Monday, December 16, 2013

Ziarah.... Membina jaringan kasih sayang...

Assalamualaikum.... 

Alhamdulillah di izinkan Allah untuk terus menikmati keindahan alam yang nyaman lagi mendamaikan....
 
Setelah seminggu bercuti, baru hari ini berpeluang menjenguk ke sini..... Alhamdulillah...

Operasi memujuk Mak dan Ayah untuk datang ke Kuala Lumpur agak sukar.... Ayah memang payah kalau nak ke mana-mana.... Banyak urusan di kampung konon nya... Namun anak-anak juga pasti dah kenal akan kelebihan dan kelemahan mak dan ayah kannnnn.... hahahahaha
 
Jadi bermula lah operasi..... Dan keputusannya.... Khabar GEMBIRA untuk anak-anak di Kuala Lumpur.... yeayyyyyyy.....
 
Gembira tak terkata apabila mak dan ayah setuju untuk datang ke Kuala Lumpur setelah puas memujuk... Pujukan paling berkesan apabila menyatakan bahawa Kekanda tercinta (Long Mah: Kakak Mak) merinduinya.... Tentulah mak kalah dengan ayat tu... Yessszaaa

Jadi, seperti dijanjikan... Anak mu ini membawa bonda dan ayahanda menziarahi Kekanda tercinta yang kini tinggal di Monterez bersama anak sulungnya, Kak Hasnah atau nama glamernya Kak Not... Macam-macam perasaan ada.... Sedih dan gembira bercampur.... 

Jalinan kasih sayang yang sukar diungkap.... Pertemuan kakak sulung dengan adik bongsu....  Hmmmm
 
gelagat cucu2 lebih mencuri tumpuan....

haippp... si kecik (Alif Danial) nak berebut wheelchair nampak gayanya ni...
 
mendengar kisah.... sukanya bila mendengar Long Mah mula berkisah...

Gembira melihatkan kesihatan Long Mah yang telah berusia lebih 80 tahun semakin baik dari sebelum nya.... Moga bertambah baik setiap hari... Moga Allah kurniakan kekuatan fizikal dan Iman yang baik untukmu duhai ibu-ibu ku tercinta... Moga jalinan kasih sayang ini menambahbaik kesihatan dan silaturahim antara kita... Amin Ya Rabb....
 

No comments: