Sunday, September 6, 2015

Ke Melaka ler kita...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur kepada Allah diberikan ruang dan peluang untuk menikmati hari-hari indah di bumi bertuah milikNya...

Kali ini perjalanan saya ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah... Perjalanan bermula jam 5:30 pagi dari pejabat... Ehhh nape ke jugok dari pejabat?? Sebab hari bekerja dan atas urusan tugas... Jangan ler terkejut ye... Hehe

Perjalanan singgah solat dan sarapan di Hentian Dengkil jam 6:00 pagi...dan kembali bergerak menuju ke Melaka jam 6:30 pagi...

Tiba di Melaka, bermula lah pengembaraan yang tidak dijangka dan dirancang... Mencari sarapan pagi untuk bos, tapi perkara kelakar yang terjadi... Jadinya pusing satu bandar Melaka sudahnya... Dari sebesar-besar jalan sampai ler ke lorong-lorong kecik kami teroka.... Hahaha

Tanda2 dah sampai ke Melaka...hehe
 
Sungguh-sungguh la dia bawa ronda Bandar Melaka... alahaiiiii
 
segala lorong dimasuknya... mana mau p ni boss...?

Setelah puas pusing Melaka dan menikmati sarapan... Menuju destinasi tugasan sebenar dan melaksanakan tugas... 

Alhamdulillah dapat selesaikan apa yang patut... Jadi sedikit ruang yang ada dapat lah digunakan untuk menikmati pemandangan negeri Melaka... 

Jommm jalan-jalan di Melaka...


Bustel (Bas + Hotel)... kalau bermalam nak gak try dok sini...macam best jer...
 
tak sempat nak naik kuda @ kereta kuda sebab sekejap sangat singgah sini...


cantik & nyaman nya kat sini...

Sambil jalan-jalan, survey Bustel jap... Mana lah tau kot ada rezeki nak datang lagi dan bermalam di sini... Penginapan dalam bus... Menarik jugak tu...

Kemudiannya... Menikmati pemandangan negeri Melaka dari atas bangunan ni... The Shore Sky Tower Melaka... Kuatnya angin kat atas bangunan ni... Tapi sayangnya disebabkan jerebu, kurang menarik lah jadinya pemandangan dari atas ni... Alahaiiii jerebuuu

Tiket masuk RM18.... Jom menikmati pemandangan jerebu di Melaka... 
 
RM18 sekali masuk...

laluan ini sepatutnya lebih menyeramkan sekiranya lantainya diperbuat daripada kaca...


cantik taman ni.... seronok je rasanya...


pemandangan Bandar Melaka yang berjerebu... alahaiiii
 
bangunan bersebelahan... hotel apartment katanya...
 
kolam ikan... pemandangan dari bawah...
 
ohhh jerebu pegi la kau jauh-jauh...fuhhhhh
 
Boleh tahan banyak gak ikan ni... tapi sentiasa bergerak secara berkumpulan.... Nape erk..?


di lantai ini saya nampak... jeng jeng jeng... Melaka River Cruise...  
 
ohhh dekat dengan eye of Malacca...


stadium Hang Tuah...


Lantai kaca... kalu pakai kain memang ler menambah pemandangan untuk orang yang lalu kot bawahnya...hahaha


ala-ala photo booth la kat sini...
oiiiii panaih lit-lit.... di campur jerebu... mau hilang suara akak karang...alahaiiiii

ohhh ikan... best nya tengok ko berenang-renang...

Selesai menjelajah sekitar bangunan ni, sampai masa untuk balik ke KL semula... Sedih la pulak nak tinggalkan Melaka ni...

Semoga kita bertemu lagi ye orang Melaka.... 😜


Muzium kapal... tak sempat masuk pun... dok lalu kot luar je
 
kekonon nak naik Menara Taming Sari pun tak sempat.... dok pusing2 kat bawah je...
lupa plak tu nak ambik gambar menara  nya...alahaiiii


Air terojun....  cantik dan sejuk mata memandang walaupun dalam cuaca terik ni

InsyaAllah semoga Allah berikan ruang dan peluang untuk kita bertemu lagi nanti.... Aamiin.

Sunday, August 30, 2015

Pertama kali ke Pekan, Pahang

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah kerana telah memberi ruang dan peluang untuk saya menimba sedikit pengalaman melalui perjalanan kali ini...

Perjalanan yang tidak direncanakan dengan baik... Memang tiada dalam senarai perancangan langsung... Terjadi secara tidak disangka-sangka...

Bergegas pulang dari pejabat dan mengemas sedikit keperluan... Dan sudah semestinya keperluan wanita adalah lebih rumit.. Hahaha... Jadinya, agak kepenatan melengkapkan segala dalam waktu yang singkat...

barang yang dibawa

Ia merupakan rezeki anugerah Allah yang tidak disangka- sangka... Benar lah rezeki Allah itu luas, dan datangnya dalam pelbagai bentuk... Alhamdulillah syukur dengan nikmat rezeki ini...

Perjalanan dimulakan selepas solat maghrib... Memasuki jalan-jalan kampung untuk mengelak kesesakan lalulintas... 

Syukur alhamdulillah kerana perjalanan ini lancar dan tidak tersangkut dalam kesesakan walaupun banyak kenderaan memenuhi lebuhraya... Perjalanan yang menarik, ditemani cahaya bulan 13 Zulkaedah yang indah...

Singgah menikmati makan malam di Hentian Genting Sempah... Sekadar mengalas perut dengan bihun sup dan white coffee (pasangan tak serasi)... Alhamdulillah dengan nikmat ini... Perut kenyang, mata pun cerah je penangan white coffee...
  
Tiba di Pekan, Pahang sekitar jam 11 malam... Dengan segala kepenatan... Namun masih mampu tersenyum dalam gelap malam dapat berjalan-jalan... Nak sangat jalan-jalan.... Memang dari kecik suka jalan-jalan sangat... Hahaha... Check in hotel dan menikmati nikmat malam (tidur)... Zzzz

Selesai solat subuh... Malas rasanya nak keluar bilik... Jadinya, breakfast on bed je lah jawabnya.... Menikmati keindahan coklat dan nescafe panas... Memang bukan pasangan yg serasi bersama rasanya.... Hahaha, namun alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya untuk alas perut di pagi hari... 

coklat  ni ler di ngap sebagai breakfast

Lama bermalasan bimbang jadi pemalas... Hahahha... Jadinya, bersiap dan keluar menikmati pemandangan di Kuantan yang jarak perjalanannya hanya 30 minit.... Menikmati pemandangan di Tanjung Api, Pantai Gelora dan Teluk Chempedak.... Tenang fikiran rasanya... 


dok tepi pantai konon....  panaih lit-lit...


cantik jer...tenang rasanya

Selesai jalan-jalan, perut pun minta diisi... Ramai sahabat yang mencadangkan hidangan makan tengahari nasi + ikan patin tempoyak... Walaupun tempoyak tu merupakan masalah untuk saya.... bukan tak boleh makan tapi tak minat nak makan... Tapi apa salahnya menikmati pengalaman ini dengan menikmati hidangan yang dicadangkan....

Berpusing-pusing di Kuantan mencari kedai makan... Malas rasanya nak bergerak lebih jauh kerana perlu kembali ke Pekan semula pada petang nya... Akhirnya, jumpa la satu kedai ni... Ramai pelanggannya, mungkin sedap masakannya... 

Alahaiiiiii.... Memang sedap masakannya, namun tidak banyak pilihan makanannya, cuma ada ikan patin tempoyak, pais ikan patin dan ikan bakar sahaja... Jadinya terpaksa (takde sapa paksa pun sebenarnya) menikmati ikan keli bakar dan ikan patin tempoyak yang sedap, pekat dan harga yang berpatutan.... 👍🏻

Ini lah dia restoran yang dimaksudkan.... 

Selesai makan, jalan-jalan sekitar Kuantan jap... Yeayyy sampai Kuantan lagi... Alhamdulillah... Selesai jalan-jalan sekitar Kuantan baru lah bergerak ke Pekan semula... Ada tugas yang belum selesai menanti di sana....


yeayyyy... dah sampai Kuantan... cam first time kan tahap yeay tu...hahaha

Misi seterusnya di Pekan.... Selain nak jalan-jalan tengok pemandangan Pekan (almaklum lah tak penah sampai)...  Nak cari Murtabak Mengkasar yang popular di Pekan katanya.... Jom kita cari...

Pusing sana sini, akhirnya jumpa juga kedainya... Terletak berhampiran dengan International College of Automotive, Pekan disinilah saya jumpa kedai Murtabak Mengkasar Haji Din... 

Ini lah yang dicari2... cari pakai waze ni baru jumpa...hahaha
 
sedap rasanya... besar murtabaknya... double dari biasa...

Sedap rasanya, patut lah terkenal... Murtabaknya besar, isinya sedap dan tebal... Indahnya nikmat yang Allah kurniakan... Alhamdulillah... 👍🏻

Cadangan seterusnya nak cari Puding Raja, tapi masa terlalu mencemburui... terpaksa la kembali ke Selayang semula... 

Ikutkan Hati yang nakal ni rasanya teringin juga nak suarakan kepada yang memberi cadangan, mana lah tau kot ada rezeki, dapat la merasa Puding Raja yang amat popular di Pekan.... Tapi bila terpandang wajah keletihan, jatuh jadi kesian la pulakkkk.... 

Tak apa lah, mungkin di lain masa, insyaAllah akan kembali ke Pekan lagi nanti untuk menikmati Puding Raja... Kalau semua dah settle dengan perjalanan ini, tiada alasan untuk kembali ke sini pulak kan nanti... Hahaha

Perjalanan pulang agak membosankan kerana sekitar LPT ni tiada yang menarik dan istimewa... Perjalanan yang sunyi sepi ditemani kehijauan hutan dan terik mentari petang...


Jom balikkkk...

Singgah makan malam di Hentian Rehat Temerloh... Menu hidangan di sini sama je kebanyakkan kedainya... Ikan Patin tentu nya.... Demi menyenangkan hati peminat Ikan Patin, layankan aje lah... 

Saya hanya minum kopi untuk menghilangkan mengantuk dan kembali meneruskan perjalanan... 

senja nak kelabu... cantik kan...

Sesekali melalui kawasan yang indah dan mendamaikan ditemani cahaya rembulan membuatkan diri rasa amat bersyukur kerana dipilih Allah untuk merasai nikmat, menghayati keindahan, dan mempelajari sesuatu sepanjang perjalanan ini.... 

Menikmati dan menghayati keindahan alam adalah sesuatu yang  tak dapat dibeli dengan wang ringgit... 👍🏻

Perjalanan indah terasa sehingga lah... Jeng jeng jeng.... 

Menguji tahap kesabaran...

Kesesakan sepanjang 10km yang menyebabkan badan jadi lesu... Mana tidaknya, selama sejam dalam kesesakan tersebut, kami baru melepasi 5km... Hampir 2 jam untuk melepasi kesesakan.... Alahaiiii penatnya terasa... 

Baru lah dinamakan rencah kehidupan... Ada manis dan pahitnya... Ini juga merupakan ujian kesabaran... Allah Allah Allah... Ianya tetap indah bila kita sabar menghadapinya.... 😀

Selamat tiba di rumah jam 10:30 malam bersama bungkusan Murtabak Mengkasar untuk ahli keluarga... 

Terima kasih Allah untuk pengalaman dan rezeki yang telah Engkau kurniakan kepadaku.... Moga Kau kukuhkan hatiku untuk sentiasa bersyukur dengan rahmat kurniaanMu...

Alhamdulillah....

Friday, July 10, 2015

Aktiviti Sepanjang Ramadan 2015

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi yang indah ini.

Perjalanan di bumi bertuah ini diteruskan lagi... Moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita...
 
Ramadan semakin menghampiri penghujung nya.... makin berdebar rasa hati.... sayangnya nak meninggalkan Ramadan...  Akan bertemukah kita dengan Ramadan di tahun hadapan...? Hanya Allah yang tahu...
 
Banyak perancangan untuk Ramadan kali ini, namun Allah lebih mengetahui kemampuan dan apa yang baik dan perlu untuk setiap umatnya...
 
 
Sumbangan sempena Ramadan
17 Jun 2015 (1:00 - 2:00 ptg)
aktiviti packing Kurma untuk diagihkan kepada semua staf Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
 
apa yang penting... KERJASAMA....
 
Bubur Lambuk MPM
1 Julai 2015 (11:00 - 3:00 petang)
Bubur Lambuk MPM
 
CEO pun kena kacau Bubur Lambuk...
 
PA pun teringin jugak nak kacau Bubur Lambuk... tengok bos kacau macam best je...hahaha
Wakil dari Cambridge University turut sama merasai pengalaman mengacau Bubur Lambuk...
 
Majlis Tahlil, Berbuka Puasa dan Solat Terawih MPM
10 Julai 2015 (7:00 - 10:00 mlm)
Tahlil
 
Majlis Berbuka Puasa MPM
 
 
 
 
 
Majlis Khatam Quran MPM
9 Julai 2015  (12:30 tgh - 2:00 ptg)
Majlis Khatam Quran diketuai oleh Ustaz Zulkepli Jusoh dan Dr Jamil Adimin
 

 
 
CERAMAH PENGHAYATAN RAMADAN OLEH PU HAFIZ
14 JULAI 2015 (11:00 - 1:30 PTG)
 
Zikir dan selawat memulakan majlis
 
PU Hafiz
 
Kisah Zaman Rasulullah SAW...
 
Berceramah dengan penuh aksi


Buku Sirah Nabawiyyah...


Sedikit Cenderamata disampaikan oleh Ketua Eksekutif MPM
 
Join akak2 Bakal Pesara, bergambar bersama


Sesi tandatangan Buku....

Terima kasih PU Hafiz atas kesudian hadir dan menyampaikan ceramah yang bermanfaat kepada warga MPM.

Terima kasih juga kepada semua rakan sekerja yang sudi meluangkan masa, tenaga dan segala yang mampu untuk memastikan segala perancangan aktiviti sepanjang Ramadan 2015 ini berjalan dengan lancar.

Moga Allah sentiasa memberkati kita, mengeratkan silaturrahim antara kita, melimpahkan rahmatNya kepada kita.
 
Moga kita kan bertemu Ramadan di tahun-tahun akan datang dengan penuh keimanan. In Syaa Allah.