السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Hati ini
terusik… lantas airmata pantas mengalir… bukanlah atas sebab yang terlalu
menyakitkan hati… tiada sesiapa pun yang menyakitkan hati ku ini…. namun
airmata ini sukar berhenti…. Kenapa begini….?? Mana hilangnya “brutal” hamba
Allah ini… mana perginya “keras hati” budak lasak ini… tiba-tiba menangis
tersedu-sedu tanpa disakiti oleh sesiapa pun…. Pelikkkk… Ajaibbbb
Airmata ini
menderu laju hanya kerana seorang insan yang pernah dibantu suatu ketika dahulu
tiba-tiba menghadiahkan sesuatu sebagai upah terhadap pertolongan yang pernah
aku hulurkan…. Walaupun bukan dalam nilaian yang tinggi….Kerana aku faham dan
tau mereka lebih memerlukannya…..
Telah aku
nyatakan berkali-kali… bukan balasan yang aku harapkan… Telah berkali-kali aku
menolaknya… sehingga mengalir airmata bila dia bermatian mengatakan dia dah
berniat dari awal lagi untuk memberikan hadiah tersebut…. Tidak baik menolaknya.... Aduhhhh terasa
sakitnya di hati… kenapa begini….??
Terima kasih kepada tuan empunya gambar... |
Bantuan yang
kuhulurkan itu atas dasar tanggungjawab sesama insan dan sememangnya aku tidak
mengharapkan balasan kerana aku tahu mereka yang ku bantu itu mempunyai kemampuan
yang terhad…
Mungkin atas
dasar ini kah airmata ini tidak mau henti…?? Mungkin disebabkan aku tau mereka
lebih memerlukan … Mungkin disebabkan itu hati ini benar-benar terusik…
Aku tak
perlukan upah atau apa saja hadiah itu, sekadar ucapan terima kasih sudah
memadai.... aku sudah mampu berpuas hati… kerana bantuan yang aku hulurkan itu
membuahkan hasil yang baik kepada insan yang memerlukan… Syukur Alhamdulillah…
Adakah
terasa sakit di hati kerana rasa tercabarrrr…? tercalar? Mereka berpendapatan
rendah tapi masih mampu menghulurkan sesuatu sebagai tanda terima kasih atas
bantuan tersebut…??
Tidak pula
rasa tercabar… Tercalar… mungkin rasa sedikit tercalar di hati agaknya pabila
menerima hadiah sebagai balasan bantuan yang dihulurkan…. kerana itu hati ini terasa sakit
sangatttt….
Lagi pula
bantuan ku itu terlalu kecil… Mana mungkin insan sekecil aku ini mampu
menghulurkan bantuan yang besar…. Jawatan juga hanya kecil-kecil sahaja…
Kerana bantuan
sebenarnya bukan daripada aku… aku hanya perantara sahaja… tapi yang benar-benar memberikan itu ialah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang… Ya Allah…
Apabila
terpaksa dan dipaksa menerima begini…. Hati semakin kecil rasanya… terasa rendahnya
diri ku ini berbanding mereka …. betapa tingginya, mulianya hati dan budi insan-insan
kerdil ini… mereka memerlukan bantuan, tetapi masih mampu menghulurkan sesuatu sebagai
tanda terima kasih kepada orang lain yang lebih mampu dari diri mereka sendiri…
hanya kerana sedikit pertolongan… betapa terserlahnya kehalusan budi mereka ini…
Rupanya hamba Allah
yang luaran nya kasar, dan brutal ini tewas juga akhirnya kepada kelembutan
hati insan sekelilingnya yang lembut jiwa mereka…
Benarlah
bagai dikata… bantuan yang dihulurkan kepada mereka yang memerlukan tidak akan
mengurangkan harta benda dan martabat orang yang menghulurkan bantuan…
Inilah
pengajaran yang disampaikan oleh Allah secara lembutnya… Tanda peringatan daripada Allah kepada hambaNya... Tanda Allah masih menyayangi hambaNya dengan memberi pengajaran dan peringatan... Ya Allah... Aku mohon keampunanMu...
Pelajaran baru dalam diari hidupku... Bantuan yang dihulurkan mampu menyemai kasih sayang sesama insan...
No comments:
Post a Comment