Thursday, April 4, 2013

Pemandangan Sekitar Jalan2 Jakarta -Bandung



Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana diberikan ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumiNya.
Syukur Alhamdulillah kepadaNya yang memberikan ruang dan peluang untuk kembara ke Indonesia...

Jom kita tengok gambar-gambar sekitar jalan-jalan di Bandung dan Jakarta....

DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)
28 MAC 2012





 
PERJALANAN DARI LAPANGAN TERBANG SOEKARNO HATTA, JAKARTA KE BANDUNG : 28 MAC 2013
 


 


 DI BANDUNG: 28 MAC HINGGA 30 MAC 2013


Border Lace


Banyak pilihan Lace yg cantik2 di sini....
Hiasan dalaman Factory Outlet


Hiasan dalaman mengamit pelancong


Dekorasi yang mendamaikan


Menarik... boleh buat lampu


Hidangan pilihan di Pasar Baru


Avacado Coklat.... yummy
 
Hidangan yang disajikan di Kedai Belacan
Enaknya makanan di sini...tak caya tengok pinggan tu....licin
 
Rainbow Calamansi...



Tempat kunjungan wajib setiap pelancong ke Bandung
 BANDUNG KE JAKARTA : 30 MAC 2013

Masjid : senibina Rusia...menarikkk


hujan mengiringi perjalanan dari Bandung ke Jakarta...
deretan kedai tudung di Tanah Abang, Jakarta


Jakarta

tempat shopping branded items di Jakarta... ala2 KLCC gitu

Kediaman Rasmi Presiden Indonesia


Ramai frust tak dapat beli ni....sbb duit dah abihhhhh...hehehe

Inilah bangunan Tanah Abang...dilengkapi Masjid yang besar dan selesa di Tingkat paling Atas Bangunan...
 
 

JAKARTA - KUALA LUMPUR : 31 MAC 2013 - 1 APRIL 2013

Nak balik yeay yeay...
Lega nya bila semuanya selesai....
Alhamdulillah....

Wednesday, February 13, 2013

Doa dan terus berdoa....


Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana diberikan ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumiNya.

Pada 31 Januari 2013, saya telah mengikuti satu Program Bulan Dakwah Peringkat Negeri Selangor bertempat di Dewan Seminar Utama, Masjid Shah Alam anjuran Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor.

Program Wacana Minda yang saya hadiri ini bertajuk "Doa Keutamaan dan Kepentingan Dalam diri Mukmin" disampaikan oleh Y. Bhg Dr Haji Roslan bin Mohamad.

Jom kita kongsi apa yang disampaikan oleh Y Bhg Dr Haji Roslan....

Doa dari segi istilah merupakan permintaan dan permohonan kepada Tuhan. Dalam pandangan syarak pula, doa ialah rintihan dan munajat bersifat ketundukan terhadap Allah. Doa merupakan sendi utama dalam pelaksanaan ibadat seseorang terhadap Allah yang merupakan otak kepada ibadah.

Doa dalam pandangan agama dapat disimpulkan sebagai roh kepada Ad-Din keseluruhannya.
*  adalah bekalan bagi orang muttaqin
*  tanda/bukti bagi orang yang tunduk dan patuh kepada Allah
*  Al-Fatihah mengandungi doa secara keseluruhannya melalui 7 ayat
*  Perkataan "Alhamdulillah" dalam Al-Fatihah adalah muqadimah kepada doa

Menurut para ulamak, doa adalah:

*  suatu rintihan hati kepada Allah melahirkan kelemahan diri sendiri dan amat berhajat kepada Allah.

*  Doa adalah petanda betapa hati amat mengharap sesuati dari Allah. Jesteru doa akan bermula dengan hati yang ikhlas akan mempercepatkan penerimaan oleh Allah.

*  Doa bersamaan sifat tawakal dan isti'anah (memohon pertolongan) kepada Allah.


Kelebihan berdoa:

* tidak ada satu amalan yang paling mulia bagi Allah kecuali doa (At-Tirmizi)

* Selemah-lemah manusia adalah yang lemah dalam berdoa & sebakhil-bakhil manusia adalah yang bakhil dalam memberikan ucapan salam (Ibn-Hibban)

* Tidak akan tertolah takdir sesuatu melainkan dengan doa (Ibn- Majah)

* Sesungguhnya Allah Maha hidup lagi Maha Mulia. Allah malu terhadap hambaNya yang kuat mengangkat tangan kepadaNya lalu tidak mendapat apa-apa dariNya (At-Tirmizi & Abu Daud)

* Allah akan turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam lalu berfirman "sesiapa yang berdoa kepadaku, pasti aku akan menerima doanya, sesiapa yang bermunajat akan aku tunaikan dan sesiapa yang memohon keampunan akan aku ampuninya. (al-Bukhari & Muslim).

