Monday, September 19, 2011

Make Over oleh Sue Elle

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... meriahnya sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.... Banyak juga jemputan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri ni.... tak kurang juga kenduri-kendara.... Ini lah yang menarik tentang kehidupan di Malaysia.... Indahnya bumi Malaysiaaaa...hehehe

Dalam sibuk beraya tu sempat juga la saya melayan permintaan kawan untuk menjadi model mekapnya....  saja buat trial mekap... so apa lagi saya pun tadah la muka.... sampai tertido jap... maklum lah tak penah di mekap oleh mekap artis ni.... sekali mekap terus lelapppp... hehehehe 

Ini lah hasilnya... Mekap untuk dinner atau acara2 di sebelah malam...
Dah siap... ready utk p dinner
Bleh makan banyak sbb lipstiknya tahan lama.... hehehe
Kalu tak senyum ni mau lari semua orang kot...hehehe

 Photoshoot...hehehe 


Editing...

 edit picture....
Ini lah hasilnya... mula2 tengok agak menakutkan sebab tak biasa bermekap... sekali mekap mekap malam plak tue...janggal je rasanya... tapi bila berada di bawah sinaran cahaya lampu tak nampak sangat pun mekap nye... Idak ler tebal.... kira ok ler... tapi kalu sensiang mekap gini agaknya ramai ler yg melarikan diri...hahahaha

Tapi jangan ler riso sebab jurumekapnya pun pandai ler nak mewarnakan wajah anda sesuai dengan majlis yang dihadiri.... kalau nak tengok hasil kerja tangan kawan saya ni, bleh la ziarah blog nyer kat sue-elle 

Tambahan lagi, sekarang ni Sue-Elle sedang melancarkan discount voucher... bleh dapat dimekapkan dengan harga yang lebih murah berbanding biasa..... Try ler mana tau rezeki kan...hehehe


sampai jumpa lagi...  

Thursday, September 15, 2011

Jamuan Raya MPM

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Hishhhh si Farah ni tak habis-habis lagi dengan mood raya nya kan.... gitu ler dia nyer.... Kali ni mood raya versi MPM plak.... 

Quartet PA.. di gerai Pejabat Ketua Eksekutif & Bhgn Kewangan yang menjadi Juara Gerai Tercantik.... yahuuuuu

Camno bleh tersesat kumbang sekor ni.... kecohhhh jer

Menanti waktu makan....

Tuesday, September 13, 2011

Perhimpunan Keluarga Hj Sharif bin Ahmad (Ayah Wan) & Hajah Chik binti Mat (Mak Tok)

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Masih dalam mood raya lagi.... jadi inilah kisah raya kami sekeluarga.... Semoga keluarga ini akan terus dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan olehNya... amin...

Acara menandatangani buku kehadiran...
Dimulakan dengan bacaan doa dan tahlil arwah...
Ucapan oleh cucu sulung... Datin Hasnah binti Daud...

Meja VVIP.... Anak & menantu Ayah Wan & Mak Tok

Mana la tak jadi meja VVIP... pelayannyer Datin tuuuuu..hihihi

Meja yg paling sopan dan paling sikit makanan....

Pemandangan dalam dewan... ramainyaaaa
Yang menyambut Hari Lahir pada bulan September....
Alamakkkk tak nampak rupa pun...hihihi
My Family... Limpahilah kami dgn kebahagiaan dan rahmatMu ya Allah....
Macam2 gaya ada....
Kemas dewan bersama2... merapatkan silaturrahim...

Bersihkan dewan selepas majlis tamat....acara yg merapatkan hubungan gak ni...hehehe
Group veteran... pemerhati acara mengemas
Bersalaman dan bermaafan sebelum bergerak pulang....
Semoga bertemu lagi di tahun akan datang.... InsyaAllah...

Saturday, September 10, 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kg Sg Limau

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Rindu nak mencatatkan sesuatu... Masih dalam mood raya jadi saya hidangkan dengan sedikit kenangan berhari raya di kampung... 

Semoga ikatan dan kebahagiaan ini terus berkekalan.... InsyaAllah...

Selesai solat sunat Aidilfiri... kita posing2 pulakkkk... yeayyyyyy

Bersama Mak, Kakak, Adik & kakak2 saudara....
Mak & Mak Ngah (kakak mak)

Mohon ampun & maaf...

sendiri bikin... tapi bukan saya yg bikin...hehehe

Ayahanda & Bonda tercinta

Hero yang menjaga keamanan kami sepanjang perayaan ini...hahaha
Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin.... Semoga segala ibadah kita selama ini diterima olehNya.... dan semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah... amin.

Friday, August 26, 2011

Kad Raya....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Hari Raya untuk semua... Maafkan segala salah dan silap... terkasar bahasa... terpijak... tercuit... tercubit... tertumbuk.... tertendang.... terkentut.... dan segala ter ter ter yang secara tidak disengajakan (namanyer pun ter..hehehe...)... 

Maafkan juga segala gurauan yang  melampau dan terlampau dari saya.... Halalkan makan dan minum saya....

Dan yang paling utama.... jangan jeles tengok kad ni yek....hehehehe
Selamat Hari Raya..... Maaf Zahir dan Batin....

Wednesday, August 24, 2011

Mengapa Harus Menjerit...??

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Mencari-cari bahan untuk dibaca di waktu rehat ini menemukan dengan artikel yang indah ini..... terima kasih kepada empunya blog kerana sudi berkongsi artikel ini di alam maya.... satu ilmu untuk semua....

"Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar." [Luqman:19]

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?"


Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, "Kerana ketika itu ia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak".


"Tapi..." guru itu balik bertanya, "lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak? Apakah ia tak dapat berbicara secara halus?"


Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawapan yang memuaskan.


Guru lalu berkata, "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.


Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi."


Guru masih melanjutkan, "Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian?"


Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya. Mereka nampak berfikir amat dalam namun tak satu pun berani memberikan jawapan.


Lalu guru menghuraikan "Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Pada akhirnya sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja amatlah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."


Sang guru masih melanjutkan, "Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TIDAK mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana 'waktu' akan membantu anda."


Sahabatku, Buya Hamka pernah berkata , bahawa kata-kata yang lembut dan baik akan melunakkan hati, manakala kata-kata yang kasar dan kesat, akan mengeraskan hati.


Malah bagi pandangan ku, kata-kata adalah gambaran hati, jika hatimu lembut dan penuh kasih sayang, lidah mu pastinya menzahirkan bait kata-kata yang manis dan pesona, Insya'Allah. Begitu juga bila hatimu keras dan kasar, bahasa yang kamu zahirkan pasti saja mengundang luka dan derita.


Sabda Nabi s.a.w : “Apabila kamu mendengar bunyi ayam jantan berkokok maka mintalah kepada Allah akan kurniaanNya, ini kerana sesungguhnya ia melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi suara himar[keldai], hendaklah kamu meminta berlindung dengan Allah daripada syaitan kerana ia melihat syaitan”. [Sahih al-Bukhari dan Muslim].



Apakah begitu sukar untuk kita melahirkan kata-kata yang baik, apakah begitu berat untuk kita melafazkan pujian dan dorongan kepada insan lain? Bagaimana perasaan mu, kesatnya kata-kata yang engkau lemparkan, kemudiannya dibaling semula kepada mu? sakit hati, marah, benci, berdendam barangkali?

manusia itu fitrahnya perlukan sokongan, perhatian, diendahkan.. jika kamu sendiri tidak mahu disakiti, begitu juga orang lain tidak layak kamu sakiti....

Friday, August 19, 2011

Peringatan buat diriku dan dirimu jua...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar renungan, buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun…

“Mana emak? ”
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.

“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”

“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.

“Awak ada berapa orang adik-beradik?”
“Sepuluh.”

“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”

“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”

“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.
 
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.

“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata ; “Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”

Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”

“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Kisah ini diterima melalui email dari sahabat saya lalu dipanjangkan kepada saya, pengirim asal emel ini ialah saudara Amin Fadzlan (hulk_19822000@yahoo.com) pada 29 Ogos 2009.
Semoga kisah ini mampu memberi keinsafan dan membuahkan rasa kesyukuran kita kerana dilimpahi dengan rezeki kurniaanNya...