~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.
Sepanjang kita hidup dan bernafas di atas bumi Allah ini, adakah kita mengenali siapa diri kita? Rasanya semua tahu dan kenal diri sendiri…kita tahu nama kita… kita kenal muka kita… dan segala benda yang kita miliki yang mencerminkan diri kita….. tapi adakah apa yang kita tahu itu menandakan kita tahu dan kenal akan diri kita….
Apa yang saya maksudkan ialah…. Benarkah kita mengenali diri kita…?? Bukan sekadar mengenali nama yang diberikan kepada kita…. Juga bukan paras rupa ini milik kita….. bukan juga kenali diri daripada barang2 kepunyaan kita….. tapi mengenali diri yang saya maksudkan adalah mengetahui tujuan kita diciptakan dibumi Allah ini…. Tanggungjawab kita di muka bumi Allah yang indah ini….. Sebagai apa…?? Adakah sekadar perhiasan di dunia ini atau bagaimana…??
Di bawah ini ada jawapan yang baik untuk soalan tersebut… ditambah dengan rangkuman jawapan oleh para ustaz dan ustazah daripada majlis ilmu yang dihadiri dan ditonton di televisyen…..
Kenapa bertanyakan soalan tersebut ….?? Bukan disebabkan bekerja di Bahagian Peperiksaan jadi suka la menyoal orang….. Bukan itu sebabnya….. Tapi disebabkan ayat ini “jalan untuk mengenal Allah ialah melalui “mengenal diri”.. Siapa yang mengenal dirinya akan mengenal TuhanNya. Hanya dengan kita kenal siapa diri kita yang sebenarnya…maka kembalilah kita pada Allah, Tuhan yang menciptakan kita….
Bak kata pepatah Tak kenal maka tak cinta. Ramai diantara kita yang mengaku mengenali diri nya…. Tapi masih lagi bongkak, berlagak, ego, takbur dan berbagai2 sikap negatif yang dimiliki olehnya. Kata ustazah, sekiranya kita benar-benar mengenali diri, tentu kita akan merendah diri, berbuat baik, bersopan santun dan memiliki segala sifat positif dalam diri….. Kerana apa yang ada pada kita hari ini bukan milik kita… tapi hanya lah sebagai pinjaman semata-mata….
Tuan empunya segalanya ini adalah ALLAH….. Ramai orang mengaku mengenal Allah, tapi mereka tidak cinta kepada Allah. Buktinya, mereka banyak melanggar perintah dan larangan Allah. Sebabnya, ternyata mereka tidak mengenal Allah dengan sebenarnya….
Tuan empunya segalanya ini adalah ALLAH….. Ramai orang mengaku mengenal Allah, tapi mereka tidak cinta kepada Allah. Buktinya, mereka banyak melanggar perintah dan larangan Allah. Sebabnya, ternyata mereka tidak mengenal Allah dengan sebenarnya….
Persoalan bagaimana mengenal Allah bukan sesuatu yang asing. Bahkan mungkin ada yang mengatakan untuk apa hal yang demikian itu dipersoalkan? Bukankah kita semua telah mengetahui dan mengenal pencipta kita? Bukankah kita telah mengakui semua itu?
Kalau mengenal Allah hanya ketika mengunjungi masjid, di majlis zikir, atau di majlis ilmu atau mengenal-Nya ketika tersandung batu, ketika mendengar kematian, atau ketika mendapatkan musibah dan mendapatkan kesenangan, adakah itu sudah memadai…..
Yang dimaksud dalam persoalan tersebut ialah mengenal Allah yang akan membuahkan rasa takut kepada-Nya, tawakal, berharap, menggantungkan diri, dan ketundukan hanya kepada-Nya. Sehingga kita mampu mewujudkan segala bentuk ketaatan dan menjauhi segala apa yang dilarang oleh-Nya. Yang akan mententeramkan hati ketika orang-orang mengalami gundah-gulana dalam hidup, mendapatkan rasa aman ketika orang-orang dirundung rasa takut dan akan berani menghadapi segala macam permasalahan hidup.
Kalau mengenal Allah hanya ketika mengunjungi masjid, di majlis zikir, atau di majlis ilmu atau mengenal-Nya ketika tersandung batu, ketika mendengar kematian, atau ketika mendapatkan musibah dan mendapatkan kesenangan, adakah itu sudah memadai…..
Yang dimaksud dalam persoalan tersebut ialah mengenal Allah yang akan membuahkan rasa takut kepada-Nya, tawakal, berharap, menggantungkan diri, dan ketundukan hanya kepada-Nya. Sehingga kita mampu mewujudkan segala bentuk ketaatan dan menjauhi segala apa yang dilarang oleh-Nya. Yang akan mententeramkan hati ketika orang-orang mengalami gundah-gulana dalam hidup, mendapatkan rasa aman ketika orang-orang dirundung rasa takut dan akan berani menghadapi segala macam permasalahan hidup.
Apabila telah mengenal diri sendiri dan mengenal penciptanya, kita juga dianjurkan untuk memperbaiki diri…. Memperbaiki diri bermula dari sekeping hati…. Apabila baik sekeping hati ini akan baik lah keseluruhan jiwa yang berada di bawah naungannya…..
Bercerita soal hati….teringat pula bicarawara yang ditayangkan di astro oasis lama dulu…. Rawat Hatinya (tak ingat pula sambungannya tu…panjang tajuknya…) oleh ustaz Aagim …… Ustaz Aagim ada mengatakan bahawa “yang bahaya pada hidup kita bukan lah orang lain di sekeliling kita, tetapi diri kita sendiri….”
Kita seringkali berusaha untuk mengubat sakit tak kira la apa jua jenis kesakitan dan siapa yang sakit…..Mungkin juga mengubati kerosakan rambut, baju dan pelbagai lagi kesakitan dan kesusahan diri…..
Tapi pernahkah kita terfikir untuk merawat dan mengubati hati kita ?
Mungkin kita tak pernah terfikir untuk memikirkan perkara sebegini kan….?? Boleh ke kita merawat dan mengubati hati ni….. ?? Mesti lah susah dan payahnya nak memikirkannya apatah lagi melakukannya….
Mungkin kita tak pernah terfikir untuk memikirkan perkara sebegini kan….?? Boleh ke kita merawat dan mengubati hati ni….. ?? Mesti lah susah dan payahnya nak memikirkannya apatah lagi melakukannya….
Mungkin kerana hati itu tidak dirawat dan diubati sebaiknya… muncul permasalahan yang pelbagai seperti …… tidak punya sahabat yang dipercayai….isteri yang tak bahagia dengan suami dan sebaliknya…..Ada anak-anak yang tak menurut kata ibubapa…. Dan berkasar dengan ibu bapa…..Ada juga ibubapa yang tidak meredhai anak-anak…. Nauzubillah….
Hati yang berpenyakit ini juga boleh mendatangkan rasa takbur, ego, pentingkan diri sendiri, bongkak, emosional dan pelbagai lagi penyakit hati. Apabila hati ini terbiar kotor dan berpenyakit, ia juga boleh menyebabkan pemilik hati tersebut menjadi semakin tenggelam dalam kekotoran dan penyakit nya itu…. Lebih buruk lagi apabila hatinya dibiarkan mati …. Hati yang mati tidak akan dapat menentukan baik dan buruk sesuatu perkara dan hanya bertindak berlandaskan nafsu semata.
Mengikut kata Ustaz Aagim lagi…. Hati kita ini perlu dijaga, diasuh dan dirawat selalu agar tidak tersesat dan berpenyakit…. Pabila tidak terjaga itulah muncul nya hasad dengki, iri hati, perasaan menunjuk-nunjuk dan sebagainya…..
Bila Hati bersih barulah amalan yang dilakukan kusyuk…. Tapi jika hati penuh dengan kotoran…. Segala amalan yang dilakukan lebih bersifat menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas walau dengan sesiapa pun…..contohnya, menunaikan solat tapi dalam hati masih lagi mahu dipuji manusia… hati pemilik itu masih belum lagi bersih…. Masih belum terpelihara dengan sebaiknya….
Apabila hati sudah dibersihkan dan dirawat dengan sebaiknya…. Hati menjadi sihat… pemilik hati yang sihat ini tidak akan sekali-kali mengikut kata hati tanpa berfikir kebaikan terhadap tindakannya….. Pemilik hati yang sihat selalunya membuat tindakan yang baik bersesuaian dengan ajaran agama…. bersesuaian dengan kehendak dan perintah tuanNya…
Untuk mengekalkan kesihatan hati….kita dianjurkan untuk mendekatkan diri kepada ajaran agama… mendekatkan diri dengan Allah melalui Al-Quran dan sunnah…. Memperbanyakkan zikir, memperhebatkan ilmu agama (melalui ceramah agama, majlis-majlis ilmu dll)….dan berbuat kebaikan dan kebajikan…..
Salah satu ilmu baru yang saya peroleh ialah ketika menuntut ilmu harus senyum dan bersyukur kepada Allah…. Bersyukur kerana tak semua orang ditakdirkan Allah memiliki ilmu yang kita peroleh itu…… Tapi kenapa mesti senyum…?? Hmmmmm…..Kata seorang ustaz, ilmu takut nak dekat orang yang bermasam muka…(mungkin juga…serius dan garang je muka, ilmu takut nak dekat katanya)…hehehe…..Tapi jangan terlebih suka (ketawa) ketika menuntut ilmu…. Ilmu akan lari dan hati cepat mati….
Apabila kita dah punya ilmu… Ilmu tersebut haruslah diamalkan… Jangan diabaikan ilmu yang diperoleh agar ilmu itu menjadi teman kita…sekiranya diabaikan ia dibimbangi akan meninggalkan kita….... suatu ilmu akan menjadi lebih hebat kiranya ia menjadi amalan….. Sebagai contoh…. Apa ertinya tahu solat kalau tidak solat ? Maka sia-sia saja la ilmu yang kita ada tanpa diamalkan…. Sekiranya diamalkan dari hanya tahu solat sekadar memenuhi tanggungjawab kepada PenciptaNya mungkin mampu merubah kepada solat yang kusyuk….. Tentu lebih baik kan….
Sebanyak mana pun kita beramal…. Kita juga harus ikhlas terhadap setiap amalan kita….. Jangan kita berharap akan sesuatu kebaikan dan balasan daripada sesama makhluk… serahkan semuanya kerana Allah….. tidak perlu penilaian manusia…serahkan kepada Allah swt untuk menilai setiap amalan kita…. InsyaAllah bersih hati kita….
Semoga kita mampu mengenali diri dan mengendali hati kita menuju kebahagiaan yang Abadi….. Jom kita sama-sama KENALI DIRI, KENDALI HATI….. Semoga mendapat manfaat….
Sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan dimana-mana, saya mohon anda semua supaya dapat memperbetulkannya…. Semoga dapat berkongsi ilmu yang baik dengan anda semua….
5 comments:
Salam perkenalan..
Kenali diri, kendali hati..insyaallah kita akan melalui jalan hidup yang diberkati..
Dalam perkenalan & Terima kasih Niey Muhaini...
Semoga kita semua dapat kenali diri dan kendali hati dengan sebaiknya... semoga diberkati olehNya...InsyaAllah
Jom...kenalilah diri saya dan anda
salam kenal..saya melur
Salam perkenalan akak Melur ku sayang.... terima kasih kerana sudi berkenalan dengan saya....
Semoga kita mengenali diri sendiri sebaik mungkin supaya dapat mengenali Allah dengan lebih baik di samping mengenali rakan2 lain yang terbaik juga....
Alhamdulilla rasa syukur yg amt sgt kpd Allah sw yg memberikan taufiq n hidayahnya terutama sekali kpd anak-anak muda, dimana kebaykkannya sedang hanyut dibawa arus kehidupan duniawi yg mencabar.
Kenal diri secara umunya setahu sy bermaksud kenal makhluk, disebaliknya ialh khaliq iaitu yg mencipta makhluk, mengenal khaliq bermula daripada mengtahui ciri-ciri atau sifatNya yg Maha Esa, kalau kita belajar apa yg diwajibkan dari sudut aqidah pegangan yg betul menurut ASWJ seperti sifat Nafsiah atau Zatiah, sifat Salbiah, sifat Maani n Maanawiah yg wajib bagi Allah swt, insyaAllah pada dasarnya kita akan mencapai ilmu yaqin. Apabila kita beribadat insyaAllah sekalian ibadat kita akan diterima krn sisanalah punca keikhlasan seseorang dlm beribadat, dgn makna setiap ibadat yg kita lakukan itu mmg krn Allah tuhan yg sebenar.
Untuk mengtahui lebih lanjut berhubung makrifat para Ambia, Aulia n org yg dikurniakan
keikhlasan hati dlm beribadat cari kita USUL AL-TAHQIQ krn didalamnya mengandungi ilmu farhu ain. Lebih jauh dari itu mengadaplah guru yg pada hatinya tdk ternampak sifat mazmumah atau yg dicela.....AllahuAkbar.
Post a Comment