Thursday, April 23, 2015

AN APPRECIATION TO SECRETARIES

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi yang indah ini.
 
Alhamdulillah kerana nikmat rezeki pemberianNya saya telah dihadiahkan 2 tiket untuk menyaksikan konsert 'MEMORABLE MOMENT WITH AZLAN & DAYANG' sempena Minggu Setiausaha pada 8 April 2015 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.... Terima kasih kepada Muzik Muzik 30 dan TV3... Terima kasih kepada Darkliquids Music untuk 2 tiket yang berharga RM600 setiap satu...
 
Acara bermula jam 12:00 tengah hari... Saya telah diminta untuk hadir lebih awal untuk mengambil tiket di hadapan Bilik Manhattan 2, Level 14... kerana tidak sempat mengambil tiket tersebut pada hari kerja... Terima kasih kepada staf Darkliquids Music yang baik hati....
 
Alhamdulillah... rezeki dari Allah
 
Farah bertemu Farah di sini.... cantik Fara Fauzana ni...
Bertemu si cantik manis yang bernama Cik Fara Fauzana di sini... wahhhh kagum sekejap... cantiknya dia.... takde la montel dan drumstick seperti selalu di gelakkan oleh AG dan Fizi di Hotfm pun... cantik jer....
Menanti persembahan bermula...
Sementara menanti hidangan dan persembahan sempat bersembang-sembang dengan rakan semeja dari Putrajaya yang dok kat sebelah tu... memang sekepala rupanya...terus jadi mesra... dalam dok sembang sakan dan bergelak bagai dah balik rumah baru perasan tak tanya nama... boleh cenggitu... ya Ampunnnnn....
Pengacara pada petang itu... Faizal Ismail

kehebatan persembahan 2 penyanyi ini memang mengkagumkan
 
terpancar penghayatan dalam setiap lagu nyanyiannya.. Dayang Sayang Kamu katanya....
 
kesungguhannya menghiburkan semua yang hadir
Persembahan bermula dengan lagu duet kedua-dua penyanyi ini...
 
Kemudiannya Dayang menghiburkan penonton dengan beberapa buah lagu terbaik Dayang, termasuk lagu Dayang Sayang Kamu... dan persembahan solo Dayang diakhiri dengan lagu Di Pintu Syurga...
 
Azlan memulakan persembahan dengan lagu baru bertajuk Melankoli dan beberapa lagu lagi...semua best-best nya lahhhh....
 
Memang best persembahan hari tersebut...  di hujung persembahan Azlan nyanyi lagu Dayang dan Dayang nyanyi lagu Azlan... best jugak rupanya versi begitu... hmmmmm 
suasana sedang rancak di atas pentas
Sungguh puas hati... lama tak dengar live band kot... rasa best sesangatttt...
persembahan lawak santai oleh Kumpulan BOCEY... oh Abam... Gemuk is Awesome...hehe
 
chinese course: hidangan pertama...

begitu meriah suasana di sini


singgah makan eskem kat Baskin Robin, Berjaya Time Square shopping mall... Best jugak... hehe

tertarik dengan tangga ini... berjalan di atasnya bersama iringan piano... hmmm nak buat satu kat umah boleh?

cantik hiasannya...saya sukaaaa...


Syukur alhamdulillah... terpilih menikmati irama indah... menikmati makanan yang  sedap dengan iringan lagu-lagu terbaik... dilantunkan oleh artis ternama Malaysia adalah hadiah terindah rasanya....
 
Nikmat kemerduan dan kelunakan suara dari Allah... keindahan muzik yang mengiringi persembahan tersebut ilhamnya dari otak yang Allah kurniakan kepada insan.... dan banyak lagi perkara yang indah di sana... Allahu akhbar...
 
Tentu Allah ada cara mendidik kita walaupun melalui konsert yang secara terangnya nampak ianya hiburan semata... namun jika kita dapat mendalami segala yang terjadi, mungkin kita mampu mempelajari perkara yang lebih dari sekadar hiburan semata di situ... insyaAllah, ilmu Allah bukan hanya di sekolah.... Ilmu Allah ada di mana-mana.... jika kita mencari pasti kita temui... InsyaAllah...
 

No comments: