Friday, December 30, 2011

Berkongsi Soalan Pop Kuiz dari blog Para PencintaMu

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah di hari yang penuh barakah ini diberikan peluang olehNya... dapat melunaskan pembacaan yang indah diperoleh dari blog yang juga indah isinya bertajuk Para PencintaMu. Jom kita kongsi bersama isi yang baik lagi hebat ini...

Berkati lah pemilik blog Para PencintaMu itu ya Allah kerana kesudiannya berkongsi ilmu ini.... dan Semoga Allah memberkati setiap usaha kita........InsyaAllah....

Bismillahirrohmanirrohim..
Dengan Nama Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]
InsyaAllah.. kurang lebih 10 hari daripada sekarang, tahun 2011 bakal ditinggalkan. Angka 2012 pula bakal menjelma. Ada yang sudah pun menyiapkan list azam baru mereka. Tak kurang juga masing-masing dengan pelbagai perancangan itu & ini..

Namun... sedarkah kita.. bertambahnya tahun itu bermakna sudah semakin dekat kita dengan penghujung zaman.
Firman Allah swt;
"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)." [surah 21, al-Anbiya' : ayat 1]
Sebelum 2011 menemui penghujung & 2012 memunculkan dirinya, apa kata, kita ambil sejenak masa untuk bermuhasabah kembali.
Apakah sebenarnya tujuan kehidupan kita ini? Pernahkah kita terfikir mengapa Allah menghidupkan kita & memberikan peluang kepada kita untuk bernafas hingga ke saat ini?
Adakah semata kita hidup untuk bersuka-suka, bersenda gurau, tidur, makan, tidur, makan & berhibur?
Berdasarkan al-Quran, tujuan manusia diciptakan mempunyai 3 peringkat; iaitu;
1) Yang pertama, sebagai hamba kepada Allah. yakni untuk beribadat kepadaNya.
"Dan tidaklah Aku menciptakan jin & manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu." [surah 51, adz-Dzariyyat; ayat 56]

2) Yang kedua, sebagai pendakwah yang menyeru kebaikan & mencegah kemungkaran.
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, & mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." [surah ke-3, ali-Imran; ayat 104]

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf & mencegah dari yang mungkar, & beriman kepada Allah..." [surah 3, ali-Imran; ayat 110]

3) Peringkat yang ke-3 ialah sebagai khalifah di bumiNya.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah (pemimpin, penguasa) di bumi." Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak Menjadikan orang yang merosak & menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu & menyucikan namaMu.?" Dia berfirman; "Sungguh, Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [surah ke-2; al-Baqarah; ayat 30]
Di antara tiga peringkat ini, kita sudah berada di tahap yang mana? 

Golongan 1, 2 atau Alhamdulillah, sudah sampai ke tahap yang ke-3? Ataupun paling malang sekali, kita belum mencecah tahap 1 sekali pun...? :'(  ya Allah, sedihnya.
Merujuk kata-kata Ustaz Naim dalam pengisiannya tempohari, kita, selaku ummat baginda Rasulullah saw seharusnya, sekurang-kurangnya sudah sampai di tahap yang ke-2. Bukan setakat hamba, & beribadat kepada Allah sahaja bahkan sudah pun menjadi golongan yang Allah katakan di dalam firmanNya dalam surah ali-Imran di atas.
Amat rugi... amat sayang sekali apabila ramai di antara kita yang terleka & terlalai dengan keduniaan lalu mengabaikan tugas & amanah yang diberikan oleh Allah ke atas bahu kita ini. Kita lupa tujuan sebenarnya kita dihidupkan di atas muka bumi ini.

Kita terlalu dilekakan dengan keduniaan. Kita sibuk mengejar kedudukan, harta, pangkat, gelaran. Kita hanyut dibuai hiburan. Kita buta dihijab virus 'TakPedulisme'.
"Tak kisahlah apa nak jadi pada ummah sekali pun.. Yang penting aku happy, gaji aku naik, CGPA aku maintain, yang penting bulan ni aku dah shopping latest shawl & maxi dress yang baru tu 2 helai. yang penting aku, yang penting aku..."
Kita sudah tidak kisah pun dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Masalah ummah kita buat tak endah, masalah saudara di Palestin kita tidak ambil kira, Revolusi Syria yang kian hangat diperkatakan pun kita pandang dingin sahaja..
"What ever... itu luar k.. kita sekarang in Malaysia. Jaga tepi kain sendiri sudahlah...!"
Apa masalah kita yang sebenarnya..?

