Tuesday, August 2, 2011

LEGGING.... Adakah sesuai untuk umat ISLAM...??

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Berblogwalking tadi terjumpa pula satu blog dan artikel yang mengadakan "kempen membantah pemakaian legging di kalangan wanita Islam" 

Hari ini di mana saja kita pergi pasti kita terlihat orang memakai legging....Makcik jual nasi lemak pakai legging, Muslimah pakai legging bersama tudung..... Artis Melayu pakai tudung dalam TV pun pakai legging.... Ibu dan anak perempuan sama-sama pakai legging pergi shopping. Gadis salun Muslimah pakai legging keluar masuk kedai...... Butik Muslimah pamer patung pakai tudung dan legging...... Beli juadah berbuka di bulan Ramadhan pun pakai legging ketat juga. Apakah perasaan anda bila melihat fenomena ini ?

sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 


Tidak semua orang 'makan' nasihat. Maksudnya, ramai wanita Islam pemakai legging di luar sana adalah kategori tidak peduli, degil dan obses fesyen. Adakah mereka akan kisah dengan nasihat-nasihat dilambakkan kepada mereka ? Jika nasihat baik-baik berkesan, kenapa trend ini semakin menjadi-jadi ? 

Jom kita tengok antara yang terkandung di dalam blog tersebut:






Berpakaian tidak menepati kehendak agama adalah maksiat atau dosa.......

Secara mudahnya berpakaian hendaklah menutup aurat sebagaimana ketetapan agama, memenuhi konsep menutup aurat seperti tidak terlalu menampakkan bentuk anggota badan, terlalu ketat, terlalu nipis dan sebagainya di tempat awam. Rekaan pakaian dan fesyen semasa tidak ada masalah padanya jika dipakai ditempat yang sepatutnya, malah seorang isteri boleh berbikini bersama suaminya dalam rumah. Bikini tidak salah dan tidak barat, legging tidak salah dan tidak budaya barat. ianya cuma bentuk pakaian. Apa yang salah ialah pemakaian ditempat awam, tempat terbuka dan ketika bersama yang bukan muhrim.



Orang Barat yang kafir tu pun sedar LEGGINGS tu lucah..
LEGGINGS itu menjatuhkan maruah perempuan..
kenapa tidak di Malaysia?

 Apa pendapat Anda semua...???

4 comments:

Izan said...

Pendapat saya?

Saya malu dan sedih bila nampak orang yang bertudung tapi pakai legging.. orang yg bertudung tapi bila duduk (makan atau membonceng), part belakang nampak..

Ramai ambil mudah tentang aurat wanita dalam Islam... pakaian untuk fesyen, bukannya untuk tutup aurat seperti yg diperintahkan Allah SWT..

Faradilla Rashid said...

Saya juga sependapat dengan Izan... tapi orang yg melakukannya tidak pula merasa malu dalam keadaan begitu... malah adakalanya berbangga dengan apa yg dilakukan...

RAmai yang lebih gemar menjadi hamba fesyen daripada memikirkan kepentingan menutup aurat itu sendiri...

Apapun kita doakan mereka yang terbaik... mudah-mudahan mereka ini menjadi insan terbaik satu hari nanti...

lina said...

salam dilla - pada lina sgt memalukan...tp tiada kekuatan utk menegurnya...doa lina semoga mereka ini di beri hidayah oleh ALLAH utk menutup aurat mengikuti suruhan ALLAH.

Faradilla Rashid said...

Salam Lina... Saya juga seperti Lina, pernah cuba menegur tetapi mendapat tengkingan... jadi seterusnya saya hanya mendoakan mereka akan beroleh petunjuk Allah dan melakukan transformasi ke arah kebaikan kelak...