Wednesday, April 13, 2011

KITAR SEMULA BRA LAMA @ BARU

Hobi berblogwalking telah membawa saya ke satu blog kepunyaan cthoney.blogspot.com yang banyak info... Thanks CT Honey atas info yang telah anda sumbangkan..... dapat gak org lain tahu pasal info ni..... Terima kasih sesangatnya.....

Salah satu daripadanya, berkenaan dengan kempen kitar semula telah diadakan pada bulan April ini. Ingatkan selama ini kertas, plastik dan kaca je yang boleh di kitar semula.... rupa-rupanya banyak lagi benda di dunia  ni yang boleh kita kitar semula untuk kepentingan mereka yang memerlukan. Kempen kitar semula tersebut diberi nama "Green Bosom - Bra Recycling Buddies Program"  

Mulanya agak malu untuk letakkan entri ni.... Kot2 ada jejaka2 idaman Malaya yang terbaca....adehhhhh maluuuuu..... Tapi sekiranya tak dimaklumkan tak tau pulak kan.... Mana la tau kot2 ada di kalangan wanita di luar sana ingin ikut serta program ni....

Jika anda mempunyai Bra yang tidak mahu digunakan lagi, atau pun tersalah membeli saiz sehinggakan boleh disimpan menjadi koleksi, bolehlah menyahut kempen ini. Daripada disimpan didalam laci boleh juga diberikan kepada wanita yang memerlukan untuk tujuan kebaikan.

Kempen ini mengitar semula Bra yang tidak digunakan lagi dengan membeli dan menjual semula kepada negara yang kurang maju diseluruh dunia seperti dikhemah perlarian, rumah perlindungan dan lain-lain lagi…..

Ciri-ciri Bra yang dikitar semula:
1.Bra didalam keadaan yang baik seperti kancu dan talinya berkeadaan baik.
2.Semua saiz dan corak paten diterima.
3.Semua jenis Bra sama ada yang biasa atau pun untuk kegunaan mengandung dan bersalin.
Nota: Jika Bra yang didermakan itu masih baru janganlah dibuang tagnya.
Berita baiknya selain menyokong dan menderma didalam kempen ini anda akan mendapat rebet RM10.Jika inginkan maklumat lanjut tentang rebet ini sila ke askcleo.com. Jadi kepada semua yang berminat jangan berlengah lagi...... Jom kitar semula.....

Tuesday, April 12, 2011

Jom Minum...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah minum....

Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air)

Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah)

Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, manakala sayap kanan pula penawar)

Minum duduk & baca basmallah & doa..

Minum susu 

- اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه

Minum manis 

- وسقاهم ربهم شرابا طهورا

Jangan bernafas dalam bekas minuman, & mulakan minum kita itu dengan 3 teguk dahulu... Kemudian baru habiskan.

 
Jika ingin pastikan minuman itu "bersih"(tidak ada apa-apa sihir) setelah baca basmallah & doa, sewaktu teguk pertama kita itu, kita rasa lelangit kita dengan menggunakan hujung lidah. Sekiranya "ada apa - apa" lelangit kita tidak akan berasa geli.


Bila pula waktu yang sesuai untuk minum air...??

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.
  • Minum dua (02) gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
  • Minum segelas (01) air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
  • Minum segelas (01) air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
  • Minum segelas (01) air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur
Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air. Persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? Bila anda minum air masak? adakah selepas makan? Adakah selepas tengah malam? 

Insyaallah, setakat itu perkongsian mengenai minum secara sunnah dan masa terbaik untuk minum air. Sama - sama kita mengamalkannya. Boleh ditambah sekiranya ada sebarang perkongsian lain.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua...

Monday, April 11, 2011

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Emel daripada pensyarah Office Management & Technology, Universiti  Teknologi MARA, Puncak Alam, Yang Berbahagia Prof Madya Abdul Halim Abdul Ghani ingin dikongsi bersama..... Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu ini.....

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
 


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
 
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
 


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
 


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
 


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.


“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”


Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
 


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
 


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”
 


10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
 


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
 


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Wednesday, April 6, 2011

Setiausaha Oh Setiausaha....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

 Hari ini, seperti dijanjikan, kita akan berkongsi ilmu tentang SETIAUSAHA..... 

SUATU ketika dulu kerjaya sebagai setiausaha antara yang 'terhangat' di pasaran kerja terutama di kalangan anak-anak gadis yang berasakan diri mereka mempunyai penampilan menarik.

Malah oleh kerana terlalu obses dengan anggapan bahawa setiausaha mesti cantik dan menawan, sesetengahnya menjadikan kerjaya tersebut sebagai batu loncatan untuk meraih gaya hidup yang lebih glamor.
Kecantikan tersebut turut dijadikan senjata untuk 'memancing' bos sehingga timbul gelaran-gelaran kurang enak seperti setiausaha sebagai 'buah hati bos', 'wanita simpanan bos', 'tukang bancuh kopi bos' dan sebagainya.

Imej wanita penggoda, 'gedik' dan persekitaran yang diselubungi skandal menjadi stigma yang terus melekat untuk sekian lama sehingga mengelirukan fungsi sebenar kerjaya tersebut. 

Bagaimanapun, semua itu tinggal 'mitos' kerana bidang kesetiausahaan kini dilihat jauh lebih profesional dan sama penting dengan kerjaya lain.

SETIAUSAHA adalah seorang yang profesional. Sebagai seorang yang profesional, setiausaha sudah pastinya mempunyai hasrat dan keinginan untuk mempamerkan kecekapan, keyakinan, gaya yang sesuai dan sepadan dengan tugas serta tanggungjawab yang diberikan. Setiausaha yang profesional tidak mengira siapa bos mereka. Merekalah yang seharusnya menyesuaikan diri dengan bos mereka. 

Persekitaran pejabat hari ini telah berubah dengan begitu pesat sejajar dengan perubahan dalam teknologi maklumat yang kini memberi kesan mendalam terhadap kerja-kerja kesetiausahaan.
Promo Cover utk Kursus yang akan saya hadiri di Penang

Hasil tulisan Mariatul Qatiah Zakaria, mengatakan apabila berkata mengenai setiausaha, sudah pasti semua orang tahu tugasnya selain 'berdampingan' dengan ketua (bos) mereka juga mempunyai tanggungjawab besar di dalam sesebuah syarikat atau organisasi tempat mereka bekerja.

Selain menguruskan surat, menaip, menyimpan fail, membuat temu janji, rancangan dan sebagainya, mereka merupakan orang kepercayaan bos. Apa tidaknya, semua urusan syarikat yang cukup sulit serta 'RAHSIA' syarikat, mereka antara orang yang mengetahuinya.

Satu masa dahulu, kerjaya ini begitu diminati di kalangan wanita kerana ia tampak glamor dan bergaya tetapi mereka cukup profesional ketika menjalankan tugas malah melaksanakannya dengan penuh etika.Walaupun begitu, kini kerjaya sebagai seorang setiausaha sudah melalui perubahan serta memerlukan pemiliknya berkelulusan tinggi.

Menurut Perunding Imej Adamaya, Imej Consultancy, Sharifah Shawati Syed Mohd., untuk menjadi seorang setiausaha yang profesional dah cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik di samping personaliti unggul di tempat kerja. "Setiausaha yang baik adalah yang tahu peranannya dan senang untuk berurusan dengan orang ramai". "Pada masa yang sama, setiausaha juga perlu 'bercakap' bahasa yang sama dengan bos untuk memudahkan kerja". "Mereka juga harus memahami bos masing-masing agar matlamat kerja tercapai," ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah beliau, jika dahulu mungkin masyarakat beranggapan bahawa kerjaya sebagai seorang setiausaha tidak ubah seperti 'orang gaji' di m ana perlu menyiapkan minuman bos setiap pagi, membersihkan pejabat, menguruskan segala urusan pejabat seperti mesyuarat dan sebagainya tapi hari ini pandangan tersebut tidak lagi boleh diterima pakai.
Hari ini, setiausaha merupakan aset kepada bos selain orang yang 'berkuasa' dalam memastikan kelancaran sesebuah syarikat. Seorang setiausaha juga berperanan sebagai penjaga bos, pemikir, penapis, penepis, penglipur lara, pemberi serta pemulih semangat, penyimpan rahsia dan penyelamat.
Selain menjadi seorang pengingat, setiausaha juga mestilah kuat menyimpan rahsia apa lagi kalau ia rahsia pejabat dan keluarga ketua. Jelas beliau, seseorang setiausaha juga ada kalanya seperti rakan kongsi yang bijak dan mampu mengawal keadaan.

Pada masa yang sama, mereka juga perlu sentiasa proaktif, aktif serta efektif di samping dedikasi dengan kerjaya masing-masing kerana setiausaha ini juga boleh diibaratkan sebagai mata dan telingan kepada sesebuah syarikat ataupun organisasi, tempat mereke bekerja.

Katanya lagi, setiausaha yang berkuasa dan profesional mampu muncul sebagai 'hero' di pejabatnya. Dengan erti kata lain, peranan yang dimainkan oleh setiausaha bukan saja menaikkan imej ketua malah menjadikan syarikat atau organisasi yang diwakili cukup disegani. Setiausaha perlu bekerja dengan bijak dan menjaga kepentingan ketua dalam apa juga keadaan.

Justeru katanya, setiausaha perlu tahu untuk membina keyakinan, kredibiliti dan kemampuan diri. Bercakap mengenai penampilan, jelas Sharifah Shawati, sama ada bertudung atau tidak, setiausaha mesti berketerampilan kemas dan bergaya.  Ini kerana dia adalah penghubung syarikat dengan pihak luar selain pengantara jabatan.

Tidak salah untuk bergaya kerana penampilan yang baik serta berhemah tinggi akan mencerminkan sesuatu yang positif mengenai syarikat atau korporat yang diwakili. Bagaimanapun seorang setiausaha tidak harus "over shadow" ketua masing-masing malah aksesori yang digayakan juga tidak perlulah terlalu banyak, cukup sekadar menggayakan aksesori yang seminimum mungkin. "Jadilah setiausaha yang bijaksana, berkuasa dan bergaya, barulah anda mampu cemerlang dalam profesion ini," katanya.

Oleh yang demikian, setiausaha juga perlu mempunyai pengetahuan setanding majikan agar pandangan dan pendapat mereka boleh diterima pakai dalam usaha memajukan syarikat secara keseluruhan.

Semoga semua setiausaha mendapat manfaat dari perkongsian ilmu ini..... 

Special Thanks to: Mariatul Qatiah Zakaria & Meran Abu Bakar & Noor Fazrina Kamal (Utusan Online)

Tuesday, April 5, 2011

Secretaries Week 2011....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

April menjelma lagi.... Di bulan April ni, sepatutnya para setiausaha seperti saya ni boleh la bersuka ria menyambut Minggu Setiausaha atau nama omputihnya Secretaries' Week yang disambut sepanjang bulan April sebenarnya (patutnya panggei Secretaries' Month ler kot kan)..... tapi bagi saya yang bekerja di jabatan kerajaan kurang terasa keistimewaannya tu kerana tidak semua Bos yang memberi peluang untuk Setiausahanya berpoya-poya..... tetambah di kala ini keje menimbun-nimbun kan.... kena la fikir  kepentingan tugas dan negara lebih penting dari kepuasan dan kepentingan peribadi......

Walaupun saya tak dapat nak join.... meh kita tengok antara artis yang akan menghiburkan para Setiausaha yang berpenat lelah menguruskan orang-orang penting di Jabatan mereka ni..... Mana tau kot-kot masih lagi berkesempatan nak book seat untuk join..... atau ada orang nak sponsor saya untuk join ke kan.... hehehe prasan ler plak.....

Lambat lg ni...sempat lagi kalu nak booking...hehehe


yg ni dah tak sempat nak book...sbb hari ni yek...sorry

Yg ni plak esok.... tak tau ler ada seat lagi ke kalu nak book hari ni....huhuhu
yg ni pun sempat lagi kot nak book.... tapi dengarnya dah tak banyak seat available....
yg ni tiket mahei dah abih.... tiket murah yg mahei gak tu katanya ada la lg sikit.... cepat la book kalu nak join....


yg ni morah sikit...tapi jauh beno plak teman nak ke sanun....huh
Apapun... saya dah layan rock bersama Papa Rock pada 2nd April hari tu kat Angkasapuri.... Jadi lah tu kan.....
Ni lawatan sambil belajar Puspanita MPM ke Angkasapuri untuk program 'Apa Kata Wanita' sebenarnya...tapi bleh gak la anggap program untuk  Secretaries' Week sebab ada 4 org Setiausaha dalam gambar tu...hehehe
Kalau rajin-rajin sok, kita kongsi apa istimewanya jadi Setiausaha..... atau apa-apa saja topik berkenaan Setiausaha sempena Secretaries' Week bulan ni yek..... Semoga semua Setiausaha di seluruh dunia gembira hendaknya....

Wednesday, March 30, 2011

Lidah Tentukan Langkah Manusia ke Syurga atau Neraka....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Dalam Akhbar Berita Harian, tulisan Ahmad Sabki Mohd Tahir beberapa hari yang lalu saya ada terbaca tajuk di atas.... Ini merupakan peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan supaya menjaga lidah (pertuturan) kita.... Semoga kita bersama beroleh manfaat daripada artikel ini.....

kata Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halis dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata:"Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah.Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia."

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh menghumban kita ke neraka.

Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.  

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir telebih dahulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi  kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: "Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam". (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam Hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya". (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut RAsulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingari Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalu bercakap hal yang baik sahaja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: "Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik".  Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan".

Berikut merupakan Kata-Kata Mutiara Amirul Mukminin Imam Ali Bin Abi Thalib as (dipetik dari Kajian Islam Otentik) :-

1. Lidah orang Mukmin berada dibelakang hatinya, sedangkan hati orang munafik berada di belakang lidahnya.
2. Tidaklah lurus iman seorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.
3. Demi Allah, tidaklah aku melihat seorang hamba bertaqwa dengan taqwa yang membawa manfaat baginya sehingga dia menyimpan lidahnya.
4. Berbicaralah, niscaya kalian akan dikenal, karena sesungguhnya (kepribadian) seseorang tersembunyi di bawah lidahnya.
5. Sesungguhnya, lidahmu menuntut apa yang telah engkau biasakan padanya, dan ia cenderung tidak mematuhi pemiliknya. Karenanya lidahmu laksana binatang buas, yang jika dilepaskan, niscaya ia akan menggigitmu atau menggigit orang lain.
6. Sesungguhnya ada kalanya diam itu lebih kuat daripada jawaban. Karena jika akal telah mencapai kesempurnaan, maka akan berkuranglah pembicaraannya. Sebab, perkataan akan tetap berada dalam belenggumu selama engkau belum mengucapkannya. Tetapi jika engkau telah mengucapkan perkataan itu, maka engkaulah yang terbelenggu olehnya. Oleh karenanya, simpanlah lidahmu, sebagaimana engkau menyimpan emasmu. Adakalanya perkataan itu kenikmatan, tetapi ia membawa kepada bencana.
7. Timbanglah perkataanmu dengan perbuatanmu, dan sedikitkanlah ia dalam berbicara kecuali dalam kebaikan. Dan sebaik-baiknya perkataan seseorang adalah apa yang perbuatannya membuktikannya.
8. Apa yang terlewat darimu karena diammu lebih mudah bagimu untuk mendapatkannya daripada yang terlewat darimu karena perkataanmu.
9. Jika singkat (dalam perkataan) sudah mencukupi, maka memperbanyaknya (perkataan) menunjukan kurangnya kemampuan akal. Tetapi jika ringkas itu dirasakan kurang, maka memperbanyak (perkataan) wajib dilakukan.
10. Barangsiapa yang banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya; Barangsiapa yang banyak kesalahannya, maka sedikit malunya; barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit “wara” nya (kehati-hatian dalam beragama); Barangsiapa yang sedikit “wara”’- nya, maka mati hatinya; Dan barangsiapa yang mati hatinya, maka dia akan masuk neraka.

Monday, March 28, 2011

Muslims Are Amazing.....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..

Dalam dok berblogwalking menziarah rakan2 terjumpa satu artikel yang baik untuk dikongsi bersama.... Saya terjumpa & terbaca artikel tersebut di laman  www.theislamicemailcircle.com . Kisah benar yang dikongsi bersama.... Semoga Allah mengurniakan kita hati semulia dan seindah bidadari syurga..... Kisah ni dikekalkan dalam bahasa Inggeris supaya tidak mengubah maksud yang ingin diceritakan oleh penulis asalnya..... jom kita kongsi bersama.... Semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita bersama.....

A personal experience from a non muslim, her terrifying experience and how a Muslim with a beard helped her..

Dear Sirs..

 I found out about The Islamic Email Circle via a friend at work, she is a colleague of mines who subscribes to your services and has recommended for me to write to you guys. I just wanted to express my gratitude and utmost respect  to a Muslim who helped me out, never left his name, and someone who I wont forget.

 Being a young 27 year old, in London, of course, I like to 'enjoy' my weekend and that involves clubbing, cinema, dining out and meeting new people. I also do drink alcohol (something of course, I understand the religion of Islam prohibits very strictly) and I like partying. At this age of my life, every young girl and guy, want to just enjoy life and as the saying goes, 'Live Life To The Max'.

Last year, on Saturday 12th of December 2009, I was out clubbing in Central London with my colleagues. I was dressed in a very tight dress that exposed my body to the other sex. Nothing I am now totally proud of, but that's how I did dress that night. It was Saturday, Xmas was a few weeks away, the Christmas spirit and youth was running through me; almost uncontrollable due to the prime of my youth.

 I met a guy whilst partying, he seemed nice. We danced through the night till 2am. He seemed very decent , started to drink quite a bit and was of course trying to get close to me. He managed to lure me through the back of the club, hence exiting via the lane through the Emergency exit. We did start to kiss and being a guy, he wanted to go further. Conveniently, he had his car in lane. He lured me into the back of the car and he wanted to go further. Although, him being under the influence of alcohol, I did know my limits and refused him to go any further.

He would not listen and I became slightly scared, he eventually started using his strong framework to hold me down. My heart was pumping, I begged him to let me go but he was out of control due. I knew my limits, having a 1 night stand was certainly a standard I would never drop to. I screamed for help but no one came. I was crying so much and was emotionally very upset as you can imagine. I managed to smash the back window of the car using my leg and screamed for help. This 'animal' managed to take my dress off from the top and was was trying his best to basically 'rape' me. That time in the car  I wont ever forget. I was crying and begging for him to leave me. That time of struggle has stained and tarnished my memories for life.

And then, suddenly, an 'Angel' came to save me. A man with a beard came over, early 30's, with his strong hands pulled the guy out of the car ,threw him to the ground and kicked him a few times. The guy was so taken back , he fled and ran away. I was crying and half naked. The man lowered his gaze and took off his jacket. It was very cold and I put on his jacket. Around his neck was his taxi ID. I was at relief. He gave me a hankey and asked if I was ok. I looked at him and thanked him ever so much for saving my life, my respect and my dignity. He asked me if I wanted to call the Police as I was so shaken and upset. I thankfully did not get raped, I refused his offer  and just wanted to go home. He asked again, I said no, and then I asked him if he would take me home.  I was crying so much.

He said ,"Of course madam, more than welcome", with such a soft tender voice.

As I approached his private hire taxi car, he refused to let me sit at the front of his taxi, and said , "Madam, would you mind if you sat at the back?". I had no problems with that. I was crying and he said,:  "Madam, you should not be out alone at this time of the night and you should stick with your friends. Further, you should not be so naive and just trust anyone you meet in a club". He was absolutely right.

Throughout the  long journey to my home, he hardly looked in the front mirror when talking to me and he spoke in a very soft tone. He had a long beard and had the beads hanging on his mirror. I recognized the beads as a Muslim colleague at work also had the beads on her car. I said to him, " You are a  Muslim aren't you?" and he replied  "I sure am madam, and proud to be. I am born a Muslim and will die a Muslim"

He then said to me, "Do you want peace?"

I was confused and replied, " What do you mean?"

 He then turned up his  CD player volume up and it was definitely not music ! He said ,

"This is the Quran,May I ask you to listen to it for 5 minutes with full devotion please".

I listened carefully.

It was a very different sound to the type of sounds I listen to and I did listen very carefully. And you know what? He was right, it was very peaceful, soothing and very relaxing. I enjoyed it ever so much,it was amazingly very peaceful to listen to and I was at ease.

He then asked , " How do you feel madam?"

 I said ." Fantastic.. I really like that, it is indeed  very peaceful"

He responded , " Madam, these are the words of the Quran. I am a Muslim. I have been taught by Islam to respect women, to lower my gaze and to respect everyone , no matter what religion they come from. You were lucky I heard you scream. I was at the corner of the lane, my tyre had burst. I now know why Allah made my tyre puncture and it was with His power that he allowed for me to save you, through the choice of  Allah.. You must accept this madam, you can thank me as much as you want, but I would suggest you say thanks to my Allah, for it was his choice for my tyre to puncture at that road and at that time"

 I thought about what he said, he said his words very softly to me but equally, with so much devotion. He was a very nice man, a man who was my angel.

We came to my house, I invited him to come in for a coffee and he point blank refused. I went in, changed and came back to give him his jacket back. I then thanked him again, and asked ." How much Do I owe you?"

His reply hit me for 6,  as he responded, " Madam, you have been through a very rough ordeal. Do you expect me to charge you? Just go home, relax and take it easy, I can imagine you will never forget this guy for years to come as to how he treated you and what could have happened. But I do ask you one thing please?"

I was so taken back and replied, " Please, go on"

He responded , " If you do tell anyone what happened, can you please tell everyone, that it was Muslim who came to help you? "

I said ,"Of course I will, this is the least I can do ". As soon as I said that, he responded, " Madam, I have to go now, I have a long drive ahead, I wish you all the best, please take this CD of the Quraan and do think about Islam, what Islam has to offer and how it can make you a better person"

I took the CD , thanked him with so much devotion and he left. I had tears from my eyes, this dude was a beautiful person.. And He Was A Muslim

A year on, I still have his CD and I do listen to it. I love listening to the Quran, I do put it on at 5pm when I am stuck in London traffic ! I have explored Islam a lot more and I am also a member of The Islamic Email Circle where I receive the hadith  on Monday and the Islamic article on Friday.

I would just like to say to all you Muslims out there:  Muslims are amazing people, they have a heart of Gold, they have beautiful principles, manners and they are very caring people. This dude taxi driver, was a beautiful person who I wont ever forget. His approach and manners has also changed my life. I can not understand why people are so scared of Muslim men with beards, they are the most beautiful and caring people in the world. Indeed they are Angels.

I am still exploring Islam and have learnt a lot. Maybe one day, I will revert to Islam, so I need to ask you to make 'Dua' for me.  But more importantly, I ask you to make 'Dua' for that taxi driver who saved my respect and life. I am sure your Allah will give him so much 'reward' . Dont You Agree?...

 Thank you for taking time to read this

Kind regards

Tracy Harvie
London, UK