Friday, August 29, 2014

Sambutan Aidilfitri 2014 Bersama Anak-anak Kanser

Assalamualaikum wbt...

Syawal telah pun berlalu...

Telah seminggu berlalu acara yang saya sertai bersama para ibu pesakit kanser untuk Sambutan Aidilfitri di wad kanak-kanak KK3 Hospital Kuala Lumpur... Majlis diadakan pada 24 Ogos 2014 (Sabtu) jam 2 petang... bersama rintik hujan....

Sayu... Pilu... Sendu....

Tiada baris kata yang mampu diucapkan ketika kaki melangkah memasuki Wad KK3 HKL...

Sedih... Pedih... Terhiris....

Mereka masih kecil... untuk menanggung kesakitan ini....
Namun, anak-anak ini merupakan anak yang kuat semangat dan hebat..... mereka masih mampu tersenyum tika menerima cenderamata Aidilfitri daripada kami.... Hebatnya mereka.... Kuatnya mereka....

Menyambut ketibaan

Final Touch up sebelum masuk ke wad...

sebahagian makanan dan hadiah

hadiah kepada anak2

ramah mesra bersama anak2

shooting skit...

Siap sedia dengan hidangan
yeayyyy.... hadiah dah sampai

Semoga anak2 ini gembira dan terhibur hatinya.... In Shaa Allah

Thanks Labu...sudi mengembirakan hati anak2 hebat...

antara hidangan yang digemari anak2

roti jala untuk ibu2 hebat, penyabar dan penuh kasih sayang

Kek Love & Caring...  Secret Recipe

antara yang turut hadir menyampaikan sumbangan
Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan sepanjang usiamu anak2ku...
Semoga Allah meminjamkan kekuatan untuk mereka terus menghadapi ujian ini...

Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan sepanjang usiamu anak2ku...
Semoga Allah meminjamkan kekuatan untuk mereka terus mengharungi hidup ini....

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih di atas kesudian menjemput saya menyertai acara ini....

Kami tinggalkan wad dengan penuh kesayuan.... 

Semoga Allah meminjamkan kekuatan dan kebahagiaan kepada semua anak-anak hebat lagi kuat semangat ini...

Semoga anak-anak ini diberikan keajaiban oleh Allah untuk kembali sihat dan ceria seperti anak-anak lain diluar sana.... 

Doaku bersamamu sayang.... In Shaa Allah...

Sunday, August 3, 2014

Riang Ria Raya 2014

Assalamualaikum....

Salam AidilFitri.... Maaf Zahir dan Batin...

Digital Card...
 
Rendang ayam... dalam pembikinan....hahaha


Bersama anak bujang... Syahmi Rusydi

Tetiba ajak ayah Wan selfie... Mujur di pagi Raya Ayah Wan mood ok...hehehe

Beraya di Lembah Bujang
 
Pondok Raya...hehehe
 
Mujur tak roboh pondok ni....
 
Pemandangan sawah padi... dari pondok Raya...hehehe
 
Layan selfie lagi
 
Ziarah Makcik
 
Anak2 bergaya sakan
 
Suka-suki hari raya katanya...
 
Kenduri Raya... Umah Pakcik d Kubang Semang
 
Sepupu + anak saudara
ayahanda dan adik tersayang....hehehe
 
layan selfie lagi dan lagi
 
Memang pantang nampak kamera diorang ni.... posing lagi
 
Takde baju raya dah... Raya ke-4
 
Melawat makcik (kakak mak) pulak...
 
Tokey rambutan di hari raya.... bekalan untuk anak2 bawa balik KL...

Semoga Allah temukan kita lagi dengan Ramadan dan Syawal di tahun akan datang.... InsyaAllah.

Friday, July 4, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Harapnya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamatMenyambut Ramadhan kepada semua....

Mohon di maafkan segala salah dan silap....

SELAMAT BERPUASA....  SEMOGA BEROLEH PENGAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH... AMINNNN

Thursday, June 12, 2014

Pemimpin 360 Darjah: Memimpin Ke Atas

Asalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan rahmatNya kita dapat lagi bertemu di sini....

Hari ni nak berkongsi ilmu yang diperoleh semasa Perhimpunan Bulanan di pejabat pada 10 Jun 2014 yang lalu....

