Thursday, June 23, 2011

Rokok Mengandungi Darah Babi.....

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~
Assalamualaikum w.b.t.

Artikel ini saya ambil dari blog http://melurjelita.com untuk dikongsi bersama.... Terima kasih kepada Akak Melur Jelita kerana sudi berkongsi info..... 

Berikut mungkin alasan terbaik untuk berhenti merokok: puntung rokok dicelah jari anda mungkin mengandungi kesan-kesan darah babi.

 

Simon Chapman, Profesor Kesihatan Awam dari Universiti of Sydney baru-baru ini menunjukkan kepada hasil penemuan suatu kajian di Belanda yang telah mengenal-pasti 185 jenis kegunaan yang berbeza hanya dari seekor babi – termasuk penggunaan hemoglobin dalam puntung rokok.
Penelitian ini mendapati hemoglobin babi, iaitu sejenis protein darah, telah digunakan untuk menjadikan puntung rokok lebih efektif dalam menapis bahan-bahan kimia rokok sebelum masuk ke paru-paru.
Prof. Chapman menambah, walaupun syarikat-syarikat tembakau telah secara sukarela menyenarai kandungan produk mereka di laman web, masih terdapat catatan-catatan seperti “bahan-bahan yang tak dapat disenarai, yang membantu dalam keseluruhan proses … yang kuantitinya tidak signifikan dan tidak mempengaruhi fungsi keseluruhan produk tersebut”.

“Ini hanya merupakan cara lain yang seolah-olah membenarkan industri tembakau dunia untuk tidak menyatakan secara jujur kesemua bahan yang terkandung dalam produk mereka … syarikat rokok sebenarnya boleh mengatakan “itu semua adalah urusan kami” dan ia adalah suatu ‘rahsia perdagangan’ (trade secret) yang tidak mungkin akan diketahui umum.”

Alasan yang “serba merangkumi” ini menurut Prof Chapman telah berjaya menyembunyikan dari pandangan umum beberapa lagi jenis bahan kimia dan bahan-bahan lain yang telah digunakan dalam pembuatan produk tembakau, yang sebelum ini tidak diketahui.
Di Greece, sekurang-kurangnya satu jenama rokok telah dikenal-pasti menggunakan hemoglobin darah babi dalam proses pembuatannya. Status jenama rokok lain yang terjual di seluruh dunia juga tidak dapat diketahui. Atau lebih tepat, tidak mungkin akan dapat diketahui.
“Jika anda seorang perokok, dan jika anda seorang beragama Islam ataupun Yahudi, anda tentunya ingin tahu, namun jawapannya tidak mungkin akan diketahui umum,” kata Prof Chapman.

Hakikatnya, walaupun tanpa kesan darah babi dalam puntung rokok, merokok itu boleh dikategorikan sebagai “membinasakan diri”.
Allah berfirman, “Belanjakanlah ke jalan Allah dan jangan lemparkan diri kamu ke lembah kehancuran dengan tangan kamu sendiri. Jadilah mereka yang berbuat kebaikan; Allah amat mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan” .. (al-Baqarah: 195).
Segalanya amat jelas, merokok bukan sahaja merosakkan tubuh dan jasad kita, ia juga mampu merosakkan roh dan iman seseorang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.

http://halalmedia.my/rokok-mungkin-mengandungi-darah-babi?lang=my

Komen dari Kak Melur:
Katalah rokok mengandungi apa saja, perokok tetap merokok, menyusahkan orang sekeliling, menyesakkan dada dan mencemarkan udara. Sedangkan rokok itu sendiri sudah difatwakan haram, kerana ia merosak dan memudaratkan.
Photo: Special Thanks to Shane Smith @ google

 Komen Saya: 
Perokok tegar hanya mampu menerima maklumat yang disampaikan tetapi tidak mampu mengawal diri dari menjauhi rokok kerana ketagihan dan kedegilan diri sendiri. Mungkin begitulah cara mereka menunjukkan ego dan sifat bangga diri.

No comments: