Friday, July 4, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Harapnya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamatMenyambut Ramadhan kepada semua....

Mohon di maafkan segala salah dan silap....

SELAMAT BERPUASA....  SEMOGA BEROLEH PENGAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH... AMINNNN

Thursday, June 12, 2014

Pemimpin 360 Darjah: Memimpin Ke Atas

Asalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan rahmatNya kita dapat lagi bertemu di sini....

Hari ni nak berkongsi ilmu yang diperoleh semasa Perhimpunan Bulanan di pejabat pada 10 Jun 2014 yang lalu....

Tajuknya Pemimpin 360 Darjah. 

Dalam tajuk Pemimpin 360 Darjah terdapat beberapa tajuk kecil iaitu : Memimpin ke Atas, Memimpin ke Bawah dan Memimpin ke samping...

Untuk kali ini, perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Dr Jamil bin Adimin, Ketua Eksekutif  Majlis Peperiksaan Malaysia menekankan tajuk Memimpin ke Atas...

Terdapat 9 prinsip memimpin ke atas iaitu:

1.  Pimpin diri sendiri dengan baik
2.  Ringankan beban bos
3.  Sanggup lalukan kerja yang orang lain tidak mahu lakukan
4.  Jangan urus sahaja, pimpin.
5.  Memupuk hubungan serasi.
6.  Sentiasa bersedia semasa berdepan dengan orang atasan
7.  Tahu bila perlu mendesak dan bila perlu mengalah
8.  Menjadi orang harapan
9.  Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Prinsip pertama: Untuk memastikan kita dapat memimpin diri sendiri dengan baik maka kita perlu untuk menguruskan:
1.  Emosi
2.  masa
3.  keutamaan
4. tenaga
5.  fikiran
6.  ucapan
7.  kehidupan peribadi

Prinsip kedua: Ringankan beban Bos pula,
Pertama: Bagaimana kita membantu bos untuk membantu diri kita?
1.  Buktikan bahawa kita adalah pemain berpasukan (teamwork)
2.Tunjukkan rasa terima kasih kerana berada dalam pasukan
3. Jadikan diri kita sebahagian daripada yang besar
4.  Tonjolkan peranan kita
5. Tingkatkan nilai dan pengaruh kita

Kedua: bagaimana membantu Bos meringankan bebannya?
1.  Sempurnakan dahulu kerja kita dengan baik
2.  Apabila jumpa masalah, cari penyelesaian
3.  Beritahu bos perkara yang dia perlu tahu, bukan perkara yang dia mahu tahu
4.  Jalan lebih sedikit (bekerja lebih sedikit)
5.  Pertahankan bos apabila ada peluang
6.  Ambil tempatnya apabila diperlukan sahaja
7.  Tanya bagaimana kita dapat membantunya

Prinsip ketiga: Sanggup lakukan kerja yang orang lain tidak mahu lakukan.
1.  Lakukan tugas yang sukar
2.  Bayar harga yang sewajarnya
3.  Bekerja tanpa diketahuui orang lain
4.  Berjaya mengurus orang cerewet
5.  Sanggup mengambil risiko
6.  Berani mengaku salah tanpa dolak dalik
7.  Lakukan lebih daripada yang diharapkan
8.  Orang pertama menghulur bantuan
9.  Lakukan kerja yang bukan kerja kita
10.Bertanggungjawab atas tanggungjawab orang lain

Prinsip keempat: Jangan urus sahaja, Pimpin!
Kebanyakan daripada kita hany pandai mengurus sahaja tanpa memberik tunjuk ajar atau memimpin. Kita harus cuba memimpin dan jadi pemimpin kerana:
1.  Pemimpin berfikir jangka panjang
2.  Pemimpin nampak gambaran yang lebih jelas
3.  Pemimpin meluaskan kawasannya
4. Pemimpin mengutamakan perkara tersirat
5.  Pemimpin belajar bergantung pada gerak hati
6.  Pemimpin memberi kuasa kepada orang lain
7.  Pemimpin melhat dirinya sebagai agen perubahan

Prinsip kelima: Memupuk hubungan yang serasi
Memang sukar untuk memupuk hubungan serasi namun kita harus berusaha dan mencuba. Mungkin cara-cara di bawah ini dapat memupuk hubungan serasi kita dengan Ketua kita.
1.  Periksa nadi ketua
2.  ketahui keutamaannya
3.  Raikan minatnya
4.  Sokong visinya
5.  Kaitkan minatnya dengan minat anda
6.  Fahami personalitinya
7.  Dapatkan kepercayaannya
8.  Belajar bekerjasama dengan kelemahannya
9.  Hormati keluarganya

Prinsip keenam:  Sentiasa bersedia semasa berdepan dengan bos.
Sememangnya sebagai orang bawahan akan sentiasa gelabah bila berdepan dengan bos. Tambahan pula jika bos garang. jadi mari kita semak tips untuk prinsip keenam ini:
1.  Melabur sebanyak 10 kali ganda
2.  Jangan biarkan ketua berfikir untuk kita
3.  Sentiasa bawa sesuatu ke meja
4.  Apabila diminta bercakap, jangan temberang
5.  Pelajari bahasa badannya
6.  Bincang perkara pokok
7.  Beri pulangan kepada pelaburan bos

Prinsip ketujuh:  Tahu bila perlu mendesak dan bila perlu mengalah.

Bila perlu mendesak?
1.  Apabila anda tahu yang dia tidak tahu tetapi perlu tahu
2.  Apabila masa sudah suntuk
3.  Apabila tanggungjawab anda dalam bahaya
4.  Apabila hendak membantu bos anda untuk menang

Bila pula perlu mengalah?
1.  Apabila anda hendak mempromosikan agenda peribadi
2.  Apabila anda sudah menjelaskan pandangan anda
3.  Apabila semua orang terpaksa mengambil risiko kecuali anda
4.  Apabila persekitaran anda berkata "tidak"
5.  Apabila masa itu sesuai hanya untuk anda
6.   Apabila permintaan anda melampaui batas perhubungan

Prinsip kelapan: Menjadi orang harapan.
Orang harapan ialah orang yang:
1.  Dapat menyiapkan kerja dalam keadaan tertekan
2.  Dapat menyiapkan kerja walaupun dengan sumber yang sedikit
3.  Memberi hasil walaupun momentum rendah
4.  Memberi hasil apabila beban menjadi lebih berat
5.  Memberi hasil semasa bos tiada
6.  Memberi hasil pada masa terhad

Dan Prinsip ke sembilan: Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Kita seringkali mendengar atau terbaca kata-kata ini. Mari kita fahami dan hayati maksud prinsip ke sembilan ini:
1.  Semakin kita hebat, semakin ramai orang dengar cakap kita
2.  Semakin kita baik, semakin tinggi nilai kita
3.  Semakin kita bagus, semakin cerah potensi kita
      - Perbaiki kemahiran kita hari ini
      - Bercakap berkenaan kemahiran hari ini
      - Amalkan kemahiran hari ini

Menyerap ilmu yang baik untuk perbaiki diri.... semoga segala ilmu kurniaan Allah ini mampu digunakan sebaik yang mungkin dalam mengharungi kehidupan ini....InsyaAllah.

Wednesday, June 4, 2014

Gelagat Cuti Sekolah....

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah dilimpahi kesihatan dan kasih sayang dari Allah...

Menikmati cuti persekolahan yang penuh warna-warni kehidupan.... Terima kasih Ya Allah kerana memberi ruang dan peluang atas setiap keriangan dan kegembiraan hidup ini...

Jom layan....sedikit warna kebahagiaan....

Gembira bersama...
 
Semoga kebahagiaan ini kekal selamanya...
 
Bersama Bonda tercinta... semoga dilimpahi kebahagiaan dan kesejahteraan oleh Allah...
 
Budak lasak
bersantai di pantai

 


SubhanAllah... Indahnya ciptaanMu Ya Allah....

 
Gembira dapat main pasir...
 
Jom pilih... apa mau makan...
 
nak Vrooom dengan aunty...
 
Alhamdulillah dengan segala rezeki pemberian Allah...
 
tenang dan nyaman... anugerah Allah
 
Masa untuk manjakan diri anda...hahaha
 
Cubaan membebaskan diri... Ohhh Budak lasak ....hahaha
 

Sebab kunci tak berjaya dibuka jadi terpaksa guna penyapu terbang.....hahaha
 
ahli rombongan ziarah pesakit

gambar pesakit takleh masuk di sini disebabkan keseksiannya....hahaha
 
Ronda-ronda kotaraya
 
Masa untuk memanjakan perut...
 
dapat makan senyap je ye...
Semoga Allah menyediakan ruang untuk kami sekeluarga bersama-sama di Jannah nanti.... aminnnn...

Saturday, May 24, 2014

Kenduri sakan....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menghirup udara segar milikNya... Semoga kawan-kawan semua sihat sejahtera dan dilimpahi Rahmat Allah.

Setelah 2 minggu majlis berlalu baru hari ini berpeluang dan mempunyai ruang senggang untuk menjengah di sini...

Kali ini majlis yang dihadiri merupakan majlis walimatulurus anak Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Y Bhg Dr Jamil bin Adimin dan pasangannya Puan Hajah Saadah binti Bahrudin... Dalam erti kata lain nya... Kenduri kawin anak bos saya.... 

Jadiiiiiii.... Sebagai Pembantu Khas kena la membantu sekadar termampu.... Bukan tolong apa pun.... Sekadar membantu bagi door gift je.... Kekekeke

Kerana kami (saya, Pn Mazlina, Aspazura dan Zuraida) berada di situ.... jadi nya agak kecoh dan bergegar rumah kenduri.... Ampun bos kerana gegaran yg berlebihan.... Hahaha

Jom tengok sikit apa yang terjadi...

Inilah door gift nya...
 
Terkejut pegawai-pegawai ni bila diserbu tukang bagi door gift yang tiba-tiba jadi penyambut tamu....hahaha
 
Kami la tukang kecoh itu...hehehe
 
Bergambar kenangan bersama tuan kenduri

Pantang nampak kamera je berposing...dari pagi sampai petang itu ler keje nya....hmmm
Hero dan Heroin dalam ini story.... Tuan empunya Majlis....
Terima kasih Y Bhg Dr atas jemputan... Terima kasih kerana mempercayai kitorang yang kecoh ini untuk tugasan tersebut. Terima kasih atas layanan baik Y Bhg Dr sekeluarga... 

Monday, May 5, 2014

Photo Booth & Candy Buffet

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi menghirup udara segar hari ini.... Semoga dilimpahi juga kesihatan yang baik dan rezeki yang diberkati kepada kita semua... InsyaAllah... Aminn

Kisah tercetusnya idea untuk mencuba buat projek photo booth dan candy buffet ini adalah ilham dari kawan-kawan... Kawan-kawan yang kreatif telah melakukan percubaan pertama ketika acara 'jumble sale' anjuran Puspanita MPM pada 25 April 2014.

Kemudian nya seorang kawan telah berminat untuk menempah photo booth dan candy buffet kami bertiga untuk satu majlis perkahwinan anak sahabat karib nya.... 

Berdebar-debar tidak terkata... Mana tidak nya, pengalaman pertama untuk mengadakan projek ini dengan lebih besar dan modal yang lebih besar dari sebelum nya...

Dan.... Ini lah hasil nya.... 

#zulhaniwedding @ Dewan Cindai Pusat Kraf, Rawang pada 3 Mei 2014....

Photo booth Conner 

Sebahagian props yang ada...

Dalam proses pembikinan...


Candy buffet... Sebahagian yang ada...

With our 'manager'...

Gembira dapat bersama mewarnai majlis

Team mate...

Sebelum acara bermula...

Syukur Alhamdulillah setelah selesai tugasan yang diberikan dan mendapat sambutan yang amat memberansangkan dari tuan empunya kenduri, pengantin, keluarga pengantin, sahabat-sahabat pengantin, dan semua yang hadir pada majlis tersebut....

Terima kasih kepada Puan Mazlina kerana telah mberi kepercayaan kepada kami untuk merealisasikan projek ini... 

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan  lagi di masa akan datang.... InsyaAllah...

Terima kasih semua...

Sunday, April 13, 2014

Meet my new boss...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama lagi.... Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelum nya... InsyaAllah.

Sebenarnya dah seminggu saya menerima bos baru... Belum pernah kenal jadi berdebar-debar sangat.... Jangan la garang... Jangan la garang... Jangan la garang.... Aminnnn.

Bos baru register pada 7 April 2014.... Sedikit taklimat.... Bawa jalan-jalan setiap bahagian dan terus mesyuarat dengan ketua-ketua bahagian.... Woww.


Serahan tugas daripada Timbalan Ketua Eksekutif 1 yang telah menjalankan tugas Ketua Eksekutif selama 11 bulan kepada Ketua Eksekutif baru MPM... Dr Jamil bin Adimin....

Hari-hari seterusnya... Ketua Eksekutif pun menjalankan tugas.... Dengan jadual yang dah penuh padat untuk bulan ni..... Setiap hari Mesyuarat... Mesyuarat... Mesyuarat.... Sian bos saya...


Selamat bertugas boss.... Semoga gembira bertugas di MPM.... Semoga MPM akan lebih maju jaya lagi dan lagi dan lagi.... InsyaAllah.

Thursday, March 20, 2014

Sekitar Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2013 dan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2013

Assalamualaikum.....

Semoga sahabat semua sihat dan sejahtera pada hari ini dan hari-hari seterusnya....InsyaAllah...