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang memerintahkan hamba Allah berdoa, antaranya :

Surah Maryam ayat  48-49
Surah Al-Baqarah ayat 186
Surah Al-Anbia' ayat 83-84, 87-88 dan 90
Surah As-Sajdah ayat 16-17
Surah Al-Kahfi ayat 28
Surah Yunus ayat 9
Surah Ibrahim ayat 39-40
Surah Al-Naml ayat 62
dan beberapa surah lain lagi...

Contoh doa:

Doa keluar rumah - supplication for leaving the house...great for when we are meeting a lot of people and we need perlindungan dari ditipu dan menipu dan tertipu...

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَّلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ

"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".
...
"O Allah, I seek refuge in You from misleading or being misled or oppressing or being oppressed or from being ignorant or bearing the result of ignorance".

Abu Dawood /Tarmizi

 
 
 
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah: 186)
 
 
Teruskan berdoa.... Semoga kita menjadi hamba Allah yang disayangiNya.... mendapat tempat di SyurgaNya.... InsyaAllah...

Wednesday, January 23, 2013

Jom Amalkan Sujud Syukur....


Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana diberikan ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumiNya.

Alhamdulillah kerana kita masih mampu menikmati lagi makanan yang sedap, memakai pakaian yang selesa, menikmati udara yang segar bersama  keluarga tersayang dan rakan-rakan.

Pernahkah kita mengucapkan syukur pada Allah swt sepanjang kita hidup ?
Berapa kali agaknya kita mengucapkan syukur kepada Allah swt sepanjang hidup kita?
 
Blogwalking menemukan saya dengan blog www.kasutkaripap.blogspot.com dan Ustazah Azimah...Ustazah Azimah.

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya : " Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras

Dan telah dijanjikan Allah swt dalam surah Luqman ayat 12 :

" …. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur maka tidaklah menjadi hal kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha kaya, lagi maha terpuji "
 
Ustazah Azimah berkongsi cara-cara sujud syukur mengikut Imam Syafie. Jom kita amalkan sujud syukur ini.

1. Berniat (Takbiratul ihram)

2. Sujud seperti sujud dlm solat fardhu (sekali sahaja)

3. Bacaan ketika sujud sama seperti bacaan ketika sujud biasa juga. Selepas itu berdoalah kepada Allah mohon dan kemukakanlah permohonan dan hajat.

4.Selepas itu memberi salam.

Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan segala nikmat  kurniaanNya...InsyaAllah

Wednesday, January 2, 2013

Selamat Tahun Baru 2013...



2012 telah pun melangkah  pergi....

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini kita mampu membina harapan baru yang lebih indah dari yang telah berlalu.... Membuka lembaran baru dengan semangat baru.... InsyaAllah... Semoga tahun ini mampu melakarkan seribu keindahan, kejayaan dan dilimpahi dengan rasa kasih dan sayang.

Jom kita sambut 2013 dengan berpantun....
Semoga keceriaan menghiasi tahun ini hendaknya...InsyaAllah.....

Tangan dihulur mari berjabat
Semoga persahabatan semakin erat
Jangan pula nak buat muka ketat
Akan hilang pula para sahabat...hehehe

Angin menderu di Danau Toba
Dingin lagi syahdu terasa di hati
Tahun baru menjelang tiba
Apakah azam tahun lepas ditepati?

Buah papaya buah kuini
Buah duku masak  lebat
Azam saya pada tahun ini
Hendak menjadi pekerja yang hebat... phewittttt

biooo betikkkk budak ni...hehehehe

ske ati korang ler nak kata apa....
kata orang, bio angan hebat....
bak kata org.... aim the star, at least you will get the sky.....

Selamat tahun baru untuk semuaaaa..... muahhhhh

Tuesday, December 4, 2012

Pantun Gelas, Sudu dan Garfu....

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Sempena menghadiri  Kursus komunikasi berkesan.... Salah satu latihannya ialah mereka cipta sesuatu yang kreatif berdasarkan 3 bahan yang diberikan.... Dan bahan yang diberikan kepada saya ialah Gelas, Sudu dan Garfu.....

