Monday, September 21, 2015

Wayang Kulit Kelantan dan Edo Ito Ayatsuri Ningyo (Jepun)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah diberikan ruang dan peluang menikmati satu lagi hasil seni Melayu yang digandingkan bersama seni luar negara... 

19 September 2015....
Wayang Kulit Kelantan dan Edo Ito Ayatsuri Ningyo (Jepun)

Sejarah hidup dilakar dengan satu lagi lakaran seni.... "Seni mampu melembutkan hati".

Poster persembahan


Indah... Menarik... Lucu... 
Dicantum bersama menjadi resepi yang enak untuk penglihatan dan pendengaran. Keselarasan muzik tradisional Melayu yang unik bersama alunan Shamisen iaitu alat muzik tradisional Jepun yang lembut menjadikan ia bertambah indah...

Ketibaan di Kompleks Kraf Jalan Conlay

Pelancong pun minat menyaksikan persembahan wayang Kulit ini..

Mereka juga penghibur...

Inilah wajah Tok Dalang

Peniup nafiri yang hebat...

Bermulanya persembahan

Putera Mahkota dan Pengasuh2...

Puteri Jepun

antara aksi tuan puteri
Wayang Kulit Kelantan menggunakan kawalan gerak tangan dengan karakter yang diperbuat daripada belulang serta cahaya dan bayang di sebalik kelir. Edo Ito Ayatsuri Ningyo pula menampilkan pergerakan manusia dengan menggunakan boneka yang lengkap berbusana tradisional Jepun. Ia dimainkan dengan menggunakan tali halus untuk menggambarkan penceritaannya.

Pertembungan 2 Negara dan 2 Budaya atas pentas yang sama... terbaik

Indahnya alunan muzik dari Jepun ini

Hebat nya dia menggerakkan watak puteri... tahniah
Melalui pementasan ini, penonton akan disajikan dengan penceritaan jalan cerita yang unik berdasarkan kisah Dua Hikayat Seri Rama, yang menemukan watak utama Raden Lakjuna dan Puteri Jepun. Dalam persembahan ini, Wayang Kulit Kelantan disampaikan dalam bahasa Melayu (dengan dialek Kelantan) dan beraksi di sebalik kelir, manakala Edo Ito Ayatsuri Ningyo dimainkan oleh pemain yang didatangkan khas dari Jepun di hadapan kelir dengan menggunakan bahasa Jepun. Gabungan ini akan dipimpin oleh Roslan Harun, Tok Dalang Wayang Kulit Kelantan dari Istana Budaya serta pemain wayang tradisi Jepun, Shiokawa Kyoko

Ia juga menjadi simbol bahawa dua negara ini bukan sahaja terjalin melalui ekonomi, malah juga kukuh dalam aspek seni budaya serta sastera.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Institut Terjemahan Bahasa Malaysia (ITBM) atas kesudian menjemput warga Majlis Peperiksaan Malaysia bagi menyaksikan kehebatan seni yang diterjemahkan di pentas Panggung Sari, Kompleks Kraf Jalan Conlay ini. 


Saturday, September 19, 2015

Farewell kecil-kecilan

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.... Diberikan peluang menikmati keindahan demi keindahan sementara masih bernafas di bumi Allah yang indah ini....

18 September 2015

Kali ini... Kembara ini menjejakkan kaki ke Flora Cafe Ampwalk, Jalan Ampang untuk meraikan persaraan Timbalan Ketua Eksekutif MPM, Cik Toh Kim Eng pada 24 Disember 2015. Hujung tahun sebenarnya tarikh persaraan tu... Tapi disebabkan beliau mempunyai cuti terkumpul lebih 70 hari, jadi beliau akan mula bercuti pada 23 September 2015.

Kesempatan yang ada ni, kami (4 orang PA & 2 org pegawai) nak belanja bos makan-makan secara kecilan ler ni, meraikan persaraan beliau....

Disebabkan semuanya wanita, di hari jumaat yang indah permai, waktu rehat solat jumaat yang panjang, kami memilih Flora Cafe sebagai tempat untuk menambah detik kenangan bersama... 

Dipenuhi bunga Memang la sesuai dengan wanita.... Makanan nya pun sedap... Kami booked lunch untuk 8 orang buffet... Kebetulan memang tengah offer buffet untuk hari Jumaat hanya RM27 sahaja....

Selesai makan, kami bergambar sebagai kenangan di sini....

Bersama yang diraikan, Cik Toh Kim Eng

Senyum sikit...

Cik Toh Kim Eng, Timbalan Ketua Eksekutif 2 MPM


Makan-makan

Bergambar kenangan

K.A.M.I.

dihadapan Flora Cafe
Offer menarik

Belon penuh kereta...

Bila pulak nak datang lagi...?

Entah bila lagi akan ke sini.... Hmmmm

Terima kasih kepada semua yang berusaha merealisasikan acara santai bersama ini. Terima kasih kepada semua atas satu lagi kenangan hidup.

Moga Allah eratkan silaturrahim antara kita hingga ke Jannah. Aamiin.

Thursday, September 17, 2015

Lawatan ke Penjara Kajang

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah diberikan ruang dan peluang untuk menikmati hari-hari indah di bumi bertuah milikNya...

Hari ini, saya meneruskan kembara ini.... mengutip satu lagi pengalaman hidup.... Moga ianya bermanfaat kepada saya dan rakan-rakan juga...

Melawat ke Penjara Wanita Kajang, anjuran PUSPANITA KPM merupakan pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit... 

Seawal pagi dalam rintik hujan dari Bandar Baru Selayang, meredah kesesakan lalulintas ke Putrajaya tidak lah sia-sia... Dari Putrajaya kami bersama-sama menaiki bas yang disediakan menuju ke Penjara Kajang... Perjalanan nya kurang dr 30 minit... Rasa tak sabar nak menimba ilmu dan pengalaman di sana...

Perjalanan dari Putrajaya ke Penjara Kajang

Setibanya di hadapan bangunan bertembok tinggi dihiasi kawad berduri dan diawasi ramai pegawai terlatih... Hati tiba-tiba dipalu rasa bimbang, takut, seram dan bermacam perasaan bercampur baur... Ya Allah bagaimana mereka yang menghuni di dalam nya ini... 

dah sampai...

Pintu Pertama untuk masuk ke Penjara Wanita Kajang

Doa kupanjatkan agar semua ahli rombongan berada dalam kesejahteraan sepanjang acara....

Menjejakkan kaki ke dalam ruang pertama, kami diperiksa agar tidak membawa sebarang peralatan hatta beg duit dan telefon bimbit pun terpaksa ditinggalkan di luar... Cuma masuk membawa diri sahaja... Diberi sedikit taklimat berkenaan apa yg boleh buat dan apa yang dilarang... Sebelum dibawa masuk ke ruang lain pula...

Ruang kedua ini baru lah memasuki Penjara Wanita Kajang... Bersebelahannya menempatkan banduan lelaki bahagian rawatan & pemulihan dadah... Ruang hadapan Penjara Wanita ini terdapat pejabat, tempat dokumentasi & pemeriksaan banduan yang baru dimasukkan ke sini... 

Memasuki satu lagi pagar... Tiba lah kami ke ruang kerja atau dipanggil bengkel kerja... Ruangan pertama menempatkan bengkel Batik... Di sini penghuni di sini diajar menghasilkan batik... Cantik-cantik batik yang dihasilkan di sini dengan kualiti bahan yang baik... Mereka juga sedang menyiapkan batik untuk pertunjukan peragaan Oktober ini kata pegawai tang membawa kami tadi... Hebatkan...?

Di sebelah belakang bengkel ini merupakan dapur bagi penghuni di sini memasak makanan yang akan dimakan oleh mereka dan rakan-rakan mereka di sini... 

Memasuki bangunan 2 tingkat... Kami diminta untuk naik ke tingkat dua untuk ke bengkel jahitan dimana penghuni di sini sedang menjahit pakaian yang ditempah oleh pegawai di situ ataupun orang luar, pakaian yang akan hasilkan untuk dijual kepada pelawat, menjahit manik pada pakaian, menghasilkan sulaman dan semua aktiviti berkenaan jahitan dilakukan di sini...

Di bilik bersebelahan kami di bawa untuk menyaksikan bagaimana para penghuni menghasilkan kraftangan... Dan kebetulan mereka sedang menyiapkan tempahan 'door gift' untuk majlis perkahwinan anak VIP... Memang hasil tangan mereka amat berkualiti dan cantik... 

Di bilik sebelahnya merupakan bilik untuk penghasilan produk makanan seperti kek, biskut, makanan beku (frozen food) dan pelbagai jenis makanan lagi... 

Lawatan yang sepatutnya diteruskan dengan melawat taska tidak dapat diteruskan kerana taska penjara masih bercuti pada hari ini... Bukan rezeki kami untuk bertemu anak2 comel yang menghuni di sini nampaknya...

Selepas diberikan sedikit ruang untuk menyaksikan barangan yang ada di tingkat bawah, dan melawat bilik-bilik latihan penghuni di sini, kami kemudiannya di bawa keluar semula ke ruang yang pertama tadi....

Kami kemudiannya di bawa ke Spa dan Salun yang ada di sini... Pekerjanya adalah penghuni di sini yang diawasi oleh pegawai terlatih... Kebetulan ketika kami disini memang ada seorang pelanggan sedang diurut di spa dan 2 orang pelanggan sedang mencuci rambut di salun...

Dalam kawasan berpagar biasa ini ditempatkan Salun dan Spa, Mini Cafe dan Kedai Kain (Batik)

Bangunan setingkat bersebelahan Spa dan Salun pula menjual barangan batik... Kain pasang, baju kemeja, kaftan, baju kurung, dress, blouse, shawl dan macam-macam lagi barangan yang dihasilkan oleh penghuni di sini.... 

Pamplet untuk Salun dan Spa

Bersebelahan nya pula terdapat Mini Cafe yang menjual produk makanan beku jenama 'My Pride' yang juga boleh didapati di Pasaraya Mydin... Produk makanan di sini dihasilkan dengan jaminan kebersihan tahap tinggi... Penghuni perlu melalui beberapa suntikan dan sentiasa diawasi oleh pegawai agar kebersihan setiap produk terjamin.

Batik dan Songket

Ramai yang membeli macam-macam produk yang ada di sini... Moga ia mampu memberi sedikit sumbangan buat Penjara Malaysia...

Sepanjang lawatan ini aku melihat wajah-wajah mereka ceria melalui kehidupan sebagai penghuni tembok besi... Walaupun dalam hati mereka tiada siapa mampu menelah....

Mungkin mereka ini pernah melakukan kesalahan... Pernah tersilap langkah... Mereka telah menerima hukuman di dunia... Moga mereka diberi peluang untuk kembali ceria di luar sana suatu hari nanti... Moga segala yang mereka pelajari di sini mampu membantu mereka menjalani kehidupan di luar sana suatu hari nanti... InsyaAllah...

Bersama pegawai bertugas

Betapa bersyukurnya kita yang lepas bebas untuk ke mana-mana tanpa diawasi seperti mereka... Betapa bersyukurnya kita dilimpahi kebahagiaan bersama keluarga tercinta... Bersama saudara-mara dan sahabat handai....  

Allah... Allah... Allah... 
Sesungguhnya kami bersyukur dengan nikmat kurniaanMu... 

Ya Allah... Sesungguhnya kami memohon kepadaMu agar ditetapkan hati kami dalam Iman dan Islam... Tabahkan hati kami menempuh ujian dan dugaan hidup... Jauhkan kami dari segala kemungkaran, kemaksiatan dan pelanggaran undang-undang agama dan negara... 

Ya Allah... Kau limpahkan kepada kami warna-warna ceria kehidupan di dunia dan akhirah... Moga kami seisi keluarga ditempatkan di Taman FirdausiMu... Aamiin..

Friday, September 11, 2015

Seni dan Budaya

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur kepada Allah diberikan ruang dan peluang untuk menikmati hari-hari indah di bumi bertuah milikNya...
Alhamdulillah... diberi kesibukan agar tidak terleka dengan kesenangan dan ruang masa dengan sia-sia...

Minggu ini berkesempatan untuk menghadiri 2 acara seni... Semua nya berlaku secara tidak disangka-sangka... Lalu Allah jua yang merencanakan ianya terjadi... 

MONOLOG ASEAN dan PELANCARAN BUKU 'MONOLOG 5 NEGARA'
9 September 2015

Asal terjadi kisah terjebak untuk ke majlis ini adalah kerana Ketua Jabatan saya menerima undangan daripada Institut Terjemahan Bahasa Malaysia (ITBM)... Beliau telah mengesahkan kehadiran untuk hadir berdua bersama isteri... Akan tetapi, pada hari kejadian, Puan Hajah tidak dapat menghadirinya... Lalu, dipaksa PA ikut serta... alahaiiiiii memalam ni malas nya lah nak beraktiviti konon nya.... Setelah hampir 'separuh bangunan' di ajaknya... kesian la pulakkkkk... adoiiiiiii macam-macam la bos ni... hishhhh

Pertama kali menyaksi kan persembahan monolog... Wahhhhhh rasa bersinar mata... best nya... macam teater tapi pelakonnya hanya seorang... bercakap seorang diri di pentas.... Pementasan ini jadi menarik kerana lontaran suara pelakonnya , mimik mukanya, gaya persembahannya, maksud yang ingin disampaikannya, diiringi muzik yang menarik, lagu yang menarik.. sesuai dan mesra diadun bersama....

Sungguh tak ku sangka indahnya seni ini... Ya Allah... hebatnya kau ciptakan otak manusia untuk berfikir melakukan semua ini.... menganugerahkan bakat kepada mereka ini.... Allahu Rabbi...

Persembahan pada malam tersebut:

(i)   Ramli Prapanca (Indonesia) dengan monolog bertajuk : "Sarong"
(ii)  Patr Weera (Thailand)  dengan monolog bertajuk: “Sewaktu Menunggu Bas dalam Masa Empat Ratus Sekian Tahun Berikutnya”

3 lagi monolog lain akan dipentaskan pada malam lain mengikut jadual. 3 Monolog dan monologisnya ialah:

(i)  Khalid Salleh (Malaysia) monolog bertajuk : "Pretttt"
(ii)  Zefri Ariff (Brunei) monolog  bertajuk: "Sehelai kain"
(iii) Noor Hasnah Adam (Singapura) monolog bertajuk: “Ala … mak nak cakap sikit aje...,”
Monolog ASEAN dirasmikan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri...

Timbalan Menteri Luar Negeri, Duta Besar Indonesia, CEO ITBM, CEO JKKN dan para monologis

set persembahan dari Thailand...

Buku yang dilancarkan... belum sempat baca lagi...
Rasa syukur dan berterima kasih kepada bos yang mengajak... Terima kasih Allah kerana telah membuka pintu hati untuk ikut serta dalam acara ini... Dapat pula berjumpa dengan kawan-kawan baru di sana... Alhamdulillah...

Acara kedua.... Acara seni juga ni... Seni dan budaya katanya... dipenuhi warna-warni... sekadar hiburan kalau kita tengok hanya dengan mata... tapi bila kita lihat dan melakukan sedikit kajian, seni dan budaya ini ada juga pengajarannya... Hiburan ini memperkenalkan budaya dan bangsa setiap negara tersebut.... dan di booth-booth pameran pula dapat menyaksikan demonstrasi dan barangan yang dihasilkan daripada 33 negara yang mengambil bahagian....

Ya Allah... macam-macam ada di sini... benda-benda biasa dilakukan penambahbaikan menjadi hiasan indah yang tak terjangkau dek akal... Allah Allah Allah...


FESTIVAL KRAF ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015
10 September 2015

Jemputan Festival Kraf Antarabangsa ini diterima ketika saya masih di luar pejabat atas urusan rasmi... sekembalinya ke pejabat pada 8 September 2015, terlihat kad jemputan di atas meja.... Hati berbelah bagi untuk hadir atau sebaliknya... Acara malam hari ni menyebabkan hati rasa ingin menolaknya... 

Tetapi, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.... Allah Allah Allah...
Angkat telefon untuk memaklumkan tidak dapat hadir, tapi sudahnya mulut menjawab akan hadir... Ya Allah... kenapa  juga otak dan mulut ni tidak bekerjasama... penat sangat ke bekerja sampai jadi camni... Allah....

