Wednesday, December 28, 2011

Majlis Persaraan Pengerusi MPM... Y Bhg Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t

Seminggu yang lalu (19 Disember 2011), Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengadakan satu Majlis "Budimu dijunjung, Baktimu disanjung" buat mantan Pengerusi MPM yang dikasihi.... Majlisnya simple lagi sederhana... sedih dan sayu jer rasanya.... berpisah setelah 6 tahun bekerjasama... tapi alhamdulillah Tan Sri pandai bergurau, kalau tidak mau banjir MPM rasanya...

Antara yang dipersembahkan pada majlis tersebut ialah puisi berlagu hasil nukilan Encik Mohd Eddey bin Ahmad Esa... yang disampaikan oleh Kumpulan Ungu Violet yang dianggotai oleh Puan Noran Najmi, Encik Saiful Nizam (Nyanyian puisi), Puan Hariani, Cik Nor Faradilla (Deklamasi sajak), dan Encik Fairuz (gitaris).... Jom kita layan kesyahduan puisi ini....


MENGENANGMU...

Kedatanganmu 
adalah minda
yang meneroka
bersama cahaya
ke lembah
tiba-tiba menyinar

Kedatanganmu 
adalah doa
yang bertiup 
bersama angin
ke lurah
tiba-tiba kencang

Kedatanganmu
adalah iltizam
yang mengalir 
bersama air
ke sungai
tiba-tiba deras

Keberangkatanmu
adalah gerimis
yang membasah
bersama keringat
ke bumi
tiba-tiba kering

Keberangkatanmu 
adalah kaki 
yang melangkah
bersama jejak 
ke denai
tiba-tiba longlai

Keberangkatanmu 
adalah tangan
yang menghulur
bersama restu
ke dada
tiba-tiba terkulai

Tiada kesempatan
minta ditunggu
sekadar memohon 
sekelumit waktu

Dengan segugus 
kunci di tangan
terbuka seribu
liang kemaafan
tertutup seribu
rongga kekhilafan
bersama doa kami titipkan

2 comments:

Unknown said...

Aslmkm, terima kasih atas penghargaan ini yang baru kesempatan dibaca pada hari ini.

Saya amat berterima kasih diatas keikhlasan yang ditunjukkan semoga Allah swt juag yang meRahmatinya.

Semoga MPM terus maju dan damai mesra dalam menjalankan tugas dan amanah yang dipikul insyaallah didoakan

Wslm, Dzulkifli Razak

Faradilla Rashid said...

Terima kasih Tan Sri.