Monday, August 13, 2012

Sedih dengan tiba-tiba....

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Dalam sedar atau tidak... kita kini menghampiri penghujung Ramadhan.... Sedih dan sayu rasa hati ini... 

Dalam kemeriahan rakan-rakan membuat persiapan Aidilfitri, rasa sedih ini berkunjung di hati... Sedih rasanya... hari ini merupakan hari yang ke 24 Ramadhan.... maknanya lagi 5 hari sahaja lagi Ramadhan akan mengundurkan diri.... 

Normal ke tidak aku ni orang lain happy je nak raya tetiba plak rasa sedihhhh.... huhuhu...

Masakan tidak sedih berpisah dengan bulan yang penuh dengan sifat Pemurah dan Penerima Taubat Allah yang berlipat kali gandanya... Masakan tidak sedih berpisah dengan saat di mana bala tentera syaitan dirantai dan digari.... Masakan tidak sedih berpisah dengan saat pintu syurga dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya....Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa khusus untuk melahirkan generasi bertaqwa berasaskan kepada hidayah al-Quran.... Semua ganjaran ini hanya ditawarkan terhad sepanjang Ramadhan sahaja....

Ya Allah... moga dikau terima segala amalanku sepanjang bulan barakah ini... dan semoga aku terus dikurniakan Ramadhan di tahun akan datang....


Saya juga tertarik dengan doa yang dibaca oleh Imam Sudais, yang sewajarnya kita baca di penghujung Ramadhan..... 


اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة
Allahumma ausilna ila Ramadan Karim a’waman adidah.
Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang.

Apa pun semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan ketenangan menghadapi penghujung Ramadhan ini, agar kita dapat melipat gandakan amal ibadah kita.... Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita.....  

2 comments:

bersama kak Es said...

moga Ramadhan kali ini terbaik buat kita . Moga Allah beri lagi peluang untuk Ramadhan akan datang. Salam dari Kak Es.

Faradilla Rashid said...

Amin....

Selamat Hari Raya Kak Es.... Maaf Zahir & Batin... Semoga sentiasa dilimpahi keberkatan Allah hendaknya...