Thursday, November 22, 2012

Kopi Baik Untuk Kesihatan dan Kecantikan...

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Hari ni nak bercerita tentang kopi.... Saya ni kategori penggemar kopi, yang mengalami ketagihan kopi atau pun dipanggil "gila kopi"... erkkk adakahhhh...??

Tetapiiiii... bila saya minum kopi je denyutan jantung saya akan jadi lebih kencang dari biasa.... adakah kerana kecintaan yang lebih terhadap kopi itu menjadikan jantung berdebar-debar bila meminumnya atau kopi itu menyebabkan jantung kita bermasalah... ohhhhh alahaiiiii.... nauzubillah...

Saya suka kopi anda bagaimana suka tak?, kopi baik untuk kesihatan dan kecantikan betul ker jom kita baca bersama2.

 
Kopi? Hmmm... Perkara pertama yang akan terbayang, pasti aromanya yang begitu istimewa sehingga mampu membuatkan setiap pencinta kopi tergila-gilakannya. Kononnya, secangkir kopi panas dikatakan mampu membangkitkan semangat.

Walaubagaimanapun, jangan sangka kelebihan kopi hanya pada haruman serta rasanya sahaja kerana ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Bukan hanya lidah kamu sahaja yang ketagihan dengan cita rasa kopi, kulit juga ingin menikmati khasiat di sebaliknya

Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astringent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.
 


Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan

Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.

Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

Dalam bidang kecantikan pula, rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi. Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.

Bestkan khasiat kopi ni.... apa tunggu lagi... jom kita minum kopi....
 
sumber: yahoo

Wednesday, November 21, 2012

Jadual Pendaftaran dan Tarikh Peperiksaan...


السلامعليكمورحمةاللهتعالىوبركاته    
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...
Alhamdulillah... telah selesainya Ujian MUET tahun 2012 dan telah bermulanya Peperiksaan STPM 2012... Semoga semua calon yang menduduki ujian dan peperiksaan ini telah berusaha sebaik mungkin dan akan mendapat keputusan yang baik hendaknya... In Shaa Allah.
Kepada semua calon yang akan mendaftar untuk menduduki peperiksaan pula, jangan terleka dan terlepas pandang akan tarikh-tarikh penting seperti tarikh pendaftaran peperiksaan agar tidak terlepas peluang menduduki peperiksaan atau pun terpaksa membuat rayuan untuk mendaftar nanti....

Setiap tahun memang ramai yang akan menelefon dan menghantar email serta surat rayuan pendaftaran kerana mereka ini telah terlepas pandang akan tarikh-tarikh penting ini..... Ianya akan menyusahkan diri calon sendiri kerana sekiranya rayuannya tidak diterima maka calon terpaksa menunggu sesi akan datang untuk mendaftar dan mengambil peperiksaan dan menyebabkan peluang ke IPT atau mendapat ijazah terpaksa dilupakan.... Rugi kan....
Jom kita semak jadual Pendaftaran dan Tarikh Ujian MUET dan Peperiksaan STPM untuk tahun 2013.... Supaya kita dapat membuat persediaan dari awal lagi....


Semoga semua calon mendapat keputusan yang terbaik hendaknya.... In Shaa Allah...