Assalamualaikum pemula bicara
Hari ini kita berseloka
Meraikan tuan TKE1 kita
Ahmad Tajudin empunya diri
Lemah lembut berbudi tinggi
Rajin bekerja, jarang bercuti
Tentu beliau berdedikasi tinggi
Berlari-lari pergi ke mesyuarat
Masa digunakan penuh hemat
Menjalankan tugas penuh semangat
Tuan memang kami hormat
Melihat orangnya memang tak sangka
Masih segak lagi bergaya
Sukar mendengar beliau bersuara
Kecuali jika ada urusan kerja
Gayanya relaks lagi selamba
Kerja dijalankan pastikan sempurna
Menggantikan KE ke sana sini
Jalankan tugas seikhlas hati
Kredibiliti tinggi terpatri dihati
Membantu MPM ke puncak tertinggi
Tuan TKE1 yang budiman
Kelihatannya tuan sentiasa tenang
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Goresan ini terpaksa di henti
Banyak berkisah makin sedih hati
Melihat tuan meninggalkan kami
Pedih terasa di lubuk hati
Walau pun kita terpisah kini
Jangan dilupakan kami di sini
Pergimu tuan hilanglah seri
Tak dapat diganti dihati kami
Sekian dulu seloka kami
Salah dan silap mohon dimaafi
Kepada tuan yang kami hormati
Semoga hidupmu Allah berkati.
No comments:
Post a Comment