Asalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan rahmatNya kita dapat lagi bertemu di sini....
Hari ni nak berkongsi ilmu yang diperoleh semasa Perhimpunan Bulanan di pejabat pada 10 Jun 2014 yang lalu....
Tajuknya Pemimpin 360 Darjah.
Dalam tajuk Pemimpin 360 Darjah terdapat beberapa tajuk kecil iaitu : Memimpin ke Atas, Memimpin ke Bawah dan Memimpin ke samping...
Untuk kali ini, perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Dr Jamil bin Adimin, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia menekankan tajuk Memimpin ke Atas...
Terdapat 9 prinsip memimpin ke atas iaitu:
1. Pimpin diri sendiri dengan baik
2. Ringankan beban bos
3. Sanggup lalukan kerja yang orang lain tidak mahu lakukan
4. Jangan urus sahaja, pimpin.
5. Memupuk hubungan serasi.
6. Sentiasa bersedia semasa berdepan dengan orang atasan
7. Tahu bila perlu mendesak dan bila perlu mengalah
8. Menjadi orang harapan
9. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Prinsip pertama: Untuk memastikan kita dapat memimpin diri sendiri dengan baik maka kita perlu untuk menguruskan:
1. Emosi
2. masa
3. keutamaan
4. tenaga
5. fikiran
6. ucapan
7. kehidupan peribadi
Prinsip kedua: Ringankan beban Bos pula,
Pertama: Bagaimana kita membantu bos untuk membantu diri kita?
1. Buktikan bahawa kita adalah pemain berpasukan (teamwork)
2.Tunjukkan rasa terima kasih kerana berada dalam pasukan
3. Jadikan diri kita sebahagian daripada yang besar
4. Tonjolkan peranan kita
5. Tingkatkan nilai dan pengaruh kita
Kedua: bagaimana membantu Bos meringankan bebannya?
1. Sempurnakan dahulu kerja kita dengan baik
2. Apabila jumpa masalah, cari penyelesaian
3. Beritahu bos perkara yang dia perlu tahu, bukan perkara yang dia mahu tahu
4. Jalan lebih sedikit (bekerja lebih sedikit)
5. Pertahankan bos apabila ada peluang
6. Ambil tempatnya apabila diperlukan sahaja
7. Tanya bagaimana kita dapat membantunya
Prinsip ketiga: Sanggup lakukan kerja yang orang lain tidak mahu lakukan.
1. Lakukan tugas yang sukar
2. Bayar harga yang sewajarnya
3. Bekerja tanpa diketahuui orang lain
4. Berjaya mengurus orang cerewet
5. Sanggup mengambil risiko
6. Berani mengaku salah tanpa dolak dalik
7. Lakukan lebih daripada yang diharapkan
8. Orang pertama menghulur bantuan
9. Lakukan kerja yang bukan kerja kita
10.Bertanggungjawab atas tanggungjawab orang lain
Prinsip keempat: Jangan urus sahaja, Pimpin!
Kebanyakan daripada kita hany pandai mengurus sahaja tanpa memberik tunjuk ajar atau memimpin. Kita harus cuba memimpin dan jadi pemimpin kerana:
1. Pemimpin berfikir jangka panjang
2. Pemimpin nampak gambaran yang lebih jelas
3. Pemimpin meluaskan kawasannya
4. Pemimpin mengutamakan perkara tersirat
5. Pemimpin belajar bergantung pada gerak hati
6. Pemimpin memberi kuasa kepada orang lain
7. Pemimpin melhat dirinya sebagai agen perubahan
Prinsip kelima: Memupuk hubungan yang serasi
Memang sukar untuk memupuk hubungan serasi namun kita harus berusaha dan mencuba. Mungkin cara-cara di bawah ini dapat memupuk hubungan serasi kita dengan Ketua kita.
1. Periksa nadi ketua
2. ketahui keutamaannya
3. Raikan minatnya
4. Sokong visinya
5. Kaitkan minatnya dengan minat anda
6. Fahami personalitinya
7. Dapatkan kepercayaannya
8. Belajar bekerjasama dengan kelemahannya
9. Hormati keluarganya
Prinsip keenam: Sentiasa bersedia semasa berdepan dengan bos.
Sememangnya sebagai orang bawahan akan sentiasa gelabah bila berdepan dengan bos. Tambahan pula jika bos garang. jadi mari kita semak tips untuk prinsip keenam ini:
1. Melabur sebanyak 10 kali ganda
2. Jangan biarkan ketua berfikir untuk kita
3. Sentiasa bawa sesuatu ke meja
4. Apabila diminta bercakap, jangan temberang
5. Pelajari bahasa badannya
6. Bincang perkara pokok
7. Beri pulangan kepada pelaburan bos
Prinsip ketujuh: Tahu bila perlu mendesak dan bila perlu mengalah.
Bila perlu mendesak?
1. Apabila anda tahu yang dia tidak tahu tetapi perlu tahu
2. Apabila masa sudah suntuk
3. Apabila tanggungjawab anda dalam bahaya
4. Apabila hendak membantu bos anda untuk menang
Bila pula perlu mengalah?
1. Apabila anda hendak mempromosikan agenda peribadi
2. Apabila anda sudah menjelaskan pandangan anda
3. Apabila semua orang terpaksa mengambil risiko kecuali anda
4. Apabila persekitaran anda berkata "tidak"
5. Apabila masa itu sesuai hanya untuk anda
6. Apabila permintaan anda melampaui batas perhubungan
Prinsip kelapan: Menjadi orang harapan.
Orang harapan ialah orang yang:
1. Dapat menyiapkan kerja dalam keadaan tertekan
2. Dapat menyiapkan kerja walaupun dengan sumber yang sedikit
3. Memberi hasil walaupun momentum rendah
4. Memberi hasil apabila beban menjadi lebih berat
5. Memberi hasil semasa bos tiada
6. Memberi hasil pada masa terhad
Dan Prinsip ke sembilan: Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Kita seringkali mendengar atau terbaca kata-kata ini. Mari kita fahami dan hayati maksud prinsip ke sembilan ini:
1. Semakin kita hebat, semakin ramai orang dengar cakap kita
2. Semakin kita baik, semakin tinggi nilai kita
3. Semakin kita bagus, semakin cerah potensi kita
- Perbaiki kemahiran kita hari ini
- Bercakap berkenaan kemahiran hari ini
- Amalkan kemahiran hari ini
Menyerap ilmu yang baik untuk perbaiki diri.... semoga segala ilmu kurniaan Allah ini mampu digunakan sebaik yang mungkin dalam mengharungi kehidupan ini....InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment