Wednesday, January 18, 2012

Rahsia dan Hikmah Sujud

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Tahukah anda, dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi. Sesungguhnya tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau dek akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika solat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat merupakan waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah s.w.t.

Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.

Ulama lain mengatakan sujud boleh melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh memberikan kesan baik seperti berikut ;

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia. (burut)
  4. Mengurangkan sakit ketika senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelvis.
  9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika anda sujud dan bangun daripada sujud.
  11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  13. Mengurangkan kegemukan.
  14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  15. Organ penting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
  17. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
  18. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migran, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
  19. Menurut kajian pula, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
“Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”. (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)

Semoga bermanfaat...

No comments: