Tuesday, December 4, 2012

Pantun Gelas, Sudu dan Garfu....

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Sempena menghadiri  Kursus komunikasi berkesan.... Salah satu latihannya ialah mereka cipta sesuatu yang kreatif berdasarkan 3 bahan yang diberikan.... Dan bahan yang diberikan kepada saya ialah Gelas, Sudu dan Garfu.....

Maka terciptalah pantun ini....

Teh tarik gelas besar
minum di tepi kedai mamak
apalah ada bergaji besar
kalau orangnya hanya pandai berlagak
 
Umpama sudu dengan garfu
ambil segelas air madu
saling bekerja bantu membantu
kualiti kerja lagi bermutu
 
Gelas dibeli dari Itali
sudu dan garfu pula dari Parsi
kualiti tertanam dalam diri
Lonjakkan lagi nama organisasi
 
Cuci gelas tunggang langgang
sudu dan garfu lintang pukang
prestasi organisasi jadi cemerlang
kerana kepuasan pelanggan jadi keutamaan
 
Andai sudu bawa diri
mana kan garfu mencari ganti
kerja selesa seikhlas hati
kualiti peribadi sentiasa dihayati
 
Sudu dan garfu memang bersahabat
gelas pula kawan rapat
pastikan kualiti kerja sentiasa meningkat
moga hidup mendapat berkat...
 
Ciptarasa: Nor Faradilla Rashid
Majlis Peperiksaan Malaysia

Thursday, November 22, 2012

Kopi Baik Untuk Kesihatan dan Kecantikan...

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Hari ni nak bercerita tentang kopi.... Saya ni kategori penggemar kopi, yang mengalami ketagihan kopi atau pun dipanggil "gila kopi"... erkkk adakahhhh...??

Tetapiiiii... bila saya minum kopi je denyutan jantung saya akan jadi lebih kencang dari biasa.... adakah kerana kecintaan yang lebih terhadap kopi itu menjadikan jantung berdebar-debar bila meminumnya atau kopi itu menyebabkan jantung kita bermasalah... ohhhhh alahaiiiii.... nauzubillah...

Saya suka kopi anda bagaimana suka tak?, kopi baik untuk kesihatan dan kecantikan betul ker jom kita baca bersama2.

 
Kopi? Hmmm... Perkara pertama yang akan terbayang, pasti aromanya yang begitu istimewa sehingga mampu membuatkan setiap pencinta kopi tergila-gilakannya. Kononnya, secangkir kopi panas dikatakan mampu membangkitkan semangat.

Walaubagaimanapun, jangan sangka kelebihan kopi hanya pada haruman serta rasanya sahaja kerana ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Bukan hanya lidah kamu sahaja yang ketagihan dengan cita rasa kopi, kulit juga ingin menikmati khasiat di sebaliknya

Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astringent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.
 


Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan

Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.

Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

Dalam bidang kecantikan pula, rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi. Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.

Bestkan khasiat kopi ni.... apa tunggu lagi... jom kita minum kopi....
 
sumber: yahoo

Wednesday, November 21, 2012

Jadual Pendaftaran dan Tarikh Peperiksaan...


السلامعليكمورحمةاللهتعالىوبركاته    
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...
Alhamdulillah... telah selesainya Ujian MUET tahun 2012 dan telah bermulanya Peperiksaan STPM 2012... Semoga semua calon yang menduduki ujian dan peperiksaan ini telah berusaha sebaik mungkin dan akan mendapat keputusan yang baik hendaknya... In Shaa Allah.
Kepada semua calon yang akan mendaftar untuk menduduki peperiksaan pula, jangan terleka dan terlepas pandang akan tarikh-tarikh penting seperti tarikh pendaftaran peperiksaan agar tidak terlepas peluang menduduki peperiksaan atau pun terpaksa membuat rayuan untuk mendaftar nanti....

Setiap tahun memang ramai yang akan menelefon dan menghantar email serta surat rayuan pendaftaran kerana mereka ini telah terlepas pandang akan tarikh-tarikh penting ini..... Ianya akan menyusahkan diri calon sendiri kerana sekiranya rayuannya tidak diterima maka calon terpaksa menunggu sesi akan datang untuk mendaftar dan mengambil peperiksaan dan menyebabkan peluang ke IPT atau mendapat ijazah terpaksa dilupakan.... Rugi kan....
Jom kita semak jadual Pendaftaran dan Tarikh Ujian MUET dan Peperiksaan STPM untuk tahun 2013.... Supaya kita dapat membuat persediaan dari awal lagi....


Semoga semua calon mendapat keputusan yang terbaik hendaknya.... In Shaa Allah...

Thursday, October 18, 2012

Jom Puasa Zulhijjah...

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...
Hari ini dah masuk hari kedua Zulhijjah....sekejap je putaran masa.... jadi kita tak boleh buang masa sesaja lagi... jom kita tengok apakah amalan yang boleh ditambahkan dalam jadual kita sepanjang bulan Zulhijjah ni.....

Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.

Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
.
Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”
.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)
..

Puasa 1 – 10 Zulhijjah

.
HARI
PERISTIWA
KELEBIHAN PUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. .Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. .Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..
..

Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
.
.
Niat Puasa Hari Arafah;

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.
.
Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
.
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.
Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).
..

Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah

1.   Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.”
2.  Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji
3.  Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.
.
.

Haram Berpuasa

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Umar ra:  “Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.).
..

Puasa Tambahan

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan Hari Arafah.
.
Hadis riwayat Ibni Abbas: “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”
 .
Bertapa besarnya keistimewaan dan kelebihan puasa yang terdapat di dalam bulan Zulhijjah ini. Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya dengan melakukannya seikhlas hati.

sumber:  http://shafiqolbu.wordpress.com

Tuesday, October 16, 2012

Rasa Bersalah Atas Dosa itu Anugerah Taubat...

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Daripada benih ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ itu, Allah mahukan pohon taubat dari kita.
Mari sama-sama kita hayati pesanan dan bujukan dari Allah ini pada kita, makhlukNya. Dengan lemah lembut Allah berfirman, maksudnya:
Wahai Anak Adam!
Selagimana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi.

Wahai Anak Adam!
 
Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepadaKu, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi.  
Wahai Anak Adam!
Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.


(Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi. Dia mengatakan hadis ini Hasan Sahih)

Syarat-syarat Taubat Diterima di Sisi Allah

1. Menyesal bersungguh-sungguh terhadap dosa yang pernah dilakukan dan berazam untuk tidak kembali lagi melakukan dosa tersebut.

2. Memohon ampun walau sebesar mana dosa yang pernah dilakukan dengan penuh harapan agar Allah memaafkan.

Allah berjanji mengampunkan dosa-dosa melalui ayat 110 Surah al-Nisa’, maksudnya:
Sesiapa yang melakukan perkara buruk atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Allah berjanji mengabulkan doa melalui ayat 60, Surah Ghafir, maksudnya:
Allah telah berkata; Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doamu.

Syarat doa diperkenankan ialah dengan berdoa sepenuh hati.

Maksudnya:
Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin Allah akan memperkenankannya. Sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh.
(Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi)
3. Tauhid yang benar. Maksudnya akidah kita betul dengan mengesakan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah.
 
Taubat yang bersungguh dan doa yang penuh mengharap itu akan menyegarkan jiwamu semula. Pedulikan apa kata orang padamu. Apa yang penting Allah sangat luas rahmat dan keampunanNya.

Ingatilah, saat sakaratulmaut menjemput kita, Allah satu-satunya zat yang dapat menyelamatkan kita. Walau sejuta pujian atau sejuta kejian manusia terhadap kita sedikit pun tidak dapat membantu kita saat penuh debaran itu.

Pandanglah hari ini dan hari yang akan datang kerana Allah sudi mengampunkan dosa-dosamu. Selaklah lembaran ‘Surat Cinta Ilahi’ yakni al-Quran setiap hari. Di sana, akan kau temui siraman demi siraman kasih Allah padamu yang tidak bertepi.

Akhir kata, Allah yang Maha Mengetahui tahu bahawa akan ada saat-saat manusia dihambat rasa putus asa dan lemah semangat. Justeru awal-awal lagi Allah rakamkan dalam al-Quran ayat 53 hingga ayat 54 Surah al-Zumar,
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ayat 53)
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuh hati kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan lagi. (Ayat 54)
Serta turutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu (yakni al-Quran sebagai panduan hidup), sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedangkan kamu tidak menyedarinya.
(Ayat 55)
 Sumber: sayangislam.com

Monday, October 8, 2012

Di Kala Hati Mencari Ketenangan...

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Uniknya hati sukar diterjemah, sukar diramal, mudah tergoda dan fitrahnya sentiasa mencari ketenangan. Oleh itu, salurkan ketidaktenangan hati dengan cara yang benar, cara yang terbaik dan pada yang selayaknya.

 
7 Kunci menuju ketenangan hati :

1. Jangan tergantung pada orang lain. Tergantunglah pada Tuhanmu.
2. Jangan berburuk sangka orang lain akan membicarakan/menghinamu. (berpikirlah positif)
3. Jangan selalu mengingat penyesalan di masa lalu.
4. Jangan menyimpan kemarahan, dendam dan kebencian.
5. Jangan menyimpan rasa dengki, cemburu dan iri hati.
6. Jangan membiasakan sikap terburu buru. Maka dari itu manage-lah waktumu.
7. Jangan khawatir akan hari esok. Tuhan menjanjikan masa depan, dan harapan kita tidak akan pernah lenyap.


Ketuklah, maka pintu akan terbuka.
Ingatlah pada Nya, maka Ia akan mengingatmu.
Berdoalah, maka keluh kesahmu akan didengarkan.

Thursday, September 27, 2012

Jalan-Jalan di Bandung... Part 3

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ni walaupun banyak cabaran dan rintangan (chewahhhh cabaran dan rintangan ler sangat....hehehe) 

Jalan-jalan di Bandung Part 3 ni merupakan hari terakhir di Bandung.... sekejap je rasanya... tak puas lagi shopping.... belum pun abih semua duit yang ada dalam akaun bank tu...hahaha hambekkkkk

Hari ke 3 ni tak ke mana-mana sangat sbb barang semua dah packed... dan beg pun dah siap semua tinggal nak berangkat balik je tapi flight petang so... waktu yang ada ni bleh la lagi beli barang buat tambah-tambah sikit... dan menghabiskan baki  Rupiah yang ada.... opsss tapi jgn abiskan semuanya ye...nanti kat airport kena bayar airport tax anggaran IDR 75 000 @ IDR 150 000 ikut keadaan....

Selepas breakfast kat hotel, terus gerak ke Bali Heaven tapi malangnya Bali Heaven belum buka ye... dia buka jam 10 pagi...so Pak Slamat, supir kami tu bawa kami ke Pasar Tamu yang tak tau la apa nama sebenar tempat tu.... tapi di sepanjang jalan ada orang meniaga bermacam2 jenis barangan.... dari yang murah hingga la yang mahal.... makanan, pakaian, tudung, kasut, barang perhiasan diri, barang perhiasan rumah dan segala benda la jumpa kat sini.....

Kata supir tu, di padang berhampiran itu juga selalu ada majlis keramaian dan konsert.... hari Sabtu dan Ahad pulak ramai la warga Bandung yang berbasikal dan naik kereta kuda sambil jalan2 makan angin gitu...hehehe

Selesai shopping-shopping kat situ... terus ke Bali Heaven semula.... ada yang buat facial, ada yang urut badan, urut kaki dan ada juga yang rehat-rehat dan makan-makan di cafe di Bali Heaven.... penat shopping ler katakannnnn.... 

Urusan di spa dalam 1 jam 30 minit hingga 2 jam... lega rasanya..... bleh sambung shopping semula...hehehe.....  shopping plak kat factory outletnya mengambil masa dalam 1 jam ler jugak.... 


Dari luar Factory Outlet...
Jom p Spa dulu....
Depan kaunter Penitipan barang (tempat simpan brg/beg yg dibawa dr luar Bali Heaven)
Tingkat Atas Bali Heaven
Cafe Bali Heaven... ada juga meja makan tinggi sikit utk lunch, yg ni utk santai2 je

Macam-macam gula-gula dan coklat ada kat sini
Hiasan dalaman yg nyamannn...

Dah selesai shopping baru la rasa lapar.... Ingatkan dah shopping kenyang kan.... erkkkkk

Untuk makan tengah hari, kali ni menu nasi padang.... kat restoren nasi padang ler tapi namanya dah lupa..... restoren nya berhampiran dengan Rumah Mode tu.... 

Selesai makan di situ, balik kemas beg lagi sekali sebab ada barang tambahan tadi.... tapi idak ler susah sangat pun... boh je kat atas tu.... dah selesai segala nya... mandi dan solat sebelum check out hotel..... tapi nyer terpaksa tunggu runner dari Pasar Baru tu hantar baju kurung yang ditempah di sana..... Runner nya sampai je terus ler gerak ke airport.....
Ni ler baju yg dihantar tu.... 3 pasang utk 3 org  ( yg ni salah satu contohnya)
  Sebelum sampai airport tu singgah lagi beli jajan di Sari Raos iaitu pusat jualan oleh-oleh di Bandung.... dapat ler beli pisang salai cheese.... sedappppp

Kedainya tepi jalan jer.... dalamnya penuhhhh dengan jajan/oleh2
Disepanjang jalan sebelum sampai ke Sari RAos dan airport tu.... Jalan Chihampelas namanye... kat area tu banyak lagi Factory Outlet yang menarik.... yang tak sempat nak dikunjungi.... jadinya terpaksa la pegi lagi di lain kali (siapa gak yg paksa tu...hehehe)...

Jom tengok tempat yang tak sempat dikunjungi.... sebagai tanda kena pegi lagi tu....hehehe




Haaaa... menarik kannnn... tu baru tunjukkan 2 kedai je tu.... di sepanjang jalan tu rasanya lebih dari 10 kedai-kedai a.k.a. Factory Outlet yang menarik-menarikkk tauuuuu..... ada rambo, ada batman dan macam-macam lagi ler (ayat ni terpaksa boh sebab tak tau dah nama karekter yang lelain tu....hehehe)

Tu  baru luarnya jer... belum tengok dalam nya lagi.... kawasan ni ramai sangat orang dan sesakkkkk... jalan raya nya pun sesakkkkkk.....  tu la salah satu sebab tak mengunjungi tempat ni (sebab pegi pun 3 hari tak sempat nak melawat semua tempat pun...huhuhu)... tapi kalu pegi lagi harus pegi sini dulu kot.... sebab tempat lain dah pegi dahhhh...hehehe

Setakat itu sahaja perjalanan jalan-jalan di Bandung kali ni (cam ada lenkali jer..hehehe).... 

InsyaAllah... panjang umur, murah rezeki bleh pegi lagi.... aminnnnn.


Monday, September 24, 2012

Jalan-Jalan di Bandung... Part 2

 

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam...

Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah... Dapat bertemu lagi juga merupakan satu nikmat dan rahmat kurniaan Allah... 

Jom kita sambung berjalan-jalan di Kota Bandung....

