Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...
Sempena menghadiri Kursus komunikasi berkesan.... Salah satu latihannya ialah mereka cipta sesuatu yang kreatif berdasarkan 3 bahan yang diberikan.... Dan bahan yang diberikan kepada saya ialah Gelas, Sudu dan Garfu.....
Maka terciptalah pantun ini....
Teh tarik gelas besar
minum di tepi kedai mamak
apalah ada bergaji besar
kalau orangnya hanya pandai berlagak
Umpama sudu dengan garfu
ambil segelas air madu
saling bekerja bantu membantu
kualiti kerja lagi bermutu
Gelas dibeli dari Itali
sudu dan garfu pula dari Parsi
kualiti tertanam dalam diri
Lonjakkan lagi nama organisasi
Cuci gelas tunggang langgang
sudu dan garfu lintang pukang
prestasi organisasi jadi cemerlang
kerana kepuasan pelanggan jadi keutamaan
Andai sudu bawa diri
mana kan garfu mencari ganti
kerja selesa seikhlas hati
kualiti peribadi sentiasa dihayati
Sudu dan garfu memang bersahabat
gelas pula kawan rapat
pastikan kualiti kerja sentiasa meningkat
moga hidup mendapat berkat...
Ciptarasa: Nor Faradilla Rashid
Majlis Peperiksaan Malaysia
1 comment:
seru bangetttt ya perjalannnya
Post a Comment