Monday, June 22, 2015

Hari Keluarga MPM 2015

Assalamualaikum w.b.t...


Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi yang indah ini.
Perjalanan di bumi bertuah ini diteruskan lagi... Moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita...
Di penghujung Mei, Badan Kebajikan, Kebudayaan & Sosial Kakitangan, Majlis Peperiksaan Malaysia telah menganjurkan Hari Keluarga MPM 2015 yang berlangsung pada 30 & 31 Mei 2015 di Port Dickson...
Terima kasih kepada semua...
survey tempat

tempat yang dipilih: Pantai berdepan Golden Straight Villa, Port Dickson

Shopping Hadiah Cabutan Bertuah
Acara membungkus hadiah sukaneka

BKKSK Crew: menyediakan peralatan sukaneka

Belon untuk perasmian
Santai pagi...

Sedia... Acara akan bermula sebentar lagi

BKKSK Crew bersama CEO

Acara penuh kasih sayang..hehe
Acara yang memerlukan kerjasama antara pemain

Acara untuk anak2


Ramai ingin membantu

Acara Mencari Badang MPM
 paling meletop: Aiskrim sponsored by CEO

Gambar BKKSK Crew bersama Timbalan Ketua Eksekutif

Pemenang Bowling Kelapa (Acara VIP)

Bila bos bersukan... CEO MPM


BKKSK Crew bersama Timbalan Ketua Eksekutif 1 MPM

Ucapan Pengerusi BKKSK

Ucapan Perasmian CEO...


Pasangan Pengacara

Antara Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2013-2014


Peserta Acara Pakaian Beragam (3-6 tahun)bersama pengurus masing2..hehe

Juri pertandingan Pakaian Beragam

King of d Night : "Tema Retro"

Queen of the Night: "Tema Retro"

Pemenang Acara Pakaian Beragam (7-12 tahun)

Pemenang Pertama Cabutan Bertuah : RM1000 (Tunai)

Acara AJK 1

Pengadil Acara AJK


Pemenang Acara AJK2


Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang menghulurkan bantuan dan bekerjasama sehingga segala acara dapat dijalankan dengan lancarnya.  Saya mewakili rakan2 AJK memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan, kesilapan dan segala kekurangan sepanjang acara ini berlangsung....
Terima kasih semua.

Thursday, April 23, 2015

AN APPRECIATION TO SECRETARIES

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi yang indah ini.
 
Alhamdulillah kerana nikmat rezeki pemberianNya saya telah dihadiahkan 2 tiket untuk menyaksikan konsert 'MEMORABLE MOMENT WITH AZLAN & DAYANG' sempena Minggu Setiausaha pada 8 April 2015 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.... Terima kasih kepada Muzik Muzik 30 dan TV3... Terima kasih kepada Darkliquids Music untuk 2 tiket yang berharga RM600 setiap satu...
 
Acara bermula jam 12:00 tengah hari... Saya telah diminta untuk hadir lebih awal untuk mengambil tiket di hadapan Bilik Manhattan 2, Level 14... kerana tidak sempat mengambil tiket tersebut pada hari kerja... Terima kasih kepada staf Darkliquids Music yang baik hati....
 
Alhamdulillah... rezeki dari Allah
 
Farah bertemu Farah di sini.... cantik Fara Fauzana ni...
Bertemu si cantik manis yang bernama Cik Fara Fauzana di sini... wahhhh kagum sekejap... cantiknya dia.... takde la montel dan drumstick seperti selalu di gelakkan oleh AG dan Fizi di Hotfm pun... cantik jer....
Menanti persembahan bermula...
Sementara menanti hidangan dan persembahan sempat bersembang-sembang dengan rakan semeja dari Putrajaya yang dok kat sebelah tu... memang sekepala rupanya...terus jadi mesra... dalam dok sembang sakan dan bergelak bagai dah balik rumah baru perasan tak tanya nama... boleh cenggitu... ya Ampunnnnn....
Pengacara pada petang itu... Faizal Ismail

kehebatan persembahan 2 penyanyi ini memang mengkagumkan
 
terpancar penghayatan dalam setiap lagu nyanyiannya.. Dayang Sayang Kamu katanya....
 
kesungguhannya menghiburkan semua yang hadir
Persembahan bermula dengan lagu duet kedua-dua penyanyi ini...
 
Kemudiannya Dayang menghiburkan penonton dengan beberapa buah lagu terbaik Dayang, termasuk lagu Dayang Sayang Kamu... dan persembahan solo Dayang diakhiri dengan lagu Di Pintu Syurga...
 
Azlan memulakan persembahan dengan lagu baru bertajuk Melankoli dan beberapa lagu lagi...semua best-best nya lahhhh....
 
Memang best persembahan hari tersebut...  di hujung persembahan Azlan nyanyi lagu Dayang dan Dayang nyanyi lagu Azlan... best jugak rupanya versi begitu... hmmmmm 
suasana sedang rancak di atas pentas
Sungguh puas hati... lama tak dengar live band kot... rasa best sesangatttt...
persembahan lawak santai oleh Kumpulan BOCEY... oh Abam... Gemuk is Awesome...hehe
 
chinese course: hidangan pertama...

begitu meriah suasana di sini


singgah makan eskem kat Baskin Robin, Berjaya Time Square shopping mall... Best jugak... hehe

tertarik dengan tangga ini... berjalan di atasnya bersama iringan piano... hmmm nak buat satu kat umah boleh?

cantik hiasannya...saya sukaaaa...


Syukur alhamdulillah... terpilih menikmati irama indah... menikmati makanan yang  sedap dengan iringan lagu-lagu terbaik... dilantunkan oleh artis ternama Malaysia adalah hadiah terindah rasanya....
 
Nikmat kemerduan dan kelunakan suara dari Allah... keindahan muzik yang mengiringi persembahan tersebut ilhamnya dari otak yang Allah kurniakan kepada insan.... dan banyak lagi perkara yang indah di sana... Allahu akhbar...
 
Tentu Allah ada cara mendidik kita walaupun melalui konsert yang secara terangnya nampak ianya hiburan semata... namun jika kita dapat mendalami segala yang terjadi, mungkin kita mampu mempelajari perkara yang lebih dari sekadar hiburan semata di situ... insyaAllah, ilmu Allah bukan hanya di sekolah.... Ilmu Allah ada di mana-mana.... jika kita mencari pasti kita temui... InsyaAllah...
 

Thursday, April 16, 2015

Alhamdulillah...Nikmat Rezeki PemberianMu...Ya Allah


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi yang indah ini.
Alhamdulillah kerana nikmat rezeki pemberianNya telah aku dibawa terbang ke Negeri di Bawah Bayu yang indah dan nyaman....
Dihantar demi melunaskan tugasan sebagai petugas booth Pameran MPM, Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 yang berlangsung di Padang Kawad, Universiti Malaysia Sabah memberikan banyak ilmu berguna... menikmati pengalaman berharga... mensyukuri nikmat Yang Maha Esa....

10 April 2015

Burung besi ini yang membawa ku terbang tinggi... #keepflying #flyhigh

Melunaskan tugasan selagi belum berlepas... PA on the go...hehe
Walaupun berat hati meninggalkan pejabat dan Kuala Lumpur... Namun demi tugasan tambahan yang diamanahkan langkah ini ku gagahi juga... Sebagai seorang PA, dimana sahaja tugasan senantiasa menanti... meneruskan tugasan di KLIA sehingga waktu masuk ke pesawat... cabaran dan pengalaman baru yang amat berharga... dimana saja dirimu, amanah itu tetap kunjung tiba... dan seorang PA harus sentiasa bersedia...
Selamat Tinggal Kuala Lumpur
Diam di dalam burung besi ini, doa ku semoga perjalanan ini diberkati Allah, dilimpahi rahmah dan mawaddahNya... Doaku juga untuk MH370 agar dapat ditemui walau apa jua keadaannya...insyaAllah...

Indahnya pemandangan dari tingkap pesawat... MasyaAllah... SubhanAllah... Allahuakhbar... Allah.. Allah...  Allah... Sungguh aku bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu Ya Rabb....
Terbang tinggi menuju destinasi

SubhanAllah... indahnya ciptaanMu Ya Rabb

barisan petugas yang diamanahkan... Bersedia memulakan tugas di Sabah...

Landing Time... Lapangan Terbang di tepi lautan...indahnya...
Bergambar kenangan... singgah makan di medan makan Tugu Peringatan Double Six

Disini lah pesawat yang dinaiki oleh pemimpin tertinggi negeri Sabah jatuh terhempas...

    


Matahari telah melabuhkan tirainya....

Dinner Time...

Terima kasih Datuk untuk Dinner yang enak ini...
Allah kurniakan kami rezeki melalui insan ini... Alhamdulillah.

Ikan yang lembut dan sedap... Nikmatnya rezeki Allah ini...

Bukti kesedapan hidangan yang disajikan... licin semua pinggan nya... alhamdulillah

Puding Kelapa... MasyaAllah... Sejuk & enak terasa
 11 April 2015: PADANG KAWAD UMS

Memulakan tugasan dengan bergelap... Tiba-tiba bekalan elektrik terputus... Ujian dari  Allah...
Bersyukur diberikan ujian ini dan merapatkan hubungan kekeluargaan antara kami...

Lampu sudah terpasang... Jom kita panjat2...
"Berkhidmat untuk Negara" katanya.... lakukan apa saja demi menaikkan nama organisasi... berkhidmat dengan penuh semangat dan kemesraan... Moga ganjaran Allah bersama kami...
Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan II dan Pengarah Pengajian Tinggi ke Booth MPM
senja nan merah...
Melepaskan lelah mengadap tingkap kaca... menikmati pemandangan indah senja nan merah... bersedia menanti ketibaan maghrib mengadap horizon ini... Aku tak mampu untuk menidakkan keindahan ciptaan Yang Maha Esa... Ya Allah, aku amat bersyukur kepadaMu kerana terpilih menikmati keindaan ciptaanMu ini... Moga aku terus diberikan kenikmatan ini... Allah.. Allah... Allah....
Di Horizon itu... ia mula menghilangkan diri...

Maghrib muncul tiba... Jom solat maghrib...

SubhanAllah... indahnya dunia ini....

Pasar Seafood.... Banyaknya lauk2 untuk dipilih...
 Ya Allah... Kau terus berikan aku rezeki yang tidak dijangka dan disangka-sangka... Alah... Allah... Ya Allah... Alhamdulillah...
Lobster... yummy.... Alhamdulillah rezeki dari Allah...
12 April 2015 :
Tugasan hari ke-2... tugasan bermula...

bunga kebangsaan... kebanggaan Malaysia

Restoran Kampung Nelayan
Dilimpahi rezeki lagi dan lagi... Alhamdulillah...
Aku tangisi sesuatu yang hilang dariku... mungkin juga ia memang bukan rezeki yang ditakdirkan untukku diketika itu.... Rupanya Allah nak berikan rezeki yang lebih banyak dan dalam keadaan yang lebih indah... Allahuakhbar... Alhamdulillah... terima kasih Ya Rabb....
di hadapan Restoran Kampung Nelayan...

Tempat nya cantik, makanannya sedap.... Alhamdulillah

Menikmati hidangan bersama...

Antara menu yang dihidangkan... Dragon Fish Steam Soy sauce, Chilli Crab, Salted Butter Prawn, Lokan Ginger Steam dan Sayur kailan Ikan Masin (tiada dalam gambar)

Sabah Cultural show... Best
Menikmati hidangan sambil dihidangkan tarian kebudayaan merupakan sesuatu yang indah untukku... sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu... budaya masyarakat tempatan yang indah... ianya hiburan setelah penat bekerja.... cara mereka menghabiskan waktu sambil mengeratkan silaturrahim... MasyaAllah...  indahnya aturan Allah...

13 April 2015
Replika indah ini... menarik pengunjung ke Sabah...
Sebesar replika ikan ini... begitu besar juga lah harapan untuk aku kembali lagi ke sini...hehehe...
Banyaknya barang dan buah tangan dari Sabah... Tunggu ye

check in baggage... 10 semuanya untuk 4 orang...
Kami kembali meneroka lagi biru dengan burung besi ini.... merentas lautan luas, meredah awan untuk kembali menikmati keindahan ciptaanNya.... 
Selamat Tinggal Kota Kinabalu...aku pasti kembali lagi...InsyaAllah...

Burung besi  ini meredah awan, meneroka langit biru...

Lebih 2 jam penerbangan... macam2 gelagat

Ya Allah... aku mensyukuri segala nikmat kurniaanMu...

Indahnya pengalaman merentas lautan, membelah awan...

Alhamdulillah... selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Dipenuhi timbunan barangan.... Allah Allah Allah...

Ya Allah... Aku mohon ilmu yang manfaat untuk aku sebarkan kepada mereka yang memerlukannya... Aku mohonkan kesihatan yang baik agar mampu terus beribadah kepadaMu, Ya Rabb.... Moga aku terus diberikan kenikmatan rezekiMu.... Moga aku terus mensyukuri nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku.... Allah.. Allah... Allah... Ya Allah... Allahuakhbar...