Wednesday, December 28, 2016

HELLO JAPAN: PRA AND DAY 1

 Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah dengan segala nikmat yang dilimpahkan oleh Allah.... Nikmat sihat, nikmat masa lapang, nikmat kasih sayang dan berbagai nikmat yang sedar dan tidak disedari....

Sesuatu yang diluar jangkaan dan ingauan... Rezeki dari Allah sememangnya di luar jangkaan... Menyimpan keinginan untuk ke Seoul, Korea... al kisah nak mencuci mata, mencari hero hensem2 macam drama dan filem Korea tu... tetiba Allah takdirkan untuk bercuti ke Jepun.... hilang segala kegatalan akal fikiran tu...hahahha...

Sesungguhnya... agak sibuk dengan segala urusan menyebabkan tidak sempat merancang percutian kali ini dengan baik... lebih kepada tidak menghiraukan langsung... tukar duit dan beli jaket pun last minute... dan segala redah dan belasah aja kaedahnya.... mujur ada ahli rombongan "Hello Japan" yang sememangnya sungguh bersedia dengan percutian ini... Terima kasih kepada semua....

Itu lah yang dikatakan... kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya... dan tentunya perancangan Allah adalah perancangan terbaik... In Shaa Allah...



11 Disember 2016 (Ahad)
3 beradik di KLIA2...

sementara menanti waktu untuk check in....

3 cucu mamak dan seorang cicit mamak... with signboard mamak restaurant

sementara menanti geng2 lain mendaftar masuk

keseluruhan ahli rombongan

semua excited nak ke Jepun


Doakan perjalanan kami...

Penerbangan Air Asia X (KUL - KIX)  jam 1:55 pagi akan tiba di Kansai International Airport jam 9:20 pagi (waktu tempatan).

Alhamdulillah dah pun sampai ke Negara matahari terbit ni.... sejuk nya lahhhh...
Masa kat Malaysia, check internet katanya suhu sekitar 14 darjah celcius... bila sampai sini... jam 9:30 - 10:00 pagi sekitar 8 darjah celcius... ohhh mak aiiiii... sejuk nya lahhhh...


12 Disember 2016 (Isnin)
Munculnya mentari pagi di celahan awan...membangkitkan warna indah

Good Morning World... From us at Kansai International Airport
Beli kad ni: digunakan untuk naik tren dan bas di Jepun...
permulaan beli kat Airport nilai 3000Yen (termasuk 500Y deposit)
abih guna boleh top up macam kad touch n Go....
Naik tren Osaka Loop Line dari Kansai Airport untuk ke rumah yang disewa berhampiran stesen Sakuranomiya... dan berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk sampai ke rumah.... rumah cantik dan comel 3 tingkat (tingkat 3-5) penat la naik tangga...alahaiiii...

First time naik tren di Osaka... suhu di Osaka 8 darjah celcius... sejuk kottt

Ni lah rupa tren nya dari depan

tak pasti adik2 ini baru nak ke sekolah atau balik sekolah...

station terdekat dengan apartment yang disewa... Station Sakuranomiya
Ni la rupa station Sakuranomiya... turun tren jumpa si comel berdua ni nak ke sekolah ke balik sekolah ntah ler... senyum2 dan malu-malu... comel dengan pakaian seragam dan topi nya... tapi yang pelik nya tu tahan plak diorang ni dalam sejuk2 ni pakai seluar pendek.... alahaiiii terasa sejuk menggigit kaki....
comel je... nak ke se kolah ke balik sekolah ntah ler...sejuk2 ni pakai short pants...alahaiiii
Setelah meninggalkan beg dalam rumah yang disewa tu.... kembali semula ke stesen untuk meneruskan perjalanan ke Tsutenkaku Osaka Tower.... turun di station Shin-Imamiya dan berjalan kaki 8 minit untuk sampai ke tower...

Di perkarangan Tsutenkaku - Osaka Tower

itu dia.... Tsutenkaku - Osaka Tower
Tiket untuk naik ke Tsutenkalu Tower ni nilainya 700Yen kot (sbb Nampak tulisan 700 kat situ...hahaha) 700 yen kira2 RM27 gitu lah...
tiket untuk naik ke observation deck

pemandangan dari atas

alahaiiii Nampak semua kecik2 je

anime2 yang ada di Tsutenkaku Osaka Tower

Model iklan Pocky...hehehe... kalu sungguh ler mau tak laku coklat nih...alahaiiii

bersiaran dari Tsutenkaku Osaka Tower

seksinya dia ni.... haishhhh jom balik pakai baju dan seluar elok2 baru kluar...

dalam lif di Tsutenkaku Osaka Tower

miniature model yang dipaparkan di Tsutenkaku Osaka Tower... kehidupan di sini  suatu ketika dahulu kot...
nak baca pun tak reti semua tulisan deme ajer...

tidak lah tinggi sangat...
Dari Tsutenkaku Tower ni kitorang jalan kaki 5 minit kot ke Ebisucho station (naik tren Sakaisuji Line) ke Nippombashi station.... dan jalan kaki lagi 7 minit ke Dotonbori...

Disebabkan musim sejuk ni siang di Jepun singkat... jam 4:30 dah malam... jadi kitorang p la cari  makan tengah hari merangkap malam la kot kat Dotonbori ni.. Makanan yang ada ni kalu ikutkan tekak macam payah sikit nak telan...tekak Malaysia lagi ni.... tapi bila dah lapar tu semua pun boleh aja telan...hehehe

Jadi...malam nya makan takoyaki, sepit ketam dan ketam steam... sedap jugak... boleh layan la... ke sedap hampir kebuluran ke apa ntah ler...

Dotonbori... pasar malam la kot kalu kat Malaysia ni tapi hari2 dibuka...

takoyaki... janggut sotong je letaknya... kat Malaysia tak penah teringin nak rasa pun....

isi ketam dan telur di steam dalam kulit apa ntah erk... letak isi ketam kat atasnya....sedapppp

makan sepit ketam je malam2 ni
Dah kenyang makan dan lepak2 tu... ada yang cadangkan naik cruise... dah ada kat sini kalu tak naik kang tak merasa plak naik cruise kat Jepun katanya... jadi semua ahli rombongan naik... tambang 900 yen ker... ntah ler.. iye kot... tak nampak nombor lain kat situ.. tapi masa bayar macam tak sampai harga tu pun... lupa plak nak catat masa tu....hahhaha

Sepanjang sungai tu  dalam 20 -30 minit jugak perjalanan nya... nampak banyak kedai2 menarik... ada stesen radio... ada juga persembahan macam budak sekolah je yang buat persembahan tu... tapi ntah la menari sakan jugak.... pemandangan yang cantik, sungai yang bersih dan takde bau yang pelik2...
tiket naik cruise

ni lah cruise nya... pusing sepanjang sungai dan patah balik....

kedai makanan seafood... tapi tak makan kat kedai tu pun...
Dah makan... kenyang jadi kitorang jalan2 lagi kedai2 sekitar... ada yang dah mula beli souvenir di sini... saya cuma Turkish aiskrim... tapi kesian plak kat si turki ni... dia baru nak main2 dah hancur kon aiskrim kena blasah dek karate girl from Malaysia ni... hancussss


dah dapat ganti aiskrim yang baru pastu baru lah boleh balik....hehehe....
berjalan kaki 15 minit jugak la ke stesen terdekat... Stesen Nippombashi la kot tapi dah pusing merata tu jadi jauh plak rasa berjalan nak ke stesen tu... dari stesen Nippombashi ke stesen Miyakojima rasanya yang terdekat dengan rumah kitorang tu...... sampai rumah, mandi dan rehat untuk perjalanan seterusnya esok hari....

Thursday, October 27, 2016

Doa & Ujian Sakit

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana ruang dan peluang bernafas di bumi yang indah ini... 

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit.  Tanpa kita sedar, tuhan sentiasa menguji kita. Nikmat sihat itu satu ujian meski kita tidak merasainya. Dan sakit itu satu ujian tanpa kita menyedarinya...

Kita hanya menyedari nikmat sihat ketika dilanda kesakitan...

Dilanda musibah kecil baru-baru ini membuatkan hati berkata-kata... baru tersedar nikmat sihat yang selama ini hilang dalam perasaan yang berbagai-bagai...

Melihatkan drama korea di kaca televisyen, hati berdoa agar  "dapat jadi seperti watak utama ini"

Lee Joon Gi (Scarlet Heart Ryeo)

Hasil nya, Allah uji dengan satu ujian kecil... Kecederaan mata akibat tercucuk besi ketika keluar bersama keluarga...

Alhamdulillah, mujur besi tersebut mempunyai penutup plastic jadi kecederaan tersebut kurang tahap kritikalnya... walaupun penutup plastic tersebut telah mencederakan mata... mengakibatkan kornea mata sedikit terkoyak hampir mengenai bintik hitam pada tengah anak mata... Ianya telah Allah takdirkan agar terjadi sekadar itu....

Allah... Allah... Allah... segala yang berlaku sekadarnya dan tidak terlalu kritikal... Alhamdulillah...




Merasakan bagai tiada yang serius, menjalani aktiviti seperti biasa... sehinggalah keesokan harinya... mata semakin membengkak dan terlalu sakit hinggakan tidak boleh dibuka... Rupanya aku bukanlah superwomen yang  cukup kuat untuk menghadapi dan menangani kesakitan ini....hmmmm

dah mula membengkak
Setelah pemeriksaan dan rawatan di klinik pakar mata, akhirnya.... begini lah rupa saya...



Ya Allah...  Bila ianya terjadi... baru aku terfikir akan doa itu... aku berdoa agar dapat jadi seperti hero itu... dan Allah makbulkan doa itu...  

Hero tu bertutup sebelah mata kerana melindungi kecatatan pada wajah hingga ke matanya akibat ditoreh oleh ibunya...

Doa dan lintasan hati yang tidak spesifik itu merupakan ujian untuk aku agaknya... Allah nak uji hati aku... Mungkin ketika berdoa, aku terlupa akan lintasan hati agar dapat jadi seperti hero tersebut iaitu diberikan keindahan dan kesempurnaan... dikurniakan wajah yang indah, kurus dan begitu menarik...

Selebihnya, Allah nak ajar hati supaya bersyukur dengan apa yang ada... redha dengan ketentuanNya...

Alhamdulillah...  disebalik ujian itu... Allah telah melapang waktu untuk aku terus bersama keluarga selama 2 hari lagi akibat kecederaan tersebut...

Dapat lah bermanja dan bermesra dengan yang disayangi... indahnya ujian ini... diberikan kesakitan lalu diberikan keindahan kasih sayang.... Ujian yang sedikit, dilimpahi rahmat yang melimpah.... Alhamdulillah...


Ya Allah sesungguhnya aku redha atas segala ujian ini... Allah tidak pernah membebani kita, menguji kita diluar kemampuan.... Moga hati ini terus kuat mengharungi kehidupan ini....

Moga ilmu yang diperoleh dari ujian sakit ini akan lebih menguatkan hati menuju cinta Illahi...

Tuesday, August 2, 2016

Kenangan

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana ruang dan peluang bernafas di bumi yang indah ini... 

Kembali ke negeri Terengganu Darul Iman membawa kenangan lalu dan membina kenangan baru... Moga Allah berkati setiap langkah perjalananku... In shaa Allah... 

Day 1:

Subang Airport

Lama tak ke sini... Kembali menjejak kenangan, menyaksikan beberapa penerbangan tiba dan berlepas... Indahnya...

Penerbangan dijadualkan pada jam 9:30 pagi dan ketibaan di Terengganu dijangkakan pada jam 10:30 pagi... Namun penerbangan terlewat 10 minit, jadi ketibaan jugak lewat 10 minit... Alhamdulillah tiba dengan selamat...

Lama tak merenung burung besi...
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu terus menyewa kereta untuk ronda sakan di Kuala Terengganu ni....

Banyak syarikat menawarkan pelbagai kenderaan dengan harga yang berbeza.... jadi semua itu terpulang kepada kita untuk memilih syarikat mana dan kenderaan apa.... Saya telah memilih kenderaan Perodua Axia... kecil dan comel, masih baru dan ciri-ciri keselamatan yang baik... sesuai lah dengan saya dan rakan yang hanya berdua sahaja untuk menikmati keindahan Terengganu kali ini....

Taman Tamadun Islam

Sementara menunggu waktu  untuk check in hotel, tempat pertama yang dilawati setibanya di Terengganu ialah Taman Tamadun Islam ini kerana Taman ini tutup setiap hari Selasa... Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi menjejakkan kaki ke sini... 
Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam

Selamat Datang

Masjid Kristal

cantik dan tenang

Gerbang Taman Monumen

Masjid Xian Xian, China

Masjid Kazan, Rusia





Turki

Masjid Nabawi, Madinah

Al-Haram, Mekah

Masjid Aqsa



Kubu Aleppo, Syria







Turki

Taj Mahal, India



Masjid Negara, Malaysia... cuaca semakin panasssss

Passport masuk Taman Tamadun Islam... di dalamnya tercatat semua maklumat masjid2 yang dipamerkan...

Pantai Teluk Ketapang

Selepas check in hotel dan makan-makan, tiba waktu santai petang... Menikmati keindahan pantai di waktu petang yang nyaman dan menenangkan... Alhamdulillah...
Santai petang...



Berpindah pantai untuk mengejar dan menjejak terbenamnya mentari... Merehatkan minda di hadapan Dapo Pata sambil menanti terbenamnya mentari... 







Pantai Batu Buruk... 

Menikmati makan malam di hotel penginapan yang sememangnya hanya beberapa langkah dari sini... Dan makan malam lagi kali ntah keberapa.... Hahaha di tepi Pantai Batu Buruk.... Dan menikmati keindahan malam di tepi pantai bersama angin malam yang sepoi- sspoi bahasa... Amat menenangkan.. Alhamdulillah...







Day 2:

Jalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu sungguh menenangkan... Tidak lah sesak seperti Bandaraya Kuala Lumpur... 

mengalas perut sambil isi minyak kereta & menunaikan hajat...

alamakkkk... lembu kat belakang tu dah nak masuk laut... aiyakkkkk

Tumpang bentar ye pokcik....

bersepah itu seni... kalu sampan ini disusun sederet ilang seninya... wahhh hebat pokcik ni..

takleh mandi kat sini.... horses tu dah melepaskan hajat kat dalam air tu... erkkk

Churros with Chocolate... yummy

Dapo Pata... tenang di malam hari





Day 3

Selepas subuh dengan gagah dan gigihnya terus berjalan kaki dari hotel penginapan ke tepi pantai... dekat je hotel ngan pantai ni...hehehe

Menikmati terbit matahari pagi di tepi Pantai Batu Buruk.... suasana yang tenang, damai, indah... tak terluah dengan perkataan... Rasa macam nak sambung cuti dan terus berada di sini untuk beberapa hari lagi... hmmmm








Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu



Deretan Jalur Gemilang bagai menggamit untuk bergambar bersama..



Selamat Tinggal KT

MashaAllah... indahnya ciptaanMu ya Rabb

Kembali bersinar di celahan awan...



Langit Cinta...



Touch down

Till we meet again...

Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidupku...melimpahkan kasih saying yang berpanjangan... Moga sentiasa dilindungiNya... Aamiin