Monday, August 19, 2013

Kembalinya menghadap Pencipta...



Assalamualaikum.....

Hujan yang turun menambah kesyahduan.... Kehilangan 2 orang ahli keluarga... seorang pakcik dan seorang abang saudara di Aidilfitri menambah kesayuan.....

Kehilangan pakcik yang dipanggil Pak Long Wan Chik iaitu abang kepada ayah yang tinggal di Sungai Petani pada 6 Syawal 1434 bersamaan 13 Ogos 2013....

Dan kehilangan seorang 'abang' Che Ramlan bin Abdul Rahman di Kampung Sungai Limau, Lunas pada 9 Syawal 1434 bersamaan 16 Ogos 2013....kehilangan yang amat dirasai oleh seisi keluarga.... hilanglah seorang 'abang' yang penuh keceriaan dan lawak jenaka yang menghiburkan....

Semoga kedua-duanya dilimpahi rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.... Al-Fatihah...

No comments: