Monday, November 9, 2015

Program IM4U PUSPANITA di Baling, Kedah

Assalamualaikum wbt... 

Meneruskan perjalanan hidup dengan baki usia yang ada dengan penuh kesyukuran... Alhamdulillah dipanjangkan usia oleh Allah... 

Moga usia yang diberikan Allah kepada kita ini digunakan sebaik nya dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling nya... InsyaAllah...

Alhamdulillah.... saya telah dipilih oleh Allah bagi menyertai satu Program IM4U dan Ziarah Kebajikan di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Ummu Sabariah, Baling dan juga Madrasah At-Taawun, Kampung Bok Bak, Baling Kedah.

4 November 2015
Putrajaya ke Baling, Kedah

Banner Program

Berkumpul di Blok E13 Putrajaya

Abang-abang hensem yang membawa kami

Hero-hero ini yang eskot kami sepanjang perjalanan

Hebat hero-hero dari PDRM ni... terima kasih

1 kereta peronda, 3 kereta VIP dan 6 bas

Hebat Hero-hero PDRM ni... dalam hujan lebat masih  meneruskan tugasan membawa kami sampai ke tempat dituju tepat pada masanya... Tahniah PDRM...

Berani mati Hero PDRM ni... Hebatnya mereka...

Pertubuhan Kebajikan Ummu Sabariah Baling
4 November 2015 (5:00 petang)

Rumah Anak Yatim dan ASnaf Ummu Sabariah Baling

Kerja-kerja pembersihan diljalankan oleh PUSPANITA KPM

Gembira adik2 ni menerima kunjungan kami...mesra semuanya...
Selepas maghrib kami bergerak ke Kampung Bok Bak untuk menghantar buku-buku yang akan disusun di Mutiara Ilmu (Perpustakaan) Madrasah At Taawun, Kg Bok Bak, Baling....

Suasana gelam malam dengan hujan lebat membuatkan kami melakukan kerja dengan pantas dan kembali ke Kompleks Rakan Muda Baling dengan segera.


5 November 2015
kampong Bok Bak, Baling

Seawal pagi, PUSPANITA KPM, telah bergerak ke Madrasah At-Taawun, Kg Bok Bak untuk meneruskan kerja sebelum acara perasmian bermula pada tengah hari nya... Setelah selesai menyusun buku di Mutiara Ilmu tersebut, saya bersama beberapa orang rakan telah ditugaskan untuk menguruskan acara anak-anak Pra Sekolah dan hadiah kepada pemenang.
Persediaan Acara untuk anak2 Pra SEkolah

Acara bercerita

Pertandingan Azan

Pertandingan Azam

Pertandingan Hafazan

Pertandingan hafazan

Penerima sumbangan

Hadiah2

Silat Pulut pembuka majlis meraikan ketibaan YDP PUSPANITA KEBANGSAAN

Hadiah sumbangan kepada keluarga susah, ibu tunggal, bapa tunggal dan OKU

rajin sungguh Geng Belakang Bas ni menyusun buku di rak... hahahha

Acara paling best... tolong masak... pastu tolong makan perabih... sedappppp sangat masakan orang Baling,
maklumlah masak dengan penuh kasih sayang... hehe

Madrasah At-Taawun (Sebelum)

Madrasah At-Taawun (Selepas)

YDP menanam pokok Kelapa di Masjid Kg Iboi, Baling

Disiram agar tumbuh segar,,...
Pertubuhan Kebajikan Ummu Sabariah Baling
5 November (2:30 petang)

Gembira adik2 ini mendapat banyak buku serta al-Quran... Moga mereka sentiasa dirahmati Allah

Keadaan bilik adik2 ini setelah dikamaskan

Antara penerima sumbangan

Penerima sumbangan

turut menerima sumbangan adalah mereka dari pertubuhan OKU

Ahli PUSPANITA KPM bergambar kenangan ketika penutup acara...
Sekiranya punya ruang dan peluang serta keizinan dari Allah, saya memang ingin mengikuti lagi program sebegini...

Program ini bukan sahaja menambah kenalan sesama PUSPANITA KPM, malah kami juga dapat keluarga besar di Kg Bok Bak.... Program ini amatlah berguna, kerana ianya memberi keinsafan kepada diri, memberi kesedaran, dan membuatkan kita bersyukur dengan apa yang ada bila melihatkan kekurangan yang mereka alami..

Melihat senyuman penduduk kampong dan anak2 di Pertubuhan kebajikan ini amat lah menggembirakan kami...

Melihatkan mereka bersusah payah memasak makanan yang sedap-sedap untuk dijamu kepada kami amatlah memberi keinsafan dan kesedaran bahawa kasih sayang yang tak terbeli dengan wang ringgit ini amatlah tinggi nilainya...

Moga jalan indah ini... dan ruang bahagia ini terus kekal hingga Jannah... insyaAllah...

1 comment:

quennelyandle said...

Best Casino Games in Las Vegas - MapyRO
This is our first casino game in Las 포천 출장마사지 Vegas. 평택 출장샵 It's 춘천 출장마사지 based on the famous game “Buster,” and we're going to 김제 출장안마 take that out 경산 출장안마 on our