Hari kedua ni penuh dengan acara shoppinggggg manjangggg... time soping tu tak terasa lenguh kaki.... bila dah balik, adoyaiiiiiii sakitnya kaki cam nak menjerit biar satu Kota Bandung dengo... hehehe 

Jom lah layan gambo lagi best kot....

Tempat pertama yang dikunjungi sepagi-pagi hari tentulah Pasar Baru yang dikatakan heaven untuk semua wanita... memang tempatnya meriah dan macam-macam adaaaa.... besttttt. Kat sini ler ada telekung sulam, baju sulam, kain ela, kain lace, kain chiffon, jubah, blouse, kasut,  handbag.... selagi boleh semua barang nak dihumbankan kat sini untuk dijual.....

Tapi tempat ni agak kurang sesuai untuk lelaki.... sebabnya tak banyak barangan yang menarik untuk lelaki.... lelaki yang sesuai di sini adalah dikalangan mereka yang penyabar yg sanggup menemani pasangan bersoping....


Ni la rupa Pasar Baru, Bandung
Jom kita jelajah ke dalamnya pula.... jeng jeng jeng...

yg colourful kat atas tu bukan kain utk buat baju ye... itu semua telekungggg... santekkkk

kain utk baju kebaya dan baju kurung moden
Telekung dgn beg
Eksen cam nak beli semua....
kedai Handbag
Kedai baju2 putih semua...santekkkk
cantik-cantik semuanya
Penin kepala memilih...last2 satu pun tak beli....hehehe
sakitttt poketkuuuuu....adoyaiiiii
haishhhhh
Ni ler rupa kedai makan di Pasar Baru... tak menarik tp abg depan ni boleh tahan menarik....hehehe
sup bontot namanya.. nasi + ekor bakar + sup... sedappppppp
Disebabkan soping sampai lupa dunia.... akibatnya perancangan makan di restoren luar Pasar Baru ni terpaksa dilupakan... takut terlewat solat plak.... jadinya selepas menikmati hidangan di sini terus saja bersolat di masjid yang terletak di roof top Pasar Baru ni.... luas dan selesa tempat solatnya.....

Agenda seterusnya..... jeng jeng jeng....

Toko Tiga ni pun satu tempat yang menarik.... tapi lupa pulak nak ambik gambar kat dalamnya sebab dah sibuk memilih barang.... alahaiiiii

Dapat jeans dan T-shirt kat sini....bestttt (tempat ni ok utk lelaki)
Salah satu Factory Outlet yang sesak dengan pengunjung....
Selepas bersoping di Toko Tiga... jenjalan ke Factory Outlet yang memang banyak sangat di Bandung ni.... Antaranya Summit, Rumah Mode.... dan semua Factory Outlet berhampiran seperti Fashion World dan lelain lagiiiiii....

Dah penat menjelajah.... balik ke hotel untuk mandi dan solat sebelum ke Kampung Daun untuk makan malam dan menikmati panorama indah di sana.... 

Disebabkan kami ke Kg Daun dah malam, jadinya kami tidak singgah di Kg Gajah dan Rumah Stroberi... kalau kengkawan ke sana, lebih sesuai rasanya kalau petang2 sikit, bole ke Rumah Stroberi, boleh petik buah stroberi dan makan2 buah kat sana sebelum makan malam di Kg Daun ni....

Cantik kan..??
Pondok tempat makan...nyamannnn
Ramai beno umat kat sini time nak snap gambo...jd terpaksa pakai gambar dari En Google... Thanks
dikelilingi kehijauan... tenang, aman dan nyaman... makanan pun sedap
Bila perut dah kenyang.... apa lagi... mata pun mengantuk ler jadinya... jadi perjalanan balik ke hotel tidak semeriah perjalanan ke Kg Daun... sampai hotel terus bersihkan diri dan tidoooooo.... 

Setakat ini dulu untuk kali ini..... Perjalanan hari ketiga kita sambung bila ada kelapangan ye.... InsyaAllah....