Wednesday, November 13, 2013

Jom puasa...



 
It's my Birthday.... Happy Birthday & Happy Asyura Day for those celebrating Birthday & Asyura Day on 14 November....
 

Sunday, November 3, 2013

Jom makan2...

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah diberikan Allah kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini....

Hari ini kami berempat menikmati hidangan bersama seperti hari-hari lain juga... Memang selalu berempat pun.... Hahaha

Hari ni sebab nak ziarah sedara di Ampang, jadi kami singgah makan di Wangsa Maju.... Tempat yang menjadi pilihan ialah.... Wangsa Grill by Chef Zubir yang di miliki Oleh Chef Zubir yang terkenal dalam rancangan Masterchef tu.... 

Biarkan gambar berbicara... Jom layannnn

Ini lah alamat nya..... Nak try bole pergi ke alamat yang tertera.... Selamat mencuba....

Sementara menunggu hidangan...

Tak sabar menanti hidangan...

Tak tau apa nama hidangan... Tapi yang tengah tu shepherd pie dan yg ada jagung2 tu kebab daging yg sangat sedap... Terasa segala rempah nya... 

Yang ni Australian Baby Lamb ke apa ntah nama nye..... Sedap jugak, lembut daging nya....

Gembira dapat makan... Chicken chop katanya.... With potato pie rasanya... Sedap jugakkkkk

And, this is mine.... Nama nya panjangggg tak ingat... Yang ingat Chicken Dome... Sedappppp

Setelah kenyang.... Alhamdulillah

Mungkin harganya agak mahal jika dibandingkan dengan restoran lain... Tapi sesekali nak menikmati dan menghayati makanan yang enak setelah penat bekerja apa salah nya.... Tapi jangan sampai berhutang pula ye.... Makan sekadar yang mampu....

Semoga semua orang yang menyediakan makanan dengan ikhlas diberkati Allah... Dan yang kenyang makan tu jangan lupa ucap kan Alhamdulillah.... 

Semoga kita berjumpa lagi.... InsyaAllah


Thursday, October 10, 2013

Apa-apa saja boleh jadi ilmu...



Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah kerana dapat lagi bernafas di bumi yang indah ini..... Lama tak mencoretkan apa-apa diruangan ini.... sibuk konon nya.... Alhamdulillah diberikan kesibukan, maknanya diri ini masih diperlukan.....

Baru-baru ni saya terlibat dengan team buat hantaran perkahwinan.... Bukan perkahwinan saya.... tetapi perkahwinan adik kepada rakan sepejabat.... Bukan saya yang buat... tapi saya cuma teman sembang dan teman tengok orang buat je..... tapi sedikit sebanyak dapat lah ilmu jugak daripada permerhatian tersebut..... Nak kata pandai dah nak buat hantaran memang TAK la kan.... tapi kalu orang nak kelentong memang tak bole la...konon gitu la kiranya....kekekkeke

Kepada sesiapa yang nak tempah boleh jugak.... tapi bukan tempah dengan saya ( kang lain ditempah lain plak yang dapat hehehe).... tempah dengan kawan saya yang buat ni.... boleh tengok semua gubahan nya di CreativeCrafty(facebook).... cantik-cantik sangat... ada yang guna fresh flower dan ada yg guna artificial flower..... cantik-cantik semuanya....

Ini adalah antara hantaran yang dihasilkan last week oleh CreativeCrafty .... jom layannnn


Sireh Junjung

Mas Kawin (bole buat bunga pegang) + Cek Duit hantaran + Barang Kemas

Telekung
 
Sejadah

Handbag


cincin dgn bekas yang menarik... yg ni dari FB Creative Crafty...

dan  banyak lagi hantaran yang dihasilkan oleh Creative Crafty... nak tengok klik kat link di atas tu......

Dan Creative Crafty juga yang bertanggungjawab sediakan candy buffet pada majlis 5 Oktober yang lalu...  jom tengok gambar nya....

Candy Buffet utk kanak-kanak

Bunga Pompom menghiasi meja Candy Buffet

Yogurt stick + Mashmallow + Corn stick + Jelly.... hmmm yummy
 
 
Cute kan.... best sangat dapat tengok dan belajar semua ni (walaupun nak buat tak pandai... KERAS TANGAN masalahnyer....). Daripada dok tengok-tengok tu, kengkonon nak try la kot-kot la pandai buat jugak.... so test la buat gubahan bunga untuk meja makan atau bilik pengantin konon nya...
 
dan jeng jeng jeng.... ini lah hasilnya...
Gubahan bunga yang sengettttttttttttt....adoyaiiiiii
nasib la tuan kenduri tak perasan sangat....kekekkekke


Ini lah hasil KERAS TANGAN saya... gubahan bunga yg senget.... hahahha

Walaupun bunga yang saya gubah tu senget... takpe lah...lenkali kita try lagi...lelama terror la kan (ayat-ayat nak sedapkan ati sendiri... kikiki)....
 
Apa pun , best tengok semua gubahan yang cantik-cantik dan bunga yang harum.... hilang tension dan stress.... 

Tuesday, September 17, 2013

Sekitar Seminar Kebangsaan dan Pameran Seni Visual 2013...


Alhamdulillah.... Syukur kehadrat Allah kerana dilimpahkan segala keindahan yang ada di muka bumi ini.... Syukur kerana Seminar Kebangsaan dan Pameran Seni Visual 2013 berjalan lancar seperti yang telah dirancang....

Jom kita tengok sedikit gambar sekitar 3 hari bertugas semasa acara tersebut berlangsung....

 
Galeri yang menempatkan bahan pameran....
 
Hasil tangan pelajar UITM

Hasil Kerja Tangan pelajar STPM

Hasil Kerja Tangan pelajar STPM

Hasil Kerja Tangan pelajar STPM

Hasil Kerja Tangan pelajar STPM

Hasil pelajar UITM
 
Hasil kerja Pelajar UITM
 
Hasil kerja Pelajar UITM
Hasil seni yang dijual ketika acara berlangsung....

Hasil seni yang dijual ketika acara berlangsung....
 
Demo mencanting dan mewarnakan batik...
 
Khidmat Bantu dari Pusat Kesihatan UiTM... Dapatkan Chewing Gum untuk berhenti merokok percuma di sini.... Mari mari mariiiiiii.... (tolong promote...hehehhe)

Hasil kerja yang dijual.... semuanya menarik

Hasil kerja yang menarik....

Demo pembuatan seramik...

Booth MPM... dapatkan maklumat MUET anda di sini...
 
Petugas Booth MPM... Selamat Datang.... Kami sedia membantu anda...
UiTM dihatiku...

Tempat jatuh lagikan dikenang... Inikan pula tempat menuntut ilmu,,,,
Semoga di tahun akan datang, Seminar dan Pameran Seni Visual akan memberi lebih manfaat kepada pelajar dan mampu memberi lebih banyak ilmu kepada semua....

Jumpa lagi di Seminar Kebangsaan dan Pameran Seni Visual yang akan datang.....

Wassalam....



Wednesday, September 11, 2013

Seminar Kebangsaan dan Pameran Pendidikan Seni Visual 2013




 Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Syukur kepadaNya kerana kita diberikan ruang dan peluang untuk terus bernafas dan menikmati keindahan alam pada hari ini..... Semoga kita semua dipanjangkan umur (umur yang bermanfaat hendaknya), dimurahkan rezeki dan diberkati Allah....

Hari ni saya nak war-warkan satu aktiviti yang melibatkan Majlis Peperiksaan Malaysia.... Aktiviti yang dimaksudkan ialah Seminar Kebangsaan dan Pameran Pendidikan Seni Visual 2013 anjuran bersama Universiti Teknologi MARA, Shah Alam...

Seminar dan pameran ini akan berlangsung di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam....

VISUAL 13- SEMINAR KEBANGSAAN & PAMERAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2013.
Tarikh : 12 September 2013
Masa : 08:00 pagi
Tempat :
Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
Turut berlangsung sepanjang program adalah aktiviti pasar seni, demonstrasi seni, bengkel serta bicara seni.



Kepada pelajar yang mengambil kertas Seni Visual STPM adalah digalakkan untuk datang dan diharap anda akan mendapat informasi yang berguna untuk menjawab Kertas Peperiksaan Seni Visual STPM nanti.

Saya juga akan terlibat dengan aktiviti ini sebagai petugas..... jadiiii..... Jom kita jumpa di sana....

Wednesday, August 28, 2013

Acara Makan-Makan di MPM


Alhamdulillah... dikurniakan kesihatan yang baik oleh allah untuk meneruskan perjalanan hidup ini.... Minggu ini merupakan minggu makan-makan di pejabat..... Dimulakan dengan Jamuan Raya MPM pada 26 Ogos 2013, disambung dengan Jamuan Persaraan 2 orang pegawai di MPM....

Jom kita mulakan....

Jamuan Raya MPM...
26 Ogos 2013




Ini lah sup Power Bujang Lapok...ala2 sup Doraisamy gitu... memang 5 star lah....

PA bersama Timbalan Ketua Eksekutif

gerai minuman....

Mama2 berposing....

gerai lemang, ketupat, dan rendang.... satu2nya gerai yg sediakan cabutan bertuah....hihihi
 
Potong kek Raya... Red Velvet lagiiii... yummy
Dan banyak lagi gerai-gerai lain yang menyediakan pelbagai makanan lain... Ada Nasi Kerabu, Laksa Johor, Nasi Impit dan Kuah Kacang, Lontong, Mee Bandung dan pencuci mulut (kuih raya, sandwich, tepung pelita, kek, dan buah-buahan.

Semoga kemeriahan dan persaudaraan ini kekal selama-lamanya....


Jamuan Persaraan Encik Ghazali Arshad & Puan Zuraidah Mohd Sharif
27 Ogos 2013

Semalam berlangsungnya Majlis Persaraan 2 orang staf MPM.... Encik Ghazali bin Arshad, Pegawai Sistem Maklumat dan Puan Hajah Zuraidah binti Haji Mohd Sharif, Ketua Kerani di Bahagian Peperiksaan Luar.

Majlisnya sederhana sahaja.... mungkin kerana diselubungi kesedihan.... bila otai-otai dan sifu-sifu yang bersara...sedihhhhh

Majlis diserikan dengan paparan video yang diraikan.... tiada persembahan lain... semuanya sedih2 je camne nak buat persembahan... hmmmm

Yang diraikan... Encik Ghazali (berbaju putih).... berucap siap nyanyi lag...cayalahhhh

Yang diraikan... Puan Zuraidah (bertudung kuning) hampir menitiskan airmata ketika berucap tadi.... sedeyyyy

menu yang dihidangkan... ada kambing beriani lagiiii....

menikmati... menghayati....

antara hadiah yang diberikan....
Ada banyak lagi hadiah dan gambar-gambar.... tapi tak sempat nak upload lagi.... setakat ini dulu untuk hari ni.... Wassalam....