~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini nak kongsi sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkursus di Pulau Pinang digabungkan dengan hasil bacaan Majalah NUR (Edisi Khas Kerjaya).
Pernahkah anda rasa tiba-tiba tidak bermaya dan kurang yakin untuk ke tempat kerja? Pelbagai masalah dan tugas yang bertimbun-timbun menjadikan anda bosan untuk bergelar wanita bekerjaya lagi. Hidup umpama tiada erti lagi...(ewahhh ewahhhhh).... Begitu lah rasanya apabila anda kehilangan motivasi diri. Apa yang harus dilakukan?
Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakanlah..."engkau dijadikan Allah bukan untuk berkeluh kesah." Dan kembali lah memotivasikan diri.... Apa yang diperlukan untuk memotivasikan diri? Jom kita semak.... mungkin ia mampu membantu kita....
1. Perbaiki Imej Anda
Ubah penampilan dan cara gaya berjalan sesuai dengan pakaian yang anda pakai. Anda pasti kelihatan berbeza dan tidak membosankan. Tetapi harus diingat jangan tiba-tiba ber"catwalk" pulak di pejabat kerana pejabat bukan lah tempat untuk memperagakan pakaian. Perkemaskan juga wajah anda dengan solekan ringan supaya tidak kelihatan pucat untuk membina keyakinan diri dan bukannya untuk berlakon opera....
2. Lakukan Senaman Ringan
Tubuh yang lemah, lembik dan lembap boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit gerakan tubuh. Tidak perlu melakukan senaman berat atau ke gym, kerana ia akan menyebabkan tubuh anda letih. Keletihan akan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Lakukan senaman ringan yang sesuai di tempat kerja anda. Lakukan juga senaman minda dengan membaca.
3. Senyum
Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood tidak baik, memang agak sukar hendak melakukannya, tetapi ingat, jika anda tersenyum pulangan yang diperoleh juga amat menyenangkan. Hadiahkan senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya kembali. Ibarat bait-bait lagu "Seyum" nyanyian Malique dan Najwa..... "kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali.... Kalau kita senyum, semua orang berjangkit.... Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit..." atau lagu Senyum dulu-dulu tu.... "Senyum kepada semua... senyumanmu amatlah berharga.... senyum membahagiakan ... dengan senyuman terjalinlah ikatan".....hehehehe
4. Berfikiran Positif
Berfikiran posoitif akan membuatkan perkara yang sukar menjadi mudah, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan lebih luas. Fikira-fikiran positif adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif itu, selama itulah ia menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap Tuhan. Dengan berfikiran positif akan melahirkan idea-idea positif. Dari idea-idea positif ini akan melahirkan tindakan-tindakan yang positif juga. Tindakan-tindakan positif selalunya membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.
5. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Runsing dan marah adakalanya disebabkkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Berehatlah secukupnya dan dapatkan tidur yang berkualiti. Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapatkan kesegaran tubuh.
6. Luahkan Pada Seseorang
Di kala anda berada dalam situasi tidak stabil, mungkin anda memerlukan seorang sahabat yang dapat memahami dan sedia menjadi sahabat biar dalam apa keadaan sekalipun. Seorang sahabat yang sendiasa berdiri di sisi anda dengan nasihat-nasihat yang berguna. Pilihlah sahabat yang beriman, baik dan berbudi tinggi kerana ciri-ciri yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.
7. Curahkan di Atas Kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda ke atas sehelai kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun... Kemudian buangkannya ke dalam tong sampah (jangan buang merata-rata, marah pulak orang lain yang nak kena kutip balik nanti) atau bakar dan hanyutkan ke sungai (tak menepati kempen cintai sungai kita la pulakkkkk).... ataupun anda boleh lepaskan geram anda di blog atau tempat lain yang anda fikir dapat meredakan marah anda tersebut.... tapi anda juga dinasihatkan agar menjaga perkataan agar kemarahan anda itu tidak menjadi agen pembakar kemarahan orang lain terhadap anda pula......
8. Bersedia Untuk Berubah
Jangan teragak-agak melakukan perubahan. Jika orang lain boleh berubah mengapa tidak anda...? Apa istimewanya orang lain... Anda juga makhluk Allah SWT yang dikurniakan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu. Kuatkan hati, bulatkan tekad dan oraklah langkah tanpa alasan berkalau-kalau lagi. Lakukan perubahan dengan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya. Kejayaan selalunya berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguhan pula bermula daripada hati yang kuat dan tekad yang padu. Semuanya ini hanya akan menjadi jika benar-benar ada kesediaan untuk melakukan perubahan.
9. Cari Kegemaran Baru
Setiap kegemaran kita ada jangka hayatnya.... mungkin suatu ketika dulu kita gemarkan sukan lasak, mungkin sekarang tidak lagi. Malahan ia berganti dengan matlamat yang lebih membina kecemerlangan diri dan keluarga. Maka apa bila kita mula berasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru yang mempu menceriakan dan memberi ketenangan dalam hidup kita.
10. Bertegaslah
Apabila mengambil sesuatu keputusan, berpegang teguh lah kepada keputusan itu dengan meletakkan kepercayaan anda, insyaAllah anda akan berjaya. Bertegas pada diri bukan bererti anda tidak boleh memanjakan diri sendiri, sesekali anda memang digalakkan untuk memanjakan diri dan menghargai diri sendiri. Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain?
Bertindaklah ke arah kecemerlangan diri dalam kehidupan dan kerjaya anda secepat mungkin. Semoga kita sama-sama berjaya berubah ke arah yang lebih baik di dunia dan akhirat....
4 comments:
tips yang baik..
andaikan kerja kita tu, berprestij.
Mesti kita buat yang terbaik, kan :)
Kak Es, apa pun yg kita lakukan mestilah lakukan yang terbaik.... semoga kita menjadi yang terbaik di sisi Allah....
Menarik...tips yang mantap..patut la Fara jelita begitu kuat dan bersemangat
Kalau nak mantap macam tips tu kena la praktikkan baru ler sesuai... Kuat dan semangat tu anugerah Allah sesiapa pun boleh milikinya... akak Melur lagi kuat dan bersemangat pastinya....
Post a Comment