Wednesday, December 3, 2014

Indahnya Kesibukan Itu....

Assalamualaikum wbt

Selamat bertemu kembali....
Didoakan semoga semua sihat sejahtera dan sentiasa dibawah naungan kasih sayang Allah hendaknya....

Melalui hari-hari yang bagaikan tidak pernah berkesudahan sibuknya.... tipu lah kalau tak terasa penatnya.... namun penat tersebut pasti akan terubat dengan sendiri sekiranya kita melakukan sesuatu dengan ikhlas dan sabar.... insyaAllah...



Wednesday, October 15, 2014

Lama Tak Nampak...

Assalamualaikum...

Semoga sahabat sihat sejahtera hendaknya... Semoga Allah melimpahkan rahmat dan segala kebaikan dalam kehidupan kita... In shaa Allah...

Lama kita tak jumpa kan.... Rindu membuak-buak rasanya... Lebih sebulan tak menjengah di sini... Agak sibuk dengan pelbagai urusan..... Semua benda nak diuruskan... Agak memenatkan tapi dalam masa yang sama amat menghiburkan dan memberi banyak pelajaran baru dalam kehidupan.... chewahhhh

Alhamdulillah, Allah memberikan kesibukan supaya diri ini tidak terlalai dengan sesuatu yang sia-sia... Sungguh hebat, setiap satu aturan Allah itu tentu ada hikmahnya....

Sibuk tak sibuknya saya yang memang suka menyibuk ni.... Nak ceritakan pun payah.... jom kita biar gambar-gambar berbicara....

6 SEPTEMBER 2014: PERPUSTAKAAN NEGARA
Teruja dijemput menyertai Majlis Pelancaran Buku The Unsung Hero
 
Pentas Pelancaran: Perpustakaan Negara

Ucapan Penulis

Ucapan Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara

Persembahan selingan: Puisi Melayu Itu Orang Yang Bijaksana

Gimik Pelancaran: Suspen

Gimik Pelancaran: Menarik

Gimik Pelancaran: Tertarik

Dengan rasminya dilancarkan...

Antara tetamu yang hadir

Tandatangan Buku

Bergambar bersama

20 SEPTEMBER 2014: KALUMPANG RESORT and TRAINING CENTRE, TANJUNG MALIM
Pentas Utama

Pendaftaran Kehadiran Ketua Eksekutif

Bersama Pengerusi PUSPANITA MPM

Meriahnya

Bowling Kelapa...

Gaya Bos bersukan

Antara pemilik hadiah cabutan bertuah

26 SEPTEMBER 2014: AMANJAYA MALL, SUNGAI PETANI
HARI BERSAMA PELANGGAN KPM (BOOTH MPM)

Antara yang datang bertanyakan soalan

Melawat

27 SEPTEMBER 2014: TAMAN BOTANI SHAH ALAM
BERSAMA ALUMNI PEERS UITM SHAH ALAM

Hujan menyambut kehadiran kami di sini

Adik2 senang bertungkus lumus memasak untuk kakak2

Sabo dik... jangan terbako hutan ni karang...hehehe

sibuk dengan tugasan masing2 sambil ramah mesra

adik2 comel melayan kakak ...

aktivitii menahan kakak2 dari balik... janji lepas maghrib sudahnya kul 11 malam baru dapat balik... kejamnya adik2

Gembira dapat bersama adik2...semoga dipertemukan kita semula nanti... InsyaAllah...

5 OKTOBER 2014: ACARA QURBAN (HARI RAYA QURBAN)
SURAU AL-HIDAYAH, SELAYANG INDAH

Acara sembelihan

Melapah

Akak2 dan Makcik2:  menimbang daging untuk diagihkan

otai2 tengah buat keje

Pekerja2 yang bagus....

Pakcik2 tak bagi kacau, semua keje lelaki katanya.... Ini je keje pompuan...hahahaha

Alhamdulillah, dipermudahkan Allah segala urusan... Moga dapat keberkatanNya.


6 OKTOBER 2014: MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
MEMASAK UNTUK JAMUAN AIDILADHA

Pegawai pun kena kerahan tenaga...hehe
Thanks Nadiah... rajin dia

Pakcik2 Bahagian Keselamatan... Hebat semuanya

Puan Kiah... rajin datang membantu... terima kasih

Puan Azlina... Bantuan anda amatlah dihargai

Acara menbersihkan daging...

Pengerusi dan Ketua Chef

Bahan yang diperlukan


Jom kacauuuuu....hahaha

Terima kasih kepada semua yang sudi membantu... Hanya Allah yang mampu membalasnya


Friday, August 29, 2014

Sambutan Aidilfitri 2014 Bersama Anak-anak Kanser

Assalamualaikum wbt...

Syawal telah pun berlalu...

Telah seminggu berlalu acara yang saya sertai bersama para ibu pesakit kanser untuk Sambutan Aidilfitri di wad kanak-kanak KK3 Hospital Kuala Lumpur... Majlis diadakan pada 24 Ogos 2014 (Sabtu) jam 2 petang... bersama rintik hujan....

Sayu... Pilu... Sendu....

Tiada baris kata yang mampu diucapkan ketika kaki melangkah memasuki Wad KK3 HKL...

Sedih... Pedih... Terhiris....

Mereka masih kecil... untuk menanggung kesakitan ini....
Namun, anak-anak ini merupakan anak yang kuat semangat dan hebat..... mereka masih mampu tersenyum tika menerima cenderamata Aidilfitri daripada kami.... Hebatnya mereka.... Kuatnya mereka....

Menyambut ketibaan

Final Touch up sebelum masuk ke wad...

sebahagian makanan dan hadiah

hadiah kepada anak2

ramah mesra bersama anak2

shooting skit...

Siap sedia dengan hidangan
yeayyyy.... hadiah dah sampai

Semoga anak2 ini gembira dan terhibur hatinya.... In Shaa Allah

Thanks Labu...sudi mengembirakan hati anak2 hebat...

antara hidangan yang digemari anak2

roti jala untuk ibu2 hebat, penyabar dan penuh kasih sayang

Kek Love & Caring...  Secret Recipe

antara yang turut hadir menyampaikan sumbangan
Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan sepanjang usiamu anak2ku...
Semoga Allah meminjamkan kekuatan untuk mereka terus menghadapi ujian ini...

Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan sepanjang usiamu anak2ku...
Semoga Allah meminjamkan kekuatan untuk mereka terus mengharungi hidup ini....

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih di atas kesudian menjemput saya menyertai acara ini....

Kami tinggalkan wad dengan penuh kesayuan.... 

Semoga Allah meminjamkan kekuatan dan kebahagiaan kepada semua anak-anak hebat lagi kuat semangat ini...

Semoga anak-anak ini diberikan keajaiban oleh Allah untuk kembali sihat dan ceria seperti anak-anak lain diluar sana.... 

Doaku bersamamu sayang.... In Shaa Allah...