Maka terciptalah pantun ini....

Teh tarik gelas besar
minum di tepi kedai mamak
apalah ada bergaji besar
kalau orangnya hanya pandai berlagak
 
Umpama sudu dengan garfu
ambil segelas air madu
saling bekerja bantu membantu
kualiti kerja lagi bermutu
 
Gelas dibeli dari Itali
sudu dan garfu pula dari Parsi
kualiti tertanam dalam diri
Lonjakkan lagi nama organisasi
 
Cuci gelas tunggang langgang
sudu dan garfu lintang pukang
prestasi organisasi jadi cemerlang
kerana kepuasan pelanggan jadi keutamaan
 
Andai sudu bawa diri
mana kan garfu mencari ganti
kerja selesa seikhlas hati
kualiti peribadi sentiasa dihayati
 
Sudu dan garfu memang bersahabat
gelas pula kawan rapat
pastikan kualiti kerja sentiasa meningkat
moga hidup mendapat berkat...
 
Ciptarasa: Nor Faradilla Rashid
Majlis Peperiksaan Malaysia

Thursday, November 22, 2012

Kopi Baik Untuk Kesihatan dan Kecantikan...

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Hari ni nak bercerita tentang kopi.... Saya ni kategori penggemar kopi, yang mengalami ketagihan kopi atau pun dipanggil "gila kopi"... erkkk adakahhhh...??

Tetapiiiii... bila saya minum kopi je denyutan jantung saya akan jadi lebih kencang dari biasa.... adakah kerana kecintaan yang lebih terhadap kopi itu menjadikan jantung berdebar-debar bila meminumnya atau kopi itu menyebabkan jantung kita bermasalah... ohhhhh alahaiiiii.... nauzubillah...

Saya suka kopi anda bagaimana suka tak?, kopi baik untuk kesihatan dan kecantikan betul ker jom kita baca bersama2.

 
Kopi? Hmmm... Perkara pertama yang akan terbayang, pasti aromanya yang begitu istimewa sehingga mampu membuatkan setiap pencinta kopi tergila-gilakannya. Kononnya, secangkir kopi panas dikatakan mampu membangkitkan semangat.

Walaubagaimanapun, jangan sangka kelebihan kopi hanya pada haruman serta rasanya sahaja kerana ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Bukan hanya lidah kamu sahaja yang ketagihan dengan cita rasa kopi, kulit juga ingin menikmati khasiat di sebaliknya

Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astringent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.
 


Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan

Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.

Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

Dalam bidang kecantikan pula, rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi. Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.

Bestkan khasiat kopi ni.... apa tunggu lagi... jom kita minum kopi....
 
sumber: yahoo

Wednesday, November 21, 2012

Jadual Pendaftaran dan Tarikh Peperiksaan...


السلامعليكمورحمةاللهتعالىوبركاته    
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...
Alhamdulillah... telah selesainya Ujian MUET tahun 2012 dan telah bermulanya Peperiksaan STPM 2012... Semoga semua calon yang menduduki ujian dan peperiksaan ini telah berusaha sebaik mungkin dan akan mendapat keputusan yang baik hendaknya... In Shaa Allah.
Kepada semua calon yang akan mendaftar untuk menduduki peperiksaan pula, jangan terleka dan terlepas pandang akan tarikh-tarikh penting seperti tarikh pendaftaran peperiksaan agar tidak terlepas peluang menduduki peperiksaan atau pun terpaksa membuat rayuan untuk mendaftar nanti....

Setiap tahun memang ramai yang akan menelefon dan menghantar email serta surat rayuan pendaftaran kerana mereka ini telah terlepas pandang akan tarikh-tarikh penting ini..... Ianya akan menyusahkan diri calon sendiri kerana sekiranya rayuannya tidak diterima maka calon terpaksa menunggu sesi akan datang untuk mendaftar dan mengambil peperiksaan dan menyebabkan peluang ke IPT atau mendapat ijazah terpaksa dilupakan.... Rugi kan....
Jom kita semak jadual Pendaftaran dan Tarikh Ujian MUET dan Peperiksaan STPM untuk tahun 2013.... Supaya kita dapat membuat persediaan dari awal lagi....


Semoga semua calon mendapat keputusan yang terbaik hendaknya.... In Shaa Allah...