Monday, January 9, 2012

Mulakan Harimu dengan Bacaan Yasin...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Bacalah surah Yassin, ia penuh dengan keberkatan…

Semoga kita mampu menjadikan Bacaan Yasin ini satu amalan harian yang mana ianya menjadi permulaan sesuatu hari itu dan semoga diberi keselamatan disamping memohon keberkatan dan rahmat dari  Allah S.W.T...

Hikmah Baca Yassin


RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin ,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi,


"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya:

"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


 
Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu. sesungguhnya Al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikitpun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.

Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.

Barangsiapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.

Barangsiapa membaca Surah Yasin diwaktu pagi maka ia akan berada dalam kegenbiraan hingga petang dan siapa membacanya diwaktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.

Barangsiapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.

 
Sebenarnya, saya ingin berkongsi sedikit kelebihan ayat Surah Yassin. Ini bole dapati daripada Ustazah Fatimah Az-zahra, dalam satu CDnya. Surah Yassin ini sungguh hebat. Allah turunkan buat kita amalkan. Satu ayat yang boleh dikatakan powerful,


Pesanan ustazah, amalkan bangun tengah malam, ambil air, baca ayat ini 100kali dengan al-fatihah dan ayat kursiy. InsyaAllah dimakbulkan doa. Cuba lah…

KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA AZ-ZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang
Ayat 1 - 9 - 
Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - 
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Ayat 12 - 
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - 
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - 
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - 
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - 
Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

Ayat 33 - 35 - 
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuktanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 - 
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi
sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca
dan berdoa.Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - 
Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - 
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - 
Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - 
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - 
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - 
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - 
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - 
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
*Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
*Tiupan 11 - Hancur
*Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 - 
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 - 
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - 
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - 
Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - 
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.

Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata, Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan
Dr Fatimah berikan ayat ini. Ayat 78 bermula dengan Qala.

79. Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya> pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat
Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang
bacaan tsbt sehingga 40 hari.

Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut
Baca pada air (100x)
Dan berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat ygdihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.(ulang al
fatihah 3x dan sebut hajat setiap habis alfatihah)
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
* Yasin is the jantung of Al-Quran
* Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
* Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
* Child is sick
* Feeling troubled.
* Memudahkan urusan
* Memudahkan perjalanan
* As selusoh (to ease pain when giving birth)
* Read Yasin 3x over water
* Read 3 Qul (three times each)
* Fatihah
* Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran 10x
* Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 * Wajaalna***
* Lindungi rumah dari pencuri * baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.
* Lindungi diri dari dianiaya
* Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

* Baca Ayat 9
* Fatihah
* Read 3 Qul (three times each)
* Ayat Kursi

Ayat 29* In kanat illa*
* Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36* subhanallazi
* Untuk cari jodoh
* Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
* Ya Wadud (3x)

Ayat 58 * Salamun*
* Jika sakit anggota
* Tak tenang hati
* Baca 7 x dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 * Falayahzun**
* Bila rasa sedih
* Untuk menenangkan hati
* Gosok jantung sambil baca

Ayat 78/79 (dari Yuhyil Wahiya ramin*
* Tulang patah
* Sakit sendi
* Sakit lutut

Ayat 82* Innama amruhu*
* Jika mandul
* Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method
* Sembahyang tahjud
* Sembahyang hajat
* Doa minta hajat
* Baca ayat 100 x dengan yakin
* Amalkan 41 malam

Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
* Seperti di atas
* Bila baca ayat, tiup dalam air
* Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/minum benda lain
* Doa sambil minum
* Untuk 41 pagi

Wallahualam.
yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan ..innamal
aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:

*Ilmu Pertanian
*Ilmu Falak
*Ilmu Laut
*Ilmu Kiamat
*Ilmu Ciptaan Manusia
*Ilmu Binatang
*Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak
mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12)

Sebab kenapa kita perlu baca agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok lusa kita akan menyusul jua Soalan di Padang Masyar

Seelok2nya bila dah tahu kena lakukan... 

Jadi... apa tunggu lagi... jom kita mulakan bacaan Yasin sesudah subuh setiap hari.... Semoga diberkati Allah.....

Selamat beramal....

14 comments:

Ibu Qisha said...

as salam....ada seorg kawan yg kehilangan suami tahun lepas, bila kak tila tanya apa rahsia dia nampak tenang...dia kata rahsianya dia baca yaasin setiap pagi lepas subuh...dan masa dhuha....kak tila cuba amalkan..dan alhamdulillah..rasa tenang .... mmg byk fadhilatnya surah yaasin ni...

Ibu Qisha said...

kak tila share kat FB ye ... tengkiu :)

Faradilla Rashid said...

Salam Kak Thyla.... Alhamdulillah dan terima kasih atas kesudian Kak Thyla berkongsi entri ni di FB...

Memang amalan bacaan Yasin selepas subuh ni banyak memberi ketenangan dan byk lagi fadhilatnya.

Semoga menjadi amalan kita... dan istiqomah hendaknya. Amin.

Anonymous said...

mohon share di fb:) thnks utk perkongsian yg bermakna

Faradilla Rashid said...

silakan... Terima kasih kerana berminat untuk kongsikan di fb...

Anonymous said...

Boleh saya tahu sumber rujukan untuk kelebihan surah yassin nie?

Anonymous said...

mohon share

Faradilla Rashid said...

sumber rujukan saya peroleh daripada artikel KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA AZ-ZAHRAA....

Silakan share sekiranya sudi... ilmu memang untuk disebar luaskan... moga lebih ramai boleh mengamalkannya...

Cik Bayan said...

Assalam...mohon share kat blog saya ye..Jazakallah...

Faradilla Rashid said...

terima kasih kerana sudi share....

murado said...

Cuba buat resesrch ttg makna nya susunan ayat 2 kebesaran nya...

murado said...

Salam ada artikel yg original...appreciate if cn share.

murado said...

Salam ada artikel yg original...appreciate if cn share.

Faradilla Rashid said...

Saya lupa dari mana saya peroleh ketika itu.... saya cuma taipkan kelebihan yasin dan keluar semua artikel berkenaan dengan nya... tapi yg ini menarik hati saya untuk berkongsi di sini....

In Shaa Allah satu hari nanti akan cuba buat research berkenaan semua ayat2 yang terdapat dalam Al-Quran... Moga dipanjangkan umur dan dilapangkan waktu untuk itu.

aamiin