Tajuknya Pemimpin 360 Darjah. 

Dalam tajuk Pemimpin 360 Darjah terdapat beberapa tajuk kecil iaitu : Memimpin ke Atas, Memimpin ke Bawah dan Memimpin ke samping...

Untuk kali ini, perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Dr Jamil bin Adimin, Ketua Eksekutif  Majlis Peperiksaan Malaysia menekankan tajuk Memimpin ke Atas...

Terdapat 9 prinsip memimpin ke atas iaitu:

1.  Pimpin diri sendiri dengan baik
2.  Ringankan beban bos
3.  Sanggup lalukan kerja yang orang lain tidak mahu lakukan
4.  Jangan urus sahaja, pimpin.
5.  Memupuk hubungan serasi.
6.  Sentiasa bersedia semasa berdepan dengan orang atasan
7.  Tahu bila perlu mendesak dan bila perlu mengalah
8.  Menjadi orang harapan
9.  Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Prinsip pertama: Untuk memastikan kita dapat memimpin diri sendiri dengan baik maka kita perlu untuk menguruskan:
1.  Emosi
2.  masa
3.  keutamaan
4. tenaga
5.  fikiran
6.  ucapan
7.  kehidupan peribadi

Prinsip kedua: Ringankan beban Bos pula,
Pertama: Bagaimana kita membantu bos untuk membantu diri kita?
1.  Buktikan bahawa kita adalah pemain berpasukan (teamwork)
2.Tunjukkan rasa terima kasih kerana berada dalam pasukan
3. Jadikan diri kita sebahagian daripada yang besar
4.  Tonjolkan peranan kita
5. Tingkatkan nilai dan pengaruh kita

Kedua: bagaimana membantu Bos meringankan bebannya?
1.  Sempurnakan dahulu kerja kita dengan baik
2.  Apabila jumpa masalah, cari penyelesaian
3.  Beritahu bos perkara yang dia perlu tahu, bukan perkara yang dia mahu tahu
4.  Jalan lebih sedikit (bekerja lebih sedikit)
5.  Pertahankan bos apabila ada peluang
6.  Ambil tempatnya apabila diperlukan sahaja
7.  Tanya bagaimana kita dapat membantunya

Prinsip ketiga: Sanggup lakukan kerja yang orang lain tidak mahu lakukan.
1.  Lakukan tugas yang sukar
2.  Bayar harga yang sewajarnya
3.  Bekerja tanpa diketahuui orang lain
4.  Berjaya mengurus orang cerewet
5.  Sanggup mengambil risiko
6.  Berani mengaku salah tanpa dolak dalik
7.  Lakukan lebih daripada yang diharapkan
8.  Orang pertama menghulur bantuan
9.  Lakukan kerja yang bukan kerja kita
10.Bertanggungjawab atas tanggungjawab orang lain

Prinsip keempat: Jangan urus sahaja, Pimpin!
Kebanyakan daripada kita hany pandai mengurus sahaja tanpa memberik tunjuk ajar atau memimpin. Kita harus cuba memimpin dan jadi pemimpin kerana:
1.  Pemimpin berfikir jangka panjang
2.  Pemimpin nampak gambaran yang lebih jelas
3.  Pemimpin meluaskan kawasannya
4. Pemimpin mengutamakan perkara tersirat
5.  Pemimpin belajar bergantung pada gerak hati
6.  Pemimpin memberi kuasa kepada orang lain
7.  Pemimpin melhat dirinya sebagai agen perubahan

Prinsip kelima: Memupuk hubungan yang serasi
Memang sukar untuk memupuk hubungan serasi namun kita harus berusaha dan mencuba. Mungkin cara-cara di bawah ini dapat memupuk hubungan serasi kita dengan Ketua kita.
1.  Periksa nadi ketua
2.  ketahui keutamaannya
3.  Raikan minatnya
4.  Sokong visinya
5.  Kaitkan minatnya dengan minat anda
6.  Fahami personalitinya
7.  Dapatkan kepercayaannya
8.  Belajar bekerjasama dengan kelemahannya
9.  Hormati keluarganya

Prinsip keenam:  Sentiasa bersedia semasa berdepan dengan bos.
Sememangnya sebagai orang bawahan akan sentiasa gelabah bila berdepan dengan bos. Tambahan pula jika bos garang. jadi mari kita semak tips untuk prinsip keenam ini:
1.  Melabur sebanyak 10 kali ganda
2.  Jangan biarkan ketua berfikir untuk kita
3.  Sentiasa bawa sesuatu ke meja
4.  Apabila diminta bercakap, jangan temberang
5.  Pelajari bahasa badannya
6.  Bincang perkara pokok
7.  Beri pulangan kepada pelaburan bos

Prinsip ketujuh:  Tahu bila perlu mendesak dan bila perlu mengalah.

Bila perlu mendesak?
1.  Apabila anda tahu yang dia tidak tahu tetapi perlu tahu
2.  Apabila masa sudah suntuk
3.  Apabila tanggungjawab anda dalam bahaya
4.  Apabila hendak membantu bos anda untuk menang

Bila pula perlu mengalah?
1.  Apabila anda hendak mempromosikan agenda peribadi
2.  Apabila anda sudah menjelaskan pandangan anda
3.  Apabila semua orang terpaksa mengambil risiko kecuali anda
4.  Apabila persekitaran anda berkata "tidak"
5.  Apabila masa itu sesuai hanya untuk anda
6.   Apabila permintaan anda melampaui batas perhubungan

Prinsip kelapan: Menjadi orang harapan.
Orang harapan ialah orang yang:
1.  Dapat menyiapkan kerja dalam keadaan tertekan
2.  Dapat menyiapkan kerja walaupun dengan sumber yang sedikit
3.  Memberi hasil walaupun momentum rendah
4.  Memberi hasil apabila beban menjadi lebih berat
5.  Memberi hasil semasa bos tiada
6.  Memberi hasil pada masa terhad

Dan Prinsip ke sembilan: Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Kita seringkali mendengar atau terbaca kata-kata ini. Mari kita fahami dan hayati maksud prinsip ke sembilan ini:
1.  Semakin kita hebat, semakin ramai orang dengar cakap kita
2.  Semakin kita baik, semakin tinggi nilai kita
3.  Semakin kita bagus, semakin cerah potensi kita
      - Perbaiki kemahiran kita hari ini
      - Bercakap berkenaan kemahiran hari ini
      - Amalkan kemahiran hari ini

Menyerap ilmu yang baik untuk perbaiki diri.... semoga segala ilmu kurniaan Allah ini mampu digunakan sebaik yang mungkin dalam mengharungi kehidupan ini....InsyaAllah.

Wednesday, June 4, 2014

Gelagat Cuti Sekolah....

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah dilimpahi kesihatan dan kasih sayang dari Allah...

Menikmati cuti persekolahan yang penuh warna-warni kehidupan.... Terima kasih Ya Allah kerana memberi ruang dan peluang atas setiap keriangan dan kegembiraan hidup ini...

Jom layan....sedikit warna kebahagiaan....

Gembira bersama...
 
Semoga kebahagiaan ini kekal selamanya...
 
Bersama Bonda tercinta... semoga dilimpahi kebahagiaan dan kesejahteraan oleh Allah...
 
Budak lasak
bersantai di pantai

 


SubhanAllah... Indahnya ciptaanMu Ya Allah....

 
Gembira dapat main pasir...
 
Jom pilih... apa mau makan...
 
nak Vrooom dengan aunty...
 
Alhamdulillah dengan segala rezeki pemberian Allah...
 
tenang dan nyaman... anugerah Allah
 
Masa untuk manjakan diri anda...hahaha
 
Cubaan membebaskan diri... Ohhh Budak lasak ....hahaha
 

Sebab kunci tak berjaya dibuka jadi terpaksa guna penyapu terbang.....hahaha
 
ahli rombongan ziarah pesakit

gambar pesakit takleh masuk di sini disebabkan keseksiannya....hahaha
 
Ronda-ronda kotaraya
 
Masa untuk memanjakan perut...
 
dapat makan senyap je ye...
Semoga Allah menyediakan ruang untuk kami sekeluarga bersama-sama di Jannah nanti.... aminnnn...