Dah jawab hadir... terpaksa la menghadirkan diri... tak baik bagi harapan palsu konon nya.... hahahhaha Hidup mesti berdisiplin...  Dah jawab hadir, hadir kan je lah diri tu (kata hati berbisik)... alahaiiiii

Akhirnya saya di sini.... Dapat kawan baru seorang lagi... "Go and make friends" kata-kata seseorang ini melekat diminda ketika baru dapat kawan baru dan acara pula belum bermula.... 

Memasuki dewan pameran, mata rasa berkenan dengan semua barang yang dipamerkan... tapi hati kata... SABAR... hahahaha... payah juga jadi wanita ni... semua benda cantik rasa nak beli, walaupun tau dah bukan nya nak guna sangat... saja nak abihkan duit yang ada... alahaiiii
Temanku disini...

Jualan dari pengusaha2 tempatan

antara yang dijual disini

si comel ini juga boleh dibeli disini...
Berat rasa hati nak join Majlis Perasmian Festival Kraf Antarabangsa ni sebenarnya... sebab dalam buku aturcara tu semua nya persembahan.... walaupun dah solat Maghrib terlebih dahulu agar tak terpesong mata dan hati semasa menonton nanti... tapi otak ligat mencari jalan nak tinggalkan majlis....

Kita merancang, namun Allah jua perancang terbaik....
Dalam nak tak nak tu duduk la juga di tempat yang disediakan bersama sahabat yang baru dikenali, Akak Liza namanya, seorang pengusaha tempatan di Klang...
Tema: Kraf Menyatukan Masyarakat
Persembahan pembukaan
Tak pasti nama dan asalnya dari mana, namun wanita cantik ini pandai menyanyikan lagi berbahasa Melayu... Beliau telah menyanyikan lagu 'Sinaran' yang dipopularkan oleh Sheila Majid dalam majlis ini... 

Dia mai dekat la pulak... Nak celik ka nak pejam ni...seriau tengok...hahaha
Gitar dan Biola bersatu...
Master of Ceremony...
Persembahan Istana Budaya
Perasmian Festival Kraf Antarabangsa KL
Wakil dari 33 negara yang mengambil bahagian...
Warna-warni Malaysia
Persembahan Istana Budaya
Persembahan istimewa: Faizal Tahir dengan lagu "Assalamualaikum"
Persembahan Khas dari Mexicao... macam tengok telenovela lagu nya ni..
Persembahan dari Filipina
Persembahan dari Nepal
Persembahan paling rancak, bertenaga lagi menghiburkan... dari Peru
Penari Istana Budaya untuk Persembahan penutup... Lagu " Malaysia Truly Asia"
Menyaksikan semua persembahan yang disajikan... sajian mata dan telinga... Ya Allah... tidak ada sesuatu pun yang sia-sia... ianya juga satu proses pembelajaran untuk mengenali seni dan budaya  negara lain... Walaupun dihidangkan dengan segala seni persembahan, tarian, alat muzik, pakaian... lontaran suara yang pelbagai juga merupakan satu pelajaran....

Setiap negara memaparkan seni dan budaya hidup masyarakat negara masing-masing... Indahnya kepelbagaian seni ini... Sungguh aku terpegun menyaksikannya... adakala aku tersenyum, ada kala aku bertepuk tangan... Sungguh indah seni dan budaya dihiasi warna-warni persembahan.... Tak mampu diluah dengan kata-kata... MashaAllah....

Hebatnya ciptaan Mu... Hebatnya Kau ilhamkan mereka ini dengan seni dan budaya yang sesuai dengan cuaca, bentuk muka bumi, galian yang ada di tanah tumpah mereka.... Allah Allah Allah....

Benarlah kata orang... jangan hanya menilai sesuatu hiburan sebagai hiburan semata... tapi setiap yang berlaku andai kita berfikir dan mendalaminya pasti kita akan terlihat kebesaran Allah yang Maha Pencipta... Allahu Rabbi...


Persembahan akan datang: Persembahan Wayang Kulit Kelantan dan Edo Ito Ayatsuri Ningyo (Wayang Kulit atau puppet dari Jepun)

Mungkin ada lagi ilmu yang boleh kita pelajari dari persembahan ini... Moga Allah berikan kita ruang dan peluang mempelajari setiap sudut kehidupan...insyaAllah...

Acara akan datang... Jom pi tengok nak tak...?