Thursday, July 7, 2011

Sibuknyaaaaa.......

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~
Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah syukurrrr diberi peluang oleh Allah menghirup udara nyaman milikNya.....

Lama tak berkunjung ke blog sendiri apatah lagi blog kawan-kawan kerana kesibukan tugas seharian.... Maafkan saya kiranya ada kawan2 yang terasa... bukan sengaja takmau melawat blog kengkawan.... tapi ruang waktu yang belum selesa.... InsyaAllah bila dah selesa sikit nanti saya menjengah ye....ampunnnn


Almaklumlah, sebagai seorang PA banyak rupanya tugas PA ni....
1.  saya agak sibuk menguruskan bos (sampai kadang-kadang bos kena uruskan diri sendiri...sian dia tau....hehehe), 


2.  sibuk menguruskan pejabat untuk audit 5S (mengemas dari ruang hadapan sampai ler ke stor dan  pantry... ni baru je selesai di check semalam.... nak kena buat penambahbaikan plak lepas ni.....Adoiiiiii...), 


3.  sibuk dengan program Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia (dah selesai pada 2 Julai yang lalu...berlari untuk kesihatan.....),  


4.  sibuk dengan penyediaan video klip untuk majlis persaraan Timbalan Ketua Eksekutif 1 MPM (secara kecil-kecilan, maklumlah bukan pakar bidang tersebut...hura-hara jugak ler idup jadinyer...hehe. Dah abis majlis tersebut nanti saya akan cuba masukkan video hasil kerja saya yang tak seberapa tu kat blog ni ye....hehehe 


5.  tempahan baju T untuk ahli Puspanita MPM (almaklum lah saya juga Setiausaha Puspanita MPM... ni ler jawatan yang dah tiga tahun berturut2 letak jawatan tapi bos bagi jugakkkkkkk.... tolongggggg)


opssss lagi satu sibuk dengan program Lawatan Sambil Belajar ke Vietnam.... yahuuuu.....yang ni saya suka sebab boleh jalan2 tengok negara orang sambil menikmati pemandangan dan mengenali budaya hidup masyarakat setempat di samping dapat tinggal bos plak kat opis... slalu bos je p jenjalan kan...hahahaha.....


Alhamdulillah.... Terima kasih Allah kerana kesibukan kerja-kerja ini membuatkan setiap masa terisi dan tiada lagi masa yang terbuang begitu sahaja.....


Hujung minggu ni pula akan ke Vietnam..... Doakan perjalanan kami semua ye.... Doakan juga segala urusan kami dipermudahkan Allah...InsyaAllah...


Sampai jumpa lagi....

No comments: