasembor rojak yang ada dalam blog ni menarik betul..... Kalu tak percaya... try la layan.... kalu sok dah jadi virus penyakit berjangkit sbb tergoda dgn artikel2 akak Melur ni baru anda tauuuuu....hehehe

Sejak akak Melur Jelita letak entri "MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!" saya dah nak join....tak tersabar-sabar..... tapi tidak lagi berkesempatan berbuat demikian kerana tugas dan tanggungjawab yang banyak menanti dgn jelingan manja dan senyum mesra...... hari ni sementelah bos takde dan waktu rehat yg panjang bleh la saya join......Tima kasih le akak Melur Jelita yang duk jenguk blog sy dan pelawa join segmen dia ni...... Apa lagi... Jom la kita join...... syarat2 nya pun mudah sangat.



Syarat – syaratnya mudah saja…
1. Banner Melurjelita.com.
Letak di side bar blog anda.
3. Kalau dah buat atau nak sertai segmen ini…tinggalkan komen dan link anda di entry ini ya.
Tinggalkan di sini ya. jangan di entry lain atau di shoutbox…saya geget nanti..hehehe ( ni ler petikan ayat Akak Melur yg paling saya takut... keturunan drakula agaknya dia...hehehehe)
4. terbuka kepada semua bloggers, Jelitawans atau Mr Jelitawans
5. Wajib letak link Melurjelita.com di bloglist anda. Saya juga akan letak link blog anda di bloglist saya.
6. Tarikh tutup 15 mac 2011
Haaaaaaaaaa mudahkan...... Jom semua para jelitawan sekelian..... jgn malu2 dan segan2.....
Jom kita blasah dan redah jer....

Wednesday, March 9, 2011

Mitos atau Fakta Coklat

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Lama laman ni terbiar bersawang..... hari ni nak bagi pengisian baru lah....hehehehe

Jalan-jalan kat website Lembaga Koko Malaysia secara tak sengaja tadi membuahkan minat untuk berkongsi satu artikel yang best tentang coklat..... Maklum la tengah suapkan coklat ke mulut pepagi hari ni tingat semua benda yang melibatkan koko.... tu ler secara tak sengaja terbuka website Lembaga Koko tu...hehehe

Jom kita kongsi apa yang menarik tentang coklat dari Lembaga Koko Malaysia ni.....

Mengapa ramai orang suka memakan coklat dan 'candies' yang lain? Sudah tentunya mereka sukakan rasanya! 

Terdapat banyak jenis perisa dalam pasaran sekarang. 'Candies' dalam bentuk bar yang enak dan mempunyai pelbagai ciri dan perisa, coklat di dalam kotak dengan harga dan inti yang berlainan dan blok coklat, susu, separuh manis atau tidak manis.

Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalorie yang dianggap normal untuk semua penduduk.
Chocolate Banana kegemaran saya...

Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini. Marilah kita lihat sejauh manakah kebenaran ini.

MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.

MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTHdaripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

MITOS
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

MITOS
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.

Tak kisahlah apa mitos yang diperkatakan orang lain tu.... yang penting faktanya menunjukkan apa yang diperkatakan itu tidak benar..... jadi bleh la enjoyyy makan coklat.....hehehehe

Wednesday, March 2, 2011

Hukum-Hakam Fotografi Dalam Islam

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Sewaktu ber"blogwalking" di waktu rehat... terpandang satu artikel di blog Keluargaku Sayang milik Kak Chik... Terus ler tertarik untuk membacanya kerana saya berminat dgn bidang fotografi dan minat juga meneliti gambar2..... Dah tu tergerak ati untuk berkongsi di sini setelah memohon izin Kak Chik....

Artikel ini saya salin dari Kak Chik tanpa edit..... bimbang tersasar pulak maksud asalnya.  Mungkin ramai lagi tetamu blog yang tidak tahu, kurang tahu, tidak faham, kurang faham, atau langsung tidak tahu tentang hal hukum-hakam ni, tambah-tambah pasal fotografi. Bila kita Islam maka segala yang kita buat kenalah pastikan selari dengan hukum-hakam Islam. Mana boleh main taram je. Asal hati kita suka, salah di sisi agama pun kita nak buat juga. Mana boleh...

Sumber: Photobucket

Jadi, marilah ambil tahu pasal hukum-hakam fotografi dalam Islam. Artikel ini kakchik salin tanpa edit dari forum Digitalmukmin.com di facebook. Untuk makluman, Digitalmukmin.com tu ialah laman milik Ustaz Azhar Idrus. Kalau tak kenal Ustaz Azhar Idrus, cuba cari dalam Youtube, pasti jumpa.

Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat (model wanita terutamanya).

Jawapan : Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.

Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?

Jawapan : Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah potografer mendapat saham dosa.

So ape pendekatan kite sebagai rakan2 photografi dalam menanggani masalah sebegini rupa?

Jawapan : Kembali kpd Islam samada kita ni fotografer atau siapa saja dengan mendalami ilmu agama dan sebarkan kpd orang lain atas nama dakwah. Tunjukkan kpd orang lain bahawa gambar yg cantik tak semestinya model atau yg haram. Islam tidak menghalang fotografi cuma mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.

wallahua'lam

Senang nak faham kan? Bila dah faham, jom lah kita bertindak segera. Jangan bertangguh kerana lama-lama tak menjadi. Syaitan paling suka memujuk kita agar menangguhkan dari melakukan amalan kebaikan. Perasan tak bila kita rasa nak solat awal, ade je perkara yang kita rasa nak buat. Patut solat Isyak jam 8.30 malam jadi jam 12 malam. Buat dalam keadaan mengantuk, susah nak khusyuk.

Rasa macam ada jugak gambar yang tak menutup aurat dalam blog ni macam yang kak chik kata.  Kena buang segera. Kasihan tuan punya badan dan para pembaca yang melihat. Jom bertindak! 

Terima Kasih Kak Chik kerana sudi berkongsi ilmu.....