Mengapa sampai begini sekali kita mementingkan diri sendiri..?
Banyak mana hendak kita timbunkan harta yang dicari. Bangga setakat mana dengan keputusan PNGK yang tinggi. Bahagia setakat mana yang hendak kita capai dengan 'buaya'friend dan 'geli'friend kita itu? Cantik setakat mana kita hendak nampak dengan fesyen yang kita kisahkan sangat itu..? 
"Sesungguhnya Kami telah Menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami Menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya (amalan)." [surah al-Kahfi (18): ayat 7]

Apa alasan kita untuk tidak berdakwah (bukan islam) dan melakukan pengislahan (kepada ummat Islam)? 

Alasan kita selalunya..

Tak cukup ilmu. Tak cukup bagus. Tak layak. Banyak dosa dan pelbagai lagi seribu alasan yang boleh digunakan untuk mengelak tanggungjawab yang Allah sudah amanahkan pada kita ini.
Sampai bila kita mahu lari dari tanggungjawab & amanah ini? Kalau pun kita terlepas di dunia ini, adakah kita yakin kita akan terlepas di akhirat kelak? Kita jamin kita akan terlepas dari pertanyaan Allah & azab seksa nerakaNya yang Maha Hebat itu?
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan" [Imam Hasan Al-Basri]

"Dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhan-ku Maha Pengampun, Maha Penyayang." [surah ke-12: Yusuf: ayat 53]

"When you wash dirty clothes, both your hands and and the clothes get clean. Same thing with da'wah." :) [Dakwah Tips] 
Kita menyeru kepada kebaikan kepada orang lain, kita juga sebenarnya mengingatkan kepada diri kita sendiri. Apabila kita menegur kekhilafan & kesilapan orang lain, kita sebenarnya mengingatkan diri kita bahawa jangan melakukan salah & dosa tersebut. Hakikatnya, kita akan menjadi lebih baik tanpa kita sedar, dengan izin Allah, insyaAllah. Jadi jangan takut untuk menegakkan "Amar Maaruf & Nahi Mungkar" itu. Sambil kita berusaha, kita juga perlu berdoa agar hati mad'u (orang yang didakwahkan) itu dibukakan hatinya oleh Allah & doakan juga moga Allah tetapkan hati kita untuk melakukan apa yang kita seru & kita tegur itu..
Wahai pemuda pemudi Islam, kalaulah tujuan kehidupan kita ini hanya untuk kesenangan diri sendiri, semuanya untuk diri sendiri, tentulah ia sangat mudah & lapang. Namun, cuba kita hidup untuk ummah. 
Fikirkan apa yang boleh kita sumbangkan untuk ummah. Lakukan kerja-kerja yang memberi kebaikan kepada ummah. Gerakkan pencegahan maksiat dan kemungkaran yang membarah dalam celah-celah ummah. Pastilah kita akan tahu, bahawa peranan kita itu tidak mudah. Kita punya peranan, lalu, jiwailah peranan itu!

Di USM, dalam talk tentang Palestin tempohari: Mahasiswa dan Agenda Pembebasan Palestina oleh YDP MPP Unimas, Akhi Muhammad Mus'ab, beliau ada berbicara bab ini. Mendengar kata-kata perkongsian beliau membuatkan betapa selama ini berapa cebis benar usaha kebanyakan dari kita dalam membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Usaha boikot pun masih ramai yang tidak jayakan. Bayangkan, hanya untuk menahan nafsu dari memakan McDonalds pun kita tak berdaya, jangan bermimpilah untuk bercakap soal agenda membantu saudara kita di Palestin. Akui sahajalah, kita terlalu lemah!
Kalau hendak menahan diri dari ber-couple dengan lelaki/perempuan bukan mahram kita pun kita masih tidak kuat, jangan beranganlah hendak bicara soal usaha membanteras zina dalam kalangan ummah kita, 
Allahurobbi...
Anak-anak kecil di Somalia yang kebuluran, anak-anak kecil di Palestin yang ketakutan, mereka tahfiz, hafal al-Quran. Sekecil-kecil mereka sudah tahu apa itu syahid di jalan Allah. Mereka sudah berniat untuk syahid, untuk mati syahid kerana Allah.
Sedangkan kita di sini..? Sangat enak dibuai dengan hiburan yang melalaikan. Dari sekecil remaja belum baligh hinggalah ke umur emas, semua rancangan pun berbentuk hiburan.

Hal-hal beginilah yang menyebabkan kita lupa apa sebenarnya tujuan kehidupan kita, iaitu 3 matlamat mutlak di atas.

Kita lebih kenal artis-artis K-pop dari pejuang Islam Salahuddin al-ayubbi, Saad bin Waqas, Khalid al-Walid. Paling menyedihkan, kita lebih ingat tarikh lahir artis pujaan kita dari tarikh lahir baginda Rasulullah saw pun.. 
Allahurobbi... layakkah kita ini dipanggil ummat Rasulullah saw yang mulia itu? Kita inikah yang sangat dirindui dan disayangi oleh baginda Rasul. Kita inikah yang disebut-sebut baginda waktu di hujung hayat baginda..? Kita inikah ummat itu?
Apabila tanya hal-hal artis, semua khatam. Biografi semua tahu, tanya hal-hal keduniaan semua pakar. Tapi bila disuruh mengaji, tanya syarat istinjak, pembahagian najis, tanya tajwid nun mati bertemu ba apa dia, semua garu kepala. Majoriti ahli dunia hanya pandai ilmu dunia, tapi jahil bab akhirat. [Ustaz Azhar Idrus]
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah & rasul & juga janganlah kamu mengkhianati amanah yang telah dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." [surah ke-8; al-Anfal; ayat 27]

Mari sahabat-sahabat, saudara-saudariku yang dikasihi Allah sekalian,
Selalulah memuhasabahkan diri dengan tiga soalan mudah. iaitu;

1 - Dari mana kita datang?
2 - Mengapa kita didatangkan?
3 - Ke mana kita akan pergi?

Jawapan kepada persoalan ini, adalah yang menentukan kita ini siapa, dan membantu kita dalam memilih tindakan yang hendak kita lakukan di atas dunia.

Berkerutkah dahi memikirkan jawapan kepada soalan di atas?

Padahal, jawapannya sangat senang. Kita datang dari Allah, Kita didatangkan kerana Allah. Dan kita akan dikembalikan kepada Allah. 

Setakat saat ini... apakah sumbangan kita kepada Islam agaknya? Berapa banyak sudah masa, tenaga, harta kita digunakan ke jalan Allah? Atau semuanya hanya dihabiskan untuk diri sendiri?
Saidina Abu Bakar ada berkata; Barangsiapa yang masuk ke dalam kubur tanpa ilmu dan amal sebagai bekal. Maka, dia seperti pergi ke tengah laut dan terjun ke dalamnya tanpa perahu dan pelampung. 
Saudara-saudari seagamaku yang dikasihi Allah sekalian,
Dinamakan kita sebagai insan kerana kita ini selalu melakukan kesilapan dan kesalahan. Sebab itulah kita tak bernama Nabi & Rasul. Kerana kita memang bukan nabi & rasul yang suci dari dosa (maksum). Nabi manusia seperti kita, namun dia istimewa, luar biasa, special di sisi Allah.
Oleh itu, kalau kita melakukan kesilapan, selalulah bermuhasabah. Kembali semula kepada fitrah bahawa manusia melakukan kesilapan. Belajar dari kesilapan tersebut untuk menjadi manusia yang lebih bermanfaat kepada orang lain.
Dan yang jelasnya, kalau kita sudah tahu ilmu kita sedikit, amal pun kurang, berusahalah keluar, gerakkan kaki ke Majlis-majlis ilmu, kuliah agama, ceramah, forum dan sebagainya. Ini juga salah satu usaha menambah ilmu & memperbaharui iman. Bukannya merungut "Aku masih jahil, tak layak jadi pendakwah", lalu menjadi katak di dalam gelas! Sekadar duduk di bilik dan mengadap laptop 24 jam! [Nasihat ini saya tak ingat saya baca di mana]

Tidak boleh menyumbang banyak, kita sumbangkan sedikit. Asalkan kita menyumbang sesuatu. Ambillah ibrah dari kisah burung kecil yang berusaha memadamkan api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim Alaihisalam.
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:
 
“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Lalu dijawab oleh burung berkenaan:
 

“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Nah! Itu burung... Adakah kita manusia ini menyedari hakikat tersebut? 

Menjadi penyeru. Menyampaikan kebaikan & mencegah yang mungkar ini perlukan 3 perkara;
1) Ilmu
2) Iman
3) Amal
Selain itu, perlukan kesabaran, adab dan akhlak untuk mengiringi 3 perkara di atas. Contohilah Nabi SAW yang sentiasa berakhlak dalam menyeru kebaikan (berdakwah) dan mencegah yang mungkar. Hatta sewaktu baginda dibaling dengan batu dan najis, baginda masih menolak pelawaan gunung untuk menghempap ummatnya yang derhaka itu. Begitulah agung & sucinya hati Rasulullah. Yang mana kebanyakan manusia kembali menganut Islam kerana cair dengan kehebatan sabar dan kemantapan akhlak baginda yang terpuji.
Berdasarkan hadis, inisiatif untuk mencegah kemungkaran ini dengan 3 anggota; iaitu yang paling baik dengan menggunakan tangan, jika tidak mampu, gunakanlah lidahmu, jika masih tidak mampu, gunakanlah dengan hati iaitu dengan membenci maksiat itu dan berdoa agar pelakunya diberikan Hidayah. Inilah selemah-lemah iman.
Sahabat-sahabatku yang dimuliakan Allah sekalian,

Satu hakikat yang perlu kita pasakkan di dalam hati, bahawa jalan dakwah & islah (pencerahan) ini, jalan mujahadah ini bukan senang. Bukan sedikit masa, tenaga, wang ringgit yang perlu dikorbankan. Malah, terkadang membanjirnya air mata & keringat. 
Allah tak pernah menjanjikan jalan ini mudah & indah. Allah tidak pernah kata berjuang ke jalanNya itu adalah senang & seketika. Allah tak pernah janji perkara itu. Namun, Allah banyak menjanjikan balasan-balasan yang setimpal dengan kepayahan yang dihadapi oleh hamba-hambaNya yang berjuang di jalanNya, insyaAllah.

Jangan harapkan sekali kita menasihati mad'u kita, mereka dapat terus menerima nasihat kita seperti kain yang menyerap air yang tumpah. Jangan kita harapkan dengan sekali kita menegur itu mereka akan terus berubah. Kalaulah dakwah & islah semudah itu... tentulah Rasulullah saw tidak perlukan 23 tahun untuk menyebarkan risalah Islam di dunia ini...

Allah berfirman; "Barangsiapa mengkehendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami akan segerakan baginya (di dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka Jahannam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela & terusir." [surah al-Isra' (7): ayat 18]

Pilihlah, kita mahu bersenang-senang di dunia & menderita di akhirat, atau mahu bersusah payah di dunia & bersenang-senang selamanya di syurgaNya tanpa keluh kesah?
"...Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu & sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami." [Al-Kahfi (18): 10]
Ya Allah, terimalah semua amalan kami sejak kami masih di dunia lagi. Kuatkanlah hati kami untuk terus di jalan ini. Moga kami akan dapat bertemu dengan Rasulullah saw di dalam syurgaMu dan meminum air dari tangan baginda yang akan menghilangkan haus kami buat selama-lamanya. insyaAllah.
Akhirul kalam, 
Apalah gunanya kita kaya, kalau harta itu tak digunakan untuk Islam. Apalah gunanya kita pandai, andai tak dimanfaatkan kepada Islam. Apalah gunanya kita popular & cantik, andai kita menjadi fitnah kepada Islam. Apalah gunanya kita berkedudukan & berpangkat besar andai kita gagal melaksanakan hukum hakam Islam.
Suatu saat nanti, kita akan berhenti untuk bekerja dengan manusia. Namun, tak akan pernah kita berhenti bekerja untuk Allah. 'Pencen'nya kita nanti hanyalah selepas kita mati. Selagi nyawa dikandung badan, usaha berdakwah & islah itu perlu tetap diteruskan...

Renungilah...
Kalau kita hidup tiada apa-apa sumbangan untuk Islam... 

Apalah maknanya kita hidup selama ini?
Maafkan semua kekurangan saya,
Wallahu'alam..  Kerana Dia Lebih Mengerti.


Ilham & rujukan:

1) Status FB Hilal Asyraf (Official)
2) Blog
3) Cebisan pengisian ceramah Ustaz Naim di dalam Usrah Kubro Ahad lepas.
4) Rancangan Lau Kana Bainana [Tv AlHijrah]
5) Cebisan pengisian kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di penang yang lalu. 
6) Talk Mahasiswa & Agenda Pembebasan Palestin 
 
p/s: Entri ini terbengkalai sejak Isnin yang lepas oleh kerana lemahnya diri memanfaat luangnya masa dalam kesibukan. Namun, alhamdulillah, Allah akhirnya beri kekuatan untuk menyambung semula nukilan. Semoga bermanfaat. 



Sesungguhnya entri ini dipetik secara langsung agar isinya tidak lari dari penyampaian maksud oleh pemilik asalnya.... Semoga semua yang membaca mendapat ilmu yang baik...dan  mendapat keberkatanNya... amin

Wednesday, December 28, 2011

Majlis Persaraan Pengerusi MPM... Y Bhg Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Seminggu yang lalu (19 Disember 2011), Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengadakan satu Majlis "Budimu dijunjung, Baktimu disanjung" buat mantan Pengerusi MPM yang dikasihi.... Majlisnya simple lagi sederhana... sedih dan sayu jer rasanya.... berpisah setelah 6 tahun bekerjasama... tapi alhamdulillah Tan Sri pandai bergurau, kalau tidak mau banjir MPM rasanya...

Antara yang dipersembahkan pada majlis tersebut ialah puisi berlagu hasil nukilan Encik Mohd Eddey bin Ahmad Esa... yang disampaikan oleh Kumpulan Ungu Violet yang dianggotai oleh Puan Noran Najmi, Encik Saiful Nizam (Nyanyian puisi), Puan Hariani, Cik Nor Faradilla (Deklamasi sajak), dan Encik Fairuz (gitaris).... Jom kita layan kesyahduan puisi ini....


MENGENANGMU...

Kedatanganmu 
adalah minda
yang meneroka
bersama cahaya
ke lembah
tiba-tiba menyinar

Kedatanganmu 
adalah doa
yang bertiup 
bersama angin
ke lurah
tiba-tiba kencang

Kedatanganmu
adalah iltizam
yang mengalir 
bersama air
ke sungai
tiba-tiba deras

Keberangkatanmu
adalah gerimis
yang membasah
bersama keringat
ke bumi
tiba-tiba kering

Keberangkatanmu 
adalah kaki 
yang melangkah
bersama jejak 
ke denai
tiba-tiba longlai

Keberangkatanmu 
adalah tangan
yang menghulur
bersama restu
ke dada
tiba-tiba terkulai

Tiada kesempatan
minta ditunggu
sekadar memohon 
sekelumit waktu

Dengan segugus 
kunci di tangan
terbuka seribu
liang kemaafan
tertutup seribu
rongga kekhilafan
bersama doa kami titipkan

Monday, December 5, 2011

Jom Puasa di Bulan Muharram...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t


Marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat di bulan Muharram ini...  

Hari ‘Asyura berasal dari bahasa arab yang bererti hari ke sepuluh di bulan Muharram. Hari ini memiliki keistimewaan tersendiri di dalam islam. Nabi Muhammad saw. biasa berpuasa pada hari itu dan memerintahkan umatnya untuk melakukan hal serupa.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Puasa hari 'Asyura', Tasu'a' dan kesebelas Muharram Puasa hari 'Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu 'anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Ini adalah hari 'Ayura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata:

Maksudnya: "(Tatkala) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:

Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari 'Asyura'? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari 'Asyura', berpuasa pada hari Tasu'a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata:

Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Wahai Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari 'Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan" Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim) Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' (sembilan Muharram) itu dari berbagai-bagai aspek: 1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (Hadits riwayat Ahmad) 2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya. 3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'. (lihat I'anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu'a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a'), kesepuluh ('Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Jom kita puasa.....

Wednesday, November 9, 2011

Kunci Syurga...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum...salam pagi buat semua yang membaca... semoga hari ini segala kerja dan urusan yang akan dilakukan diberkati .... dan semoga kita sentiasa di bawah peliharaannya...

Hari ini teringin nak berkongsi sesuatu yang begitu menarik tentang satu kisah ni...kisah yang terbaca ketika berblogwalking ke satu blog yang bernama  Anjunglara

Jom kita baca bersama dan ambil pengajaran terbaik untuk perbaiki diri dan hati....
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 


Inilah kisahnya....

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. 

Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. 


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. 


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" 

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat diwajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. 

Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." 


Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" 

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." 

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? 

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?" 

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra':12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.* -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."(Al-Baqarah:60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir :1 )

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. 

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala."Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:9)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2i)

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. 

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. " 

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**
NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran bagi membolehkan kita menangkistohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu(kononnya)apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam.

Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak)benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2..


Insyaallah.

Tuesday, November 8, 2011

Amalan Memurahkan Rezeki

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t
Print

Seringkali  terdengar permintaan kita (doa) kepada Allah agar dilimpahi rezeki olehNya kerana pemberian rezeki adalah hak mutlak Allah....Mungkin kita boleh mencuba  amalan-amalan ini agar Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Menjauhi Dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Mengingati Allah
Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Amal Kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Seawal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Mengeratkan Silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Semoga kita sentiasa beroleh rezeki yang diberkati Allah.... InsyaAllah.

Thursday, October 20, 2011

How Rich Are You...??

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Jom kita sama-sama baca kisah di  bawah ni dan ambil pengajarannya...

PERSPECTIVE


One day, the father of a very wealthy family took his son on a trip to the country with the express purpose of showing him how poor people live.


They spent a couple of days and nights on the farm of what would be considered a very poor family.

On their return from their trip, the father asked his son, "How was the trip?"

"It was great, Dad."

"Did you see how poor people live?" the father asked.

"Oh yeah," said the son.

"So, tell me, what you learned from the trip?" asked the father.

The son answered:

"I saw that we have one dog and they had four.

We have a pool that reaches to the middle of our garden and they have a creek that has no end.

We have imported lanterns in our garden and they have the stars at night.

Our patio reaches to the front yard and they have the whole horizon.

We have a small piece of land to live on and they have fields that go beyond our sight.

We have servants who serve us, but they serve others.

We buy our food, but they grow theirs.

We have walls around our property to protect us, they have friends to protect them."

The boy's father was speechless.

Then his son added, “Thanks Dad for showing me how poor we are."

Isn't perspective a wonderful thing? Makes you wonder what would happen if we all gave thanks for everything we have, instead of worrying about what we don't have..

Appreciate every single thing you have, especially your family and friends!  Syukur seadanya... Alhamdulillahhhh...

Wednesday, October 19, 2011

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 (Sektor Tumpuan Utama)

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Debaran dah hilang.... kesedihan pula melanda.... huhuhu


Seperti kengkawan sedia maklum, semalam merupakan Pertandingan Bacaan Puisi Berkumpulan Peringkat Sektor Tumpuan Utama yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari....


Sedihnya rasa kerana tidak berjaya mendapat 3 tempat utama.... kumpulan Merdeka MPM mewakili MPM dan Kementerian Pelajaran Malaysia hanya mendapat tempat ke-4 dan menerima hadiah saguhati RM200 beserta sijil dan buku sumbangan DBP (kumpulan saya ler tu...huhuhu)...
Kumpulan Merdeka, Majlis Peperiksaan Malaysia
 Apa pun tahniah kepada ASWARA yang mendapat tempat Pertama (Sajak: Dalam Matahati), Arjuna dari Bahagian Matrikulasi KPM yang mendapat tempat ke-2 (Sajak: Tok Janggut) dan adik2 Puspawangsa dari Arkib Negara yang mendapat tempat ke-3 (Lagu Cinta Tanahair) dengan hadiah masing-masing.... Tahniah juga kepada kumpulan Srikandi dari JPA di tempat ke-5 (sajak: Hati  Siapa Tak Terharu).... Gembira dapat berkenalan dengan anda semua...
Bersama adik2 dari Arkib Negara


Penyokong dari Arkib Negara bersama peserta dan pengadil,,,
 Tahniahh juga kepada Encik Mazlan yang berjaya memenangi hati hakim dan dianugerahkan deklamator terbaik kali ini.... 
Deklamator terbaik dari ASWARA bersama replika cek yang dimenangi kumpulannya...


Juri Profesional yang arif lagi bijaksana...
Bersama rakan seperjuangan dari KPM
 Alhamdulillah... diberikan Allah kelancaran ketika menyampaikan sajak... cuma mungkin kurang penghayatan dan suara yang bergegar akibat gabra tu ada lagi sesikit... al-maklumlah pertama kali di pentas besar dan hebat... dan di acara yang gah... membuatkan hati berdebar2 jadinya....

Semoga MPM berjaya menjadi antara kumpulan terhebat dalam acara puisi di lain kali hendaknya..... InsyaAllah...

Monday, October 17, 2011

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 (Sektor Pendidikan)

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Rindu rasanya mencoretkan kata di laman ini.... sepanjang minggu berusaha menghafal puisi sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Sektor Pendidikan yang telah diadakan pada 14 Oktober 2011 bertempat di Blok E9, Parcel E (Bahagian Pengurusan Kurikulum)....


Sebelah pagi tarikh yang sama telah berlangsung pertandingan berbalas pantun dan melagukan puisi.... saya tidak menyertainya kerana suara saya tak menarik untuk berlagu rasanya.... Acara ini dimenangi oleh rakan sepejabat saya, Puan Noran Najmi binti Rosmi dan Encik Mohd Fauzi Mohd Saif (gitar) yang melagukan puisi "Nyanyian Pembebasan Perahu" karya Badaruddin MZ....


Dan di sebelah petang, saya dan ahli kumpulan saya (Encik Eddey @ Mohd Eddey Ahmad Esa, Encik Ahmad Kamal Abdul Hadi dan Puan Hariani Abu Hassan Shaari) telah memilih puisi bertajuk "Kita Telah Tinggalkan Jauh Di Dalam Sejarah" karya Abdul Aziz HM untuk dideklamasikan dalam pertandingan Bacaan Puisi Berkumpulan dengan iringan petikan gitar oleh Encik Mohd Fauzi Mohd Saif.... Alhamdulillah kumpulan kami telah berjaya mendapat tempat Pertama dalam pertandingan tersebut....


Acara penyampaian hadiah berlangsung di Auditorium Parcel E pada hari ini 17 Oktober 2011... Sayangnya semua ahli kumpulan tak dapat menyertai kerana terlibat dengan taklimat dan rehearsal di Dewan Bahasa dan Pustaka pada jam 12 tengahari ini untuk bertanding pada esok hari (18 Oktober 2011)....


Saya mohon kepada rakan pembaca agar dapat mendoakan kejayaan saya dan ahli kumpulan saya..... Semoga kejayaan kami ini dapat menarik minat rakan-rakan lain untuk menyertai pertandingan ini di tahun akan datang dan menarik minat lebih ramai warga Malaysia mendalami dan menghayati puisi2 indah nukilan karyawan Malaysia.....


Ya Allah... permudahkan lah segala urusan kami.... setiap kejayaan kami hanyalah kerana bantuan dariMu Ya Allah....


Thursday, October 13, 2011

DARJAT SEORANG ISTERI

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Artikel ini saya terbaca di facebook... dan ingin berkongsi bersama.... Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.... InsyaAllah....

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa... dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
 
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
 
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
 
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.

Ya Allah...jauhilah kami daripada menjadi isteri yang fasik.... jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur dan dirahmati.... dan lorongkan lah kami ke arah syurgaMu... amin.