Syukur Alhamdulillah atas limpah kurniaNya dapat kita bersama lagi dihari yang indah ini.....

Sepanjang minggu ini di Majlis Peperiksaan Malaysia agak sibuk kerana semua staf bertungkus-lumus bagi menjayakan Majlis Pengumuman STPM 2013 dan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM dan MUET 2013 yang berlangsung pada 19 Mac 2014 di Dewan MPM.


Alhamdulillah, dengan izinNya, majlis tersebut telah pun berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

Sidang Akhbar Pengumuman Keputusan STPM 2013 oleh Dato' Dr Mohd Noh bin Dalimin, Pengerusi MPM (Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

STPM 2013 merupakan peperiksaan STPM baharu yang pertama kali dilaksanakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia setelah kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Januari 2012. Calon STPM 2013 ini merupakan calon kohort pertama bagi sistem pentaksiran baharu STPM (Modular).  Bagi STPM 2013, seramai 58,402 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berbanding 54,645 pada tahun 2012.

Pada dasarnya, keputusan STPM 2013 tidak boleh dibandingkan secara khusus dengan keputusn STPM 2012 kerana formatnya berbeza. Namun, secara umumnya, prestasi calon STPM 2013 adalah lebih baik berbanding dengan prestasi calon STPM 2012. Pencapaian calon keseluruhan boleh dilihat daripada 2 aspek. Pertama, dari segi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dan kedua, dari segi kelulusan peringkat prinsipal.

Keratan Akhbar Berita Harian 20 Mac 2014
Pada tahun ini, MPM julung-julung kalinya memberikan anugerah khas kepada sebuah sekolah kerana telah muncul sebagai sekolah cemerlang dengan prestasi terbaik di tempat pertma enam tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 mengatasi sekolah lain. Sekolah yang dimaksudkan ialah KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG. Sebagai menghargai pencapaian cemerlang sekolah ini, MPM memberikan ganjaran wang RM1000, sijil penghargaan dan sebuah plak kepada sekolah ini.

Beh Keng Hau, Edmund Foo Sze Kai, Mohamad Fairus Azmi, Debbie Lim Huey Chih dan Nurul Syuhadah Yakath Ali
 
Sebagai menghargai pencapaian cemerlang kesemua calon dalam kesemua kategori pelajar cemerlang, MPM memberikan ganjaran wang RM1000, sijil penghargaan, dan sebuah plak kepada setiap pelajar.

Dalam peperiksaan STPM 2013, terdapat seorang calon yang mencapai gred A dalam ke semua kertas dalam 5 mata pelajaran yang diambil. Calon ini diberikan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2013. Calon yang dimaksudkan ialah Beh Keng Hau dari SMK Horley Methodist, Teluk Intan.

MPM juga memberikan ganjaran khas kepada 3 calon istimewa yang cemerlang dalam STPM 2013 sebagai menghargai usaha mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Tiga calon istimewa tersebut adalah:

1)  Mohamad Fairus bin Azmi (SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar) -  Kategori Buta
2)  Debbie Lim Huey Chih (SMK Sultan Ismail, Johor Bahru) -  Kategori Rabun
3)  Yow Chun Hong (SMK Victoria, Kuala Lumpur) -  Kategori Spastik

Mohamad Fairuz Azmi sedang membaca keputusan STPM dari sijil cetakan braille
Selain daripada itu, seorang pelajar terbaik dari luar bandar yang mendapat keputusan 4A telah dikenal pasti dan diberikan ganjaran yang sama. Pelajar tersebut adalah Nurul Syuhadah binti Yakath Ali dari SMK Kuala Ketil, Kedah.

Dalam majlis yang sama, MPM juga telah mengurniakan anugerah pelajar terbaik MUET bagi sesi Julai 2013 dan November 2013. Bagi MUET sesi Julai, Serena Marissa Karnail (calon Persendirian) telah mendapat Band 6 dan bagi MUET sesi November 2013 pula Edmund Foo Sze kai dari SMK Dato' Amar Diraja, Muar mendapat Band 6 dan dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang MUET tahun 2013. Mereka juga telah menerima wang RM1000, sijil penghargaan dan sebuah plak.


Tahniah kepada semua yang berjaya. Semoga kejayaan anda semua menjadi pembakar semangat kepada calon-calon lain yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Antara Barisan AJK yang terlibat.... ramai lagi sebenar nya tapi tak jumpa cari....hehehe

Saya mewakili AJK Protokol, AJK Jamuan dan AJK Hiasan Dewan mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar dan sekolah cemerlang STPM dan MUET 2013....

Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Kami memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Semoga bertemu lagi...InsyaAllah...