Thursday, March 29, 2012

Apa yang diperolehi sekitar F1 2012



السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...


Syukur kepada Allah diberi peluang menjalani kehidupan di muka bumi ini pada hari ini.... moga kehidupan hari ini dilimpahi keberkatan dan rahmatMu ya Allah....


Syukur kepada Allah juga kerana telah membuka pintu hati insan-insan yang bermurah hati... sehingga dapat saya merasai pengalaman baharu dalam kehidupan ini.


Paparan di bawah merupakan pengalaman baharu yang indah dan menarik yang selalunya hanya dinikmati dari kaca televisyen..... Terima kasih kepada sahabat yang menghadiahkan tiket F1 2012 tersebut.... Semoga Allah melimpahkan keberkatan kepadamu sahabatku..... insyaAllah...


Tiket yang dihadiahkan.... Terima kasih
Pemandangan sebelum bermulanya perlumbaan
Jawatan2 (pekerjaan) yang tak pernah terlintas di fikiran akan kewujudannya...

Persiapan perlumbaan

Tanggungjawab yang berat

Rahmat Allah yang turun membasahi bumi...Alhamdulillah

Kesibukan yang indah...

Time to go home...

Baru kini saya tersedar... indahnya setiap tanggungjawab yang dilimpahkan oleh Allah kepada kita... setiap orang dilahirkan dengan tanggungjawab tersendiri....

Menyaksikan para petugas melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di litar lumba... membuatkan saya lebih bersyukur dengan jawatan yang disandang kini, tak perlu berpanas dengan cuaca, panas dengan enjin dan asap kenderaan dan bingitnya telinga mendengar deruannya.... betapa tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk memastikan kemenangan pasukannya membuatkan setiap orang akan lebih berusaha gigih...  ianya menuntut banyak pengorbanan.... dan memberi banyak pengajaran dalam kehidupan....

Walaupun hidup kita penuh dengan ujian dan cabaran... membuatkan terkadang kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah... sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita....

Fenomena ini membuatkan saya berfikir dan berazam untuk memberikan yang terbaik dalam pekerjaan dan kehidupan.... Semoga Allah jua yang mempermudahkan segala urusan saya di dunia dan menganugerahkan kenikmatan kepada saya di akhirat kelak....

Jom berusaha perbaiki diri... semoga yang terbaik dianugerahkan Allah kepada kita.....insyaAllah

No comments: