Monday, May 23, 2011

Wanita Cabar Larangan Memandu di Arab Saudi di Tahan...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.

Menyelak akhbar yang merupakan rutin harian saya di pejabat memberi banyak maklumat terkini, suka dan duka, tak kurang juga berita yang menarik dan mengemparkan.... Itulah realiti kehidupan.....

Antara yang menarik minat saya hari ini di Akhbar Utusan Malaysia, muka surat 18, ruangan Luar Negara, berita bertajuk Wanita Cabar Larangan Memandu di Arab Saudi Ditahan.... 

Berani sungguh wanita hari ini kan.... Kekadang rasa bangga dengan sifat keberanian wanita hari ini...kadang rasa takut pun ada.... berani yang mengundang ketakutan.... hehehe... Jom layan berita tersebut....

Riyard 22 Mei - Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang wanita selepas dia melancarkan kempen membantah larangan wanita memandu kenderaan di negara ini. Wanita itu, Manal al-Sherif turut menyiarkan rakaman video memaparkan dia sedang memandu di laman Facebook dan YouTube dan menggalakkan wanita lain melakukannya.
Dia bersama sekumpulan wanita memulakan kempen di Facebook dikenali sebagai "Ajar saya untuk memandu supaya saya dapat melindungi diri saya" yang mendesak pihak berkuasa membatalkan undang-undang mengharamkan wanita di negara ini memandu kenderaan.

Manal pergi menjalankan ujian memandu di Khobar dan kemudian menyiarkan rakaman pengalamannya itu. " Ini adalah kempen secara sukarela bagi membantu wanita di negara ini belajar memandu. Sekurang-kurannya kita boleh membantu ketika kecemasan. Apa akan berlaku jika pemandu kenderaan mengalami serangan jantung," katanya dalam rakaman video itu.

Menurut laman Facebook kempen itu, Manal ditahan oleh polis tetapi dibebaskan tidak lama kemudian. Syarat pembebasannya tidak diketahui. Melalui Facebook, kempen itu meminta satu demonstrasi besar-besaran diadakan pada 17 Jun ini dan lebih 12,000 orang yang melihat akaun itu menyatakan sokongan.

Arab Saudi merupakan satu-satunya negara yang mengharamkan wanita di negara tersebut dan wanita asing memandu kenderaan. Keadaan itu menyebabkan keluarga terpaksa mengupah pemandu atau saudara lelaki perlu memandu kenderaan untuk membawa anggota keluarga wanita pergi ke mana-mana destinasi termasuk ke sekolah, membeli-belah atau menemui doktor.

* Setiap yang disuruh dan dilarang pasti ada kebaikan dan keburukan tersendiri...

No comments: