Thursday, May 9, 2013

Bos ku bersara...alahaiiii



Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah...syukur kepada Allah di beri ruang dan peluang untuk bercerita sedikit di ruangan ini...

Pada 30 April 2013... merupakan hari terakhir perkhidmatan Ketua Jabatan saya.... Baru genap setahun beliau menjadi bos saya tetapi beliau telah pun bersara... ala2 baru nak mengenali hati budi masing-masing dan bermanja-manja tapi bos dah pencen...gitu ler seadanya...

Pengumuman persaraan awal tersebut di buat ketika dalam Perhimpunan Bulanan pada 1 April 2013... Jadinya bergelut-gelut juga lah kiranya kami untuk mengadakan Majlis Persaraan untuk beliau dengan penuh kasih sayang... First time dapat bos wanita.... tapi sayang nya tidak berpanjangan lah pula..... huhuhu


Antara acara/persembahan yang dihidangkan (selain makanan) ialah....

1.  Nyanyian
      - Kisah dan teladan -  A. Halim (Encik Rani dari Bhgn Sistem Maklumat)
      -  Dara pujaan - L. Ramli (Encik Rani dari Bhgn Sistem Maklumat)
      -  My Way - Frank Sinatra (Encik Ahmad Zufrie dari Bhgn Peperiksaan STPM & MUET)
      -  Wonderful Tonight - Eric Clapton (Encik Saiful Nizam dari Bhgn Percetakan Keselamatan)
      -  You Raise Me Up - Josh Groban (Encik Ahmad Zufrie dari Bhgn Peperiksaan STPM & MUET)
      -  Sonata Musim Salju - Hazami (Encik Saiful Nizam dari Bhgn Percetakan Keselamatan)

2.  Persembahan Sajak oleh Encik Mohd Eddey bin Ahmad Esa dari Bhgn Sains Sosial dengan sajak yang bertajuk "Hadirmu Sewaktu Ketika"

3.  Persembahan dari 4 PA (Pembantu Khas Pejabat Ketua Eksekutif & Pejabat Timbalan Ketua Eksekutif)... Quartet PA menyampaikan  "Kisah Kita" (ala-ala Kisah dan lagu kat RAdio RTM tu...)

4.  Persembahan Video dan ucapan ringkas staf
      - ucapan staf sedihhhh sangat...ramai yang mengalirkan airmata.... touching

5.  Ucapan

     -  Wakil Warga MPM (disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Kassim, Timbalan Ketua Eksekutif 1)

     - Ucapan Pengerusi MPM ( Y Bhg Prof Dato' Dr. Mohd Noh bin Dalimin, Naib Canselor UTHM)

     - Ucapan yang diraikan Puan Maziyan binti Hamzah

6.  Penyampaian Hadiah dan Cenderamata kenang-kenangan kepada yang diraikan...

Jom kita tengok sedikit gambar acara tersebut.....

Perarakan masuk yang diraikan diiringi oleh Pengerusi dan Timbalan Ketua Eksekutif

Nyanyian lagu "Kisah dan Teladan" dan "Dara Pujaan" oleh Encik Rani
Nyanyian " Wonderful Tonight" dan "Sonata Musim Salju" oleh En Saiful Nizam
Nyanyian En Ahmad Zufrie: "My Way" dan "You Raise Me Up"
Deklamasi Sajak oleh En Mohd Eddey.... "Hadirmu Sewaktu Ketika"

Persembahan Quartet PA : Kisah Antara Kita

 
Ucapan Tuan Timbalan Ketua Eksekutif 1 MPM : Tn Hj Mohd Fauzi mewakili semua staf MPM
Ucapan Pengerusi MPM: Y Bhg Prof Dato' Dr Mohd Noh bin Dalimin (VC UTHM)

Ucapan yang diraikan: Puan Maziyan binti Hamzah
Tangisan di hari terakhir bergelar Ketua Eksekutif... sedeyyyy
 

Cenderamata dari MPM disampaikan oleh Pengerusi MPM

Sebelum Puan Maziyan menaiki kereta...

Kereta berhias versi Just Retired.... MPM

Bos dan pemandu kesayangan... bergambar kenangan

Video nya dok upload tak masuk2... nanti kalu internet sihat saya masukkan ye.... in sya Allah...

Walaupun puan dah bersara... kami di MPM sentiasa mendoakan semoga Puan Maziyan sihat sejahtera...aman bahagia bersama keluarga tercinta.....

Jom sebarkan kasih sayang ke seluruh dunia...muahhhhh

No comments: